6 Apr 2012

Mangkuk Yang Bernama Isa Saidi Itu Seorang Muflis Rupanya

Ketua Penerangan’ KEADILAN Ampang muflis, terlibat pecah amanah

KUALA LUMPUR 4 April: Mohd. Isa Mohd. Saidi yang mengaku sebagai Ketua Penerangan Cabang Ampang dan mendesak Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali untuk keluar parti sebenarnya bukan lagi ahli KEADILAN sejak 26 Mac lalu.

Ia dinyatakan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Ampang, pada sidang medianya semalam.

Menurut Zuraida, Mohd Isa digugurkan daripada jawatannya selepas didapati muflis dan juga pernah dikaitkan dengan jenayah pecah amanah (CBT) sebelum ini.

“Penguguran jawatan ini berdasarkan beberapa laporan polis ke atasnya berkaitan jenayah pecah amanah (criminal breach of trust).

“Beliau juga muflis, tidak boleh memegang sebarang jawatan dalam parti. Bukti muflis diperolehi menerusi carian rasmi di Jabatan Insolvensi Malaysia bertarikh 10 Januari 2012,” kata Zuraida pada sidang media di Bilik Gerakan Utama KEADILAN Parlimen Ampang.

Dua laporan pecah amanah pada 28 Mei dan 4 Jun 2011 terhadap Isa dilaporkan seorang pengadu, Siti Zaleha Kauzi berhubung deposit dan sewa kedai di ‘Food Court Station Ampang Waterfront’, masing-masing berjumlah RM1,000 dan RM6,500.

“Sejak makluman penguguran, Isa yang baru menyertai KEADILAN pada 27 Jun 2010 terlibat dalam beberapa perjumpaan dengan pemimpin Umno. Cabang Ampang tidak terperanjat dan telah menjangkakan tindakan beliau.

Manakala Tan Hua Meng yang turut bersama dalam sidang media semalam merupakan Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang tidak disambung khidmatnya penggal ini,” ujar Zuraida.

Beliau menegaskan, cabaran dan desakan Isa terhadap Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali merupakan ulang tayang agenda hitam dan fitnah jahat Umno sejak 1998.

Zuraida juga tidak menolak kemungkinan sidang media yang diadakan di Hotel Crown Plaza semalam didalangi Umno yang berniat jahat untuk melihat KEADILAN kucar-kacir.

“Ini hotel empat bintang. Tak mustahil ia ditaja oleh orang-orang tertentu.


“Cabang Ampang mengalu-alukan sekumpulan ahli yang kecewa untuk keluar bagi membersihkan parti daripada unsur khianat dan duri dalam daging,” tegas Zuraida.

Turut hadir pada sidang media Ketua Penerangan KEADILAN Ampang yang baru, Hamsah Djabir, wakil ADUN Bukit Antarabangsa, Razali Ramli dan kira-kira 30 ahli. -KD



Ahli PKR minta Azmin keluar parti

KUALA LUMPUR - Sekumpulan ahli PKR termasuk masih memegang jawatan di peringkat cabang mengugut untuk keluar parti jika timbalan presiden parti itu, Azmin Ali gagal memberikan penjelasan yang memuaskan mengenai dakwaan pemilikan saham oleh beliau dan isterinya yang dikatakan bernilai jutaan ringgit.

Ketua Penerangan PKR Ampang, Mohd Isa Saidi (gambar) yang mengetuai kumpulan itu berkata, Azmin tidak boleh lagi berdolak-dalik mengenai isu itu sebaliknya perlu memberikan penjelasan yang meyakinkan semua ahli bahawa beliau tidak bersalah.

“Buat masa ini, kami masih percaya beliau tidak bersalah, tetapi Azmin sendiri perlulah tampil buat penjelasan yang benar-benar memuaskan hati kami sebagai ahli bawahan yang mahu terus menghormatinya sebagai pemimpin kami. Jika dia sendiri tidak dapat jawab dakwaan itu, ia akan menggugat kepercayaan pengundi terhadap parti, termasuk ahli PKR sendiri.

“Ini yang kami tidak mahu kerana isu ini boleh menjejaskan parti terutama dalam keadaan kita nak hadapi pilihan raya,” katanya.

Sehubungan itu, kata Mohd Isa, jika Azmin masih tidak mahu menjawab isu itu secara telus, adalah lebih baik jika beliau keluar sahaja daripada PKR.

“Jika dia tak mahu keluar, kami sendiri yang akan keluar,” tegasnya pada satu sidang media yang turut disertai sekumpulan pemimpin akar umbi parti itu di sini, semalam.

Mohd Isa berkata, jika sememangnya beliau tidak bersalah, tiada apa perlu ditakutkan Azmin untuk menjelaskan perkara sebenar kepada orang ramai.

“Kalau tidak betul apa dikatakan itu, beliau boleh saman pihak berkenaan. Kami akan sokong jika dia berani bertindak,” katanya.

Timbalan ketua penerangan cabang, HM Tan pula berkata, Azmin perlu bertindak sebagaimana dimahukan ahli parti bagi buktikan kewibawaan dan integritinya sebagai pemimpin.

“Apa yang kita perlu utamakan ialah sokongan rakyat kepada perjuangan PKR. Sebab itu nilai ketelusan perlu ada dalam parti,” katanya.

Baru-baru ini, Presiden Jalur Tiga, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, mendesak Azmin menjelaskan sumber kewangan­nya ketika menjadi pegawai kerajaan pada 1992 hingga 1994 dan bagaimana beliau mampu memiliki saham bernilai jutaan ringgit.

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak, pernah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara itu.
-SH


Ulasan GB

Kan dah labuh muka...

Tak pasal-pasal jadi pak hangguk untuk dapat sedikit habuan.

4 ulasan:

cucukerinci berkata...

bila hampir pru13 maka akan muncullah golongan munafik nak cari duit dan nak elak tindakan mahkamah kerana banyak kes hutang tak berbayar...Allah maha kuasa dan maha mengetahui niat buruk mereka...rakyat pun dh bijak menilai yg mana intan atau kaca....

Tanpa Nama berkata...

Syukur,

Al-HamduliLlaah.

Sesumpah mula menjaja diri.

Spesis macam asan aqidah akan menjelma bila-bila menjelang hampirnya PRU-13.

Luar biasa jika

media pecacai umngok tak pusing berabis cerita tahap mangkok tuh.

Aku kesihan kat mereka...

Tapi terketawa jugak.

Kah... kah.... kah....

kah....

Maap zahir dan batin.

Tanpa Nama berkata...

Awat la mangkuk ni duk buat tahana kat orang lain. Depa yang duk belakang pun macam bengong saja...Lepaih ni turn depa pulak buat sidang akhbar....mau dok boh bagi songhang-soghang...

1 Malaysia berkata...

Aku setuju dengan kak Zu. Usah ditangisi puak munafikun yang merupakan perosak bagi parti. Seperti sedia maklum,"Manusia 'jahat' hanya sesuai berkawan dengan manusia 'jahat'". Begitu juga, perempuan yang berzina hanya secocok dengan lelaki yang berzina". Tak caya, tanya Tok Jib sebab depa pun sepasang juga.