1 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : Mustahil UMNO BN Boleh Sekat Kebangkitan Rakyat

Sebagai jawapan kepada Menteri Pertahanan yang juga Naib Presiden Umno, Dato' Zahid Hamidi yang menyatakan mustahil untuk memansuhkan ISA, namun rakyat berkata "Mustahil UMNO BN mampu sekat kebangkitan rakyat yang ingin ISA dimansuhkan.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua menyatakan, "Polis boleh tangkap ratusan orang, polis boleh kacau dan ancam kita, tetapi polis tidak boleh menghalang kebangkitan rakyat."

"Kami akan berdemonstrasi lagi hingga ISA dimansuhkan," ujar beliau.

Sependapat dengan Tian, Pengerusi Gerakan Masuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Seyd Noh berkata, himpunan akan tetap diteruskan bagi menyatakan rasa benci rakyat terhadap penggunaan ISA yang telah menzalimi mereka yang tidak bersalah.

"Jika kerajaan berniat meneruskan akta ini, jangan lupa mereka juga akan jatuh kerana rakyat menentang akta ini," ujarnya lagi.

Selang beberapa minit selepas selesai berucap, himpunan cuba digerakkan ke arah Dataran Merdeka, namun polis dan FRU menggunakan water cannon bagi menyembur air selain gas pemedih mata.

Hari ini, lebih 100 ribu rakyat berkumpul di pelbagai lokasi untuk menyampaikan Memorandum 10 Deklarasi ISA kepada Yang Dipetuan Agong tetapi terhalang akibat kekangan polis yang ketat.

Sementara itu sidang media khas yang diketuai Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi antara lain memutuskan akan menghantar Memorandum 10 Dekralasi ISA kepada Yang Dipetuan Agong dalam masa terdekat.

Sidang media turut dihadiri Lim Kit Siang; Dato Mustapha Ali, Dato' Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh serta beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.

Oleh kerana sekatan dan kekangan polis yanga agak ketat, menyebabkan tiada siapa dari pimpinan GMI dan Pakatan Rakyat yang bolos ke Istana Negara. Sebaliknya semua kumpulan penyokong berpecah dan akhirnya menuju ke Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut.

Antara tuntutan 10 Deklarasi ISA itu ialah mahu kerajaan melaksanakan siasatan awam dan menyiasat semua kes penyiksaan, penganiayaan, kezaliman dan tidak berperikemanusiaan ISA selama ini.

Anwar menyifatkan Himpunan MANSUH ISA berjaya mencapai sasaran apabila lebih 100,000 penyokong Anti-ISA berkumpul di merata tempat sekitar Kuala Lumpur setelah di halang secara tegar oleh pihak polis.


Tiada ulasan: