31 Mac 2012

Dulu Tolak Jawatan Exco, Kini Tertanya Pula Mana Surat Perlantikan

Phalrolrazi terima apa-apa portfolio exco

ALOR SETAR, 30 Mac: Datuk Phahrolrazi Zawawi akan hadir ke majlis angkat sumpah Exco kerajaan negeri Kedah yang dijangka akan berlangsung minggu depan.

Phahrolrazi ketika dihubungi Harakahdaily bagaimanapun berkata, sehingga kini beliau masih belum menerima sebarang surat mengenai majlis angkat sumpah itu.

"Surat belum terima, akhbar Sinar lapor dari sumber dalaman 5 April angkat sumpah," kata Phahrol kepada Harakahdaily.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Helmi Khalid ketika dihubungi Harakahdaily mengesahkan tarikh mengangkat sumpah exco adalah 5 April ini.

Phahrolrazi dan Dr Ismail Salleh tidak mengangkat sumpah Exco ketika ia dijalankan sebelum ini berikutan perbezaan pendapat beliau dengan menteri besar, Datuk Seri Azizan Razak.

Namun selepas campur tangan PAS Pusat, kedua-duanya bersedia menerima semula jawatan itu.

Hubungan beliau dengan menteri besar dikatakan bertambah baik dan mereka dilihat bersama-sama makan dalam satu majlis di Kedah baru ini.

Phahrolrazi memaklumkan akan mematuhi arahan PAS dalam hal ini dan tidak akan mengambil kisah apa-apa portfoliopun yang akan diberikan kepada beliau.

Phalrolrazi difahamkan, portfolio beliau akan dikurangkan, namun katanya, "Saya mematuhi arahan pusat dan terima perlantikan exco tidak kisah apa-apa portfolio pun." -HD

Phahrolrazi belum terima surat lantikan semula exco

Walaupun upacara mengangkat sumpah bagi menyambung tugas sebagai exco Kedah dikatakan ditetapkan minggu depan, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah 1 Datuk Phahrolrazi Zawawi sendiri masih kabur tentang perkara itu.

"Saya masih belum terima surat untuk angkat sumpah," katanya melalui jawapan ringkas melalui SMS kepada Malaysiakini.

The Star hari ini melaporkan menteri besar mengesahkan Phahrolrazi dan Dr Ismail Salleh akan mengangkat sumpah minggu depan, itu dijangka berlangsung pada 5 April.

Harian itu juga melaporkan terdapat kemungkinan portfolio kedua-dua pemimpin kanan PAS itu akan dikecilkan.

Semalam beliau enggan mengulas isu penyambungan semula tugasnya kerana belum mendapat surat rasmi daripada kerajaan.

Akhir bulan lalu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dilapor berkata kedua-dua exco tersebut - Phahrolrazi dan Dr Ismail Salleh - "masih berpeluang dilantik semula" selepas tamat tempoh khidmat pada tarikh itu.

Sebelum ini, kedua-dua tokoh tersebut enggan dilantik semula menyambung tugas kerana tidak berpuas hati berkaitan soal pentadbiran kerajaan negeri terutama Phahrolrazi yang mengakui mempunyai perbezaan 'kritikal' dengan Azizan.

Hal demikian menyebabkan pucuk pimpinan parti campurtangan menyelesaikan kemelut yang berlaku selepas mengadakan pertemuan dan mesyuarat dengan kepimpinan PAS negeri selama lebih dari lima jam di Alor Setar, Kedah awal bulan ini.

Hasilnya PAS mengarahkan kedua-dua timbalan pesuruhjaya PAS negeri itu menerima semula jawatan berkenaan dan mereka akur dengan arahan tersebut, sekaligus mengaktifkan semula jawatankuasa pemandu yang dilaksanakan sewaktu PAS menguasai Kelantan pada 1990.

Mengulas sama ada beliau selesa selepas kepimpinan Pemuda PAS negeri mendesaknya dan Ismail digugurkan dalam kepimpinan negeri susulan kontroversi itu, Phahrolrazi berkata desakan itu "sebahagian daripada asam garam berpolitik".

"Walaupun PAS sebuah parti Islam, keadaan ini tidak dapat dielakkan di mana ada pihak yang menyokong dan tidak menyokong kita.

"Ini sebahagian daripada asam garam berpolitik seperti pepatah Melayu "kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai"," tegasnya.

Sehubungan itu, Phahrolrazi yang juga ADUN Pengkalan Kundor berkata tidak timbul soal selesa atau tidak berhubung perkara itu.

Sementara Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dilapor berkata tuntutan daripada Pemuda negeri yang mahu mereka berundur sebagai "pandangan peribadi."

Bahkan, beliau menegaskan, PAS tidak menerima apa-apa pandangan rasmi daripada sayap parti itu berhubung perkata itu.
-mk


Ulasan GB

Bukankah bagus begitu. Terima saja apa-apa portfolio exco.

Ini sampai bertegang leher tak terima jawatan exco dahulu apa pasal? Sekarang tertanya-tanya pula mana surat perlantikan. Apa salahnya bertanya terus kepada pejabat MB daripada membuat aduan/kenyataan di akhbar?

Semasa sebelum dilantik semula exco, begitu hebat kritik MB Kedah. Kata Ustadz Azizan keras kepala, cengeh dan seumpamanya. Lepas Ustadz Azizan tidak pecat walaupun ada usul, puji pula Ustadz Azizan dengan kata-kata manis, Ustadz Azizan berlapang dada, bersifat terbuka dan sebagainya.

Macam tulah juga perangai Hassan Ali dengan MB Selangor. Cuba-cubalah hentikan membawa perangai ala Hassan Ali itu yang amat pepat di luar tetapi rencong di dalam.

Dan semuga ini menjadi pengajaran kepada mereka berdua supaya sentiasa menjaga adab jamaah, apatah lagi kedua-duanya adalah dari barisan pimpinan PAS Negeri. Pelik betul bila dah jadi pimpinan PAS negeri tak tahu bab fiqh harakah.

Malulah dengan jemaah apatah lagi dengan Tuhanmu!

27 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Setuju benar dgn GB. Kebanyakkan pimpinan Pas di negeri lain pun mcm ni. Angkuh dan tidak bijak dlm bertindak

Tanpa Nama berkata...

Azizan mb kedah yg bodoh sombong patut dilenyapkan dari jawatan mb lepas pru ke 13 nanti.beri jawatan mb pada mereka yg lebih layak.

Jika masih nak lantik azizan,dia perlu pergi kursus PR dan melantik para pegawai dan pwnasihat yg lebih berkelayakkan

DepaKata.co.cc berkata...

rasanya nak perbetulkan sikit...
beliau bukan bertanya tetapi wartawan yg sms dia tanya adakah surat perlantikan dah dapat dan beliau kata belum lagi..itu sahaja..

bab mereka bertekak menolak jawatan exco tempohari rasanya kita semua tak tahu apa pasal sebab isi kandungan mesyuarat sampai pagi tu kita semua tak tahu...

yg ada skrg persepsi mereka 2org tu cuba buat kacau... namun disini cuba lihat balik keputusan PAS PUSAT yg mengarahkan depa 2 terima semula jawatan EXCO dan MB tetap Azizan dan kena ada jawatankuasa PEMANDU...

kenapa PAS PUSAT tak ambil tindakan PECAT mereka berdua spt HASAN ALI... benda nie yg kena lihat kenapakah keputusan tak seperti yg semua katakan...

Adakah PAS PUSAT salah perhitungan...

Satu lagi bab ADAB JEMAAH yg anda katakan...rasanya mereka sudah gunakan adab jemaah yg terbaiknya dimana mengadu masalah kepada PIMPINAN PUSAT..tidak menggunakan media untuk mendedahkan apa yg dikatakan BERBEZA PENDAPAT DALAM URUSAN PENTADBIRAN...

bab sidang media tu rasanya tak ada yg cacatnya just sekadar beritahu BERBEZA PENDAPAT sahaja bukan dok gebang kata MB CENGEI la MB RASUAH la MB KERAS KEPALA La MB BAGI PROJEK KAT KRONI La...ini semua persepsi audiion jaa...tak ada satu pun yg keluaq dari mulut mereka...

jadi disini saya rasa persepsi anda berkenaan isu ini kena mendalami lebih mendalam kot...

disini pada kami dua-dua pihak iaitu MB & EXCO ada buat salah dan ada buat benda betul....jadi kita berlapang dada serah dan terima keputusan PAS PUSAT itu yg terbaiknya...

Tanpa Nama berkata...

Sokong pandangan GB.

Tanpa Nama berkata...

siapa yg x kenal admin depakata.co.cc yang sentiasa membela dua org parasit itu?

pas pusat memberi peluang kepada dua orang tersebut, maka itu disuruh terima semula jawatan. sama macam Hassan Ali dulu, diberi peluang semasa pertemuan di Kota Bahru, tiba-tiba masih keras kepala. Brulah diterajang.

Macam dua ekoq tu lah nanti, bakal diterajang keluar jika masih terus keras kepala dan nak gunakan media nak "burukkan" MB Kedah.

Kan GB dah tulis situ, apasal tak terus tanya pejabat MB atau rujukkan wartawan yg bertanya kepada pejabat MB?

Tanpa Nama berkata...

meluatlah baca komentar depakata.co.cc

dua parasit itu sepatutnya dinyahkan dari pas.

tapi saya rasa one day mereka pasti akan dipecat juga sebab perangai lom ubah. Itulah klon Hassan Ali yang masih ada dalam PAS.

Kita sama-sama berdoa Allah swt selamatkan jemaah ini dari dirosakkan oleh parasit @ pelesit itu.

Tanpa Nama berkata...

kadang2 bila dah dapat jawatan, dah ada pangkat,,, hidung semakin tinggi, dah semakin lupa mana tanah berpijak... takkan perangai pun nak jadi sama macam UMNO jugak!!! surat kobaq gomen tulis macam2, memang dah keja depa tulis mengarut... tapi sebelum jadi lagu tu, hangpa yg ada jawatann tu jaga sikit kerusi hangpa tu... takkan kami yg duk kempen, kerja,kehulu-kehilir, bersengkang mata, mandi peluh, berpanah, undi hampa2 ni nak tolong jaga jugak kerusi hampa tu... hangpa sedap2 duk atas kerusi tu sapa bagi? hangpa dapat sendiri ka? atau Allah yg bagi kat hangpa?

Tanpa Nama berkata...

saya setuju benar ulasan gb.
memang tidak wajar dua orang exco berkenaaan bersikap demikian.

habis cerita dalam kelambu masuk akhbar media perdana.

yang teruknya masih ada segelintir penyokong tegar mereka seperti depakata tu. itulah sebenarnya yg mersoakkan jemaah dari dalam.

tunggu sajalah surat, dah tak sabar pulak naj jadie exco. pelik betol phahrolrazi ni.

Ir kampung berkata...

memang jahatlah dua yb ni, nak dekat pilihanraya tak sudah2 buat hal

Tanpa Nama berkata...

kalau x tahu cerita sebenar, jgn cerita..nanti jd fitnah

blog GB ni pun aku tengok dh jd pemula (starter) for fight.

insaf sblm tiba masa

Tanpa Nama berkata...

depakata.co.cc menulis

"kenapa PAS PUSAT tak ambil tindakan PECAT mereka berdua spt HASAN ALI... benda nie yg kena lihat kenapakah keputusan tak seperti yg semua katakan..."

nak sangat ke PAS PUSAT pecat mereka berdua?

