27 Jul 2010

Kredibiliti Saksi Utama Diragui, Kes Liwat 2 Perlu Disemak-semula

Hubungan Sulit Saiful-Pendakwaraya Cabul Ketelusan Kes Fitnah II

Sankara Nair, salah seorang peguam pasukan pembela Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Fitnah II telah menghantar surat kepada Peguam Negara hari ini mendesak penjelasan berhubung dakwaan penulis blog terkenal, Raja Petra Kamarudin mengenai jalinan sulit antara seorang timbalan pendakwaraya wanita dengan saksi utama pihak pendakwaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ketika dihubungi Suara Keadilan, Sankara menyifatkan dakwaan Raja Petra sebagai serius dan mempunyai implikasi serius perundangan terhadap prosiding kes berkenaan.

"Walaupun Saiful adalah beliau pengadu tetapi beliau merupakan saksi utama kes berkenaan. Jika dia tahu mengenai butiran siasatan itu hasil hubungan beliau dengan pendakwaraya tersebut itu sudah tentunya akan memberi kesan yang amat besar kepada kes terbabit.

"Pihak kami telah menghantar surat kepada pejabat Peguam Negara pukul 4.30 petang tadi untuk mengetahui sama ada dakwaan itu benar," ujar beliau mengulas dakwaan yang disiarkan portal web MalaysiaToday minggu lalu.

Tambah Sankara, pihaknya kini sedang menunggu jawapan daripada pihak Peguam Negara berhubung dakwaan itu sebelum mengambil langkah selanjutnya.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden mengatakan sebarang keputusan sama ada pendakwaraya wanita itu akan kekal dalam pasukannya akan diketahui apabila kes disambung awal bulan depan.

Walau bagaimanapun, Mohd Yusof enggan menyatakan sama ada peguam wanita itu akan digugurkan atau sebaliknya.

Pasukan pendakwaan terdiri daripada lapan anggota iaitu Mohd Yusof, Datuk Nordin Hassan, Mohamed Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Noorin Badaruddin, Mira Mirna Musa, Naidatul Athirah Azmad dan Farah Azlina Latif.

Pada 19 Julai lalu perbicaraan kes Fitnah II ditangguhkan sehingga 2 Ogos selepas ketua pasukan pembelaan Anwar, Karpal Singh cuti sakit selama dua minggu. -SK

Ulasan GB

Apakah Peguam dan Negara dan Pendakwa Raya kini sedang mencari jalan bagi mempastikan konspirasi liwat 2 ini terus berjalan tanpa memperdulikan kredibiliti saksi utama mereka?

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

FOR SURE ... YG PENTING NAK SUMBAT DSAI KEDLM... DAH AGAK DAH.. TP DORG LUPA RAMAI DSAI YANG AKAN UJUD DAN DAH UJUD PUN..,
JAHANAM SAMA UMNO!!!

Tanpa Nama berkata...

Peguam Negara ni mana tau sangat tentang undang-undang.Dia jadi Peguam Negara sebab Mahathir Kutty nak balas jasa dia mempenjarakan Annuar.Sama dengan Musa Hassan,dapat jadi Ketua Polis Negara kerana usung tilam turun-naik mahkamah semasa kes Annuar dulu.Peguam Negara ni tak kisah,dunia luar kutuk sistem perundangan diMalaysia sehingga pelabur-pelabur asing semua lari dari Malaysia.

Matketor berkata...

Dato Seri Anwar Ibrahim pernah menyatakan "pukullah saya,hinalah saya, penjarakanlah saya namun perjuangan rakyat tetap akan diteruskan sehingga keadilan di tegakkan"..bukan kerana DSAI, bukan kerana PAS, bukan kerana DAP..rakyat pastinya akan bangun menentang pimpinan yang zalim hatta datangnya dari Pekan pun rakyat tetap akan bangun...

kembara putih berkata...

Jika semasa berkasih dengan teman wanita lama, seluar dalam Saifool dijumpai di rumah teman wanitanya, kini mahkamah kena buat spot check, mungkin di rumah kekasih barunya ini tersimpan seluar dalam Saifool lagi.

Apa daa...konon beriman sampai ada tanda hitam di dahi, tapi seluar dalam sendiri bersepah merata di rumah kekasih yang bukan muhrim.