Anwar pasti akan disumbat ke dalam penjara, che'GuBard
Badrul Hisham Shaharin, atau lebih suka dikenali sebagai che' GuBard, tidak asing untuk mereka yang terlibat dalam demonstrasi jalanan sebelum "tsunami politik" pada 8 Mac 2008. Anak muda yang berumur 32 tahun ini menyertai Parti Keadilan Nasional pada awal penubuhannya, malah terpilih sebagai ahli Majlis Tertinggi Pusat pada tahun 2007.
che'GuBard menyarung jersi PKR untuk bertanding di kawasan parlimen Rembau, Negeri Sembilan pada PRU ke-12. Bagaimanapun, beliau tewas kepada Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda UMNO sekarang) dengan perbezaan 5,746 undi.
Beliau pernah menerbitkan buku "Di sebalik misteri pembunuhan Altantuya", dan mempunyai "pengalaman" untuk ditangkap, ditahan dan disoal-siasat polis, berikutan keterlibatannya dalam aktiviti politik. Yang berikut adalah satu wawancara yang dijalankan melalui email, bersama Badrul Hisham Shaharin yang menawarkan diri sebagai calon Ketua AMK.
1. Penilaian anda terhadap situasi/prestasi AMK sekarang. Pada pendapat anda, apakah masalah pokok yang membelenggu AMK kini?
Prestasi AMK pada hari ini secara umumnya baik. Sebagai sebuah organisasi baru (AMK ditubuhkan pada tahun 2005), peranan yang telah dimainkan oleh AMK sepanjang musim lepas boleh dibanggakan oleh kerana masih mampu untuk mempertahankan sebuah organisasi yang menyatukan pelbagai kaum, agama dan ideologi.
Akan tetapi, AMK masih boleh dimantapkan jika ada misi dan visi yang boleh menyatukan anggota AMK di seluruh negara.
Apa yang boleh menyatukan anggota AMK di seluruh negara?
Jawapannya adalah AMK harus membawa kembali obor perjuangan rakyat yang telah dicetuskan oleh Anwar Ibrahim dan gerakan reformasi pada tahun 1998 dahulu. Jika obor perjuangan ini dikembalikan, rakyat Malaysia terutamanya orang-orang muda akan kembali bersama AMK dan Pakatan Rakyat secara umumnya.
Jika AMK bergerak ke depan dengan membawa obor perjuangan, secara tidak langsung, Pemuda PAS dan Pemuda Sosialis DAP akan bergerak bersama-sama dalam memastikan kedaulatan rakyat terus dibela.
2. Ramai pemimpin muda dalam PKR yang agak menyerlah secara individu. Malah, PKR menjadi pilihan golongan muda selepas PRU ke-12, kerana dilihat sebagai harapan masa depan. Ironinya, dari segi organisasinya, AMK agak lemah. Mengapakah situasi ini berlaku?
Masalah ini berlaku oleh kerana ramai yang masih terperangkap dengan politik personaliti. Di dalam politik personaliti, individu akan menjadi faktor dan akan bergerak dan bertindak seperti seorang celebriti. Ini telah menyebabkan, kebanyakan pimpinan muda yang menyerlah bergerak secara bersendiri.
Misi saya adalah untuk menjadikan AMK sebagai sebuah organisasi yang dimiliki oleh kesemua orang-orang muda bukan sahaja di dalam PKR, termasuk juga orang-orang muda yang tidak menggangotai PKR. Kita tahu, sifat orang muda biasanya "rebel". Saya kenal dengan ramai orang-orang muda yang pintar dan berani dan bersama perjuangan Pakatan Rakyat tetapi tidak berminat untuk bersama parti.
Ini berlaku kerana AMK masih lagi gagal untuk dijadikan sebagai sebuah platform untuk menyatukan anak-anak muda di seluruh negara.
3. Apa yang anda lakukan sepanjang beberapa tahun ini, sebagai cubaan untuk mengatasi masalah yang dikatakan di atas?
Sepanjang berberapa tahun kebelankangan ini, saya dan teman-teman anak muda menubuhkan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). SAMM telah membuktikan bahawa anak muda di luar sana yang tidak berminat dengan parti politik seperti penyajak, Rahmat Haron pernah melibatkan diri dalam aktiviti SAMM.
