6 Apr 2012

[Video] Apa Sudah Jadi? Bekas Dekan "Terkahwin" Dengan Seorang Lelaki

Setahun tertipu

KUALA LUMPUR: Selepas setahun melayari bahtera perkahwinan, barulah si suami mengesyaki isteri ketiganya, pengusaha butik kecantikan adalah seorang lelaki.

Ini menyebabkan bekas dekan di sebuah institusi pengajian tinggi awam, Dr Bahrom Sanugi, 61, memfailkan faraq (membubarkan perkahwinan) dengan Sri Wani Choo Abdullah, 37.

Peguam Syarie, Muhammad Hafiz Ab Rashid yang mewakili Bahrom memberitahu wartawan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, Bahrom selaku plaintif memfailkan permohonan faraq itu pada 17 Januari 2011 di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Katanya, anak guamnya juga hanya menyedari dia mengahwini seorang lelaki pada penghujung 2010 iaitu setahun selepas mereka berkahwin di Songkhla, Thailand, 19 Ogos 2009.

Anak guamnya turut mempunyai bukti, termasuk sijil lahir serta nombor kad pengenalan Sri Wani yang menyatakan dia adalah lelaki berdasarkan nombor terakhir iaitu nombor ganjil. -hm

BINCANG...Sri Wani ketika hadir ke prosiding mahkamah, semalam.




Suami dakwa isteri seorang lelaki


BAHROM yang curiga dengan status isteri, Sri Wani bawa kes ke mahkamah syariah.

KUALA LUMPUR - Terkejut dan tertipu! Itulah reaksi seorang bekas dekan sebuah universiti awam selepas menyedari isteri ketiga yang dinikahinya selama setahun di Songkhla, Thailand pada 19 Ogos 2009 rupa-rupanya seorang lelaki yang menyerupai wanita.

Curiga dengan status perkahwinan tersebut, Profesor Dr. Bahrom Sanugi, 61, bekas dekan Fakulti Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, Negeri Sembilan membuat aduan ke Jabatan Agama Islam Gombak.

Semasa pernikahan ketiga berlangsung, Bahrom masih memegang jawatan dekan USIM.

Lanjutan aduan itu, pejabat agama pada 23 November 2010 mengarahkan Bahrom dan isterinya, Sri Wani Choo Abdullah, 37, seorang pengusaha butik kecantikan supaya berpisah sementara kerana berlaku keraguan mengenai pernikahan tersebut.

Pasangan itu juga difahamkan sempat mendapatkan sijil nikah palsu di Kedah sejurus mereka berkahwin di Songkhla untuk mengesahkan pernikahan tersebut.

Difahamkan, jabatan agama dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) masih menyiasat mengenai status jantina Sri Wani.

Bagi segera menyelesaikan kemelut itu, Bahrom yang diwakili peguam syarie Muhammad Hafiz Ab. Rashid kemudian memfailkan permohonan faraq (memisahkan perkahwinan) di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini terhadap Sri Wani pada 17 Januari 2011.

Susulan itu, Bahrom membuat permohonan pada 18 Januari lalu supaya mahkamah mengeluarkan perintah supaya Sri Wani menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk menentukan jantina sebenar Sri Wani.
-kosmo

16 ulasan:

Amuraria berkata...

MACAM2 ADA !

Yong berkata...

Kalau betoi dia kawin orang jantan, padan muka dia! udah tu gater lagi!

puspawangi berkata...

siapa boleh tolong kasi clear hal ni ya..kalau sijil nikah palsu dan pernikahan belum/tidak didaftarkan mengikut peruntukan undang2 Malaysia, maknanya ..tiada pernikahan yg wujud mengikut undang2 di Malaysia jadi, macma mana nak di faraqkan pekahwinan yg tiada di mahkamah malaysia?

abuya berkata...

setahun guna barang tiruan baru tersedar ,kenapa sampaitungu stahun, kes lambat tersedar ini pun mesti d siasat , senaja atau betul2 tetipu

Tanpa Nama berkata...

pointnye, takkan dah sethn kawin baru perasan? abis kau setubuh mcm mane? takkan sethn buat ikut bontot?

kemungkinan isteri die tu khunsa.. kalau betul khunsa, tapi dibesarkan sbg lelaki, tapi bile besar, alat kelamin yg berfungsi adalah wanita, maka wanitalah dia.. persoalannye, kenapa nak malukan dia hanya sbb jumpe dokumen yg mengatakan die lelaki? mungkin jugak la die dibesarkan sbg lelaki, tapi alat kelamin dan hormon yg berfungsi adalah perempuan.

Sari berkata...

bukan tipah je tertipu tapi dekan pun tertipu.....aawww....kikiki

satuduatiga berkata...

ramai komen seolah2 tahu perkara sebenar...rumah tangga orang, kalau tak tahu jangan pandai2 buat assumption sndiri, x pasal2 jadi fitnah...

PEGUAM SYARIE SATU MALAYSIA berkata...

dia kawen kt thailand..pastu dapatkan sijil nikah kedah yg palsu..so skrg dia nk dapatkn pengesahan yg btl2...tp suami dia nk faraqkan..ok clear

Tanpa Nama berkata...

Masalahnyer udah "merasa" setahun xleh kenai ka mcmmana bentuknya. Udah le no 3 lak tu. Huuiii dok pi mai tang tu la...

Tanpa Nama berkata...

Org nak beli kereta seken pun gi tengok nombor casis nombor enjin, gi puspakom tengok body potong atau ori. Ni pulak nak kawin... Tak semak no IC dulu ke baru kawen?

Tanpa Nama berkata...

ni la dia bila orang pandai terlabih pandai... bila cerdik terlebih cerdik... bila bangang terlebih bangang... maka padan muka sendiri...

Unknown berkata...

Kah...kah....kah....lantak ngko le labuuuuu

Tanpa Nama berkata...

mungkin DR@Dekan ini tidak menjamah selama 1 tahun kot,atau dia hanya minta emmmmm....emmmm saja selama 1 tahun faham-faham lah berjawatan besar.....lagi pun dia sudah ada 2 yang sama rasanya mungkin yang ke tiga lain stailnya......

Tanpa Nama berkata...

kah...kah...kah....kah...kah.....kah.....kah....kah....

1 Malaysia berkata...

Itulah akibatnya apabila hendak berkahwin, hanya lihat pada paras rupa. Pantang nampak dahi licin, sanggup kahwin lari kat Thailand. Awat kat Malaysia tak ada juru nikahkah? Di sini pun dah nampak niat jahat.
Mungkin asalnya nak "rasa" kelainan kot. Lepas tu, buat-buat tertipu agar Allah swt dapat memaafkan tindakan mengahwini lelaki kot. Kan orang kita selalu suka membuat penafian sedemikian. Tak tahu tak salah. pungkok dia.
Tak kan seorang yang bertaraf Dr. begitu bahlol dan bingung sampai tak mampu nak membezakan antara lelaki dan perempuan. Entah-entah ini Dr. BUAYA TEMBAGA kot.

Tanpa Nama berkata...

HAHAH... ITU LAH NAMA NYA PROFESSOR KANGKONG... TAK BUAT RESEARCH... MAI LETAK NAMA SAJA... ITU LAH BALASAN NYA BILA KE DUNIA REALITI... MAKAN DIRI SENDIRI...YANG AKU KESIAN SRI WANI CHOO ABDULLAH ITU! [RAJA IBRAHIM HAJ].