2 Mac 2014

Kassim Ahmad Jatuh Sakit Sebelum Debat Bermula!

Kulim: Pemikir dan penulis kontroversi, Dr Kassim Ahmad yang mencetuskan kegemparan dengan kemunculan semula mengkritik hadis di Seminar Pemikiran Kassim Ahmad dimasukkan ke Hospital Kulim sejak Rabu lalu kerana kesukaran bernafas.

Rombongan media MySuara yang sepatutnya menemubual beliau secara eksklusif semalam di rumahnya dimaklumkan oleh isterinya, Sharifah Fawziah bahawa beliau dikejarkan ke hospital dengan ambulan dan ditahan wad.

"Dia agak penat kerana selepas seminar tempoh hari, ramai orang datang ke rumah dan menerima banyak panggilan telefon. Anak kami mungkin akan membawanya ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut," jelasnya sambil membawa kami meninjau bilik pejabat Dr Kassim di dalam rumah mereka..

Di bilik bacaan dan penulisan itulah Dr Kassim menghabiskan masa emasnya dalam usia 80 tahun untuk menghasilkan tiga karyanya iaitu Mencari Jalan Pulang, Islamic Renaissance dan Jalan Yang Lurus.

Masing-masing diterbitkan ZI Publications, Brainbowpress dan Pekan Ilmu.

Dr Kassim sebelum ini menyewa di Tanjung Bunga, Pulau Pinang sebelum berpindah ke rumah baru yang dibelikan anaknya Shauqi Kassim di Kulim pada 2006.

MySuara kemudian menziarahi beliau di Hospital Kulim ketika waktu melawat sebelah petang.

Dr Kassim kelihatan sedang berehat dengan dibekalkan tiub oksigen untuk membantu penafasannya.

"Pagi tadi saya sudah pesan roti canai tetapi sampai lewat dan saya sudah minum pagi. Selera makan saya baik walaupun sudah tua. Nasinya sedap cuma lauk ikannya tidak berapa sangat," jelasnya yang sedang menikmati makan tengahari.

"Saya boleh berdialog lagi 3 jam," seloroh Dr Kassim dalam suara perlahan, serak dan batuk ringan.

Dalam pertemuan ringkas selama 30 minit itu, Dr Kassim sempat menerangkan pandangannya dan menjawab soalan-soalan tambahan dengan bersemangat.

Penampilan Dr Kassim seperti pesakit lain menyebabkan kelibatnya di Hospital Kulim tidak disedari.

Malah sepanjang temubual berlangsung beberapa orang doktor yang lalu lalang teruja apabila melihat buku Jalan Yang Lurus dan mengetahui pesakit mereka adalah penulis buku tersebut. -mysuara.net

ULASAN GB

Debat belum pun bermula, Kassim Ahmad dah jatuh sakit.

Kita tidak tahu samada Kassim Ahmad sebelum yang dikatakan menolak hadith "mempelajari" apa yang menimpa ke atasnya. Sakit - kemudian kena berjumpa doktor. Kita tidak duduk di rumah dengan semata-mata berdoa. Kenapa kena pergi hospital dan bertemu doktor. Kerana dengan ilmu dan kepakaran yang ada doktor itu, penyakit boleh diubati sekalipun yang menyembuhkan tetap Allah swt jua. Ada hadith Nabi juga yang mefhumnya, jika kamu sakit bertemulah tabib (donktor). Bukankah Kassim Ahmad kini juga tanpa disedari terpaksa mengikut anjuran hadith berkenaan sekalipun beliau mengisytiharkan beliau anti-hadith?

Begitu juga dalam hal agama. Memang Allah telah menurunkan Al-Quran sebagai panduan hidup manusia. Tetapi Al-Quran itu ialah garis panduan kasar yang kemudiannya diperincikan oleh Rasulullah saw melalui hadith-hadithnya. Sebagai contoh Al-Quran memerintah manuisa "aqimussolah" - dirikan solat - tetapi bagaimana rupa solat yang hendak didirikan? Iktidalnya bagaimana, rukuknya bagaimana, sujudnya bagaimana malah kiblatnya ke mana? Penjelasan dan perinciannya itu tiada di dalam Al-Quran. Itu sebab mengapa Rasulullah diturunkan sebagai contoh tauladan untuk manusia, bukan sahaja menunjukkan bagaimana untuk mendirikan solat tetapi juga penjelasan untuk bermacam hal dari aspek tauhid, ibadah, muamalat, munakahat, siyasah dan lain-lain.

