Akhirnya Najib akui demokrasi negara pincang
KUALA LUMPUR, 15 Sept: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akhirnya "mengakui demokrasi negara selama ini tidak berfugsi", kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata demikian sebagai memberi respon awal terhadap pengumuman yang dibuat Najib dalam Perutusan khas Hari Malaysia yang disiar secara langsung oleh RTM malam ini.
"Selepas 5 desawarsa, Najib akhirnya mengiktiraf demokrasi di negara ini tidak berfugsi," katanya kepada Harakahdaily.
Dalam prutusan khas perdana menteri, Najib turut mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Selain memansuhkan ISA, katanya, kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.
Menurut Najib, kerajaan, di bawah Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, akan membentangkan kepada kedua-dua Majlis Parlimen usul agar ketiga-tiga proklamasi darurat yang telah diisytihar dulu, supaya ditamatkan kuatkuasanya.
Jangan terlalu selesa
Mengulas lanjut, Dzulkefly yang juga ahli parlimen Kuala Selangor menganggap pengumuman tersebut juga sebagai kejayaan rakyat, NGO, aktivis demokrasi serta parti pembangkang yang selama ini telah lama mendesak perkara itu dimansuhkan.
Malah ujarnya, pengumuman itu hanya sebahagian kecil daripada perubahan yang dituntut rakyat untun menjadikan demokrasi negara benar-benar berfungsi.
Bagaimanapun beliau menasihatkan rakyat agar jangan terlalu selesa dengan pengumuman itu kerana apa yang diumumkan perdana menteri malam ini hanya dalam bentuk "janji lisan".
"Kita yakin ini hanya janji dan slogan saat-saat akhir bagi meraih sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
"Apa yang lebih penting, rakyat mahu melihat dalam praktik dan amalannya," katanya yang juga pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat.
Tambahnya lagi, apa yang diumumkan Najib itu juga adalah apa yang telah diumumkan Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga iaitu prubahan yang akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat dalam masa 100 hari menguasai Putrajaya.
"Ini yang kita maksudkan reformasi politik sebelum datang transformasi ekonomi yang Pakatan Rakyat komited untuk lakukannya.
"Kita tak kisak mereka tiru pendekatan kita dalam Buku Jingga. Janji ianya untuk kebaikan rakyat keseluruhan," katanya. -HD
Ulasan GB
Kita mengalu-alukan penghapusan ISA kerana sememangnya itu juga termasuk di dalam perjuangan kita selama ini, namun kita perlu berhati-hati lantaran kita sudah berpengalaman dengan taktik dan corak permainan Najib selama ini.
Kita tidak mahu tertipu lagi. Najib tidak akan mengambil sesuatu tindakan sebelum disediakan satu gantian yang lain. Tidak ada makna jika ISA dihapuskan, kemudian ada akta baru "klon" dari ISA diperkenalkan. Akta Hasutan pula digunakan ke pringkat maksima mungkin. Begitu juga apa ertinya ISA dihapuskan tetapi Sistem Kehakiman masih digenggam erat di dalam tangan pemerintah. Ini semua perlu kita siap-siaga.
Cuma kita boleh senyum lebar melihat golongan pencacai yang masih terbelenggu dengan mentaliti penjajah yang mempertahankan akta warisan penjajah itu.
Sama halnya dengan pengumuman SPR mengenai dakwat kekal. Kalau dulu mereka batalkan, kini mereka cuba berlunak dengan menyatakan akan dilaksanakan. Tetapi dalamasa yang sama, warganegara asing dan pengundi pos luarnegara menggantikan pengundi klon yang mereka sentiasa berdalih mengenainya.

Najib: ISA dimansuh, tiga proklamasi darurat dibatal
KUALA LUMPUR, 15 Sept — Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dimansuhkan sama sekali dan kerajaan akan memperkenalkan dua akta baru untuk mengekalkan keselamatan negara, demikian diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Selain itu kerajaan juga mengumumkan tiga proklamasi berkenaan dengan darurat yang berkuat kuasa sejak beberapa dekad lalu akan ditamatkan.
