15 Jul 2012

Misi Tawan Selangor: Rakyat Mual Gambar Najib Di Komuter...

Iklan sasar rakyat S'gor penuhi Komuter

Selepas kontroversi pemasangan bendera BN, kini muncul lagi pelbagai iklan yang mensasarkan masyarakat Selangor di stesen perhentian dan gerabak sistem kereta api Komuter di pelbagai tempat di Lembah Klang.

Siri iklan "Sayangi Selangor" itu antaranya memaparkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan tulisan ''Kami mendengar masalah anda tentang kos sara hidup'' dan ''Kami mendengar dan memahami keperluan anda tentang pendidikan''.

Dilihat sebagai sebahagian daripada rangka 'kempen' BN di negeri Pakatan Rakyat itu, iklan tersebut kelihatan dipasang di tiang besar di stesen, eskalator malah memenuhi gerabaknya.

Iklan-iklan itu juga memaparkan kemesraan Najib yang bergambar dengan pelbagai pihak, termasuk kanak-kanak dan cuba menekankan bahawa rakyat mendengar masalah rakyat bawahan.

Najib merupakan pengerusi badan perhubungan Umno Selangor manakala Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed pula berperanan sebagai koordinator BN Selangor.

Menurut sumber Malaysiakini, iklan tersebut telah dipasang secara berjajaran bermula daripada stesen KL Sentral sehingga ke stesen komuter menghala ke Pelabuhan Klang.

Sementara itu, tinjauan Malaysiakini terhadap pengguna komuter mendapati rata-rata mereka tidak selesa dengan langkah terbaru itu.

Seorang pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) yang hanya mahu dikenali sebagai Mat berkata, beliau merasakan iklan itu tidak perlu diletakkan kerana "tidak seimbang" tanpa memaparkan gambar Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Inikan kempen Sayangi Selangor. Sepatutnya ada gambar Khalid baru seimbang. Sebab macam pelik, kempen sayang Selangor tapi gambar perdana menteri," katanya ketika ditemui Malaysiakini.

Mat, 22, juga berkata, iklan yang menyatakan sumbangan kerajaan juga dilihat tidak wajar kerana ia memang tanggungjawab pihak itu.

Selain itu, pelajar institut pengajian tinggi swasta (IPTS) yang mahu dikenal sebagai Amirul pula mengaitkan perkara itu dengan tarikh pilihan raya yang akan berlangsung tidak lama lagi.

"Kalau betul mereka ini membela rakyat, kenapa baru sekarang nak buat iklan ini? Mungkin kempen nak dekat pilihan raya umum," katanya sinis.

Sementara itu, Liana, 26, seorang pekerja swasta pula berkata, iklan sedemikian tidak perlu diletakkan kerana hampir semua orang tahu apa yang telah kerajaan lakukan.

"Iklan ni dah banyak dah. dekat TV pun ada. Saya rasa semua orang tahu yang kerajaan ada bagi BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), bagi baucer dekat pelajar dan macam-macam lagi. Jadi saya rasa tak perlu iklan macam ni. Yang penting ketelusan," katanya.

Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan bendera BN telah dinaikkan di stesen komuter laluan Kuala Lumpur-Pelabuhan Klang.

Bagaimanapun, Mohd Zin Mohamed menafikan mengeluarkan arahan membenarkan bendera BN di pasang di kesemua 28 stesen komuter di Selangor. -mk

Ulasan GB

Sungguh terdesak UMNO/BN nak tawan Selangor dengan apa cara sekalipun. Tetapi langkah yang tertera di atas semacam menggambarkan UMNO/BN semakin nazak.

Perbelanjaan yang begitu besar digunakan untuk "mempromosi" Najib menjadikan rakyat semakin buka mata terhadap pembaziran yang dilakukan oleh KTMB.

p/s Ada yang bertanya di FB, kat toilet di stesyen komuter tak nak letak gambar Najib ker?


15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sesuatu yg dibuat secara melampau...maka ia otomatik akan menyebabkan reaksi yg negatif....kalu mcm nie..aku pun nak muntah menengoknyer.....cara yahudi tak sesuailah lagi najib.......kater wasatiyah.....hihihihihi...wasatiyah kepala abah kau....

Waris berkata...

Aku pandang dari sudut positif. Sebenarnya bagus letak gambar najib bnyk2. Kalau letak gambar rosmah sekali lagi berseri.

Ia tak kan mengubah minda rakyat dari menyampah kepada menyokong. Malah rakyat akan 10x menyampah. Aku suka cara bangang umno buat nih.

Itu pandangan aku yg suka memandang secara reverse...

Tanpa Nama berkata...

najib hanya mendengar dan buat bodoh, tapi pakatan Rakyat membantu rakyat, walaupun belum kePutrajaya

Tanpa Nama berkata...

