15 Feb 2011

Mahathir Tak Ingat Muka...

Ops Lalang: Saya ada jumpa pembangkang cuma tapi tak ingat muka, kata Mahathir

SHAH ALAM, 15 Feb — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terus bertegas pemimpin-pemimpin pembangkang yang menemuinya lebih 20 tahun lalu sebelum mereka ditahan di bawah Ops Lalang seharusnya bercakap benar dan mengakui bahawa mereka ada menemuinya sebelum Ops itu dilaksanakan.

“Ia berlaku lebih 20 tahun lalu. Saya benar-benar ingat perjumpaan dengan mereka, saya tidak ingat wajah-wajah mereka. Saya pasti Karpal (Singh) bukan salah seorang daripadanya dan saya rasa (Lim) Kit Siang salah seorang daripada mereka,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) di sini.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan pemberita sama ada beliau akan menyahut cabaran oleh pengerusi DAP Karpal Singh untuk menamakan anggota pembangkang yang menemuinya sebelum Ops Lalang dilaksanakan.

Dr Mahathir berkata sekiranya pemimpin pembangkang ikhlas dan tidak cenderung untuk berbohong, beliau merasakan mereka perlu mengakui yang mereka menemuinya sebelum operasi.

Katanya pemimpin-pemimpin pembangkang merayu kepadanya bagi mengelak penahanan mereka di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1987, dan itu adalah sebabnya mengapa beliau menemui mereka supaya mereka tidak ditahan.

Dr Mahathir berkata: “Ia memalukan buat saya, selepas beri jaminan yang mereka tidak akan ditahan, mereka ditahan polis, dan sudah tentu saya terpaksa menandatangani perintah tahanan.”

Menyentuh laporan berita mengenai bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan memiliki operasi perniagaan di Amerika Syarikat Dr Mahathir berkata: “Itulah memang kita tahu pun tapi bila kita nak dedah sesuatu kenalah ada bukti”.

“Dia kaya bukan miskin sebab itulah dia boleh pergi sana sini cerita karut kepada orang memburukkan nama saya itulah kerja dia,” katanya.

“Mungkin selepas ini saya akan terima surat peguam dari Anwar mengancam untuk menyaman saya bagi menutup mulut saya,” kata Dr Mahathir.

Sementara itu semasa ditanya sekiranya Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud perlu meletak jawatan sebelum atau selepas pilihan raya negeri Dr Mahathir berkata: “Ia terpulang kepada rakyat Sarawak untuk menentukannya, saya rasa mereka lebih tahu sama ada dia perlu berundur atau tidak.”

Bagaimanapun Dr Mahathir berkata sekiranya Taib hendak berundur, sepatutnya perlu ada seseorang untuk menggantikannya, bukan seperti bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak yang meletak jawatan tanpa sebarang pelan pemindahan kuasa yang teratur. — Bernama

Ulasan GB

Mahathir pelupa, nyanyu atau nyanyuk atau sengaja mencipta alasan bahawa beliau tidak ingat?

Sehinggakan wajah orang yang ditemuinya pun sudah lupa?

Kalau kes ini di dalam mahkamah, dengan sendirinya beliau akan ditengking oleh hakim, sebab cuba menghina mahkamah dengan cuba mereka-reka andaian yang beliau sendiri tidak dapat membuktikan dengan sebenar siapa orang yang ditemuinya.

Mahathir cuba mencuci tangannya dari peristiwa Ops lalang.

Tidak semudah itu.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apabila 'daun' yang tertulis nama seseorang itu 'gugur' daripada 'pohon', ia mengambil masa 40 hari untuk sampai ke pangkal atau tanah (jika nak disebut tanah). 40 hari itulah tempoh seseorang itu dikatakan bertabiat atau 'buang tebiat'.

Jika diambil kira usia 'dia', macam munasabah jugak. Tapi itu semua bukan urusan manusia. Semoga taubat kita diterima Allah Taala. Itupun jika kita bertaubat secara nasuha... dan memenuhi syarat dan tuntutan bertaubat nasuha itu.

masihingat berkata...

BUKAN SETAKAT MELAYU MUDAH LUPA, MAMAK PUN MUDAH LUA JUGA!

Tanpa Nama berkata...

Mamat ni masih nak jadi pembohong lagi? BErtaubatlah sebelum nyawa tiba di halkum!!

Tanpa Nama berkata...

Tengok muka mamak seorang ni cukup menyampah kununnya dia orang baik dan betul. Yang lain semua jahat dan salah.