7 Jun 2012

WWW15: Menteri MCA Atau JPJ Yang Penipu Atau Kong Kali Kong??

Liow: Saya dapat nombor plat percuma

Sehari selepas menjadi sasaran soalan pemberita mengenai nombor plat WWW 15 yang dibidanya, Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai kini mengatakan bahawa dia tidak membayar satu sen pun untuk nombor tersebut.

Dalam tweetnya lewat hari ini, Liow berkata telah dimaklumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bahawa beliau tidak perlu membayar RM24,200 harga bidaan yang ditawarkan kepadanya, kerana nombor itu adalah "percuma".

Katanya, sebarang pertanyaan lanjut hendaklah dirujuk kepada JPJ.

Bagaimanapun, ini bercanggah dengan laporan akhbar China Press hari ini, yang memetik jurucakap JPJ Wilayah Persekutuan sebagai berkata setiap orang yang membida nombor plat, perlu membayar untuk mendapatkannya.

Katanya, para menteri boleh memohon nombor plat secara percuma dari JPJ, tetapi ia tidak membabitkan 'nombor panas' seperti yang dibida oleh Liow. -mk








Ulasan GB

Liow dakwa beliau dimaklumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bahawa beliau tidak perlu membayar RM24,200 harga bidaan yang ditawarkan kepadanya, kerana nombor itu adalah "percuma". Katanya, sebarang pertanyaan lanjut hendaklah dirujuk kepada JPJ.

Tetapi, JPJ dakwa Liow perlu bayar plat WWW15 kerana ia dibida di atas nama peribadinya.

Liow cuba menipu kerana sebelum ini beliau menyatakan nombor plat itu dibida untuk kementeriannya.

Justeru itu siasatan perlu dilakukan ke atas menteri MCA ini dan siasatan juga perlu dilakukan samada wujud "kong kali kong" menteri ini dengan JPJ?



9 ulasan:

Unknown berkata...

KANTOI WWW 1 PI LARI LARI WWW 15 PULAK... NGEH 3X

Tanpa Nama berkata...

Ada orang tarik balik bida www15 ke?menarik ceghita ni,jadi soalan kepada tiung lai,kenapa kau boleh dapat free sedang sultan johor kena bayar,ish ish takpaham aku org seKutu BN ni

Tanpa Nama berkata...

aku nak minta RTD nombor xxx1,boleh dapat free ye...

Tanpa Nama berkata...

Pandainyaaaaaaa..... Sultan kene bayor... Menteri dpt free??? Menteri lebih berkuasa dpd Raja??? Ini sudah kurang hajar....

Tanpa Nama berkata...

Menteri lagi power dpd Raja??? Kurang hajar nehhh...!!!!

Tanpa Nama berkata...

Menteri lagi berkuasa, berharta, berdaulat dpd Raja....Kurang hajo betul korang yea???

non baling berkata...

Menteri berkuasa daripada Raja sebab RAJASEKARAN.
Memang Tiong tak payah bayar, betoi cakap dia tu, dia dapat free sebab ada mangkok mana yang tolong bayar,,, siasat jangan tak siasat.

1 Malaysia berkata...

La ni lagi nampak siapa yang menghina sultan? Sultan Johor kena bayar lebih setengah juta dan DYMM YDP Agong kena RM200K untuk mendapat plat nombor manakala menteri BN, free......
Ini cerita lawak 2012. Dulu waktu dia dapat Toyota Alphat yang nilai melebih setengah juta dikatanya pemberian orang untuk bininya. Kali ni JPJ bagi feee pulak. Awat rakyat biasa tak boleh dapat freekah?
HARAMJADAH. HARAMJADAH. HARAMJADAH. SUNGGUH. KAKI BEDAL DAN RASUAH NO 1 DARI MCA.

Tanpa Nama berkata...

err... betul kebayar?? jangan free jugak sudah lah...