27 Ogo 2012

[BERGAMBAR] Khairul Fahmi (Apex) Kemalangan

Penjaga gol kebangsaan yang sering dilanda kontroversi, Khairul Fahmi Che Mat (Apex) telah mengalami kecederaan selepas kereta yang dipandunya terbabas.

Kejadian itu berlaku di Kampung Badak, Bachok sekitar jam 12.30 malam tadi.

Lantaran dari kemalangan itu, Apex telah mengalami cedera ringan di tangan kanan.

Pada masa yang sama, dia juga mungkin terlepas peluang untuk membantu skuad Red Warriors dalam pertemuan dengan Kedah dalam saingan Kumpulan B kempen Piala Malaysia pada malam ini.

Punca kemalangan masih belum dikenal pasti.

Sebelum ini, Apex sering dilanda dengan pelbagai kontroversi seperti pengambilan alkohol, pergaulan sosial bersama teman-teman wanita dan pelbagai lagi.

Semoga Apex cepat sembuh dan kembali ke arena bersama skuad Kelantan.




4 ulasan:

cucukerinci berkata...

sikap mudah lupa diri angkuh dgn kehebatan diri....oleh itu kembalilah ke jalan yg benar tak lain drp Islam sebagai pedoman hidup manusia,,,

Tanpa Nama berkata...

Apek.. ko ni kira bertuah sbb TGNA dekat dgn ko, dampingi lah dia minta le nasihatnya mcm mana nak jalani liku2 hidup ni. Ko nak main bola, main le. Tak salah, ko pun bole pakai seluar panjang/tutup aurat. Sbb tu kemahiran yg ko ade, niatkan kerana Allah.

TGNA ulamak yg ingin mengajak agar umat Islam Msia terutamanya bahagia dunia & akhirat, sbb tu dia ceburi politik, tapi org2 tak cerdik masih mengatanya kerana beranggapan 'politik & agama tak bole campor'

Tanpa Nama berkata...

Mane ko tau die angkuh? die cakap kat ko ke? mulut kena jaga supaya tak menimbulkan fitnah

Tanpa Nama berkata...

kesenangan yg dikecapi adalah anugarah ALLAH...klu skali kita lupa atas nikmatnya...maka ujian akan menimpa kita...mukin apex alpa dalam menajalani khidupan tanpa memanfaatkan rezeki yang limpah luah kepada jalan yg diredaai ALLAH....cth ZAKAT PENDAPATAN DAH BYAR BLM...