25 Dis 2011

Sekalipun Mustafa Ali Kunci Mulut, Tapi Isu UG Mesti Diselesaikan Segera

Mustafa 'kunci mulut' anggap isu Hasan selesai

KUALA LUMPUR, 25 Dis: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, beliau tidak akan lagi membuat sebarang ulasan berhubung exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Katanya, beliau akan mengambil pendekatan 'kunci mulut', sesuai dengan janjinya sebelum ini bahawa jika Hasan tidak lagi menyerang PAS, maka dia juga akan berhenti mengulas tentang bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu.

"Seperti saya janji sebelum ini bila dia (Hasan Ali) berhenti serang PAS maka saya akan tutup mulut," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan terbaru Hasan pada sidang media di kediamannya semalam.

Pada sidang media tersebut, Hasan menyatakan permohonan maafnya kepada pimpinan dan ahli PAS kerana mengkritik konsep Negara Berkebajikan yang telahpun dipersetujui dalam muktamar parti itu Jun lalu.

Hasan juga sebelum ini menyifatkan PAS tergelincir dari perjuangan Negara Islammya apabila memperkenalkan konseb Negara Berkebajikan.

Menyesali pandangannya itu sebagai 'keterlanjuran kata', Hasan juga semalam bertindak menarik balik kritikan tersebut.

"Bagi saya dia dah mintak maaf sungguh-sungguh tu. Pasal dia serang peribadi saya takpe lah saya dah maafkan dia," tegas Mustafa.

Pendekatan Mustafa itu diyakini mampu menutup episod yang dilihat 'pertembungan dalam parti' yang menjadi topik perbincangan hangat sejak dua minggu lalu.

Ditanya jika Hasan tidak mahu berhenti dan masih mahu mengulas isu parti, Mustafa berkata, itu terserah kepada Hasan.

"Kalau dia nak bercakap lagi, biar la dia bercakap sorang, saya tak mahu layan," katanya.

Mesyuarat Lajnah Politik PAS Pusat sebelum ini memutuskan akan memanggil Hasan memberi penjelasan berhubung isu yang dibangkitkan sejak akhir-akhir ini.

Selain Hasan, dua lagi yang akan dipanggil adalah bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan Ketua Penerangan PAS Selangor Saari Sungip. -HD

Ulasan GB

Tindakan Mustafa Ali tidak melayan karenah Hassan Ali itu bagus, tetapi masalah yang menjadikan parti bergolak selama ini hendaklah diselesaikan once and for all.

Ia telah berlaku berulangkali, bahawa kumpulan UG ini sering saja menimbulkan masalah dalam parti.

Apabila isu itu timbul, pihak yang terlibat meminta maaf, kemudian mengulanginya lagi kerana tiada tindakan tegas diambil ke atas mereka.

Kumpulan ini menjerit terpekik terlolong kata UG dah tutup tetapi saki-bakinya tetap bergerak.

Kita tidak mahu PAS menyapu sampah ke bawah karpet lagi, hingga busuknya terkepam dan melantung yang hanya menunggu masa meletup. Yang buruknya ia meletup setiap kali pilihanraya muncul.

Jemaah perlu dibersihkan, dan walaupun anggota UG dan penyokongnya pun tak seramai mana mereka sering menimbulkan masalah dalam parti dan PR. Jika tidak diselesaikan, percayalah ia akan muncul lagi.

Mereka perlu diberikan amaran keras, without fear or favour. Bak kata Presiden sendiri, berlagak saja lebih.

Jangan Berlagak Pandai: Hadi

SHAH ALAM – Seluruh anggota Pas diingatkan supaya mengikut haluan dan hala tuju parti serta cara perjalanannya yang tersendiri, berlandaskan Islam secara feqah dan bukan hanya berpaksikan semangat tanpa ilmu dan fahaman sahaja.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sesiapa yang berlagak pandai dan menganggap dirinya paling bijak dalam Pas pasti tersungkur serta menjadi mangsa serigala politik musuh.

Menurutnya, setiap ahli seharusnya menyedari bahawa tindakan bersendirian dengan membelakangkan parti pasti akan gagal namun Pas tetap selamat dan menjadi parti Islam yang makin gagah perkasa.

“Seluruh ahli Pas wajib bertambah yakin bersama perjuangan di atas bahtera parti dengan setiap pengalamannya walaupun tidak diberi hak yang adil, inilah sifatnya perjuangan Islam.

“Pas telah berjaya menghadapi semua pengalaman di sepanjang perjuangannya sejak ditubuhkan, sama ada secara bersendirian, bersefahaman dengan kerajaan, pembangkang dan NGO, Islam atau kalangan bukan Islam,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut menegaskan bahawa pendekatan politik bersama Pakatan Rakyat (PR) adalah kesinambungan amalan politik Islam secara feqah, bukannya secara remeh temeh.

“Kejayaan dicapai apabila kalangan bukan Islam menerima konsep perlembagaan, Islam menjadi agama negara dengan hak yang diberi secara adil kepada penganut agama lain, hak Bumiputra, Bahasa Kebangsaan dan Raja Berpelembagaan,” katanya.

