2 Mei 2012

BERSIH 3.0 Berjaya Satukan Melayu Cina India Secara Praktikal

Puak asabiah tentu tidak mengerti gambar ini

Bagi mereka yang berfahaman asabiah menebal tidak akan mengerti gambar di atas


Bila terjumpa manusia dalam kesusahan, yang difikirkan otak mereka:

1. Adakah mereka sebangsaku?
2. Adakah mereka penyokong benda haram yang ditegah agamaku?

Nilai kemanusiaan hilang daripada puak-puak asabiah yang menebal ini.

Dalam fahaman mereka, lebih elok membiarkan seseorang itu mati tanpa pembelaan kerana fahaman sempit perkauman mereka.

Ini adalah sungguh tragis bagi sebuah negara yang sudah mencapai kemerdekaan selama 55 tahun.

Dalam Islam, jelas fahaman asabiah ini ditegah dan dicemuh.


Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. Quran 5:8


Semuanya adalah milik Allah, dan ciptaan Allah. Manusia memang dilahirkan bangsa lain-lain, kulit lain-lain, wajah lain-lain - mencari hidayah dalam kehidupan.

Islam menyarankan kita adil kepada semua - menolong mereka yang tertindas akibat ketidakadilan.

Seperti kata firman di atas, "sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa" -- berapakah yang sudah menjauhi taqwa kerana sanggup menyokong ketidakadilan, kezaliman dan penindasan?

Tanyalah sendiri, mengapa fahaman asabiah menebal di Malaysia?

Tanyalah sendiri, mengapa data pengundi yang dikeluarkan SPR berbentuk asabiah? Mengapa dibahagikan sebegitu rupa?

Tanyalah sendiri, perlukah dihabiskan berjuta-juta wang rakyat untuk mempromosikan konsep 1Malaysia, walhal perkara asas menjurus kepada asabiah tetap dikekalkan?

Tanyalah sendiri, siapa yang boleh membawa rakyat Malaysia ke arah seperti gambar di bawah, dan siapa yang membawa rakyat Malaysia jauh daripada situasi gambar di bawah?

Dalam hati kita sebagai rakyat Malaysia, tanyalah mengapa gambar di bawah menyentuh hati dan menyayukan hati?

Kerana kita tahu, kita boleh hidup sebagai rakyat Malaysia yang diinginkan dalam hati terpendam, tetapi sudah diperbodohkan dan diperlagakan selama ini demi survival politik pihak-pihak berkepentingan. -HD

Ulasan GB

Itu satu-satu kejayaan terbesar BERSIH 3.0. Dunia menyaksikan rakyat Malaysia "berbilang kaum" bersatu di dalam ertikata sebenar, lebih hebat dari gagasan retorika 1Malaysia BN yang pepat di luar tapi rencong di dalam. Restu Najib terhadap PERKASA membuktikan 1Malaysia ciptaannya hanya omongan kosong.

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku setuju..aku merupakan salah seorang yg hadir ke bersih..dan jg merupakan mangsa kepada pemedih mata dr polis..ketika dlm kekalutan bantuan byk hadir dr sahabat2 perjuangan..setelah diamati betul2..rupanye mereka2 itu bkn shj melayu.tp cina..india..terharu rsnye.

Tanpa Nama berkata...

Adakah orang UMNO/APCO sudah terlupa bahawa terbentuknya Malaysia dengan perpaduan pelbagai kaum sebagaimana yang selama ini dilaungkan2 oleh pemerintah dulu2......... ???????? Kenapa sehingga ke hari ini masih lagi kedengaran fahaman anti kaum2 lain terus disemai sehingga perlunya BTN menjelajah keseluruh pelusok negara bagi menceritakan keburukan parti lain yang akan memerintah nanti akan ada huruhara negara.....

Tanpa Nama berkata...

Ada ramai Melayu bangang dan racist berhujah bahawa "Melayu bergaduh sesama Melayu, India dan China tepuk tangan". Apa punya kolot pemikiran Melayu ni. Melayu yang cerdik akan berkata "Tidak kira siapa kita berkawan, asalkan perinsip keadilan dalam Islam itu ditegakkan. Kalau ada dua orang, satu orang Melayu yang kuat makan rasuah, amalkan kronisme, songlap duit rakyat, pemimpin Melayu macam ni wajib untuk kita jatuhkan. Tapi kalau ada pemimpin orang bukan Islam tapi dia adil, telus, tidak amal rasuah, wajib kita sokong selagi mana dia tidak menentang Islam".
Cukup dengan retorik 1Malaysia. Sudah 50 tahun kita merdeka tapi, UMNO masih dengan cara penjajah mengamalkan konsep pecah dan perintah. Kita mesti praktikkan persaudaraan dalam Islam, bukan hanya teori semata-mata. Perpaduan itu untuk diamalkan. Bukannya angkat tangan tunjuk jari telunjuk 1. Itu bukan perpaduan yang sebenar.

Tanpa Nama berkata...

Betul GB,

Saya sendiri mengalaminya pada 28 April hari yang cukup manis pada saya sebenarnya, di saat mata kepedihan dan tercungap-cungap, seorang cina menghulurkan garam. Bergitu juga apa yang saya alami di Bersih 2.0 dahulu. Kita semua pada hari itu bagaikan saudara yang lama dikenali.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,

Gambaran dan rialiti sebuah perpaduan yang amat indah dan berharga.

