23 Jul 2011

Zahid, Kalau Telus Kenapa Halang & Halau Bourdon?

Zahid: Jangan buruk imej k'jaan dengan isu Scorpene

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada pihak tertentu supaya tidak memburukkan imej negara dengan menimbulkan isu kononnya terdapat penyelewengan dalam pembelian dua kapal selam 'Scorpene' dari Perancis pada 2002.

Zahid diminta mengulas mengenai kehadiran peguam Perancis William Bourdon di Pulau Pinang kelmarin di majlis penerangan berhubung perkembangan terbaru dalam siasatan perjanjian pembelian kapal selam itu antara kerajaan Malaysia dengan firma pertahanan DCNS yang berpangkalan di Perancis.

"Pembelian kapal selam merupakan sesuatu yang telus sebagaimana yang telah saya nyatakan di Parlimen. Harus ingat, sebarang kesilapan yang dilakukan oleh mereka, jangan ingat mereka boleh lepas," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Program Jiwa Murni Angkatan Tentera Malaysia sempena Ops Pasir Sabah di Pulau Danawan di Semporna.

Beliau turut menegaskan bahawa pihaknya merasakan ada pihak tertentu yang mempunyai niat jahat di sebalik perkara itu dengan memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang pada ketika itu menjadi menteri pertahanan.

"Jangan hanya menuduh sebelah pihak...Kami juga punya bukti bahawa mereka mempunyai niat jahat. Saya akan pertahankan ini. Mereka harus ingat, jangan ingat bahawa mereka sahaja yang benar," katanya.

Beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak percaya dengan dakwaan itu. - Bernama




Ulasan GB

Hah, kalau telus kenapa halau peguam Perancis William Bourdon di Pulau Pinang kelmarin?

Tindakan kerajaan menghalau peguam berkenaan JELAS menunjukkan kerajaan Malaysia bodoh dan bangang kerana dengan cara sedemikian nama Malaysia telah tercemar dan imej negara terjejas di mata dunia.

Adalah jelas juga bahawa tindakan menghantar pulang peguam berkenaan adalah kerana ketakutan kerajaan rahsia pembelian kapalselam berkenaan terbongkar, berhubung-kait pula dengan kes kematian Altantuya yang melibatkan beberap figur utama pemimpin negara.

Esok lusa - kebenaran PASTI terbongkar juga walau cuba dihalang dengan pelbagai cara!

2 ulasan:

Beruk Ketawa berkata...

Kalau nak tahu Najib Rosmah pergi ROME buat apa...?

Kau orang baca kat bawah ni...

http://berukketawa.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Pak Zahid,

Yang burukan nama negara ialah pemimpin umNO, bukan rakyat. Kalau menteri-menteri umNO tak mampu nak bersihkan nama negara, bayarlah APCO lebih sikit untuk buat pr excercise di luar negara.