Pada tahun 2007, ketika SAMM menghantar "bantal" kepada Abdullah Badawi (gambar kiri) oleh kerana sering tertidur ketika menjalankan tugasan negara, Rahmat Haron telah membawa kawan-kawan seniman untuk bersama-sama. Event ini telah menjadi "world news" kerana turut dilaporkan oleh Washington Post dan New York Times.
Jika menang sebagai ketua AMK, saya dan teman-teman pimpinan akan mengubah imej AMK menjadi sebuah organisasi untuk seluruh anak muda di Malaysia.
4. Anda menonjolkan demonstrasi jalan raya sebagai pendekatan anda. Tetapi, AMK dilihat lemah dari segi keupayaan untuk memobilisasi sokongan ramai agar turun ke jalan raya, berbanding PAS. Persoalannya, mengapa situasi ini berlaku, dan bagaimana anda mengatasinya?
AMK tidak lemah. Seperti yang saya jawab di atas sebelum ini, AMK hanyalah untuk AMK. Saya akan pastikan, AMK adalah milik semua anak muda di Malaysia. Selepas ini, tidak akan ada masalah lagi untuk AMK memobilisasi massa.
5. Anda mengandaikan Anwar akan ditahan semula ke dalam penjara. Lantaran daripada itu, anda mendahulukan "demonstrasi jalan raya" daripada tema "pencerahan" mahupun "menuju Putrajaya" daripada dua orang lagi calon ketua AMK. Bukankah ia lebih mudah mengundang persepsi bahawa agenda perjuangan AMK sekadar untuk membela seorang individu bernama Anwar Ibrahim?
Di dalam politik, kita mesti realistik. Daripada trend perbicaraan mahkamah, Anwar pasti akan disumbat ke dalam penjara. Barang siapa yang tidak berani untuk membicarakan perkara ini, mereka buta politik. AMK berjuang untuk memantapkan lagi Pakatan Rakyat. Apabila ketua Pakatan Rakyat yang juga Ketua Pembangkang dihina oleh musuh, apakah AMK harus berdiam diri?
6. Penilaian anda terhadap Gerakan Reformasi sejak tahun 1998. Pada pandangan anda, apakah bentuk dan halatuju baru untuk Gerakan Reformasi ini, selepas 12 tahun?
Masalah utama kepada gerakan Reformasi semenjak dari 1998, ianya tidak disusun dengan baik. Jika menang sebagai Ketua AMK, kami akan bersama-sama dengan teman-teman dari gerakan reformasi untuk membincangkan kembali halatuju gerakan Reformasi di Malaysia.
7. Penilaian anda terhadap Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO. Setujukah anda bahawa beliau memiliki keupayaan bukan sahaja dari segi perbahasan dasar, tetapi juga berpidato ketika dalam ceramah, malah ketika berdemonstrasi?
Pada pandangan saya, KJ mempunyai kelebihan. Akan tetapi, tidak ada apa yang boleh dibanggakan oleh kerana beliau gagal untuk menggerakkan Pemuda UMNO sekurang-kurangnya menjadi lebih baik daripada Hishamuddin Hussein.
8. Penilaian anda terhadap Nasrudin Hassan Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS dan Anthony Loke selaku Ketua DAPSY. Apakah yang membezakan anda dengan dua orang ketua sayap pemuda dalam Pakatan Rakyat?
Kedua-dua mereka adalah pemimpin yang baik. Akan tetapi saya berbeze dengan kedua-dua mereka oleh kerana:
PKR merupakan satu-satunya parti politik di Malaysia yang menyatukan pelbagai ideologi. Di dalam PKR, terdapat golongan Nasionalis, Sosialis, Kapitalis dan kelompok agama. Sudah tentulah, perbezaan-perbezaan ideologi dan pemikiran yang terdapat dalam PKR telah menyebabkan berlaku sedikit kesukaran pada peringkat awal ini.