“Seperti mana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) akan dikaji secara komprehensif.
“Sehubungan dengan itu, suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa ISA akan dimansuhkan terus,” kata beliau dalam perutusan khas sempena Hari Malaysia malam ini.
Kata beliau, untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah bagi memelihara ketenteraman dan keselamatan awam, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.
“Pokoknya, akta-akta ini nanti bermatlamat untuk memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara,” kata Najib.
Perdana Menteri menambah, kerajaan akan tetap memastikan hak asasi mereka yang terbabit terpelihara.
“Apa-apa undang-undang yang diperbuat akan mengambil kira hak dan kebebasan asasi berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.
“Undang-undang baru ini akan memperuntukkan tempoh tahanan oleh polis yang secara substansialnya lebih pendek daripada apa yang ada sekarang dan apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa Menteri,” kata beliau.
Di sudut lain, katanya, kerajaan juga memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.
Malah menurut beliau, kuasa untuk melanjutkan penahanan akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecualilah undang-undang berkaitan keganasan itu.
“Dalam konteks ini juga, selain memansuhkan ISA, kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa,” kata beliau sambil menambah, kerajaan tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan.
Selain itu Najib juga mengumumkan bahawa:
- Kajian semula komprehensif akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933
- Mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan
- Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.
Kata Najib, Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.
Namun, katanya, kebenaran berhimpun diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak disamping mengambilkira norma-norma di peringkat antarabangsa.-TMI
Ulasan GB
Kita mengalu-alukan penghapusan ISA kerana sememangnya itu juga termasuk di dalam perjuangan kita selama ini, namun kita perlu berhati-hati lantaran kita sudah berpengalaman dengan taktik dan corak permainan Najib selama ini.
Kita tidak mahu tertipu lagi. Najib tidak akan mengambil sesuatu tindakan sebelum disediakan satu gantian yang lain. Tidak ada makna jika ISA dihapuskan, kemudian ada akta baru "klon" dari ISA diperkenalkan. Akta Hasutan pula digunakan ke pringkat maksima mungkin. Begitu juga apa ertinya ISA dihapuskan tetapi Sistem Kehakiman masih digenggam erat di dalam tangan pemerintah. Ini semua perlu kita siap-siaga.
Cuma kita boleh senyum lebar melihat golongan pencacai yang masih terbelenggu dengan mentaliti penjajah yang mempertahankan akta warisan penjajah itu.
Sama halnya dengan pengumuman SPR mengenai dakwat kekal. Kalau dulu mereka batalkan, kini mereka cuba berlunak dengan menyatakan akan dilaksanakan. Tetapi dalamasa yang sama, warganegara asing dan pengundi pos luarnegara menggantikan pengundi klon yang mereka sentiasa berdalih mengenainya.
13 ulasan:
Jangan saudara tidak tahu. DS Najib telah berjaya meyakinkan ahli Parlimen Konsesnsus Bebas dan beberapa orang ahli Parlimen Pakatan Rakyat (beli) untuk berpaling tadah dan menyokong BN dalam penggubalan dua undang-undang yang baru. Sebenarnya draf undang-undang itu telahpun tersedia. Cuma tunggu Parlimen bersidang. UMNO/BN lebih bersedia dan strategik dalam urusan ini. Lepas itu gaji kakitangan awam akan dipinda skim perjawatan agar tidak nampak sebagai kenaikan untuk tujuan pilihanraya. Ini semua telah diatur secara sistematik dan bijaksana.
Rakyat dah tak bodoh kecuali memang dah bodoh karat
Janji BEend sukar untuk dipercayai,sememangnya mereka ni puak lidah bercabang,,,janji lisan ni hanya sebagai penyedap telinga dan meraih sokogan pilihan raya,mungkin hanya janji manis untuk menipu org kampung,,,
akta ISA digantikan dgn akta lain yang sama seiras takda bezanya..kalo adapun yang bersifat komestik,,,,PR jangan mudah ditipu oleh najib
Kita rakyat bukan setakat nak hapuskan ISA, turunkan UMNO/BN juga sebahagian dr agenda perjuangan kita, oleh itu jgn sedikitpun kita hilang fokus dlm tuntutan rakyat ini. Mendapatkan pimpinan yg dipilih rakyat, bukan ditentukan oleh SPR, Hantu & warganegara tipu, memilih pemimpin yg amanah & berintegriti juga antara tuntutan rakyat. Kita tidak perlu pemimpin yg rasuah, yg hidup bermewah-mewah wal hal rakyat umumnya masih hidup susah dan berada dlm suasana ekonomi yg menekan ini.
