Kuala Lumpur – Seramai 61 remaja yang sedang berseronok menyaksikan aksi panas penari-penari tiang adalah antara yang ditahan dalam serbuan Ops Noda di sebuah pusat hiburan di Jalan P. Ramlee di sini, awal pagi tadi.
Pusat hiburan itu menggunakan khidmat penari tiang bagi menarik ramai pelanggan termasuk mereka bawah umur.
Kelab malam ini dipercayai baru beroperasi empat minggu menyajikan 'hidangan' yang menjolok mata apabila penari wanita hanya memakai coli serta seluar dalam mempamerkan aksi ghairah kepada para pengunjung saban malam.
"Pelanggan akan dihiburkan dengan tarian ghairah di atas pentas, penari itu akan melakukan aksi panas dan memanjat tiang setinggi kira-kira tiga meter, mereka akan melakukan persembahan kira-kira 15 minit pada jam 10.45, 11.45 malam dan 1.30 pagi, " kata Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Azman Mat Isa.
Kesemua mereka ditahan dalam operasi sekitar jam 1 pagi tadi.
Azman berkata, polis memeriksa hampir 217 pengunjung di premis tersebut dan turut menahan enam penari tiang wanita warga tempatan.“Kita juga dapati pusat hiburan itu tidak mempunyai lesen perniagaan sah atau permit pusat hiburan.
"Semua remaja itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi untuk diambil keterangan sebelum penjaga atau ibu bapa mereka dihubungi bagi mengambil semua mereka," katanya. -SH

1 ulasan:
Pinda hukuman. Sebat sesiapa yang bawah umur. Sebat sesiapa yang masih berada di dalam premis melebihi had waktu yang ditentukan. Sebat tuan punya premis........
Catat Ulasan