17 Ogo 2010

Peneroka Felda Dibuli Oleh UMNO

Selamat membuli peneroka, Mr Prime Minister – Mohd Hanipa Maidin

Bagi menunjukkan kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak peka dengan penderitaan para peneroka Felda, peneroka dijanjikan oleh Najib untuk diberi RM 350 bagi setiap peneroka yang berupa bayaran khas untuk hari raya aidilfitri. Dilaporkan bahawa 101,391 peneroka Felda akan mendapat bayaran tersebut (lihat The Star 14/8/2010 ).

Bagi kita Pas, segala bayaran yang boleh mengurangkan beban para peneroka amat-amat kita alukan. Namun yang kita tidak boleh terima sama sekali mengapakah seramai 11, 244 peneroka yang memilih untuk tanam semula secara sendiri dan tidak melalui Felda hanya akan diberikan RM150 sahaja untuk hari raya aidilfitri nanti .

Tiada sebarang alasan mengapakah para peneroka yang yang memilih untuk tanam semula secara sendiri dan tidak melalui Felda hanya akan diberikan RM 150 sahaja sedangkan rakan-rakan mereka mendapat RM350-00 dari pihak Felda. Kalau ini bukan diskriminasi apa nak kita namakan dengan tindakan ini?

Apa guna kita mempunyai Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak sama rata di sisi undang-undang jika Kerajaan dengan secara mudah dan tanpa rasa bersalah terus menerus melakukan tindakan diskriminasi sesama peneroka.

Memanglah kita tidak boleh harapkan Kerajaan Najib untuk takut pada Allah kerana bertindak zalim ke atas peneroka dengan mendiskriminasi sesama mereka – yang tanam semula dengan Felda dapat RM 350 dan yang tanam semula secara sendiri hanya dapat RM 150-00 sahaja – namun sekurang-kurangnya kita masih harapkan Kerajaan Najib ini masih boleh berfikir dan bertindak secara rasional dan dalam kerangka Perlembagaan.


Nampaknya tindakan terbaru Najib ini mengesahkan bahawa rakyat tidak boleh mengharapkan pemimpin No 1 Umno dan Negara ini untuk hormati ayat Al-Quran yang melarang umatnya melakukan kezaliman. Hatta untuk mengharapkan mereka Najib menghormati Perlembagaan pun jauh panggang dari api. Kesimpulannya Najib tidak mesra Perlembagaan jauh sekali mesra Al-Quran.

Harus diingat apabila para peneroka memilih untuk tanam secara sendiri dan tidak melalui Felda (selepas pokok mereka ditebang ) para peneroka hakikatnya hanya melaksanakan opsyen yang Felda berikan kepada mereka. Felda sendiri sebenarnya telah memberikan pilihan kepada para peneroka untuk menanam semula secara sendiri.

Hakikatnya mereka yang menanam semula secara sendiri telah dijanjikan oleh Felda untuk diberikan wang sebanyak RM 1700 seekar bagi menanggung perbelanjaan kerja-kerja tanam semula.

Mantan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi Tan Sri Kasitah Gadam dan juga Pengerusi Felda Holdings Yusuf Noor pernah membuat kenyataan di akhbar dan memberi jaminan bahawa peneroka-peneroka yang memilih untuk menanam semula secara sendiri berhak mendapatkan wang mereka daripada tabung tanam semula.

Melalui mesyuarat antara Persatuan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM ) dengan Kementerian Perusahaan Utama yang turut dihadiri oleh wakil Felda pada 11/1/2001, Felda bersetuju memulangkan kembali wang daripada tabung tanam semula kepada peneroka yang sudah menjelaskan bayaran skim Felda tidak kira sama ada mereka membuat tanam semula secara bersendiri atau menerusi Felda dan jumlah wang yang akan dikembalikan ialah RM 1,700.00 setiap ekar.

Sebenarnya para peneroka yang menanam semula secara sendiri dalam banyak hal didiskriminasi. Mereka bukan sahaja didiskriminasi dalam isu pemberian duit raya tapi juga dalam perkara yang lain.

Ada para peneroka yang terpaksa pergi ke Mahkamah bagi mendapatkan wang RM 1700 seekar. Pada masa ini saya sedang mewakili 24 peneroka Air Tawar 5 Kota Tinggi, Johor dan 11 peneroka Felda Sungai Koyan 2 dan 3 yang dinafikan oleh Felda bagi mendapatkan wang dari tabung tanam semula sebanyak RM 1700 seekar tersebut. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedih dan pilunya melihat para peneroka yang sudah lanjut umur dan ada yang sudah uzur bersusah payah memanjat tangga Mahkamah bagi mendapatkan hak mereka.