benda ni serampang dua mata nehhhh... hati-hati...
satu... mungkin nak membeli jiwa rakyat...
kedua... hahhaa... stand by kalau-kalau kalah.. senang nak buat kacau... pas tuh... nak buat rampasan kuasa ke... hahahha.... hati-hati lah ye....
karimbujang, pcbahar, ketuanancukong dan khairi, saya sokong komen-komen anda smua,rasanye susah rase nak percaya ayat-ayat najib nih.
Mari ketawa pecah perut
Maki hamun tercarut-carut
Yang betul dan yang karut
Percaya ker tali barut?
kalau betul, sume org suke isa ni dimansuhkan.
kite tgklah dlu cane ye, jgn wat spekulasi sbb ni msh lg di peringkat awl. try to be more optimistic guys.
tp lah kan, xde pon saye terbaca DS najib - "mengakui demokrasi negara selama ini tidak berfugsi"?
spt awl2 artikel ni? tokok tmbah lah bro cite lu.
Pemansuhan isa hanyalah mainan politik UMNO sahaja dan dua undang undang baru yang akan digubal tersebut lebih bahaya, kalau tak pecaya lihatlah nanti orang umno buat salah terlepas dan rakyat yang bodoh lagi miskin yang kena tangkap dan dipenjara ratusan tahun..
Segala janji manis UMNO tidak boleh dipercayai.
Masih ingat lagikah Yuran sekolah dimansuhkan tapi Yuran Tambahan yg tinggi pula dikenakan! Tak habis habis nak putar rakyat.
ISA bleh dihapuskan takkan undi pos tak leh dihapuskan tul tak?
hahaha
tuntutan BERSIH lagi mudah kenapa tak mau buat
hahaha
macam2 helah pulak
hahaha
depa main lagu murtad hangpa joget tarian murtad
hahaha
depa main lagu komunis hangpa lompat tarian komunis
hahaha
ni ISA pulak hangpa sorak surai pulak ISA siap pompom lagi
hahaha
tak habih-habih kena main
hahaha
nak buat cam mana sedap sangat lagu depa main sedap sangat sampai tak leh kontrol kaki tergedik
hahaha
takkan nak menari pun tak leh kot
hahahaha
cakpong cankpong ewah
hahaha
Waspada!!! 2 Akta yang akan menggantikan ISA.Rakyat jangan ketawa dulu.Ini ada udang sebalik mee.
Choupppp choup choup.. WaHHHHHhhhhhhh EWAHHHHHH..... yesterday gua read newpaper ada dua tokoh yg sgt pelik bro'.
Yg sorg tu Prof Emeritus and another one is Politician ala-ala YB mereka ni femes ar gak. Tp PREVIOUSLY dulu bro' mereka ni yg claimed ISA ni bagus, sokong, everythings la.
SUDDEN.... gua baca smlm bila PM kata nk masuh ISA, SUDDEN.... buat statement mcm artis (tukar-tukar) kata ISA SHOULD BE NOT IN MALAYSIA LAWs.
Wahhhhhh Wahhhh Wahhhh aper ni bro jantan dua ekor ni? Yg gua marah sgt & bengang sgt kat Prof Emeritus tu (hak yg sorg tu politician ala-ala YB tu gua xheran) boleh U-turn ckp. The thing pakcik ni academician apa ni ckp tak based on otak.
Adoi tp nape dia dapat gelaran Prof ek? Lecturer gua lagi bagus yg benar ckp benar yg xelok ckp xelok he very strict man (tak mcm Tan Seri tu)!
Kenapa lah diorg ni bro???????
Catat Ulasan