Pakatan Rakyat hari ini mendesak kerajaan Umno-Barisan Nasional mengambil tindakan tegas ke atas APCO Worldwide dengan menamatkan kontrak mereka dengan segera.
Tindakan ini perlu disegerakan agar dunia luar lain tidak mengelarkan Malaysia bersekongkol dengan Israel yang telah diketahui tindakan zalimnya terhadap rakyat Palestin sejak 64 tahun.
Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff menegaskan penglibatan APCO adalah perkara yang serius perlu diketahui oleh rakyat dan mengapa kerajaan melibatkan syarikat terbabit.
"Saya nak beritahu siapa di belakang APCO, penasihat kepada APCO terdiri dari mereka yang terlibat dengan organisasi kerajaan Israel dan salah seorang dari mereka menentang rundingan damai Palestin sebelum ini. Kita tidak mahu negara kita terlibat dengan dasar Israel kerana ini membuatkan negara kita lebih parah dan bahaya.
"Barisan Nasional sepatutnya menilai sebelum melantik APCO, apa yang diberitahu merujuk kepada jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang menyatakan kerajaan tidak melantik syarikat dalam dan luar negara dalam mempromosikan 1Malaysia dan syarikat APCO Worldwide Sdn Bhd dilantik oleh kerajaan dalam melaksanakan khidmat komunikasi secara meyeluruh.
"Kita lihat apa konsep komunikasi yang di bawa kerajaan kalau bukan 1Malaysia, ini yang kita tegaskan. Kita tahu siapa disebalik APCO sebab itu kita bantah penglibatan APCO kerana faktor keselamatan negara
"Selain itu juga tindakan kerajaan umpama mempertikaikan pengalaman yang ada pada rakyat Malaysia dan ini mempunyai kepentingan yang tertentu
"Kami dari Pakatan Rakyat bertegas penglibatan APCO dan akan menyampaikan maklumat yang jelas kepada rakyat tentang implikasi penglibatan APCO dalam negara lebih-lebih lagi kempen gagasan 1Malaysia. Sikap kerajaan menerima APCO umpama menerima dasar Israel yang zalim lagi kejam," jelas beliau kepada media di lobi Parlimen .
Yusmadi menegaskan penglibatan ini akan menyebabkan sesuatu yang buruk akan berlaku kerana faktor keselamatan negara yang tidak akan terjamin lagi.

1 ulasan:
Jangan terperanjat kalau ada negara luar datang melabur di negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat; Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan kerana pada masa ini ada kalangan bijak pandai Malaysia diberi khidmat oleh syarikat-syarikat luar negara sebagai penasihat.
Catat Ulasan