1 Feb 2009

ADUN Yang Diculik Letak Jawatan

2 orang ADUN Perak dari PKR yang juga Exco kerajaan Negeri yang yang telah diculik sejak lima hari lalu, meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat berkuat kuasa hari ini.

Ia diumumkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak di Ipoh sebentar tadi dan akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya secara rasmi esok.

Mereka ialah Jamaluddin Mat Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering).

Jamaluddin, 52, adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perladangan manakala Osman, 57, pula pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan.

Sebelum ini kedua-dua mereka telah difitnah dengan tuduhan rasuah melibatkan kelulusan sebuah projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar yang tidak pernah wujud dan perbicaraan kes berkenaan akan didengar di Mahkamah Sesyen pada 10 Februari ini. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah bertindak bersekongkol UMNO Perak yang merancang untuk menumbangkan kerajaan Perak sejak kekalahan UMNO/BN di Perak pada Pilihanaraya Umum ke 12 yang lalu.

Pakatan Rakyat mempunyai 32 anggota Dewan Undangan Negeri termasuk ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim yang menyertai PKR minggu lepas manakala BN dianggotai 27 wakil dan walaupun dua Adun PKR berkenaan keluar, kerajaan negeri masih mempunyai majoriti satu kerusi.


Tiada ulasan: