3 Ogo 2012

SYABAS Tak Selenggara Rumah Pam Untuk Wujudkan Masalah Air Di Balakong

Syabas gagal selenggara rumah pam punca taman tiada air, kata Ronnie

SHAH ALAM, 1 Ogos ― Kerajaan Selangor hari ini menegaskan, krisis ketiadaan air yang berlaku di Balakong adalah berpunca daripada kerosakan pam air dan kolam simpanan air yang tidak diselenggara dengan sempurna oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu ketika sidang media hari ini menegaskan, keadaan tersebut menyebabkan Syabas tidak dapat membekalkan air terawat yang mencukupi kepada penduduk di kawasan berkenaan.

"Berdasarkan lawatan kita ke kolam simpanan air di Balakong, hampir semua kolam tersebut tidak dijaga dan ada yang rosak," katanya.

"Malah, banyak kolam air ini tidak diselenggara dengan baik. Kebanyakkannya tidak mempunyai pam air dan motor pam telah rosak ... bukan itu sahaja pintu pagar pun hilang, ini sangat membahayakan keselamatan penduduk khususnya kanak-kanak," katanya yang juga ahli Dewan Undangan Negeri Pandamaran.

Antara kawasan yang terjejas dengan situasi berkenaan adalah di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang, iaitu Taman Bukit Belimbing, Taman Seri Belimbing, Taman Juara Jaya, Taman Harmoni Indah, Taman Seri Timah, Taman Tanming Jaya, Taman Seri Jati, Taman Putera Budiman, Taman Balakong Jaya, Taman Puncak Utama, dan Taman Sri Pulai dan Kawasan Perindustrian Balakong Jaya.

Sementara dua kawasan lain di bawah Majlis Perbandaran Subang Jaya adalah Kampung Tengah dan Taman Sungai Besi Indah di Seri Kembangan.

"Kerajaan negeri telah mengarahkan PBT menggunakan lori tangki ke kawasan-kawasan yang terjejas ini untuk menyalurkan air, dan Syabas akan membayar kos ini kerana mereka gagal menjalankan tugas mereka.

Kesal dengan tindakan itu, Ronnie menegaskan, tindakan Syabas itu menyebabkan penduduk di sekitar kawasan terbabit tidak menerima bekalan air terawat yang mencukupi.

Sehubungan itu, Ronnie turut menggesa Syabas agar mengambil tindakan segera bagi membaik pulih kolam air yang terjejas.

Pihak berkuasa tempatan di kawasan berkenaan juga akan membuat laporan polis berhubung keadaan rumah pam berkenaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

"Syabas seharusnya mengganti motor dan pam yang rosak supaya bekalan air di kawasan yang terjejas mencukupi," katanya lagi. -TMI


Taman Putra Budiman residents want pumphouse fixed

LOW-WATER pressure has become a daunting problem for residents of Taman Putra Budiman in Balakong Jaya.

Residents at the five-storey walk-up apartments are the worst affected, especially those staying on the upper floors.

The low-water pressure is due to flooded pumphouse and despite several complaints to Syabas the problem has not been solved.

The poor drainage system had flooded the pumphouse which is in a low-lying area.

Serdang parliament constituency coordinator Datuk Yap Pian Hon said the residents were facing this problem for the past one year.

“I was shocked to see the pumphouse in water and nothing has been done to rectify the problem,” said Yap.

He added that he had written to Syabas and was waiting for their response.

The fencing around the pumphouse is also not maintained, providing easy access to drug addicts as several used syringes were found at the premises and some disposed off into the pool of water.

N. Paramasivam, 62, who live on one of the upper floors of the apartment, said the water pressure was good until lately.

“The pressure is low.

“The water has a foul odour and is yellowish,” said Paramasivam.

Housewives Wong Ah Lian, 62, and Koh Up Hian, 54, said this problem was troubling them day and night.

Another resident Fong Sau King said her grand-daughter was suffering from skin irritation every time she had her bath.

“The water is dirty and unhealthy for children,’ said Fong.

Yap said he would ask Syabas to rectify the problem immediately and also to fence up the place to prevent drug addicts from using the area.

“I will follow up with the issue until the residents are provided with clean water supply,” added Yap.
-The Star



13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kerana hendak tumbangkan kerajaan selangor, 'kera' jaan jalang umporno sanggup berkonspirasi dan menjadikan rakyat sebagai mangsa. memang be end sangat jahat dan lahanat wajib dikuburkan.

Tanpa Nama berkata...

Jika benar maklumat tu, sebarkan kisah itu di merata-rata tempat di seluruh Selangor. Biar UMNO/BN kena ludah oleh rakyat.

Amuraria berkata...

DAN BARUA BOS MEREKA SAUK BERJUTA-JUTA DUIT BUTA ATAS ANGIN! RAKYAT DIDERA DUIT DIUTAMAKAN DISAMPING KERJA KHIANAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN PILIHAN RAKYAT YANG ANTI RASUAH & PENYELEWENGAN,ABU SAJA PENYELAMAT !

Tanpa Nama berkata...

orang Selangor dah bijak berpolitik. begitu juga orang Pulau Pinang, Kedah dan Perak walau pun dinafikan dengan katak yang dua alam. Kelantan kawe respek.. Sabah dan Terengganu.. pandai memilih. Negeri lain dok memerhati.. tiap2 tahun sebelum pilihanraya ada je cerita AIR. Asyik2 Kelantan.. sekarang Selangor pula. emm lepas ni mana2 negeri yang diperintah kerjaan pakatan rakyat korang pun akan dapat cerita yang sama. AIR AIR AIR...

Memang diorang target Selangor... Takut dengan perubahan politik Selangor kerana Selangor akan menjadi punca perubahan politik Malaysia..

Tanpa Nama berkata...

pecat je pengerusi syabas...biar aku je jadi pengerusi syabas...gaji x payah juta2 bg aku..bg dlm sepuluh dua puluh ribu cukuplah...akan ku lepaskan air empangan yg cukup untuk rakyat..sesape yg x setuju dngn kerja aku atau malas akan ku pecat dan ganti dengan org yg memerlukan kerja.

Tanpa Nama berkata...

Masukkan terus dlm youtube.Orang2 muda byk yg tonton Youtube.
Tak caya try....Genarasi org muda menentu masa depan negara.

Tanpa Nama berkata...

Memang dah agak SYABAS dan UMNO akan sabotaj air di Selangor.

Tidakkah ini untuk kepentingan politik (UMNO)? Ini yang selalu dikatakan kepada pembangkang.

Tanpa Nama berkata...

Rakyat didahulukan tiada air,kemudian berlakon depan TV beri bantuan air muneral

Tanpa Nama berkata...

SYABAS JANJI DITEPATI, bila kalah pilhanraya hukum rakyat?

Adie berkata...

Walau ape pun perancangan/ konspirasi SYABAS, kami rakyat Selangor dah hilang kepercayaan kpd SYABAS.

Roza berkata...

Perkara yang agak boleh orang marah dan meletup kepala ialah air.... dan sampah yang membusukkan. Dua perkara ni akan dispinkan oleh BN tunggang terbalik waktu p/raya nanti.

Tanpa Nama berkata...

semoga ceo syabas mampus dlm kolam takungan air bersama pemimpin umngok laknat selangor.

Tanpa Nama berkata...

kalau nak tahu apa yang dicakapkan cuba rmah pam dikawasan bedekatan rumah anda. rmah pam sebelah rumah saya lalang paras pinggang. bila tanya org syabas yg keje kat situ dia cakap takde bajet nak potong rumput.