Seorang peserta Himpunan Bersih 2.0 dari Unit Amal PAS mahu menyaman Berita Minggu milik Kumpulan New Straits Times kerana mendakwa dia memegang pisau semasa perhimpunan di ibu negara, 9 Julai lalu.
Abdul Razak Endut, 32, dari Temerloh berkata edisi 10 Julai yang menyiarkan gambarnya dengan tajuk “seorang perusuh membawa pisau dalam perhimpunan haram” manakala tajuk kecilnya pula berbunyi “perusuh guna senjata, batu, lawan polis” adalah tidak benar.
Sebaliknya Abdul Razak yang mesra dengan panggilan “Ajak” berkata dia hanya memegang sebatang bendera Malaysia dan bukannya pisau seperti mana yang didakwa.
Selain Berita Minggu, gambar sama turut dimuatkan oleh akhbar New Sunday Times dengan tajuk “Peaceful (Aman)?” pada muka depan.
“Saya mahu saman Berita Minggu kerana telah menjatuhkan imej saya, disebabkan gambar itu ramai yang bertanyakan hal sama kepada saya.
“Setakat ini saya tidak tahu berapa jumlah yang akan disaman, saya akan berbincang dulu dengan peguam saya,” kata Abdul Razak kepada The Malaysian Insider.
Kelmarin, Abdul Razak yang bekerja sendiri tampil membuat pendedahan berhubung gambar yang disiarkan Berita Minggu.
Dia berkata selain tidak memegang pisau, dia juga menafikan membaling batu ke arah pihak keselamatan.
Pada perhimpunan Bersih 2.0, Abdul Razak diarah agar menjaga Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Dr Hatta Ramli dan peserta perhimpunan berhampiran Menara Maybank.
“Apabila polis menembak gas pemedih mata, saya ternampak angin meniup ke arah orang ramai... saya mengambil kanister itu dan membalingnya ke arah sebuah padang dengan harapan orang ramai akan selamat,” kata Abdul Razak mendedahkan perkara sebenar dengan berpakaian sama seperti yang disiarkan dalam Berita Minggu.
Gambar Abdul Razak berdepan pancutan meriam air dengan memegang bendera negara juga dirakamkan turut disiarkan media antarabangsa sekali gus menolak dakwaan beliau memegang pisau.
“Ketika itu (saya baling kanister gas pemedih mata) gambar saya dimanipulasikan. Mana logiknya saya bawa pisau dari Temerloh? Saya terpaksa lalui tiga sekatan jalan (untuk sampai ke ibu negara),” katanya.
Sementara itu, peguam yang mewakili Abdul Razak, Ahmad Nizam Hamid berkata pihaknya akan memfaikan saman itu dalam masa terdekat.
“Sebelum ini saya telah nasihatkan dia (Abdul Razak) untuk saman NST dan Berita Minggu kerana siarkan gambar palsu... ini satu kes yang bagus kerana melanggar etika.
“Tindakan ini perlu diambil kerana ia sangat tidak beretika mereka ubah gambar asal, ia adalah satu tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab,” katanya.
Pada 9 Julai lalu, ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.
Pada perhimpunan itu, lebih 1,600 peserta termasuk pimpinan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Pakatan Rakyat dan Pemuda Umno ditahan. -TMI

Bongkar isu BERITA MINGGU edit gambar Peserta BERSIH seperti membawa pisau.
Peserta demo: Saya tidak bawa pisau
Abdul Razak Endut yang dilabelkan oleh akhbar arus perdana sebagai seorang peserta ganas pehimpunan BERSIH 2.0 tampil membuat penjelasan pada ceramah PAS di Kuala Lumpur Sabtu lalu.
Katanya, beliau hanya memegang sebatang bendera Malaysia dan bukannya pisau seperti yang didakwa oleh akhbar-akhbar milik Umno dan BN itu. Abdul Razak juga menafikan beliau membaling batu ke arah polis.
"Apabila polis menembak gas pemedih mata, saya ternampak angin meniup ke arah orang ramai... saya mengambil kanister itu dan membalingnya ke arah sebuah padang dengan harapan orang ramai akan selamat katanya.
