16 Jun 2009

Kerajaan Perpaduan Propaganda Media UMNO BN

Isu kerajaan perpaduan telah menjadi satu perkara sensasi apabila media arus perdana pro-Umno mensensasikan isu tersebut secara melampaui batas.

Tindak tanduk mereka ini membuktikan bahawa Umno berada dalam keadaan tenat, lelah dan menagih simpati serta sokongan rakyat.

Demikian dinyatakan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Kepala Batas, Rosidi Hussain. Beliau yang juga seorang peguam berkata isu kerajaan perpaduan telah disensasikan kerana ia tidak mustahil bagi Barisan Nasional(BN) dan Umno untuk menggunakan ini bagi kepentingan survival politik mereka yang semakin hilang keyakinan rakyat terhadap mereka.

"Isu ini adalah satu isu yang kompleks. Ia perlu diseminarkan kepada kepimpinan dan ahli PAS secara menyeluruh bagi memberi penerangan khusus terutamanya kefahaman tentang kaedah sebenar kerajaan perpaduan yang telah disensasikan oleh BN dan Umno ini.

"Isu kerajaan perpaduan ini sebenarnya bukannya kerjasama Umno dan PAS. Presiden dan kepimpinan PAS ada menyatakan komitmen untuk memperkasakan Pakatan Rakyat dan tidak akan ada kerjasama dengan Umno.

"Oleh kerana itu kita jangan terbawa-bawa dengan budaya buruk Umno yang cuba mengambil kesempatan daripada isu ini dan sebaliknya cuba melaga-lagakan kepimpinan PAS serta merenggangkan hubungan yang sedia ada dalam Pakatan Rakyat."

Rosidi yang juga Penolong Setiausaha Persatuan Ulama Malaysia Pulau Pinang berkata, oleh kerana BN dan Umno sudah hilang keyakinan daripada rakyat maka usaha mereka untuk meraih kembali keyakinan tersebut akan dipropagandakan dengan mensensasikan isu sebegini bagi mempamerkan imej bersih bahawa BN dan Umno itu mahukan perpaduan walaupun sebaliknya ini adalah agenda politik yang telah mereka rencanakan.

"Apabila berlakunya pertelagahan antara kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat(PR) maka aspirasi utama mereka daripada BN dan Umno untuk melihat berlakunya perpecahan dan kerenggangan dikalangan PAS dan PR menjadi realiti maka tembakan mereka akan mengenai sasaran. Akhirnya mangsa yang rebah dan terbujur adalah PAS dan PR," katanya. -siasahdaily

Ulasan GB

Nampaknya Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa masih degil dengan nasihat Setiausaha Agongnya sendiri agar tidak membuat sebarang kenyataan dan menjawab sebarang pertanyaan media mengenai Kerajaan Perpaduan.

Akhirnya kini ... berita mengenai isu ini kembali hangat sekalipun telah hampir reda.

Janganlah jadi kaduk naik junjung!






6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

GB x perlulah ulas kenyataan media propaganda be end ni. x kan sama2 melatah kut. nampak sangat GB masih berdendam dgn Ust. Nasha.. Hormatilah pilihan muktamar.

Tanpa Nama berkata...

Pilihan muktamar selelah perwakilan muktamar ditipu?

1) Sebelum muktamar berlansung sewaktu merasmikan Muktamar Pemuda, Ust Nasya berkata tidak ada niat nak masuk UMNO. Akhirnya perwakilan PAS terkeliru dan ramai menerima kenyataannnya sebagai ikhlas.

2) Sebaik sahaja diisytiharkan menang, sewaktu ditanya oleh pihak media, beliau menyatakan PAS tidak ada halangan untuk berbincang dengan UMNO malah menyifatkan nasihat Mursyidul Am PAS yang menentang UG sebagai kenyataan peribadi TGNA sendiri.

Dan rasanya tak salah GB ulas kenyataan media propaganda itu untuk perhatian semua ahli PAS.

Saya rasa, yang tak suka GB melakukannya hanya yg pro-UMNO dalam PAS.

Tanpa Nama berkata...

GB pun percaya ke media BN tu kan lain sikit bunyi kat malaysiakini

Tanpa Nama berkata...

bila GB ckp perwakilan ditipu , bermakna GB memperbodohkan para perwakilan. Kalau mcm itu lah para perwakilan , bagaimanakah Pas nak menghadapi cabaran yang lebih besar. sentiasa mudah ditipu dan kurang cerdik ... adakah begitu GB.

remy berkata...

tension bila dengar kata-kata Ust Nasharuddin dalam berita NTV7 tadi. "positive response from Najib.." huhu

sb dehlawi berkata...

Aku sentiasa melayani berita dalam internet seperti Malaysiakini, mstar dan lain-lain lagi. Selalunya apa yang dilaporkan terutama berkenaan dengan lapuran result pilihan raya, keputusan pemilihan selalunya betul. Tetapi...tetapi ko orang tahu apa jadi. Pada malam pemilihan timbalab presiden Pas lalu, banyak akhbar internet melaporkan Husam dijangka menang dengan undian 400++. malah kira-kira jam 2.30 pagi, blog masih update bahawa husam menang dengan undi 4++. kalau ikutkan kebiasaan sebagaimanaa diberitahu sepatutnya husam boleh menang kerana proses pembilangan undi hanya enam jam bermula jam 8 malam hingga 2 pagi. maka ramai yang amat yakin husam menang tetapi keputusan pagi keesokan hari Nasharudin yang menang malah memperolehi 4++ husam pula 2++. aku rasa memang pelik dan naluri aku rasa berlaku penipuan untuk menaikkan tokoh2 tertentu. so aku minta kita semua solah istikharah untuk melaihat apa yang berlaku.