21 Mei 2012

SPR Kata Kangkung, Timun, Kuda, Harimau Adalah Pengundi Sah

Port Dickson: Mereka yang memiliki nama-nama 'unik' membuatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pening kepala dengan para pengkritik yang mempertikaikan kewujudan golongan tersebut.

Namun, SPR berkata, rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membuktikan bahawa mereka adalah pengundi yang sah.

Para pengkritik suruhanjaya itu membuat jenaka terhadap nama-nama haiwan, sayur-sayuran dan individu terkemuka yang masih hidup atau meninggal dunia dalam kalangan daftar pemilih seramai 12.8 juta pengundi.

Mereka turut bertanya mengapa wujud pengundi dengan nama seperti Timun, Kangkung, Harimau dan Kuda dalam daftar pemilih.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, mereka yang memiliki nama unik yang tinggal di pedalaman Sabah dan Sarawak adalah pengundi sah.

Katanya, adalah tidak adil bagi SPR dituduh sengaja mereka nama-nama tersebut dan mendaftarkan pengundi-pengundi yang tidak wujud.

"Agak hairan bahawa pengkritik masih tidak memahami perkara ini yang berada diluar kawalan kami.

"Kami mempunyai pengundi yang memiliki nama seperti Elvis Presley, Reagan dan A.Ramlie bin Jefridin dalam daftar pemilih. Namun, kesemuanya wujud dan merupakan rakyat Malaysia," katanya. (A.Ramli dan Jefri Din merupakan penyanyi terkemuka negara pada 1960)

Abdul Aziz berkata, terdapat pengundi dengan nama seperti Atas Jalan, Tepi Jalan, Machine Gun dan Boeing.

"Selagi butiran tarikh lahir mereka sama dengan rekod JPN, kami tidak boleh mempertikaikan status mereka dan mesti mendaftarkan mereka sebagai pengundi," katanya.

Beliau berkata, SPR terus menerima kritikan berhubung perkara yang diluar kawalan mereka walaupun pelbagai usaha dilakukan pegawai-pegawai untuk memastikan daftar pemilih bersih dan dikemas kini.

Katanya, daftar pemilih mempunyai kira-kira 15,000 pengundi yang nombor kad pengenalan mereka tidak selari dengan jantina seperti ditetapkan JPN.

Bagi jantina lelaki, nombor terakhir dalam 12 digit kad pengenalan merupakan nombor ganjil manakala perempuan pula adalah nombor genap.

"Jika berlaku campur aduk, kami tidak boleh katakan bahawa mereka tidak boleh didaftarkan sebagai pengundi kerana JPN mempunyai rekod mengenai kewujudan mereka.

"Mungkin berlaku kesilapan apabila MyKad diserahkan kepada mereka," katanya.

Abdul Aziz berkata, mereka juga sering dilontarkan dengan pertanyaan mengenai kewujudan pengundi yang memiliki nama serupa dan lahir pada tarikh dan negeri yang sama.

"Perbezaan hanya empat digit terakhir dalam nombor kad pengenalan mereka. Apabila kami mengenal pasti kes ini dengan JPN, kami mendapati mereka didaftarkan pada sejak lahir dan masih hidup," katanya.

Menurut beliau, terdapat beberapa soalan dibangkitkan mengenai kewujudan pengundi yang berusia lebih 100 tahun dalam daftar pemilih walaupun rekod SPR menunjukkan kira-kira 1,000 pengundi bagi golongan tersebut.

"Kami terus mengesahkan maklumat-maklumat tersebut dengan agensi berkaitan. Kami tidak boleh memadam nama-nama pengundi walaupun mereka sudah mencecah usia 100 tahun.

Abdul Aziz berkata, kira-kira 3.7 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih walaupun pelbagai kempen dilakukan untuk menggalakkan mereka berbuat demikian. -mstar

Ulasan GB

Cukup panjang akal Pengerusi SPR ni untuk kelentong rakyat.

PR kena wujudkan badan siasatan untuk menyiasat hal-hal ini dan jika tidak benar, maka Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR perlu diheret ke muka pengadilan.

16 ulasan:

BaDiN berkata...

lagi cakap SPR.nanti wujud pula nama nama ini,Meter,Kilometer,Dacing,Bee End,Umno,SPR,kali,Tahil,Kati dan macam-macam nama eksotik.
SPR,Suka Pom2 Rakyat.
hehe..