Akan tetapi, proses evolusi yang sedang berjalan ini memantapkan PKR. Dalam masa 10 tahun akan datang, selepas perdebatan ideologi dan pemikiran yang terdapat dalam PKR berjaya diselesaikan, PKR akan menjadi sebuah parti politik yang terkuat di Malaysia oleh kerana kejayaannya menyatukan pelbagai kaum di Malaysia seperti Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain lagi.
AMK pada waktu ini sedang menjalani proses untuk menyesuaikan diri dengan proses evolusi yang sedang berlaku seperti yang saya maksudkan di atas.
9. Sila nyatakan tiga perkara yang akan anda lakukan dalam tempoh jawatan seandaiya anda terpilih sebagai Ketua AMK.
a. Menyatukan AMK yang terpecah kepada beberapa fraksi sepanjang tempoh pemilihan.
b. Menjadikan AMK sebagai wadah perjuangan bagi anak muda di Malaysia.
c. Menyatukan Pemuda Pakatan Rakyat bagi menghadapi Barisan Nasional di dalam pilihanraya mahupun pilihanjalanraya.
10. Pada pandangan anda, apakah kelebihan diri anda berbanding calon Ketua AMK yang lain?
Jika saya menang, saya bukanlah ketua kepada anggota AMK, akan tetapi hamba kepada mereka. Saya akan cuba untuk berkhidmat dengan sebaiknya.
*Wawancara bersama Badrul Hisham Shaharin, atau lebih dikenali sebagai che'GuBard ini dijalankan melalui email. 10 soalan direka mengikut kesesuaian ketiga-tiga calon Ketua Angkatan Muda Keadilan, telah dihantar serentak dan dimaklumkan kepada penerima email pada minggu lalu, iaitu che'GuBard, Rafizi Ramli dan Hasmi Hashim. -MR
Ulasan GB
Demikian kata che'guBard. Dan sepastinya episod selepas ini adalah episod anti-klimaks bagi Pakatan Rakyat.
Salah siapa? Salah Saiful? Salah UMNO BN? Salah Hakim? Salah Peguam Negara? Salah blogger? Salah Tuhan? atau Salah Anwar sendiri?
Allah s.w.t. telah memberikan pertolonganNya kepada Anwar. Tetapi nampaknya batang tubuh itu tidak mensyukuri rahmat dan nikmat yang diberikan.
Hari ini GB terbaca di twitter DSAI. Beliau menyatakan sedang menikmati makan malam bersama AlGore-David Blood, Mary Robinson, Jim Wolfenson, Mitch Kapor dengan iringan American Classical Orchestra. Hebat (superb) katanya. Sedang di dalam negara PKR dilanda masalah. Para peguam yang membelanya bertungkus lumus hendak menyelesaikan masalah Rahimi yang muncul tiba-tiba membuat pengakuan kononnya beliau dipaksa menandatangani surat akuan sumpah.
Sebelum ini GB sudah mengulas:
Selepas keluar dari penjara dulu, apakah Anwar ada menemui atau bertanya mereka-mereka yang ada memainkan peranan membantunya menyemarakkan semarak reformasi tatkala beliau di dalam penjara?
GB menulis lagi:
Kerana tidak berterima kasih dan kerana meminggirkan peranan orang yang banyak membantunya itulah yang mengundang kemurkaan Allah.
Seorang pengunjung di sini membuat komennya:
Waris said...
Sokong kenyataan GB. Don't worry GB. Kalau bkn pemimpin bersama mu, rakyat pasti akan bersama. Pemimpin politik dari mana2 parti pun skrg ni dilihat HAMPEH oleh rakyat. TGHH pun kena belasah waktu buat silap dgn gagasan UGnya. Anwar jgn ingat rakyat menyokongnya membabi buta atau kerana beliau masuk penjara. Jgn sampai rakyat meluat dan bila anwar masuk penjara sekali lagi rakyat akan buat bodoh saja. Jgn sampai rakyat berkata "apa ada hal" kalau anwar masuk penjara lagi. Rakyat perlukan keadilan bukan kroni. Rakyat sokong PR kerana tiada pilihan lain. Rakyat tegur kerana sayangkan PR.Ini saja harapan yg rakyat ada. Jika PR serupa dgn BN maka selepas ini rakyat akan kata... GO TO HELL TO ALL OF YOU...