Begitulah hal-hal yang lain selain dari doktor, iaitu jika kereta anda rosak, pergilah cari foreman kereta, jika anda ingin menempah baju, carilah tukang jahit, jika anda kebingungan dalam hal agama, carilah ustaz/ulamak yang mahir - bukan mentafsir ikut kefahaman sendiri-sendiri. Maka tidak wajar untuk menyatakan ulamak sebagai kasta paderi.

Jika hadith di tolak dan masing-masing hanya berpegang kepada Al-Quran semata-mata, seribu orang membaca Al-Quran maka akan wujud seribu pentafsiran... apakah akan jadi kepada umat Islam? Seribu kiblatlah jawapannya!

Semuga "sakit" yang dialami itu membuka mata kumpulan anti-hadith ini.

Gejala Papar Gambar Peribadi "Tak Senonoh" Di Laman Sosial Membimbangkan

Pengguna Facebook dinasihati elak papar gambar peribadi ‘tidak senonoh’

Walaupun laman sosial sering dijadikan platform untuk ekspresi perasaan dan emosi, namun tabiat memaparkan gambar tidak senonoh di dalamnya dilihat amat menjengkelkan.

Golongan remaja khususnya perlu berwaspada ketika mempamerkan sesuatu gambar terutamanya berkaitan peribadinya kerana ia berkemungkinan boleh memalukan keluarga mereka kelak.

Presiden Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahya berkata laman sosial Facebook misalnya, digunakan oleh semua lapisan masyarakat dan setiap pemilik akaun laman itu perlu berhati-hati memaparkan gambar peribadi mereka.

"Contohnya apabila pasangan kekasih mempamerkan gambar seperti bercium, berpelukan yang tidak senonoh, ia boleh mendorong pengguna Facebook lain terjerumus dalam kegiatan tidak bermoral itu.

"Kita tahu golongan remaja memerlukan ‘ruang peribadi’ dan kurang senang jika ia diceroboh pihak lain, namun mereka harus mengetahui had mereka ketika menggunakan laman sosial, kerana ia bukan sahaja boleh menjejaskan imej mereka, malah imej keluarga dan negara,” katanya.

Katanya, gambar terutama wanita atau lelaki dalam keadaan mendedahkan tubuh badan tidak sepatutnya dirakam kerana ia boleh disalah guna, termasuk disebarkan secara meluas melalui laman sosial.

"Ada juga pengguna laman sosial yang suka berkongsi gambar milik orang lain hanya bertujuan untuk menjatuhkan maruah mereka atas pelbagai alasan,"
katanya.

Aktivis sosial itu mengingatkan golongan remaja bahawa, Facebook tidak mempunyai sebarang sekatan dan ia juga boleh mendorong golongan tertentu untuk ‘mengedit’ gambar sehingga boleh menimbulkan keadaan yang kurang senang.

"Perbuatan memaparkan gambar sebegitu akan menjadi perbualan masyarakat malah menimbulkan fitnah," katanya sambil menambah orang ramai juga memberi pelbagai komen yang tidak bermoral.

Beliau berkata sebagai rakyat dalam negara berbilang kaum, tidak perlu untuk mengamalkan budaya barat yang bercanggah dengan nilai-nilai murni. – Bernama

Fitnah Murtad: Rakyat kesal Polis Tidak Bertindak Ke Atas Macai UMNO


Aktivis kecam penipuan dakwaan murtad di ruang siber

Seorang aktivis hak wanita terkejut apabila mengetahui bahawa gambarnya dan beberapa orang lain yang menghadiri satu majlis kerajaan, telah tersebar di ruang siber sebagai 'bukti' orang Islam di negara ini menjadi Kristian.

Gambar tersebut yang tersebar di dalam blog sejak 2012 menunjukkan dia berada di kalangan satu kumpulan duduk di bangku kayu, kebanyakannya wanita yang memakai tudung.

Dalam satu kenyataan menafikan dakwaan di blog tersebut, pegawai Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Yu Ren Chung berkata gambar itu sebenarnya dirakamkan di dewan utama Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) di Bukit Tunku, Kuala Lumpur, dan bukan di sebuah gereja seperti yang didakwa oleh blog itu.

Katanya, majlis itu dianjurkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada 29 Februari 2012 untuk membincangkan Dasar Keluarga Negara, dan dihadiri terutamanya oleh kakitangan awam dan juga sebilangan kecil wakil-wakil NGO.