Abdul Razak atau terkenal dengan nama Ajak adalah anggota Unit Amal PAS - pasukan sukarelawan yang ditubuhkan bagi mengawal orang ramai pada perhimpunan 9 Julai lalu berhampiran bangunan Maybank.
Akhbar Berita Minggu pada 10 Julai menyiarkan gambarnya dengan tajuk: "Seorang perusuh membawa pisau dalam perhimpunan haram" manakala tajuk kecilnya pula berbunyi: "Perusuh guna senjata, batu, lawan polis".
Gambar yang sama juga dimuatkan di halaman utama New Sunday Times dengan tajuk: "Peaceful (Aman)?".
Berpakaian baju dan penutup mulut yang sama, Abdul Razak membuka lilitan kain hitam dan mendedahkan wajahnya sambil mendapat tepukan gemuruh mereka yang hadir.
Perisai manusia
Katanya, beliau menyertai rakan-rakannya membentuk perisai manusia bagi menghalang polis bergerak ke arah orang ramai yang cuba berhimpun secara aman.
"Bagaimanapun, FRU membawa meriam air dan menembak ke arah kami. Apa yang patut saya buat untuk menghalang trak FRU? Saya minta bendera (Malaysia) daripada seorang peserta dan dia bagi saya. Saya kemudian berdiri di hadapan dan disembur meriam air FRU.
"Harapan saya... peserta ini adalah rakyat Malaysia, orang kita sendiri, mengapa polis lakukan ini,” katanya dengan emosional.
Gambar Abdul Razak berdepan pancutan meriam air dengan memegang bendera negara juga dirakamkan oleh Reuters yang sekaligus menolak dakwaan beliau memegang pisau.
"Ketika itu (saya baling kanister gas pemedih mata) gambar saya dimanipulasikan. Mana logiknya saya bawa pisau dari Temerloh? Saya terpaksa lalui tiga sekatan jalan (untuk sampai ke ibu negara),” katanya.
Pada 12 Julai lalu Pemuda PKR Pulau Pinang mendakwa gambar itu dipalsukan. -mk
9 ulasan:
aku harap 'ajak' akan saman rm200Juta. lagi banyak lagiii baik.
Tahniah Ajak.Diberitakan sebelum ini pihak Berita minggu telah meng edit gambar itu membuatkan jurugambar amat marah kerana gambar yg diambilnya telah di edit. Untuk membersihkan nama,jurugambar itu telah menunjukkan gambar yg sebenar.juga gambar beliau sendiri yg sedang mengambil gambar Ajak waktu kejadian turut disertakan.Saman la banyak2 baru la padan muka Berita Minggu 10/07/2011
Berita Hairan tu kan barua BN/UMNO,dah ni semua ikut SOP depa.kasi su sama dia,....
aku bukan harap dia saman duit semata2
duit leh cari dan orang leh support :-)
better suruh Berita Harian MOHON MAAF besar2 pada PAGE DEPAN
atau tutup BERITA HARIAN untuk 1 WEEK
bagi hukuman yang lagi terok
setakat duit? small matter
p/s duit la yg settle kan kes Trio Datuk T. emmm
yup..mmg patut saman pon..pastu suro akhbar tu kluarkan kenyataan muka depan mintak maaf dan mengaku kesalahan akhbar itu..kt muka depan akhbar tu.
TU SB SKANG NI AKU DH STOP BACE BH NGN UM...NK MUNTAH...MENIPU RAKYAT JE KEJENYE....
assalamualaikum..
ok gak tu kalau saman + memohon maaf secara rasmi,kasi front page..duit tu boleh abg ajak sedekah pd yg memerlukan..
kalau bace utusan meloya ngan berita hairan,bukan setakat nak muntah je..fikiran jd sempit dek kerana bace berita bohong je banyak..
:)
Har Har Har...
Ambik ngko B. Harian @ Hairan. Siap cameraman tu tunjuk bukti lagi. Takut kot ngan dia2 sekali kena saman. Kalo setakat seribu dua, boleh gak bayar, mau nya berjuta2...
Dia dah declare diri dia tak salah. Tunggu apa lagi BH...
saman bro... biiar baham tanah berita harian tu....
Catat Ulasan