4 Ogo 2012

Lagi Bekas Pegawai Kanan Polis Akan Sertai PAS

Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Datuk Ramli Yusuff akan menyertai PAS dalam masa terdekat, kata naib presiden parti itu Salahuddin Ayub.

Menurutnya, beberapa perbincangan telah berlangsung antara PAS dan Ramli berhubung perkara itu dan perkembangan terbarunya juga "sangat positif".

"Dalam masa terdekat pengumuman akan dibuat pimpinan tertinggi parti atau beliau (Ramli) sendiri," katanya yang juga anggota parlimen Kubang Kerian.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang semalam, Salahuddin berkata, PAS amat mengalu-alukan kemasukan Ramli yang dilihat mempunyai dorongan kuat untuk memperjuangkan kebenaran.

"Bukan mudah untuk seorang bekas pegawai polis berprofil tinggi seperti beliau membuat keputusan menyertai PAS," katanya.

Sebelum ini, bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari turut menyertai PAS, yang dilihat sebagai sebahagian daripada usaha parti Islam itu merekrut ahli daripada pelbagai latar.

Pengumuman dijangka Ogos atau September

PAS juga dilihat sedang aktif menerima kemasukan kumpulan selebriti seperti pelakon Abby Abadi, Hairie Othman dan penyanyi Aishah yang jarang-jarang berlaku sebelum ini.

Sementara itu, Setiausaha PAS Kelantan Mohd Zaki Ibrahim sewaktu dihubungi Malaysiakini turut
membayangkan seorang lagi bekas penjawat awam tertinggi berasal dari Kelantan akan menyertai parti itu.

"Saya yakin dalam tempoh antara Ramadan dan Syawal, banyak lagi yang akan menyertai PAS dari kalangan bekas penjawat awam.

"Saya rasa sebelum Ogos (berakhir) atau September akan ada pengumuman dibuat berkenaan perkara ini," katanya.

Ramli sebelum ini mencuri perhatian apabila terdapat dakwaan beliau dianiaya ekoran konspirasi melibatkan peguam negara dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan untuk melindungi tokoh kongsi gelap Johor Goh Cheng Poh atau Tengku Goh pada 2007.

Musa bagaimanapun menafikannya manakala perdana menteri pula menolak penubuhan tribunal untuk menyiasat perkara itu kerana berpendapat ia hanya dakwaan dan "Dakwaan perlu disahkan". -mk

Ulasan GB

Selamat datang tuan ke dalam saf perjuangan Parti Islam SeMalaysia untuk kebenaran dan keadilan.



5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dengar khabar tuduhan rasuah sengaja diadakan terhadap Datuk Ramli supaya beliau tidak dapat menjawat jawatan Ketua Polis Negara - mungkin takut "rahsia besar" akan terdedah.

Dicadang supaya Datuk Ramli mendedah rahsia tersebut melalui buku seperti yang dilakukan oleh bekas Ketua Pengarah BPR Dato' Shafee Yahaya.

wak parjoe berkata...

Ya anon 0824, wak setuju karo kamu.

Tanpa Nama berkata...

Baru tahu sekarang Dato' Ramli Yusof di aniaya rupanya...apa nak jadi dengan politik Malaysia nih?

Tanpa Nama berkata...

Walau bagaimana kena hati2 terlalu ramai masuk ni

Tanpa Nama berkata...

hmmmm....ramai btl polis masuk,abby pun polis,hairee pun polis hmmmm...bkn polis = BN ke?harap2 ikhlas la eh walaupun x de jwtn / bangku dlm parti.