Bagaimanapun, blog di Malaysia dan Indonesia itu telah menggunakan gambar tersebut dengan mendakwa ia menunjukkan orang Islam baru sahaja dibaptiskan, dengan sesetengahnya menyalahkan DAP dan PAS berhubung isu itu. -mk



ULASAN GB

"Fitnah" sudah menjadi darah daging para macai UMNO. Tak serik-serik sekalipun Raja Fitnah mereka, papaomo namanya, telah dihukum beberapa kali oleh mahkamah.

Pihak polis semacam sengaja membiarkan fitnah macai itu bermaharajalela, tetapi begitu effisyen apabila melibat anggota Pakatan Rakyat sepertimana kes video satira Teresa Kok.

Akibat darinya, maka berlaku ketegangan di kalangan rakyat dengan hal-hal agama dan rasisma. Kerajaan UMNO BN persis merestuinya kerana ia memberikan "political mileage" terhadap partinya terutama apabila pihak media yang begitu berat sebelah sentiasa memaparkan kononnya pihak PR sentiasa sebagai pihak yang bersalah.

Namun hukum kebenaran dan keadilan tetap berjalan. Yang memfitnah akan tetap menerima hukumannya sekalipun polis tidak bertindak ke atas mereka. Tunggu dan lihat!

1 Mac 2014

[KISAH MASYARAKAT] Paksa Adik 12 Tahun Hidu Gam Sebelum Noda

Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun layak digelar ‘setan’ apabila bukan saja memaksa adiknya berusia 12 tahun menghidu gam sebaliknya turut merogol kanak-kanak itu.

Ketika kejadian di rumah mereka di Ampang kira-kira jam 11 pagi kelmarin, hanya dua beradik berkenaan berada di rumah kerana ibu bapa mereka berusia lewat 40-an keluar bekerja.

Menurut sumber, mangsa yang sedang bersendirian di ruang tamu menonton televisyen mendakwa didatangi abangnya itu.

“Abang mangsa kemudian menunjukkan #kemaluannya menyebabkan adiknya itu ketakutan dan cuba melarikan diri namun berjaya dihalang abangnya itu.

“Mangsa dipaksa menghidu gam sebelum dirogol,” katanya.

Sumber itu berkata, selesai dirogol, mangsa diarah mandi sebelum bersiap untuk ke sekolah.

“Abang mangsa dilapor meninggalkan rumah sejurus kejadian manakala kesempatan itu digunakan mangsa untuk menghubungi ibunya mengadu mengenai kejadian yang menimpanya,” katanya.

Sehubungan itu, mangsa ditemani ibunya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

Mangsa turut dirujuk di hospital berhampiran sebelum pemeriksaan doktor mendapati terdapat kesan luka pada kemaluan mangsa.

Katanya, abang mangsa yang menyedari keluarganya membuat laporan polis dikatakan sudah menghilangkan diri dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan pihak berkuasa. -HM

PENGAJARANNYA

Penting didikan agama di peringkat awal kanak-kanak, baik lelaki atau perempuan. Ibu bapa perlu mengawasi ragam kanak-kanak apabila mereka telah meningkat remaja.

Papagomo Akan Terus Ditimpa Kehinaan Selagi Dia Tidak Bertaubat & Minta Maaf


Papagomo dinasihat bertaubat, dosa tak terampun jika tak minta maaf

Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty menasihatkan Wan Mohd Azri Wan Deris yang disahkan mahkamah sebagai pemilik blog Papagomo supaya segera bertaubat dan meminta maaf atas tindakanya memfitnah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Muhammad ketika dihubungi menyatakan, walaupun mahkamah telah mengarahkan Wan Mohd Azri membayar RM800,000 sebagai ganti rugi atas tindakanya, namun hukuman itu hanya berlandaskan hukuman sivil.

Menurut Muhammad Nur, dosa yang dilakukan dengan memfitnah individu lain masih belum dikira selesai selagi individu tersebut tidak memohon maaf.

” Dosa fitnah ini berat, kesannya sangat besar lebih dari membunuh,’ kata Muhammad, Ketua Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama KEADILAN (BIPPA)

“Selagi individu tersebut belum minta maaf kepada orang yang difitnahnya, dosanya dianggap sebagai masih belum selesai.

“Menurut hukum Islam, dia perlu minta maaf dengan segera bagi melunaskan dosanya,” ujar bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) itu lagi.

Muhammad Nur dalam pada itu melahirkan rasa gembira dan bersyukur dengan keputusan mahkamah yang akhirnya menyebelahi Anwar dan menasihatkan kepada orang ramai untuk mengambil iktibar.

“Alhamdullilah dengan keputusan tersebut.