UMNO/BN dengan konsep rasis mereka itu memusnahkan perpaduan itu lalu menggantikannya dengan ketakutan dan keraguan antara kaum.

Lebih parah mereka pencetus perbalahan sesama kaum pula. Perpaduan WAJIB diusahakan. Penghalang perpaduan juga WAJIB dinyahkan. Maka wajar ibu segala rasis dalam negara ini iaitu UMNO/BN dilupuskan.

Kepada
Pakatan Rakyat,

Kami memerhati. BERJUANGLAH. Kami rakyat marhain pasti akan menggunakan kuasa undi kami pada PRU-13 nanti.

Kini semakin jelas kepada kami siapa dan pihak mana yang ikhlas berjuang mempertahankan kedaulatan dan kesejahteraan rakyat.

Singapura keluar daripada Malaysia. Batu putih lesap. Tanah KTM di S'pore hanyut. Terbaru tidak mustahil tanah felda milik rakyat dan negara akan turut berpindah milik.

Jangan cerita pula siri pengolahan khazanah negara untuk kepentingan peribadi. Tak tersenaraikan berbagai bentuk kelemahan yang berbaur dengan pengkhianantan oleh umno/bn.

Rakyat yang inginkan kebenaran, keadilan dan kesaksamaan melalui sistem pemilihan pemimpin secara demokrasi lalu menegur dengan berbagai cara dan menggunakan berbagai saluran yang ada telah dianggap dan menerima layanan serta diperlakukan persis sebagai musuh oleh mereka.

Siri Bersih membuktikan uuara rakyat semakin berkeramat. Bersatulah rakyat sekelian melalui wadah politik baru yang ditunjangi oleh PAKATAN RAKYAT.

Rakyat sepakat membawa berkat. Rasisme mainan UMNO/BN adalah pemusnah bangsa dan negara.

Bagi mereka yang faham erti sayangkan masa depan negara maka PRU-13 adalah ibu segala perubahan.

Kepada kepimpinan dalam Pakatan Rakyat terutama dari PKR, PAS dan DAP, kami ucapkan jangan berputus asa dan terus memimpin wadah perjuangan Pakatan Rakyat yang menjadi MILIK rakyat itu.

Biarkan UMNO/BN dan para pecacai mereka berfantasi dan berilusi dengan selogan palsu 1 malaysia mereka..

Wassalam.

hairan berkata...

umno cakap aje anti cina!

tapi ko org tengok la sapa yg sponser dan bagi duit kat dia orang kalo bukan tokey2 cina jugak!

Cakap banyak tak payah la, tengok la masa muhyidan masa jadi menteri beso johor, sapa yg support dia!

Sekarang nih sapa yg raja sebenar kat johor kalo bukan DATO LIM!

Sial! cakap aje ketuanan melayu tapi setan!

rasa mengalir air mata tengok cina - melayu - india saling membantu, itu sepatutnya yg kita lakukan lama dulu. Tapi itu yang umno/mca/mic takutkan! setan2 tuh takut kita semua bangsa bersatu!

Dia orang tak boleh cari makan kalo semua bangsa bersatu!

Tabek dari aku untuk semua perserta bersih... aku hanya mampu 'memberontak dalam senyap'..

Tanpa Nama berkata...

Rata-rata dan pandangan rakyat marheim,sependapat BERSIH sudah mengatasi 1 Malaysia.Ini satu kejayaan yang sukar dicipta kerajaan UMNO/BN walau pun sudah membazirkan berjuta wang rakyat untuk 1 Malaysia.Tanpa mengira kaum,agama dan keturunan - rakyat rela turun kejalan raya membantah kezaliman,penipuan dan penyalahgunaan kuasa sekadar memakai kemeja T Kuning.Tidak siapa bagi tambang bas atau kereta api,tiada nasi bungkus,tiada kemeja dan topi free - rakyat datang beratus ribu,sanggup berhadapan dengan "samseng bergaji" menggunakan gas pemedih mata,air kemikal,belantan dan kawat berduri.300,000 rakyat tak munkin bodoh,yang bodoh dan masih banggang adalah segelintir pemimpin UMNO seperti Najib dan sepupunya Hishammuddin.

Tanpa Nama berkata...

abu..abu..abu

Tanpa Nama berkata...

terharu dgn sikap semua peserta bersih..tanpa mengira bangsa dan agam,kita semua bersatu...teruskan ukhuwah ini sampai akhir hayat...demi untuk generasi yg akan mewarisi bumi tercinta ini.

mat din berkata...

IYE KEE TAK CAYEE LAH AKU.

putra JB berkata...

Saya sendiri menyertai BERSIH 3.0...Ini kali pertama, Saya datang dengan 2 orang kawan dari JB seorang melayu dan seorang Cina.

Apa yang dapat saya katakan BERSIH berjaya memecah tembok Bangsa dan Agama rakyat Malaysia...Apa yang ada pada peserta bersih adalah nilai-nilai kemanusiaan dari hati yang murni.

Ngah Phg asal Melaka berkata...

betulnya.. kami rakyat Malaysia pelbagai kaum nak hidup secara harmoni dan tolong menolong utk memajukan negara tercinta ini dibawah Pakatan Rakyat selepas PRU13 ini. .umno kalau menipu secara besar2an , rakyat akan membangun lebih hebat lg nanti

Unknown berkata...

bersatu di saat-saat genting. cantek . nak nangis pun ade tengok gambar2 tu. bravo bro.