Menjadi tugas pimpinan baru untuk menggalas dan meneruskan perjuangan PKR, bukan kroni-kroninya.

Anwar perlu muhasabah. Sebagai pemimpin tertinggi, bukan sahaja PKR, tetapi Pakatan Rakyat sepatutnya menampakkan ciri-ciri keunggulan kepimpinan. Masa untuk pujian-pujian dengan ucapan retorik sudah belalu. Ini zaman digital, ini era global, ini masa rakyat menilai "mutu" kepimpinan, zaman "walk the talk" bukan "talk the talk" lagi.
Kalau dulu orang boleh dipegunkan dengan ucapan memukau dan aura hebat seorang orator, kini tidak lagi. Zaman ceramah-ceramah sudah berlalu. Kalau adapun, kemenangan dalam pilihanraya tak lagi didasarkan kepada bilangan yang ramai di dalam ceramah, tetapi berdasarkan kepada apa yang kita lakukan secara konkrit untuk rakyat. Pemenuhan janji kepada rakyat - seperti yang diutarakan oleh Raja Petra.
Bukan sahaja FMT, Raja Petra dan blogger-blogger yang berkecil hati dengan Anwar, malah beberapa pimpinan PR juga merasakan demikian. Anwar dilihat telah mengenepikan peranan orang yang banyak membantunya.
Presiden PAS TG Haji Abdul Hadi Awang, semasa perasmian Ijtima Tarbawi baru-baru ini melahirkan isi hatinya secara ikhlas yang beliau dan PAS dipinggirkan di dalam Pakatan Rakyat. Walhal PAS dengan petugasnya paling banyak membantu kemenangan calon-calon Pakatan Rakyat, tak kira apa parti dan bangsa sekalipun.
"Presiden PAS menegaskan bahawa PAS adalah parti yang memimpin, bukannya dipinggirkan apabila mencapai kemenangan.
Beliau tidak mahu kesilapan yang lepas berulang di mana kumpulan Islam dipinggirkan apabila negara mencapai kemerdekaan.
Katanya, sewaktu negara dijajah, kumpulan Islam di depan menentang penjajah tetapi setelah merdeka, mereka dipinggirkan.
“Kita parti yang memimpin, menjadi teras, bukan dipinggirkan mudah-mudah oleh orang,” tegasnya." - laporan harakahdaily.
Begitu rajuknya Ustaz Abd Hadi. Bagi yang membaca dengan matahati jelas ia satu penempelakan terhadap Anwar yang menjadi pemimpin tertinggi PR. Maka dengan sebab itu, agak GB, kerana merasa terpinggirlah, timbul gagasan bukan-bukan seperti UG dan sebagainya dari Presiden PAS itu yang kemudian menjadi tugas GB dan sekalian blogger PAS pula untuk mempertahankan PR sepertimana kewujudannya pada awal pembentukan.
Tetapi kritikan Presiden PAS itu, bagi GB ada kewajarannya dan Anwar perlu sedar diri.
Dan mesej yang dibawakan oleh Zaid hampir menyerupai kritikan-kritikan tadi. Kalau terus nak pinggirkan sesiapa pun kerana PKR rasa dah cukup kuat, teruskanlah. Kalau PKR nak boikot media alternatif termasuk blog GB ni sekali silakan.
Selepas keluar dari penjara dulu, apakah Anwar ada menemui atau bertanya mereka-mereka yang ada memainkan peranan membantunya menyemarakkan semarak reformasi tatkala beliau di dalam penjara?
GB menulis lagi:
Dan Laman Reformasi menjadi media paling top masa itu di alam siber ini, dengan catatan sejuta pembaca setiap malam. Untuk membantu Anwar. Untuk menggerakkan massa. Untuk reformasi. Untuk kebenaran dan keadilan (slogan yang GB pinjam daripada motto ABIM dijadikan motto Laman reformasi ketika itu). Setelah berbulan2 menyendiri mengendalikan LR, GB jatuh sakit akhirnya, dan tiada seorang pun datang menziarahi GB kecuali ibu yang sudah amat tua menjadi peneman waktu itu.
