ADUN Jelapang yang juga bekas Timbalan Spekaer DUN Perak yang melompat dari PKR menjadi wakil rakyat Bebas Hee Hee Yit Foong muncul di pusat khidmatnya petang samalam untuk menemui pengadu-pengadu berhubung masalah saliran.
Beliau tiba dengan suaminya dengan sebuah kereta Mercedes Benz dengan nombor pendaftaran Kuala Lumpur.
Akhbar MSTAR melaporkan pembantu khasnya yang baru dilantik, Sharifuddin Mohd Aminuddin berkata, Hee bagaimanapun terpaksa meninggalkan pusat berkenaan dengan segera 45 minit kemudian selepas sekumpulan orang awam datang menggangunya dengan kata-kata kesat.
Telah timbul tanda tanya dikalangan beberapa penduduk tempatan yang melihat kereta berkenaan yang diletakkan di hadapan pusat khidmat berkenaan.
Beberapa orang yang lalu di kawasan itu kemudiannya melihat kedalam pusat khidmat berkenaan melalui tingkap dan mengetahu bahawa Hee berada di dalamnya.
"Kemudiannya kira-kira sepuluh orang penduduk tempatan yang berada di kedai kopi bertentangan dengan pusat khidmat berkenaan mula melemparkan kata-kata kesat terhadapnya.
"Saya menasihatkan beliau supaya meninggalkan tempat itu dengan segera," katanya.
Katanya kumpulan berkenaan memanggil-manggil nama Hee dan kata-kata tidak baik seperti 'pengkhianat yang memusnahkan Pakatan,' dan 'wanita tidak mengenang budi.
Walaupun pembantu khasnya mengetahui status kereta Mercedes yang digunakan Hee, makluman yang diperolehi dari Jelapang menyatakan terdapat penduduk di situ yang agak terkejut dengan "kekayaan mengejut" ADUN berkenaan yang kini telah menggunakan kereta Mercedes.
"Ramai beranggapan mungkin ia dibeli oleh Hee dengan wang yang diperolehi dari Najib ekoran melompat parti yang kita pasti ia satu jumlah yang besar, jutaan ringgit," kata sumber tersebut yang merujuk kepada aduan dan akuan bersumpah beberapa ADUN yang telah ditawarkan sehingga RM20 juta supaya melompat parti untuk Najib menjayakan misinya menawan Perak.
Walaupun Najib pernah menafikan pernah menyogok wang, tetapi di dalam hal ini beliau belum bersumpah dengan ayat Quran sepertimana beraninya beliau melakukannya di dalam kes Altantuya.
Sebelum ini kami melaporkan bahawa pemilik kedai tempat Hee menyewa, yang hanya dikenali sebagai Mani, menamatkan kontrak penyewaannya dengan ADUN berkenaan.
Beliau telah dilaporkan berkata: “Hee, tolong turunkan papantanda dan keluarkan barang-barang anda. Saya tak mahu sewakan premis ini kepada anda lagi.
“Kebelakangan ini, ramai penduduk yang datang bertanya kepada saya untuk bertanya di aman anda berada. Saya rasa tak berapa senang. Itu salah satu sebab saya bercadang tidak mahu menyewakan premis ini kepadanya lagi,” tambah beliau.

1 ulasan:
Tok seperti bloggers rakyat memang bengang dengan tindakan kejam polis dan FRU yang ala-ala rejim Yahudi.
Yahudi tak tembak gas pemedih mata kat bangsanya sendiri,tak pukul dan sumbatkan mereka kedalam lokap.yahudi juga tak menyerang rumah ibadat sendiri.Polis dan FRU sanggup buat sampai tembak gas pemedih mata kat dalam masjid negara.
Tok nak bagi satu cadangan kepada bloggers semua.apa kata kita paparkan segala ketidakadilan mereka dalam blog sampai ke you tube biar satu dunia tahu.kepada yang mahir berbahasa inggeris tu forwardkan kepada al jazeera,BBc dan lain-lain.tak lupa kepada kesatuan eropah dan PBB.biar satu dunia tahu.
Kita buat satu lagi gerakan iaitu gerakan membantah kekejaman dan ketidakadilan polis.
Buat satu lama web khas dan paparkan segala ketidakadilan dan kekejaman mereka.Isu kugan dan berapa ramai tahanan yang mati dalam lokap,kes rasuah berprofail tinggi atau skandal pegawai kanan polis,demo yang UMNO buat polis tak halang pun.Buktinya ketika umno demo depan komtar tahun lepas,siapa dapat air mineral free.polis tak kacaupun.polis dan FRU tak bertindakpun terhadap penternak babi yang berdemo di Melaka.selebihnya korang boleh tambah.
Lepas siap barulah kita berikan kat MP-MP Pakatan Rakyat bawak perkara ini ke dalam parlimen
Tok juga cadangkan kita kumpulkan tandatangan desak Musa Hassan dan Ketua Polis KL kalau tak salah tok Saufi Osman letak jawatan dan sampaikan kepada MP-MP Pakatan Rakyat.
Bagi tok inilah caranya untuk kita mengajar kebiadapan mereka.Jika tak semakin hari kemarahan rakyat terhadap polis akan bertambah dan mana tahu tak terkawal lagi.semalam tok ada dengan mereka yang kena sembur gas pemedih mata mencemuh polis sebagai yahudi dan macam-macam lagi.ada juga yang suruh isi borang masuk UMNO.
Jelaskan..UMNOlah punca negara kita huru-hara selama ini.
Catat Ulasan