31 Mac 2012

[Bergambar] Kuantan Dihentam Ribut Kencang, Bumbung Terbang & Pokok Tumbang

Kantan: beberapa bumbung rumah kediaman diterbangkan angin dan pokok-pokok tumbang memhempap beberapa kenderaan di beberapa kawasan di sini apabila ribut kencang melanda malam tadi.

Gambar: Sebuah kereta dihempap pokok yang tumbang di dalam kejadian ribut yang melanda Kuantan malam tadi. Foto Afif Abd Halim

Berpuluh kenderaan juga terperangkap di Jalan Semambu hampir sejam apabila jalanraya terhalang oleh pokok-pokok yang tumbang sewaktu hujan lebat selama dua jam yang bermula pukul 9 malam tadi.

Beberapa buah kereta yang diparkir di Alor Akar dan Kubang Buaya mengalami kerosakan terujk akibat dihempap oleh pokok yang tumbang dan berpuluh bumbung rumah pula mengalami kerosakan ditiup oleh angin kencang.

Seorang pemandu yang ingin dikenali sebagai Lina, yang turut terperangkap di Jalan Semambu, berkata beliau amat takut apabila pokok-pokok tiba-tiba tumbang di atas jalanraya di depan dan di belakangnya.

"Saya panik kerana tidak dapat maju ke depan atau undur ke belakang dan terpaksa menunggu orang datang dan memotong dahan-dahan pokok berkenaan,” tambahnya.





Tiada ulasan: