30 Jul 2011

Ramai Tidak Percaya SPR, Tubuh Suruhanjaya Diraja Siasatan Segera

SPR berdepan krisis kepercayaan?

Timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar hanya mampu mendepa tangan dan mengangkat bahu ketika ditanya mengenai masalah birokrasi dalam membersihkan daftar pemilih.

Wan Ahmad memberi reaksi sedemikian ketika mengulas mengenai amalan sedia ada yang mewajibkan waris pengundi yang meninggal dunia supaya memaklumkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) apabila keadaan itu berlaku.

Jelasnya, JPN hanya dapat mengemaskini data berkenaan apabila mendapat laporan daripada waris berkenaan – yang membolehkan SPR mengemaskini data berhubung pengundi berkenaan.

"Tapi bawah sistem sedia ada, balai polis yang mengeluarkan permit mengkebumi jenazah tidak dirangkaikan dengan JPN.

"Kita tidak boleh hanya padamkan nama orang dalam daftar pemilih," katanya lagi yang mengundang keluhan daripada kira-kira 300 orang yang hadir di majlis forum anjuran Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) itu.

Bercakap dalam debat pusingan kedua bersama pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga, Wan Ahmad turut menjelaskan bahawa SPR berusaha membersihkan sehingga 7,000 nama pengundi yang meninggal dunia daripada daftar pemilih setiap bulan.

Menjawab soalan berhubung cadangan supaya pemilih didaftarkan secara automatik sebaik mencapai usia layak mengundi pula, Wan Ahmad berkata cadangan berkenaan boleh dikemukakan kepada kerajaan.

"Tetapi dalam sistem sekarang, kerajaan perlu setuju dengan pindaan itu dahulu, barulah rang undang-undang itu boleh didrafkan oleh Peguam Negara.

"Kita mungkin fikir perkara itu betul tapi ada orang yang berfikiran berlainan," katanya lagi yang menambah rakyat juga perlu diberi hak untuk memilih sama ada mereka mahu mendaftar sebagai pemilih.

Jawapan itu nyata tidak memuaskan hati beberapa orang yang hadir sehingga ada yang mencabar Wan Ahmad supaya bertindak meletak jawatan atas dasar prinsip sekiranya cadangan mereka enggan diterima oleh kerajaan.

Wan Ahmad turut dicabar sekali lagi supaya mendedahkan cadangan pindaan yang dikemukakan olehnya kepada kerajaan sebelum ini agar dapat memulihkan persepsi yang timbul terhadap badan pengurus pilihan raya itu.

Pengerusi jawatankuasa hak asasi manusia Majlis Peguam, Andrew Khoo berkata, SPR perlu tegas dalam mengemukakan pindaan itu atas dasar prinsip.


Seorang lagi yang mengemukakan soalan, bekas hakim kanan Datuk KC Vohrah berkata, Peguam Negara tidak berhak untuk menentukan perkara yang betul atau salah bagi pihak SPR.

"Saya tidak faham mengapa Peguam Negara perlu draf undang-undang anda. Sepatutnya anda pergi kepada peguam negara dan pertahankan pendirian anda,"
kata Vohrah lagi yang merupakan bekas penasihat kanan di Jabatan Peguam Negara.

Terdahulu, moderator forum berkenaan, Tan Sri Ramon Navaratnam turut meminta hadirin supaya mengangkat tangan sekiranya mereka melihat SPR sebagai badan yang tidak bebas.

Hampir kesemua yang hadir di majlis berkenaan mengangkat tangan apabila ditanya sedemikian.

Wan Ahmad dalam penjelasannya kemudiannya sekadar berkata, permintaan itu terlalu besar dan para hadirin sepatutnya perlu lebih munasabah.

"Anda perlu munasabah kerana kita bekerja dalam sistem. Hakim juga boleh tekankan apa saja reformasi tapi kita perlu bekerja di dalam sistem," katanya lagi dalam forum yang turut disertai peguam veteran Datuk Mohd Shafee Abdullah. -mk


Pusingan ke-2: Ambiga asak Wan Ahmad

Timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengulangi bahawa SPR hanya sebuah "badan pengurusan" di bawah undang-undang untuk menguruskan pilihan raya, dan bukannya sebuah agensi penguatkuasa.

Katanya, SPR berpandu kepada Pejabat Peguam Negara "dan undang-undang yang diberikan kepada kami adalah undang-undang pengurusan."

Beliau menyatakan demikian di forum "Undang-Undang Pilihan Raya, SPR dan Pembaharuan Pilihan Raya' anjuran Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham).

Dalam ucapan pembukaannya di forum tersebut, Wan Ahmad berkata isu-isu yang berkaitan dengan politik wang, beli undi dan politik kotor adalah di bawah bidangkuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"SPR boleh dipanggil sebagai responden atau saksi di mahkamah, tetapi tidak pernah dalam sejarah negara ini, SPR mengheret orang ke mahkamah berhubung rasuah," katanya.

NONEMengenai pasukan penguatkuasa SPR yang dibentuk semasa kempen pilihan raya, Wan Ahmad berkata, peranan mereka adalah hanya memantau poster yang dipasang ketika kempen.

"Apa yang mereka (parti politik) cakap semasa ceramah dikendalikan oleh pihak polis, mengikut Akta Polis. Ianya menjadi tanggungjawab polis untuk memantau ceramah."

Forum itu diadakan di Dream Centre di Seksyen 13, Petaling Jaya, petang ini - dan merupakan pusingan kedua yang dinanti-nantikan antara Wan Ahmad dan pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga.

'Tak benar SPR tak ada kuasa'

Menjawab kenyataan Wan Ahmad, Ambiga, sebagai penceramah kedua, memetik Seksyen 27E Akta Kesalahan Pilihan Raya untuk membuktikan bahawa SPR sebenarnya mempunyai kuasa lebih luas daripada tanggapan suruhanjaya tersebut.

Menurut Ambiga, seksyen itu memberi kuasa kepada pasukan penguatkuasa SPR sewaktu kempen pilihan raya untuk "memastikan bahawa undang-undang bertulis berhubung dengan pilihan raya dipatuhi".

Beliau berhujah bahawa SPR juga mempunyai kuasa di bawah undang-undang sedia ada, untuk memanggil pihak-pihak berkuasa lain untuk membantu suruhanjaya itu dalam menjalankan tugasnya.

Oleh itu, walaupun SPR tidak mempunyai kuasa pendakwaan, ia mempunyai tanggungjawab untuk membuat laporan polis atau meminta pihak berkuasa lain mengambil tindakan, apabila berhadapan dengan kes-kes penyelewengan.

Bekas presiden Majlis Peguam juga telah menyoal Wan Ahmad mengenai isu undi pos bagi rakyat Malaysia di luar negara, yang dinafikan peluang untuk mengundi.

"Daripada maklum balas yang kami terima, ia adalah mustahil bagi mereka untuk pergi ke kedutaan Malaysia untuk mengundi," kata Ambiga.

Beliau mengingatkan Wan Ahmad bahawa 50,000 hingga 200,000 rakyat Sarawak di Semenanjung hilang hak untuk mengundi dalam pilihan raya negeri itu April lalu kerana mereka tidak layak sebagai pengundi pos.

Pendaftaran automatik 'boleh dilakukan'

Menyentuh perkara yang sama, Ambiga juga meminta Wan Ahmad menjelaskan sama ada anggota tentera Wataniah, yang dicadang kerajaan diwujudkan di setiap kawasan parlimen di seluruh negara, akan didaftarkan sebagai pengundi pos.

Mengenai isu pendaftaran secara automatik - salah satu tuntutan BERSIH 2.0, Ambiga menolak alasan SPR bahawa ia akan memaksa orang ramai untuk mengundi, dan ia akan menyebabkan peratusan mengundi yang rendah.

Beliau berhujah bahawa jika rakyat secara automatik didaftarkan sebagai pengundi apabila mencapai umur 21 tahun, mereka masih mempunyai pilihan sama ada untuk mengundi atau tidak.

