22 Mei 2010

Umat Islam Mula Bangkit Tentang Lesen Judi

Tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bola sepak menyebabkan rakyat hari ini bangkit bersuara membantah keputusan itu selepas solat Jumaat di beberapa kawasan masjid di lima negeri.

Bantahan yang dianjurkan Pemuda PAS Pusat itu dilakukan di Selangor, Perak, Terengganu, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan bagi membantah pemberian lesen judi bola sepak sempena Piala Dunia Jun ini terhadap Kumpulan Berjaya.

Di Perak, difahamkan kira-kira 1,000 orang, termasuk pemimpin Pakatan Rakyat lain, bukan Islam dan NGO berkumpul di perkarangan Masjid Negeri Sultan Idris Shah 11, Ipoh, selepas solat Jumaat kira-kira jam 2 petang tadi.

Antara slogan yang dilaungkan termasuklah "tarik balik lesen judi bola", "Najib bapa judi" dan "hancur Umno".

Menurut penganjur, himpunan bagaimanapun sedikit terganggu apabila polis mengarahkan agar himpunan tersebut di hentikan.

Beberapa pergelutan juga dilaporkan berlaku sewaktu polis cuba menyuraikan peserta himpunan.

Bantahan secara aman

Bantahan kemudiannya bersurai secara aman sekitar jam 2.30 petang tadi tanpa sebarang tangkapan dibuat.

Sementara itu, di masjid di Kuala Terengganu, perhimpunan difahamkan berjalan lancar selama kira-kira 45 minit selepas solat Jumaat.

Perhimpunan itu juga diisi dengan ceramah ringkas, antaranya bagi menegaskan bahawa mereka akan terus memperjuangkan penghapusan lesen judi sukan sehingga pilihan raya umum yang akan datang.

Keadaan berbeza di Selangor apabila bantahan Pemuda PAS dijalankan hanya di peringkat kawasan, tetapi diadakan serentak dan tidak mendapat begitu banyak sambutan seperti yang disasarkan.

Di Kajang, hanya seramai 100 orang menyertai demonstrasi di Masjid Jamek selepas solat Jumaat.

Bagaimanapun menurut Naib Ketuanya, Mohd Sani Hamzan, demonstrasi hari ini hanya untuk memberi penerangan kepada masyarakat mengenai tindakan kerajaan meluluskan lesen pertaruhan.

“Sebenarnya hari ini kita hanya memberikan penerangan kepada masyarakat sahaja sebab itu tidak ramai yang hadir.

“Lagipun kita hanya menyasarkan kepada jemaah masjid sahaja,” katanya.

Pemuda PAS hari ini menganjurkan perhimpunan di lima negeri sebagai ‘pemanas badan’ sebelum perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur pada 3 Julai bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong. -FMT


Himpunan Aman Bantah Kelulusan Lesen Judi Bola Sepak

KUALA LUMPUR : Rakyat Perak hari ini melahirkan bantahan terhadap kelulusan lesen judi bolasepak sempena Piala Dunia pada tahun ini di Masjid Negeri Sultan Idris Shah 11, Ipoh selepas solat Jumaat tadi.

Himpunan bantahan tersebut yang telah dianjurkan oleh Pemuda PAS Perak di hadiri hampir 1,000 orang yang turut membantah. Antara pimpinan yang hadir berucap ialah Dr Lee Boon Chye, Timbalan Pengerusi PKR Perak; Zawawi Hassan, Ketua Pemuda PAS Perak; Abdul Yunus Jamhari, Ketua Angkatan Muda PKR Perak dan Haji Suhaimi Latip, Yang Dipertua (YDP) ABIM Perak.

Pimpinan Pemuda Pemuda PAS Perak; pimpinan Angkatan Muda PKR Perak dan pimpinan Badan Bukan Kerajaan antara yang turut bersama dalam himpunan tersebut. Pimpinan Pemuda Umno dan yang lain tidak hadir setelah jemputan rasmi oleh Pemuda PAS Perak.

Terdapat sedikit gangguan setelah pihak Polis mengarahkan agar himpunan tersebut di hentikan dan berlaku beberapa pergelutan semasa mpihak Polis menyuraikan semua yang hadir. Walaubagaimana pun tidak tangkapan di buat oleh pihak Polis setelah semua yang hadir bersurai sekitar jam 2.30 petang setelah berhimpun hampir setengah jam.

Wakil Gagasan Melayu Perak yang telah menghubungi Safarizal Saleh, Penolong Setiausaha Pemuda PAS Perak melahirkan sokongan berkaitan himpunan tersebut dan memberikan sokongan penuh bantahan tersebut diadakan. -erapakatan



1 ulasan:

Martoiriat berkata...

Umno-BN kata negara ini, negara Islam tapi mereka sendiri yg luluskan lesen judi. Ulamak2 dan Mufti2 Umno diam membisu tak bagi kenyataan samada judi ini haram atau halal. Mereka semua jaga periuk nasi dan pentingkan pulus daripada membiarkan kerosakan ahklak2 rakyat negara ini. Berlesen atau tidak, judi tetap haram disisi Islam. Umno hanya gunakan islam untuk kepentingan politik sedangkan pemimpin2nya semua melayu/islam. Kita sebagai orang islam mesti bangkit menentang habis-habisan supaya Umno sedar bahawa apa yg mereka luluskan (judi) itu adalah perkara yg haram disisi islam.