Kalau PAS PUSAT bertegas nanti tuduh tak diberi peluanglah dan macam singeh lain timbul.

Tentang press conference tuh dah jelas dua exco tu belakangkan arahan pimpinan. TGNA, Mursyidul Am PAS pernah berkata jangan gunakan media massa arus perdana untuk buat kenyataan.

Tapi dua orang exco tu tak hiraukan lansung arahan Mursyidul Am.

Tuduh MB kedah bagi projek kat orang UMNOlah... fitnah yang paling besar yg dilakukan mereka berdua.

Tanpa Nama berkata...

anon 12:15 tulis

"kalau x tahu cerita sebenar, jgn cerita..nanti jd fitnah

blog GB ni pun aku tengok dh jd pemula (starter) for fight.

insaf sblm tiba masa"


itu saja modal puak dua ekoq pelesit tersebut.. tak tahu citer sebenar.

saya dah ikut perkembangan blog GB dari dulu.

memang GB sentiasa "starter".

Dalam kes UG dulu, GB diantara yg mula2 menentang, akhirnya betul2 berlaku. UG dihapuskan.

Begitu juga dalam kes Hassan Ali. Blog GB juga starter mendedahkan watak Hassan Ali yg sebenar. Akhirnya betul2 berlaku. Hassan Ali dipecat.

Kini dua ekoq pelesit di Kedah, Kita tunggu nanti bak kata anon itu...

... sblm tiba masa...

saya tambah: kedua-dua tu dinyahkan dari PAS.

anak kedah berkata...

WAJAH SEBENAR PARASIT DI KEDAH SEMAKIN HARI SEMAKIN TERSERLAH. TAK LAMA LAH RIWAYAT MEREKA. ITU JAWAPANNYA... ALLAH SWT TETAP AKAN PELIHARA PAS INI.

Tanpa Nama berkata...

aku tgk macam setan dua-dua tuh (pinjam kata-kata ahmad niisfu)

Tanpa Nama berkata...

komen gb pedas, tapi yg pedas itulah yg berguna untuk selamatkan parti dari binasa.

Tanpa Nama berkata...

masih teringat lagi yb ismail salleh datang ke tempat kami semasa kempen dulu

tatkala itu kami sdg sibuk menggantung banner dan menyusun kerusi untuk program ceramah.

beliau tiba dengan bercekak pinggang memerhatikan kami bekerja...

dari situ saya sudah dpt mengenal sikap sebenar beliau terhadap ahli jemaah...

memang menyedihkan.

pada kali ini kalau dia dicalonkan lagi, kami ingin melihat beliau sendiri panjat pokok gantung banner dan susun kerusi.

ST berkata...

Terok betol lu org makin 2 YB tu.. oitt.. wa pinjam kata2 nik abduh.. biar laa dua org tu masok um no dulu, baru tibai.. kah kah kah

wa tak nampak dua2 yb tu mcm hasan ali. hasan ali spesis lain. kalau hasan ali parasit, dua org tu bukan parasit. bakteria kot. parasit ni semua tak elok. kalo bakteria, ada juga yg berguna, ada yg merosakkan.

wa harap dua org yb ni jadi bakteria yg baik, yg boleh diguna untuk kultur benda2 yg berguna.

lu kata depakata.co.cc tak bagus....lu org punya komen pon sama je tarafnya. cuma komen lu tak memihak kpd 2 yb tu je. tarafnya sama...maki, kutuk, timbulkan perspsi bukan2.