Ini bukan hal mengungkit tetapi kisah sebenar untuk batang tubuh orang-orang yang sekarang ini ada yang dah mendakwa hanya dirinya reformis sebenar dengan menafikan peranan orang lain yang kini sedang berusaha gila babi untuk mendapatkan kerusi nombor dua dalam PKR.
Kerana tidak berterima kasih dan kerana meminggirkan peranan orang yang banyak membantunya itulah yang mengundang kemurkaan Allah.
Seorang pengunjung di sini membuat komennya:
Waris said...
Sokong kenyataan GB. Don't worry GB. Kalau bkn pemimpin bersama mu, rakyat pasti akan bersama. Pemimpin politik dari mana2 parti pun skrg ni dilihat HAMPEH oleh rakyat. TGHH pun kena belasah waktu buat silap dgn gagasan UGnya. Anwar jgn ingat rakyat menyokongnya membabi buta atau kerana beliau masuk penjara. Jgn sampai rakyat meluat dan bila anwar masuk penjara sekali lagi rakyat akan buat bodoh saja. Jgn sampai rakyat berkata "apa ada hal" kalau anwar masuk penjara lagi. Rakyat perlukan keadilan bukan kroni. Rakyat sokong PR kerana tiada pilihan lain. Rakyat tegur kerana sayangkan PR.Ini saja harapan yg rakyat ada. Jika PR serupa dgn BN maka selepas ini rakyat akan kata... GO TO HELL TO ALL OF YOU...
Menjadi tugas pimpinan baru untuk menggalas dan meneruskan perjuangan PKR, bukan kroni-kroninya.
10 ulasan:
salam GB..
satu pandangan yg bernas !!! Ingat kita semua kena muhasabah diri setiap waktu atau sekurang-kurang sebelum kita tidur !! Apatah lagi Pemimpin Kita !!!
Ingat kita sebagai pendokong perjuangan Agama yg suci ,kita mesti berani menegak kan keadilan untuk semua !! Amar-maaruf dan Nahi mungkar adalah kerja kita ..wajib kita TEGUR sesama islam waima pemimpin kita !!
Syabas GB
salam GB
saya pun rasa begitu. Mungkin penjara jerijil besi itu tempat yang lebih baik untuk Anwar - untuk beliau beribadah lebih banyak.... memberishkan dirinya... dia tak bersyukur dengan nikmat kebebasan yang dia perolehi ini.
biar anwar tahu skrg. reformis sebenar seorg demi seorg dah keluar untuk dedahkan reformis2 palsu yg menjadi kroni anwar skrg. saya teringat kisah zaman nabi musa dimana ular besar dari tongkatnya menelan ular-ular jadian.
yg menarik perhatian saya dalam ulasan gb ialah:
Presiden PAS TG Haji Abdul Hadi Awang, semasa perasmian Ijtima Tarbawi baru-baru ini melahirkan isi hatinya secara ikhlas yang beliau dan PAS dipinggirkan di dalam Pakatan Rakyat. Walhal PAS dengan petugasnya paling banyak membantu kemenangan calon-calon Pakatan Rakyat, tak kira apa parti dan bangsa sekalipun.
"Presiden PAS menegaskan bahawa PAS adalah parti yang memimpin, bukannya dipinggirkan apabila mencapai kemenangan."
Saya tak perasan bab itu, tapi GB perasan dan membuka mata saya. Terima kasih.
Syabas GB... Kami juga boleh mendakwa bahawa kami adalah reformis sebenar yg sama2 berhujan dan berpanas dari 1998 hingga sekarang. Tetapi kami tidak berada di barisan hadapan. Sudah tentu anwar tidak mengenali kami. Kami menyokong untuk keadilan dan sebagai alternatif kepada ubn. Setelah lebih 10 tahun kami bersama PR yg dahulunya dikenali dgn nama BA sehingga ke hari ini pun hati kami tidak berganjak utk berpaling tadah. Tapi jika ini sikap yg ditunjukkan oleh anwar apa pilihan yg kami ada? Kembali kpd umno? Mohon beribu2 kemaafan bhw hati kami dah tertutup buat umno. Kami rakyat tiada kepentingan utk kembali kpd umno seperti mana ezam, ruslan kasim, ul nordin dll. Kami perlu teruskan perjuangan cuma terus terang kami katakan kami tak perlukan anwar yg membela hantu raya (kroni) disekelilingnya. Kami hanya bertawakal pd Allah utk memilih pemimpin di masa hdpn. Kami rakyat tak perlukan slogan2 menarik. Yg perlu hanya tindakan yg menguntungkan kami sbg rakyat. Pkr perlu berubah atau menerima nasib yg sama spt 2004 yg tinggal hanya 1 (satu) kerusi sj.
