1 Jul 2011

Tangkapan Terhadap Penyokong Bersih Pra Kejatuhan UMNO

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tangkapan yang dilakukan polis terhadap penyokong-penyokong perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) adalah pra kejatuhan UMNO dan Barisan Nasional.

Nik Abdul Aziz yang kini berada di Uzbekistan berkata, beliau berpendapat Kerajaan Pusat masih belum belajar dari kejatuhan kerajaan-kerajaan di Timur Tengah sebelum ini.

“Sempat saya membaca berita-berita online tanah air di sini, semakin ramai penyokong Bersih ditahan, saya mengira Kerajaan Pusat masih belum belajar dari kejatuhan kerajaan-kerajaan di Timur Tengah,” katanya dipetik dalam laman Facebooknya, kelmarin.

Pihak berkuasa menahan beberapa penyokong perhimpunan itu di beberapa lokasi seluruh negara termasuk pemimpin Bersih dan mereka yang terbabit menyebarkan risalah mengenainya.

Menurutnya, tindakan yang dilakukan kerajaan terhadap aktivis Bersih dan kekerasan yang dilakukan terhadap penyokong perhimpunan berkenaan tidak akan menakutkan rakyat.

“Tangkapan dan kekerasan tidak akan menakutkan rakyat. Tangkapan-tangkapan ini hanyalah pra kejatuhan UMNO dan Barisan Nasional,” katanya.

Pada 24 Jun lalu, Mursyidul Am Pas itu menyokong penganjuran perhimpunan berkenaan pada 9 Julai ini.

Beliau dilaporkan berkata, langkah mengadakan perhimpunan terpaksa diambil rakyat negara ini sebagai tanda mereka amat membenci ketidakadilan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diamanahkan untuk mengendalikan pilihan raya negara secara telus.

Beliau berkata lagi, perhimpunan besar-besaran Bersih yang akan diadakan nanti wajar diikuti oleh seluruh rakyat negara ini bagi memberi isyarat supaya SPR bertindak seadil yang boleh. -SH


Cubaan rampas baju BERSIH: Ceramah kecoh

Cubaan merampas baju BERSIH oleh beberapa oleh pihak yang disyaki sebagai polis mencetuskan kekecohan dalam ceramah PAS di Shah Alam malam ini.

Pada kejadian di sebuah pintu masuk di Stadium Melawati sebentar tadi, beberapa orang dipercayai polis berpakaian biasa bertindak merampas baju BERSIH yang dijual.

Tindakan itu menyebabkan kira-kira 100 penyokong Pakatan naik angin dan mengerumuni sambil menolak lelaki yang dipercayai polis itu sedikit demi sedikit ke jalan raya.

"Jangan bagi mereka masuk," kedengaran beberapa orang menjerit sesama mereka.

Kelihatan sebuah dua van peronda polis diletakkan sekitar kawasan kejadian sambil menyalakan lampunya.

Kekecohan hampir sepuluh minit itu kemudiannya mula reda dengan sebahagian besar orang ramai tadi kembali masuk mendengar ceramah.

Bagaimanapun, semakin ramai anggota Unit Amal PAS - kira-kira 25 orang - mengetatkan kawalan dan mententeramkan penyokong daripada bertindak liar.

Manakala di pihak polis pula, kira-kira 10 anggota masih berlegar di kawasan berkenaan.

Kekecohan tadi menyebabkan beberapa peniaga lain yang menjual lencana dan pengikat kepala BERSIH beralih ke dalam stadium dan menjual sembunyi-sembunyi secara 'jualan langsung'.

Sementara di dalam stadium, anggota parlimen Shah Alam Khalid Samad meneruskan ucapannya seperti biasa.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dijadual menyampaikan pidato khas di hadapan kira-kira 3,000 penyokong Pakatan Rakyat selepas ini. -mk


Ulasan GB

GB sudah memberikan pandangan GB sebelum ini. Petikan:

Saya yakin kesan daripada tindakan polis ini akan mendapat tentangan hebat daripada majoriti rakyat. Ianya akan dimanifestasikan melalui kertas undi di dalam pilihanraya nanti.

Sepertimana yang bekas Tun Dr Mahathir Mahathir yang cuba lepas tangan begitu sahaja tanggungjawab politiknya dalam "Operasi Lalang" pada tahun 1987, dalam satu wawancaranya yang dibukukan dalam Doctor M: Operation Malaysia - Conversations with Mahathir Mohamad, oleh Tom Plate.

Mahathir mendakwa penangkapan pada 26 Oktober 1987 adalah keputusan polis, dan beliau hanya menerima keputusan itu. Malah, TDM mendakwa konon dirinya pernah berjumpa dan menjamin kepada pembangkang sebelum "Operasi Lalang", bahawa mereka tidak akan ditangkap.

Apa yang berlaku selepas Operasi Lalang?

Keputusan pilihanraya umum ke 8 pada tahun 1990 Barisan Nasional kalah teruk dimana undi popular BN adalah yang terrendah selepas PRU 1969 iaitu hanya memperolehi 53.4% dan jumlah kerusi parlimen yang dimenangi BN pada ketika itu merosot dengan teruk buat kali pertama sehingga ke paras hanya 70%.


Hal yang sama berulang dimana tangkapan dilakukan terhadap pserta BERSIH 1.0 pada 2007. Pada 9 Disember 2007, Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu telah ditahan oleh polis Perak diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, SAC II Ismail Yatim.

Kereta Naza Ria Mohamad Sabu ditahan berhampiran Pasar Raya Tesco di Kepala Batas, Seberang Perai, Pulau Pinang. Beliau dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan anak perempuannya di Sunway City, Tambun, Perak. Mohamad Sabu dipercayai terlibat dalam perhimpunan Bersih pada 10 November 2007. Rumah Mohamad Sabu terletak di Guar Petai, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Tian Chua yang merupakan Ketua Penerangan KeADILan turut ditahan di bawah Akta Polis, Seksyen 27(5)(a), di Johor Bahru, jam 5.15 petang pada 9 Disember 2007 kerana menjadi penggerak perhimpunan Bersih.

Apa yang berlaku pada PRU 2008?

Pertama kali di dalam sejarah BN gagal menguasai majoriti 2/3 parlimen sehingga begitu ramai menteri kabinet kecundang dan terkangkang untuk mempertahankan parlimen masing-masing!


Justeru itu, jika polis ingin melihan BN kalah teruk di dalam PRU13 ini, kamu boleh terus ugut dan tangkap rakyat yang telah menyuarakan hati nurani mereka bahawa BERSIH TETAP DITERUSKAN.

KSU KDN perlu panggil Ketua dan Timbalan Ketua Polis Negara menghadapnya untuk diberikan kaunseling sebelum nasi menjadi bubur!




4 ulasan:

litsorks berkata...

mereka nie rasa tergugat pada fikiran saya..

ISU PARAH!!:
ISU MAKCIK HINA ISLAM!!!

Tanpa Nama berkata...

kuning lambang raja berpelembagaan...

Tanpa Nama berkata...

biarkan polis tangkap orang perhimpunan tu nanti pilihan raya 13 kita ajar mereka baru diorang tahu kuasa ditangan rakyat .sekarang ni dema ada kuasa biarkan .

Tanpa Nama berkata...

Semua yang kena tangkap kerana memakai baju T warna kuning,boleh bawa pihak polis dan kerajaan kemahkamah.Peguam-peguam Bersih sedia membantu.