Tin bin Kosong berkata...

saya amat terkilan dengan tuduhan GB ni.. isk..isk.. huahuahua...

Tanpa Nama berkata...

Tak takut ke azab kubur nanti? Belum lagi azab neraka....kalau betul kelentong!!

UMNO a/l BN berkata...

saya pun terkilan jgak dgn tuduhan GB ni tanpa usul periksa ni huhuhhu

Tanpa Nama berkata...

KES INI PULA, BAGAIMANA???
Tamil Malar, bearing the MyKad number 750516-08-5360, was surprised to find that her identity card number now belonged to a man named Mansor b Jali.

Tamil, who lives in Perak's Tronoh state and Batu Gajah parliamentary constituencies, is now listed as Mansor, a voter from Ayer Limau state and Masjid Tanah parliamentary constituencies in Melaka.

Tanpa Nama berkata...

THE STAR, SIASAT KES INI JUGA!!!

Tamil Malar, bearing the MyKad number 750516-08-5360, was surprised to find that her identity card number now belonged to a man named Mansor b Jali.

Tamil, who lives in Perak's Tronoh state and Batu Gajah parliamentary constituencies, is now listed as Mansor, a voter from Ayer Limau state and Masjid Tanah parliamentary constituencies in Melaka.

putra JB berkata...

Hahaha...Malaysia Boleh Land...nanti akan wujud pula nana-nama lagi pelik..Tahi Anjing,Tahi Najib, Tahi Rosmah.

Apa bangang sangat ke JPN boleh terima nana-nama pelik macam tu didaftarkan.

Tanpa Nama berkata...

Haram Bin Jadah pun boleh mgundi..

Along berkata...

Antara nama anak arwah zami ismail (pak uda) Mohd Hitler dan Ahmad Yamashita kalau tak silap selain dari Opie Zami.

Agak-agak macamana SPR daftarkan diorang nih ???

Tanpa Nama berkata...

Ternyata menunjukan bahawa yang bekerja dengan SPR tu SEBENARNYA
B U T A H U R U F

atau TAK PERNAH BERSEKOLAH

Tanpa Nama berkata...

mungkin BABI, KHINZIR, ALTANTUYA pun ada dalam senarai daftar pengundi SPR

Tanpa Nama berkata...

Katak Puru tentu boleh ngundi

Tanpa Nama berkata...

mmg bangat...umnoapco..haram jadah punya bangsa...

Tanpa Nama berkata...

Selain SPR,Jabatan Pendaftaran Negara(JPN)juga tak boleh dipercayai sebab bersubhat dengan SPR dan kedua-duanya adalah cawangan UMNO.Rujuk laporan Dato Mahfuz Omar - Pengarah JPN adalah antara balaci yang mengedarkan Mykad kepada PATI.Dulu JPN juga yang jadi kuda Mamak Kutty mengedarkan IC Biru kepada PATI Filipina diSabah.

Tanpa Nama berkata...

Umat Malaun Naif Otak (UMNO) je yg percaya 100% kenyataan pengrusi SPR tu!

Makin terserlah lah SPR tu Suruhanjaya Penipu Rakyat. Yg agak pasti, mesti tak keciciran nama hangtu kum kum, hangtu bonceng, hangtu botol kicap, hangtu pocong, hangtu jenglot, hangtu sondol & bapak segala hangtu adalah hantu pilihanraya.

Aku dah hilang hormat pd gelaran Tan Sri tu!
Malaun Abd Aziz ni bingai bin badak pekak! PR dah tunjuk bukti penyelewengan2 tu tapi dia dok beralasan je utk meyakini nama2 dlm senarai pengundi tu BERSIH & up to date!

Hey ajis bingai,
apa masalahnya?, kalau lu dapat tunjuk bukti yg sahih utk elakan kecelaruan nama2 dlm daftar pemilih tu, aku akan sunat sekali lagi lah!

Selagi lu beralasan tanpa bukti, aku tak akan halalkan apa2 sekali pun apa yg dah aku contribute utk bayar gaji & apa2 jua elaun2 sepanjang kau mengendalikan SPR.

Nahe nahe nahe, walau pun sebesar zarah!

Apa la punya baral kau jis!!

freelance web design berkata...

syok betul sayur sayuran boleh mengundi kat malaysia...

*berangan nak tubuhkan parti sayur pulak lepas ni... mintak rosmah jadi puan penasihat (20 persen)