Meskipun Felda dan Najib terus menerus memberikan janji manis bahawa peneroka yang tanam semula secara sendiri akan diberikan wang dari tabung tanam semula sebanyak RM 1700 seekar namun apabila tiba waktu perlaksanaan janji tersebut maka peneroka akan dikenakan pelbagai syarat melalui beberapa Pekeliling yang dikeluarkan oleh Felda dari semasa ke semasa. Sekejap Pekeliling TBB – Operasi 4/2004, kemudian Pekeliling TBB – Operasi 2/2005, kemudiannya Pekeliling TBB – Operasi 2/2006 dan kemudiannya Pekeliling TBB –Operasi 2/2008 pula.

Meskipun wang tabung tanam semula adalah hasil caruman para peneroka namun apabila tiba waktu membuat Pekeliling – Pekeliling tersebut kita tidak nampak kepentingan dan hak para peneroka yang menanam semula secara sendiri benar-benar dijaga.

Apabila peneroka memilih tanam semula melalui Felda, ironinya Felda juga menggunakan wang dari tabung tanam semula. Jadi kita tidak faham mengapakah apabila pihak peneroka menanam secara sendiri ada dari mereka yang dinafikan hak oleh Felda untuk mendapatkan wang tersebut sedangkan kesemua mereka adalah peneroka tanpa mengira yang tanam sendiri atau yang tanam melalui Defendan.

Wang tabung tanam semula adalah milik para peneroka di mana wang itu diambil dari potongan hasil peneroka setiap bulan dan bayaran tersebut dinyatakan secara spesifik di dalam Penyata Bayaran Hasil yang peneroka terima dari Felda.

Sebenarnya para peneroka mempunyai alasan yang kuat untuk tidak mahu tanam semula melalui Felda. Para peneroka sebenarnya tidak mahu berhutang semula dengan Felda sepertimana yang mereka pernah alami sebelum mereka mendapat Hakmilik Geran hartanah mereka.

Mereka yang tanam semula melalui Felda, meskipun mendapat bantuan Felda akan terpaksa membayar kembali bantuan tersebut bersama-sama dengan kadar faedah (baca riba) yang mana kadar itu boleh diubah dari semsa ke semasa.

Para peneroka yang tanam semula melalui Felda tidak boleh campurtangan berkenaan rundingan harga jualan hasil tanaman mereka yang dilakukan oleh pihak Felda dengan pihak Kilang.

Untuk Najib – selamat membuli para peneroka !!!

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sudah menjadi asam garam dalam umno kalau memilih pemimpin misti yang pandai putar alam.

Tanpa Nama berkata...

DOAKAN KEHANCURAN DAN CELAKA BERKEKALAN KEPADA PENZALIM DAN PENINDAS RAKYAT...

Matkeratong berkata...

Sebelum tabung tanam semula RM1700/ekar diluluskan, FELDA ada juga memberi pilihan untuk peneroka menanam semula secara sendiri..tapi ayah tak mahu menanam sendiri kerana katanya FELDA akan beri wang sara hidup..setelah menandatangani option barulah tahu wang sara hidup hanya RM250 sebulan..itupun perlu dibayar kembali dengan faedah setelah tanaman mengeluarkan hasil..yang nak tanam sendiri langsung disisihkan tanpa sebarang bantuan...lalu FELDA pun menanam getah ayah saya dan seterusnya menjaga tanaman selama 3 tahun..benih yang ditanam oleh pihak FELDA bercampur aduk antara baka yang baik dan kurang baik dan setelah 15 tahun benih yang kurang baik mogok dan tak mau mengeluarkan getah lagi...patutlah FELDA asyik mengumumkan keuntungan berlipat kali ganda rupanya berbagai penyelewengan berlaku dan merugikan peneroka..itu baru tanam semula..belum lagi kadar perahan sawit dan kualiti susu getah..kalau nak disaman FELDA ni bukannya 200 juta tapi 200 billion..dah lama sangat menghisap darah peneroka...

Tanpa Nama berkata...

berpuluh tahun peneroka FELDA dihamba abdikan oleh UMNO, kenapa melayu masih belum sedar????

Tanpa Nama berkata...

FELDA didalangi UMNO yang menghisap darah peneroka, najib senang, peneroka merempat...