setuju dgn GB. Anwar lupa diri dan lupa siapa yg mengerakkan reformasi. Anwar hanya memandang imej dan penampilan diri untuk jalan seiring dengannya. Maaf tapi ini hakikat. Anawar masih di ulit mimpi kerana terlalu di sanjung dan di beri terlalu banyak kuasa veto. Berapa ramai reformis yg terpinggir selepas Anwar keluar dari penjara walaupun reformis tidak pernah mengharapkan balasan namun jauh di hati mereka tuhan saja yg tahu. Tapi jiwa mereka kental, tetap bergerak demi keadilan untuk rakyat marhaen. Tidak dan tidak, perjuangan sekarang bukan kerana Anwar Ibrahim lagi setidak-tidaknya bukan keutamaan. Siapa Rahimi siapa Saiful siapa Rafizi?. Mereka bukan reformis. Tiada siapa yg kenal mereka tapi mereka inilah berada di samping Anwar setelah di bebaskan. Anwar boleh bersangka baik tapi ada batasannya. Dan Anwar yg memasang jerat untuk dirinya sendiri. Rasanya memang perlu Anwar di hantar kembali ke penjara untuk dia menilai sendiri erti kesetian, persahabatan dan perjuangan. Siapa sahabat siapa musuh dalam selimut. Lupakan mimpi untuk jadi PM, bukan rezeki anda dan mungkin rezeki Nurul Izzah.
tersentuh gua dgn kisah lu bro,,, gua pernah bergiat dalam pru tahun 1999,, akhir nya gua tidak siapa yg peduli,,, demi tuhan gua kata kan gua tak pernah percaya dgn manusia yg bernama TERSOHOR itu,, tetapi gua simpati dgn penghinaan dan cacian yg beliau dapat,,,,,, TiM Cikgu Bird islah org yg pernah lari dari perjuang di saat akhir penamaan calon PRU 1999 dan lompat semula ke UMNO dan sekarang ini lompat semula ke PKR ,, ada kah org org kampong gua nak percaya kepada PKR,, kalau PKR menang sekali pun bukan lah kerana hebat nya nama yg TERSOHOR tetapi ada tetapi rakyat dah meluat dan jijik dgn perangai pemimpin BN,,,, walau bagaimana pun gua TETAP AKAN SOKONG DAN UNDI PR,,,,
Assalamualaikum sahabat GB & rakan-rakan. Saya juga blogkan pandangan ini di blog saya. Sila ke sini http://pasalbuku.blogspot.com/2010/10/mesej-cintaku-terhadap-saudara-anwar.html
mungkin ada hikmah Anwar dipenjarakan semula. di situ anwar akan teringat dan menghayati mainan American Classical Orchestra semula nanti...
tetapi di dalam suasana kepenjaraan yang lebih sentimental.
perjuangan pr tetap terus berjalan tanpa anwar. siapa tahu lebih hebat lagi.
Perjuangan PR bukan untuk naikkan seorang "TEROHOR MANJADI PM". Perjuagan PR untuk rakyat...Biarlah Allah mengadili orang yang tidak mensyukuri nikmatnya...hidup rakyat biasa mesti diteruskan...
Manja sungguh haji hadi jika benar dia rasa 'terpiggur'. Pada penilaian aku dia tak banyak beza dengan PM sebelum Najib. 'TIDORrrrr'...
Imej dan perhatian orang ramai (hanya penyokong tegar PAS) kepada dia atas kepetahannya bercakap ha-hal agama di pentas, bukan wibawa dan kebolehan memimpin...
Ahli PAS 'tersalah' pilih presiden.
Jangan marah dan jangan 'kecik' hati bro..
Catat Ulasan