Bagi masalah keluar mengundi yang lebih rendah, Ambiga membalas bahawa pendaftaran automatik akan menghasilkan sebaliknya, kerana ia mengatasi masalah mereka yang malas untuk mendaftar di bawah sistem sekarang.

Tambahnya, pendaftaran automatik boleh dilakukan jika pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), yang disambung kepada SPR, adalah bersih dan mempunyai integriti yang tinggi. -mk


Ulasan GB

Banyaklah alasan SPR kali ini untuk pertahankan diri kononnya SPR tidak ada kuasa itu dan ini apabila ia melibatkan kepentingan UMNO BN.

Walhal semua orang masih ingat apabila mengenai Pakatan Rakyat sepantas kilat SPR keluarkan kenyataan malah ada yanb berbaur ugutan untuk ambil tindakan seperti kes penyerahan wang zakat oleh Nik Aziz kepada orang asli di pilihanraya kecil Galas.

Ternyata SPR kini cuba terus menipu rakyat.

Kami ingin menyatakan kepada SPR, kamu tidak akan dilepaskan, kamu tidak mungkin menipu rakyat dalam setiap masa. Satu hari ada yang bakal dipenjarakan kerana perbuatan menipunya itu.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Banyak cakap tak mahu, SPR perlu guna dakwat kekal untuk penanda, barulah kreadibiliti SPR akan dipercayai rakyat dan dunia.

Ini kerana dakwat kekal akan kekal beberapa hari... kalau ada Bangla, Indon, Myanmar dan sebagainya mengundi tahulah kami kerjakan mereka ikut prosedur undang-undang kerana dakwat itu kekal.

Tanpa Nama berkata...

Patutlah ramai pendatang, pelajar dan pekerja asing di bawa ke malaysia oleh krjaan UM-BN...rupa ada udang d sebalik mee...dia org ni bakal dijadikan "UNDI HALIMUNAN" untuk memangkah undi sokong UM-BN...kene sedar bahawa sistem biometrik akan dikuasai oleh pro krjaan UM-BN...mcm2 boleh jadi boh...cuba renung2 sejenak KEBENARANNYA wahai sahabat....

Tanpa Nama berkata...

Masaalah SPR sejak dulu lagi,bukan masaalah undang-undang.Banganglah Wan Ahmad menyatakan SPR tak ada wakil diParlimen.Masalah besar SPR ialah TIDAK MELAKSANAKAN KUASA YANG ADA DITANGAN.Contoh:
(1) Membersihkan daftar pengundi.
(2) Menentukan tidak ada pengundi bertindih.
(3) Menggunakan dakwat celup.
(4) Ambil tindakan penggunaan alat,harta dan kaki tangan kerajaan.
(5) Rasuah semasa pilihanraya.
(6) Menentukan perjalanan undi pos dan memastikan yang mengundi itu benar-benar pengundi pos dan berakhtiar agar wakil calun hadzir ditempat pengundian.

Semua ini adalah dalam bidang kuasa SPR,tak perlu ada undang-undang tambahan.Pokoknya SPR mesti bebas,adil dan profesional.Hai Dato Wan Ahmad,susah sangatke nak jalankan tugas yang sudah disediakan.Kalau tak mampu sedialah berundur.

1 Malaysia berkata...

Kalaulah SPR tu hanya satu badan pengurusan pilihan raya negara kita, kenapakah boss dia bercakap seperti orang politik? asyik kata pihak pembangkang menimbulkan huru hara. Bukankah sebagai seorang pengurus, kerjanya mengurus sesuatu tu dengan baik? Kalaulah ada bantahan daripada orang ramai, bawa le cadangan tu untuk diperbincangkan dan diperbaiki. Bukan itu kerja sebagai seorang pegawai kerajaan yang menjalankan kerja-kerja SERI PADUKA BANGINDA.
Patutlah boss dia kecut nak datang sebab teloqnya dah pecah dan berbau busuk pulak? Haram jadah punya pengampu. Letak jawatan anda sebagai pegawai kerajaan dan masuk UMNO. Barulah boleh bercakap seperti UMNO.