berita dorang tertanya2 jawatan exco tu maybe wartawan punya kerja. mana tau. kata nak lantik, tp xda bunyi apa2 pn. rasa ingin tau tu ada, apa boleh buat. manusia. cuma lu-lu org ni je tafsir mcm2...bila org lain yg beremosi baca komen lu org, maka bertambah panas..dan timbol laa maki-makian kpd yb2 tu. org lain yg baca maki2 lu tu akan tambah2 cerca. jadilah parasit laa,hasan ali la... habis terburai akhlak berjamaah... kah kah kah

walaupon wa tak setuju dgn dua yb tu dlm isu kedah ni, tp wa masih belom rasa dua org tu parasit. maybe komen2 lu menjadi doa supaya diorang jd parasit, itu wa tak mao bertanggung jawab. berdoalah supaya depa kembali bersatu.

dengarnya, 2 yb tu dah mula berceramah satu pentas dgn MB dan presiden baru2 ni. so tak payah laa lu org buat persepsi mcm2. biar dia jd parasit betol2 baru tibai... itu saja pesan wa...

Tanpa Nama berkata...

ST said:

wa pinjam kata2 nik abduh.. biar laa dua org tu masok um no dulu, baru tibai.. kah kah kah

Nik abduh?

kahkahkah
itu species Hassan Ali.


"dengarnya, 2 yb tu dah mula berceramah satu pentas dgn MB dan presiden baru2 ni."

itu apa ada heran dengan puak munafik. Hassan Ali sebelum kena tendang siap pergi Kelantan temu TGNA dan minta maaf. Rupanya berperangan Abdullah Ubai. Nasruddin Isa di Bachok siap jemput TGNA dan siap cium tgn TGNA lagi takut tak dapat jadi calon. Jadi tak hairan 2 YB tu berceramah dan makan bersama MB Kedah walaupun dua YB tu dah hentam Ust Azizan sampai kecoh PAS dibuatnya. Munafikin!

Tanpa Nama berkata...

ST,

saya ada gak baca komen2 di atas, mana ada maki-maki?

cuma kritikan mereka agak pedas sedikit. itu tak melampaui batas.

bak kata seorang pengkomen, kritikan pedas itu berguna supaya pihak yang terkena itu sedar diri.

tak macma blog UMNO siap mencarut lagi.

saya jg amat bersetuju dgn GB, malu betul, dulu tak mahu jawatan skrg siap tanya mana surat perlantikan.

Tanpa Nama berkata...

Cangak lagi............. Letak bang mad sabu laaa... Baru depa ada akai .. Udin paya terendam. Sik

Tanpa Nama berkata...

Dua ekor tuu tak payah calunkan untuk pru13.Itu saja.Ramai lagi ahli pas yang reti bab jemaah dan tak ada angan angan nak jadi MB.

Abu Syaukah berkata...

Apa2pun, pertahankan kepimpinan ulamak...semboyan hampir berbunyi...selamat berjuang

Tanpa Nama berkata...

Menjelang pilihan raya akan datang pencenkan mereka berdua supaya kejadian 'derhaka' idak berulang lagi

mat din berkata...

Apabila kami hendak membinasakan seekor semut,maka kami beri ia tumboh sayap.Apabila kami hendak membinasakan satu satu negeri itu kami mewahkan golongan bangsawan yang ada dalamnya,dan merika gemar berbuat kerosakkan.Itu firman ALLAH dalam Quran.Pendapat saya pula apabila ALLAH hendak membinasakan seseorang itu,ALLAH berikan orang itu mabok kuasa dan gila pangkat.

Tanpa Nama berkata...

tak payah nak gila pangkat, rakyat yang undi PAS, ikhlas dan apa pun tak dapat.

Tanpa Nama berkata...

Bagi aku 2 YB ini memang patut di tamatkan kariar politik mereka.

aku dapat maklumat PAS kola kedah memang kamcing dgn mat sabu

Tanpa Nama berkata...

nasir mustafa dan aris awang pun terlibat dalam isu ini

ada beberapa nama lagi yg saya tak sebut nama mereka biaq dulu, nak tengok angin mereka

Ayuh rakyat kedah kita tamatkan kariar politik mereka dan gang mereka

katakan tidak pada blog depakata hehehe