Selain itu Abdul Hadi turut mempersoalkan kenapa Umno yang menjadi teras kerajaan Barisan Nasional (BN) masih gagal menjadikan Islam mengikut makna Al Quran dan ajaran Rasulullah SAW yang sebenarnya.

“Apakah tempoh masa lebih lima puluh tahun masih tidak mampu melakukan muhasabah?” katanya. -SH



12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam

saya setuju dengan pandangan GB.

apatah lagi kumpulan UG ini adalah duri dalam daging.

mereka yang dikaitkan dengan UG ini jenis samseng dan keras kepala. mereka juga jenis busuk hati dan celupar.

contohnya lihat saja perangai Nik Abduh. Walaupun ayahandanya Mursyidul Am PAS, tetapi lagak beliau tak menampakkan beliau anak kepada seorang pemimpin tertinggi PAS.

Beliau salah seorang pejuang tegar UG.

Tanpa Nama berkata...

Dalam soal UG ni, pendirian Mustafa Ali juga boleh dipersoalkan.

Tanpa Nama berkata...

Seperti habuk kotor yg berterbangan dibawa angin kencang. Di kuis ditepis tangan akan terpalit juga kotorannya. Lebih baik biarkan ia berlalu di bawa angin. Setelah reda akan hilanglah habuk itu entah kemana. Tak ada siapa pun bertanya kemana hilangnya.

Jadi jgnlah dihiraukan perihal Hasan Ali itu. Perjalanan mesti diteruskan.

Dihadapan masih banyak halangan yg perlu dihadapi.

Tanpa Nama berkata...

Kerana GB pun pernah cakap, PAS adalah milik Allah, maka kita serahkan kepada Allah untuk selamatkan hizbullah ini dan menghukum Hassan Ali serta puak UG laknatullah itu yang telah menyebabkan PAS porak peranda.

Tanpa Nama berkata...

Anonymous said...
Kerana GB pun pernah cakap, PAS adalah milik Allah, maka kita serahkan kepada Allah untuk selamatkan hizbullah ini dan menghukum Hassan Ali serta puak UG laknatullah itu yang telah menyebabkan PAS porak peranda.


itu pun skrg mereka sedang terima hukum, pun masih ada yang tak sedar diri lagi.

Yong berkata...

Yang Anon sumer ni ahli PAS yang takut diambil tindakan ke?

hussin berkata...

siapa yang 'import' ug ke dalam pas? tolong jawap.

"jangan berlagak pandai"!

Tanpa Nama berkata...

Kata orang, selagi ada Mat Sabu sebagai salah seorang pemimpin dalam PAS sukar ia diterima oleh majoriti rakyat Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Anonymous said...
Kata orang, selagi ada Mat Sabu sebagai salah seorang pemimpin dalam PAS sukar ia diterima oleh majoriti rakyat Malaysia.

Yang buat tohmahan gitu cuma puak UG jer yang benci Mat Sabu kerana kalahkan Ust nasha dan TITM dulu..

Tanpa Nama berkata...

aku penyokong PAS dan bukan ahli PAS, aku sokong Mat Sabu kerana beliau mempunyai pendirian yang unik dalam perjuangan PAS,bertahun lamanya aku ikuti ceramah BANG MAT Sabu dan aku faham pendirianya.. sehingga kehari ini tiada seorang pun ahli pas mengajak aku menjadi ahli pas, aku tidak kecewa pun, walaupun ramai orang luar umno kutuk pas depan AKU, aku tidak percaya proksi pada UMNO kerana di UPAH berkerja untuk mempengaruhi dakyah UMNO, aku benci rasuah yang bergelumang didalam UMNO,aku sokong PAS sehingga keakhir hayat, puak puak UG yang pro UMNO telah lama diketahui, aku kawan semua orang berbagai PARTI POLITIK.

1 Malaysia berkata...

Apa salah Mat Sabu? Cakap biarlah jangan lari tajuk. Ini bukan soal marah anak sindir menantu.
Yang bingung tu Anak Ali. Bagi AKU, kebanyakan kaunselor didikan BARAT ni selalunya cakap tak serupa bikin. AKU malas nak ulas. Kaji balik apa yang pernah diucap oleh Anak Ali ni. Bekas BTN memang tak boleh dipercayai KECUALI mereka yang dah benar2 bertaubat.
TAPU KALAULAH DALAM BADAN, DALAM DAGING, DALAM URAT SARAF, ... DAH PENUH DENGAN BENDA2 HARAM, PAYAH,... PAYAH, ... NAK BERUBAH KECUALI KEHENDAK ALLAH SWT. YANG DOK NAMPAK SELALUNYA BERLAKON AJA.

Tanpa Nama berkata...

Pendirian yang diambil oleh Stop Ali,"kunci mulut" sudah tak ada makna lagi.Sepatutnya dia "kunci mulut" dulu-dulu lagi dan tidak membuat sebarang "londehan" dan tidak menggunakan kuasanya melalui Harakah.Dia kecam Hassan Ali dan Nasaruddin Mat Isa untuk menutup penglibatannya dengan UG.Dia juga cuba nak melindungi Hadi Awang.Nah! sekarang senjata sudah makan tuan.Dalam isu UG ni,Stopa Ali dan Hadi Awang lebih bahaya dari Hassan Ali.