28 Jun 2012

Gantung Ambiga: Pemimpin MIC Kecam MP UMNO Sri Gading

Tanpa perlu memikir panjang terhadap perkataannya, seorang pemimpin MIC telah meminta supaya ahli parlimen Sri Gading dikenakan hukuman gantung sampai mati, dengan mendakwa ahli parlimen berkenaan berakal pendek.

S Vell Paari melancarkan serangan kerasnya itu terhadap MP Sri Gading Mohamad Aziz yang telah mencadangkan agar Ambiga digantung kerana didakwanya seorang pengkhianat.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat MIC tersebut menyatakan bahawa kesemua parti, termasuk di pihak pembangkang, mempunyai perangai sedemikian di dalam barisan kepimpinannya.

“Untuk Mohamad Aziz, beliau perlu dihukum gantung kerana mempunyai IQ yang sangat rendah. Saya percaya ada orang yang telah menjatuhkan sesuatu barang ke atas kepalanya sewaktu beliau masih kecil (menyebabkan beliau jadi demikian),” tambahnya.

“Inilah caranya bagaimana kita menembak diri sendiri. Seperti yang dinyatakan oleh seorang yang lain, BN yang sebenarnya yang telah membuatkan Ambiga dan Bersih begitu popular sehingga menjejaskan BN,” katanya.

Vell Paari berkata MP Umno juga telah mengambil sikap perkauman dengan mensasarkan Ambiga tetapi tidak ke atas Pengerusi bersamanya iaitu A Samad Said.

Beliau bercadang untuk membawa hal ini didalam mesyuarat AJK Kerja Pusat MIC yang dijadualkan hari ini untuk mendesak pemimpin parti menyuarakan tentangan mereka terhadap kenyataan yang begitu sensitif itu.

“Komuniti India marah dengan serangan bertubi-tubi ke atas Ambiga dan sudah sampai masanya MIC tidak lagi boleh berdiam diri.

“Ini bukan soal nak memenangi hati pengundi tetapi hal gangguan ke atas seseorang yang dihormati seperti Ambiga perlu dihentikan,” ujarnya.

Vell Paari juga mengkritik Mohamad Aziz kerana menyamakan tindakan Ambigadengan Al-Mau’nah yang ahlinya telah dihukum gantung kerana menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong .

Menyifatkannya sebagai sesuatu yang aneh, pemimpin MIC ttersebut mengingatkan MP Umno berkenaan bahawa Yang Dipertuan Agong telah pun berkenan untuk menerima kedatangan pemimpin Bersih.

“Senjata yang ada pada mereka hanyalah baju T kuning dan botol air mineral, ia bukanlah alat-alat yang biasa digunakan untuk menjatuhkan raja.

“Lebih 100,000 orang menyertai perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April, jadi kita nak hukum gantung semua tu?” tanya beliau.

Vell Paari juga menyuarakan kesedihannya yang Sri Gading, pada satu ketika merupakan kerusi bekas PM Tun Hussein Onn, sekarang sudah jatuh ke tangan seorang politikus yang “tidak berkebolehan dan berakal pendek ”.

Ahli Parlimen Seri Gading, Datuk Mohamad Aziz dalam persidangan Parlimen semalam, yang mencadangkan agar penganjur perhimpunan Bersih, Datuk Ambiga digantung sampai mati dengan mengaitkannya sama seperti militan Al-Maunah kerana cuba menimbulkan kekacauan dan menjatuhkan kerajaan Yang di-Pertuan Agong

“Penderhaka hendaklah dihukum sekras mungkin,” katanya.

Ahli Parliemn itu juga menekankan beliau sanggup bermandian darah untun negara, dan ucapannya telah disambut dengan sorakan dari kalangan ahli-ahli parlimen UMNO.

Mengulangi permintaannya supaya Najib Tun Razak menghubungi Ambiga untuk perbincangan, Vell Paari juga meminta pihak berkuasa agar menarik semula tindakan undang-undang ke atas pemimpin Bersih.

Belia berkata lagi para peniaga yang menyembur cat di jalanraya di depan kawasan rumah Ambiga sepatutnya di dakwa kerana merosakkan harta awam.

“Pihak polis dan DBKL terpaksa berkawal di kawasan rumah Ambiga kerana peniaga-peniaga dan para pemprotes ini.

“Jadi tidakkah sepatutnya DBKL menghantar notis kepada para peniaga untuk menuntut bayaran kerja lebih masa dan elaun makanan untuk kakitangannya sebagaimana para peniaga itu melakukan hal yang sama ke atas Ambiga?” tanya beliau. -FMT (terjemahan bebas GB)


Gantung Ambiga sampai mati: DAP mahu lapor polis

KUALA LUMPUR, 27 Jun: DAP mengarahkan wakil rakyatnya membuat laporan polis beramai-ramai terhadap Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz berhubung kenyataannya yang bersifat ekstrimis.

Aziz, wakil BN dalam ucapannya di Dewan Rakyat semalam meminta Pengerusi Bersama Gabungan Menuntut Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih), Datuk Ambiga Sreenevasan digantung sampai mati kerana didakwa mahu menggulingkan negara.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pihaknya tidak mahu membuang masa meminta Aziz menarik balik kenyataan tersebut tetapi mahu semua wakilnya membuat laporan polis agar Aziz dapat disiasat sewajarnya.

Katanya, laporan polis akan dibuat esok namun belum dinyatakan di balai polis mana.

"Semalam kita amat terkejut dengan kenyataan Sri Gading yang mengatakan bahawa kita harus gantung ambiga kerana menganjurkan Bersih.

"Ini adalah kenyataan yang menghasut dan bersifat ekstrimis dan mengancam nyawa Ambiga dan bersifat perkauman kerana ditujukan kepada seorang wanita berbangsa India dan beragama Hindu," kata Ahli Parlimen Bagan itu pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Guan Eng juga berkata, kenyataan Aziz itu sangat tidak relevan kerana penganjuran Bersih bukan satu kesalahan.

"Ini adalah saranan yang serius untuk minta gantung sampai mati. Tak pernah ada ahli parlimen di dunia minta seorang dibunuh.

"Apakah kesalahan Ambiga? Beliau hanya salah seorang penganjur Bersih yang merupakan perhimpunan aman.

"Kenapa hanya Ambiga? Kami yakin sebab Ambiga seorang India dan wanita. Sasaran yang mudah. Sikap ini harus dibantah," katanya.
-HD


14 ulasan:

Abu berkata...

Terima kasih wak aziz. jangan lupa wak Sri Gading/Parit Raja ramai pengundi kaum India.

Waris berkata...

Hahaha... bagus. Gaduh lagi. Biar cepat jahanam BN. Inilah tahap intelek pemimpin BN.Inilah winable candidate untuk BN.

Ahli parlimen zaman batu sewaktu BN kuat. Masa tu letak muka berok pun BN boleh menang.

Tanpa Nama berkata...

mamat ni perasan lebih, kira dia ni dah 'terover confident' laa ni... pemimpin bodoh dan ketinggalan zaman ,nyayuk dan perlu diusur dari menjadi MP, eloknya dia didiamkan sebab bila bercakap asyik merapu...suara kuat dan garau , macam katak panggil hujan....bila hujan ,orang lain yang kena hujan basah kuyup...

din rela berkata...

Ada ke tercatat kat undang-undang kite kes camtu boleh digantung ? Ini lawak ke ape ?

Tanpa Nama berkata...

tanda2 awal kejatuhan bn semakin ketara...

Tanpa Nama berkata...

dalam BN org takda otak pun boleh jadi MP, kalau nak kerusi pun agak2lah keldai ooi.

Tanpa Nama berkata...

Bukan karut tapi benar. Isreal sebuah negara kecil tetapi mampu mempengaruhi hampir keseluruhan pemimpin Amerika. Dalam erti politik, membeli.

Kalau dihitung, agaknya berapa ramaikah Wakil Rakyat BN yang dibela..... "dibeli". Bukan saja oleh Taukeh kegiatan haram atau koperat, MP beli MP-MP pun perkara biasa. Tiba PRU, banyaklah wang melimpah dari seluruh pelosok. Boleh lihatlah sendiri berapa ramai orang BN pukul gendang tunjuk muka masakini, tapi Pakatan senyap jer mungkin tak makan umpan atau tiada pembeli.

MIC dah laput dan sunyi sekian lama. Hero tamil dah tandus akal nak buat lakonan hebat. Nak buat wayang suspen kena ada penjahat, takkan hero lawan hero. Tak hairan jugak kalo Sri Gading/Parit Raja ramai India. Sampai masanya, wang kertas menjadi penentu. Kalau Ketua BN pandai rasuah merasuah, bodohlah kalau MIC/MCA tak pandai.

Tanpa Nama berkata...

Ingat lg permintaan BN kepada rakyat pd PRU lepas...
JGN UNDI CALON, UNDILAH PARTI
Sbb tu la beruk/siamang/keldai dan seangkatan bersepah kat Parlimen & Dewan Rakyat... Muahahaha

1 Malaysia berkata...

Kalau BN/UMNO/MCA/MIC bukan rasis atau perkauman, siapa lagi? AKU amat meluat dengan puak ni. Kalau orang Cina tak sokong depa, depa suruh orang Cina balik China. Kalau orang India tak sokong depa, depa suruh orang India balik India. Kalau orang Indon tak sokong depa, depa suruh orang Indon balik Indon. Bagaimana dengan orang Melayu yang tak sokong depa, nak suruh Melayu ni balik mana?
AKU hairan dengan sikap puak ni. Awat kalau Cinakah? Indiakah? ... tak mai Tanah Melayu sekarang ni? Orang Melayu (UMNO) tak tipukah? Orang Melayu (UMNO) tak rasuahkah? Orang Melayu (UMNO) tak bunuhkah? Orang Melayu (UMNO) tak zalimkah? Orang Melayu (UMNO) mahu laksanakan undang-undang Islam (Hudud)kah?
Sri Gading memang bodoh orangnya. Nak samakan Ambiga dengan Al-Maunah? Jelas mentalitinya tak layak dijadikan MP. Memalukan Malaysia saja. Betul cakap ex-boss depa tu, yang ada dalam UMNO la ni semuanya bodoh-bodoh belaka. Yang pandai dah masuk PKR/PAS/DAP. Yang keluar dari PR, lagi bodoh dari MP UMNO yang sedia ada.
Teringat AKU akan ulasan Ulama Muda dari UMNO bahawa PAS mengkafirkan orang UMNO. Masa bila dia dengar orang PAS mengatakan orang UMNO ni kafir? Yang AKU dok dengar Tok Guru kata ialah kalaulah seseorang itu ........, maka jatuh kufurlah dia. Malas AKU nak ulas sebab orang bebal bukannya nak faham tapi putar belit seperti kata Sri Gading.

Tanpa Nama berkata...

S Vell Paari kata di pihak pembangkang pun ada perangai sedemikian. Cuba namakan pemimpin-pemimpin tersebut dan bukti-bukti yang menunjukkan mereka bersifat sedemikian? Apa yang saya tahu ialah sifat-sifat sedemikian hanya ada pada pemimpin-pemimpin UMNO/BN dan sekutu-sekutu mereka seperti PERKASA, JATI dan seumpamanya.

Tanpa Nama berkata...

Wakil Rakyat Sri Gading ni agaknya tak faham apa maksud "traitor". Apa macam dengan orang yang luluskan lebih dari 2 juta PATI jadi warganegara dan boleh pulak mengundi.Apa macam dengan orang yang tabur IC Biru diSabah hingga hari ini pendatang asing sudah melebihi penduduk asal Sabah? Sudah ada lebih dari 4 juta orang asing dinegara ni dan mereka sudah ada Mykad.Munkin pada PRU ke16 atau 17 Malaysia akan dapat Perdana Menteri dan Kabinet terdiri dari Bangra,Indon,Filipina,Kampucia,Siam atau Burma.Pendeknya dari segi "keselamatan negara" Malaysia sudah "bolos".Tak perlu lagi kapal selam atau jet pejuang nak kawal keselamatan sempadan."Musuh" susah berada dalam negara.Itu baru kerja-kerja "traitor" namanya.Ada faham Sri Gading Yang Bangang.

Tanpa Nama berkata...

Sri gading ni saje je nak cr publisiti murahan supaya dpt jadi calon dlm PRU13 nanti. Nak mombodek tuan haji najib dan hajah rosmah la tu. Las2 diri sendiri yang terkena. Dia ni waris noh gadut jgk ni aku rasa

hairan berkata...

ini lagi satu contoh makin tua makin hilang cahaya imannya + makin hilang otaknya... yang BERTAMBAH cuma mulut celupar aje !

napa la kebanyakkan pemimpin umno mcm nih ya????!!

mat berkata...

jgnlah marah pada sri gading...seorang MP umno hanya guru tabika kemas...faham-fahamlah tahap pemikirannya...dah tentu lembab,bengap,bahlol dan sbgnya...inilah orang yg mencabar fadzil noor supaya kubur syahid ibrahim libya dikorek semula untuk tengok jasadnya semada hancur atau pun tidak di dlm sidang parlimen terakhir fadzail noor...apabila tahap pendidikanya lemah...tapi jawapannya fadzil noor umpama sumbat tahi kemulut MP...ni...sengap terus...