Di segi psikologinya baik juga gambar pm di letak di mana2, kerana mengingatkan kepada semua rakyat bahawa Najib adalah Pm yang amat lemah, hidup pula bersama isteri yang melakukan banyak pembaziran dan Najib akan dibenci oleh seluruh rakyat Malaysia dengan karenah negetif yang beliau sendiri menonjolkanya, lagi lama potretnya di letak di merata-rata semakin ramai rakyat Malaysia membencinya.

Tebuan berkata...

Sepatut Najib buat iklan terbesar dalam dunia. letak gambarnya dan Rosmah biar semua tahu. Buat banyak2 letak semua cerok rantau. Kak kampong lebihkan sikit untuk memboleh rakyat tebusguna buat dinding atau atap reban juga kandang.
Takkan duit komisyen dah habis kot atau keluarkan tender buat 3 juta papan iklan Najib dan Rosmah pasang seluruh negara. Kroni pun boleh cari makan/ Gunalah pula duit Tabung Haji> kementerian Perdagananpun boleh cari sponsor.

Tanpa Nama berkata...

Apa boleh buat. Dia punya tahap intelektual macam budak darjah 3. Jadi dia guna cara budak darjah 3 untuk kempen pilihanrayanya di Selangor.

Cara kau ni boleh kau tipu budak berumur 7 hingga 12 tahun. Tapi nak tipu golongan muda yang berilmu, jangan haraplah.

Pilihan Raya akan datang tolonglah undi orang yang tingi tahap intelektualnya bukan intelektual tahap budak darjah 3.

Tanpa Nama berkata...

'Kami mendengar masalah anda tentang kos sara hidup' ...hahaha, pandai btul buat lawak. Ya, tahulah kamu dengar, lepas tu pegi cari idea nak buat duit dgan masalah tersebut. Hasilnya....Hampehhh.

Tanpa Nama berkata...

PM paling banyak retoriknya tapi sayang caramu membuatkan aku makin menyampah...ibarat sang suami yang gila talak pada isteri yang dah tak sudi pun...maaf ya PM Jib,itulah akibat mengharamjadahkan orang

iwanz berkata...

GB...saya rasakan ini adalah suatu jenis vandalisma....coz menggunakan harta2 awam utk promot diri sendri... xde beza dia buat gambar najib prihatin rintihan rakyat di komuter dengan saya sendiri conteng di komuter tulis "Najib prihatin" dengan spray cat.... Kalau nak promot diri sendri gunakan lah papan iklan sendri atau bena. Ini di gunakan harta awam... itu bukan milik dia...itu milik org awam... Ni satu salah guna kuasa... Perlu laporan polis...

Tok Kie berkata...

KERJA-KERJA NIE MEMANG OTAK TAHUN 60AN .... DAH TAK SESUAI LAGI BANGANG Oiiiii... zaman teknologi dah niee .... janganlah buat keje2 bodoh niee... "bagi duit" "buat pesta" .... "baiki jalan yg elok" "minum teh" dahlah...

Tanpa Nama berkata...

Salah satu poster tunjuk gambar Jimmie Executive dari Rawang gembira kononnya dengan keperihatinan kera-jaan menyediakan kemudahan tambahan komuter baru kepada kita semua. Kemusykilan saya sejak saya mula2 guna komuter pergi pejabat lebih 12 tahun lalu sampai ke saat ini tak pernah pun jumpa batang idung mamat Jimmie tu. Saya tanya kawan2 yang sama naik komuter pun tak ada yang kenal atau pernah tengok Jimmie. Cuma nak maklumkan semua, memang iklan tu nak tipu dan bodohkan rakyat!!

Tanpa Nama berkata...

JANGAN INGAT RAKYAT SELANGOR BODOH. INI SATU PEMBAZIRAN !!!! BERAPA JUTA PULA KOS DIKELUARKAN UNTUK IKLAN INI. KRONI MANA PULA YANG DAPAT TANDER PASANG IKLAN NI.... KAMI ADA HATI ADA MATA DAN SENTIASA BANGGA JADI ANAK SELANGOR DAN KAMI SAYANG SELANGOR!!! . - ANAK JATI SELANGOR.

paparock berkata...

gambar kak mah x de ke....klu ada kan bagus....nampak sangat kemesraanya n keperhatianya terhadap rakyat selangor...tampal la n iklan kan d setiap public transport...bas/hentian bas..teksi..fly over...dan sepanjakg jln d selangor ..letak banner n bunting...huh pasti akan lagi cepat nampak kesanya...

hairan berkata...

salah iklan tuuh.... pm kita nama rosmah laaaaaa

KariPOP berkata...

Alangkah hebatnya PM sapumalaysia jadi model iklan pula. Selepas PRU 13 nanti bolehlah jadi model sepenuh masa.