12 Ogo 2011

Harga Emas Dunia Meningkat. Langkah Kelantan Perkenal Dinar & Dirham Bijak & Tepat.

Langkah Kerajaan Kelantan memperkenalkan Dinar dan Dirham sebagai aset untuk rakyat di negeri ini menabung merupakan jalan yang tepat apabila satu dinar yang dilancar empat tahun lalu bernilai RM323 hari ini meningkat RM809.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata peningkatan itu merupakan sejarah dalam kenaikan harga emas dunia.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco di sini kelmarin.

Menurutnya, harga emas pasaran dunia pula hari ini meningkat kepada USD1,723 dan ianya merupakan satu sejarah dalam kenaikan harga emas.

“Mana-mana masyarakat yang sebelum ini membeli emas mendapat keuntungan yang besar dan rugi sekiranya tidak berbuat demikian bagi mereka yang mampu.

”Bagaimanapun sekarang kita masih boleh membelinya kerana ia belum terlewat memandangkan harga emas pasaran dunia akan naik lagi mencecah USD3,000,” ujarnya.

Menurutnya, memandangkan kerajaan negeri menyedari perkara ini PMBK Sawit sejak awal lagi melabur sumber kewangannya di sebuah bank di negeri ini sebanyak RM1 juta.

Tambahnya, keuntungan yang diperolehi dalam tempoh lebih sebulan RM130,000.

Ketika ditanya berhubung pihak tertentu mengkritik tindakan kerajaan negeri sebelum ini, beliau berkata kritikan itu hanya kerana sentimen politik.

”Mereka mengkritik bukan kerana takut rakyat tidak akan mendapat sebarang manfaat sebaliknya kerana dendam politik terhadap kerajaan negeri yang didokongi PAS,”
ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat seluruhnya supaya melabur serta meningkatkan pelaburan masing-masing kerana keuntungannya bakal diperolehi lebih besar khususnya penghujung tahun ini.

Menurutnya, kejatuhan dollar Amerika yang tidak berjaya mengekang kewangan ekonominya disamping jumlah hutang yang kian banyak, akan memberi ruang kenaikan keuntungan harga emas pada masa akan datang.

5 ulasan:

sitopimerah@android:~$ berkata...

Ketika krisis ekonomi melanda dunia, tidak boleh dinafikan Malaysia memerlukan kepakaran pemimpin seperti di Kelantan yang mampu bernafas lebih 20 tahun dibawah sekatan dan tekanan ekonomi kerajaan pusat. Pembanggunan diatur dan disusun semoleknya bagi mengelakkan ketirisan besar-besaran, dalam masa yang sama penyelesaian hutang kerajaan BN Kelantan sebelum 1990 berjaya dikurangkan pada tahap terbaik oleh Kerajaan Era PAS Kelantan

hyhhh berkata...

memang terbaik la Kelantan...tapi still ada sesetengah pihak tak berpuas hati dengan pembangunan di Kelantan...


Jom terjah sini:
Antara Sebab Malaysia Kalah Degan Singapore

Tanpa Nama berkata...

Macam mana nak melabur

Tanpa Nama berkata...

Husam Musa - The Malaysia PM in the making...

schneider berkata...

harga emas memang akan sentiasa naik, tapi baru2 ni pasal krisis hutang kat US & eurozone sangat teruk, pasaran saham pon merudum, pelabur2 pon jadi panik dan jadikan emas sebagai safe-haven,sebab tu la harga naik dengan sangat mendadak.

Bagi matawang pula swiss franc & yen jepun menjadi pilihan,sampaikan kerajaan swiss & jepun ambil langkah untuk menurunkan harga matawang mereka,kalau tidak ekonomi eksport mereka pula akan terjejas pasal barang mereka jadi mahal.

bila krisis dah reda nanti harga emas akan jatuh sedikit/naik tidak begitu mendadak seperti skrg.emas akan kembali dijual untuk beli saham2 yg kembali mencatatkan keuntungan.

sebagai contoh tengok harga emas masa hujung thn 2007 (triggered by lehmann brothers' collapse) harga naik sangat mendadak. hujung 2008 pulak harga jatuh balik bila ekonomi mula pulih.

tapi bagi mereka yg x jual/beli saham, emas sememangnya taruhan terbaik (safest bet)