“Semoga orang ramai mengambil iktibar bahawa budaya fitnah-memfitnah ini tidak sama sekali mendatangkan keuntungan, malah ianya hanya mendatangkan kerugian,” ujarnya. -KD

ULASAN GB

Papagomo setakat ini telah kalah dua kes di mahkamah, pertama dengan seorang ahli perniagaan, Abdul Razak Mohd Nor dan diperintahkan untuk membayar RM500,000 kepada ahli perniagaan tersebut. Baca SINI.

Semalam papagomo kalah lagi dan diperintahkan membayar RM800,000 kepada DS Anwar Ibrahim. Baca SINI.

Banyak lagi kes mahkamah sedang menunggu untuk menghukum papagomo. Sebelum ini GB ada mengulas dan "jangkaan" GB menjadi kenyataan di mana "precedent" yang ada memudahkan saman-saman lain terhadap papagomo.

GB sudah tulis sebelum ini bahawa: "papagomo pasti binasa". Hukum Kebenaran dan Keadilan sendiri akan menghukum orang yang memfitnah.

Sekarang beliau tidak boleh lari lagi. Fakta sudah jelas. Mahkamah sudah putuskan papagomo itu ialah Wan Muhammad Azri.

"Precedent" ini akan memudahkan saman-saman yang lain terhadap papagomo terutama saman-saman daripada Husam Musa dan Anwar Ibrahim.


Diantara kes-kes yang menunggu ialah saman dari Husam Musa, Rafizi Ramli, Lim Guan Eng, AJK Pemuda MCA, Chong Sin Woon, bekas isterinya Bellina Omar Sharifuddin Chin dan banyak lagi.

Sekalipun beliau cuba untuk mendapat perlindungan dari para menteri dan polis sendiri, namun ia sesekali tidak akan dapat menyelamatkan beliau dari dihukum dengan Hukum Kebenaran dan Keadilan.


Ulasan GB sebelum ini:

Enggang sama enggang, pipit sama pipit - "seorang penjenayah saja yang akan bersama penjenayah yang lain"..

Menteri-menteri termasuk Najib tersenyum riang seolah-olah berbangga dapat bergambar dengan penjenayah yang bernama papagomo itu. Kerana papagomo banyak membantu mereka dan UMNO dalam kerja-kerja menabur fitnah terhadap Anwar dan pakatan Rakyat.

Apatah lagi hampir kesemua menteri-menteri berkenaan adalah terdiri mereka yang buta IT. Jadi dilihatnya "kepakaran" papagomo menggunakan IT menghasilkan tulisan dan video fitnah bagi memburukkan pembangkang sebagai satu aset berguna untuk mereka.

Hukum kebenaran dan keadilan tetap berjalan. Papagomo PASTI hancur binasa walaupun dikelilingi menteri dan pendana menteri. Hanya menunggu masa dan ketikanya kecuali beliau bertaubat nasuha.
Selagi beliau tidak bertaubat dan meminta maaf terhadap orang-orang yang menjadi mangsa fitnahnya beliau akan terus ditimpa kehinaan. Begitulah juga untuk sekalian macai UMNO yang mengikuti jejak langkah beliau.

[WASPADA] Isu Air Selangor: Tiba-tiba Pemimpin BN Puji Khalid Ibrahim...


Ada yang tidak kena dengan perjanjian air Selangor

Persetujuan persefahaman (MoU) Putrajaya-Selangor bagi pengambilalihan aset air negeri dan pembinaan loji rawatan air nampaknya ada yang tidak kena.

Dan apabila kelihatan seperti ada sesuatu yang tidak kena, mesti ada sesuatu tidak kena.

Pertama, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengatakan MoU yang ditandatangani Rabu lepas sebagai perjanjian yang mengikat, walaupun Ahli Jawatankuasa PAS, Dr Dzukefly Ahmad mengatakan ia tidak begitu, bukan seperti memorandum perjanjian (MOA).

Para peguam juga turut serta dalam isu ini, mengatakan MoU bukanlah sebuah perjanjian yang mengikat, kerana ia bertujuan menampakkan keinginan pihak yang ingin berusaha menuju ke matlamat yang sama.

"Kebiasaannya (MoU) ditandatangani apabila dua pihak hendak bekerjasama tetapi tidak mahu perjanjian yang mengikat antara satu sama lain," peguam Syahredzan Johan memberitahu The Malaysian Insider.

"Bagaimanapun saya katakan ini sebagai seorang yang masih belum melihat kandungan MoU yang ditandatangani kerajaan negeri Selangor dan Putrajaya."

"Apa yang penting sekarang adalah kandungan dokumen tersebut, bukannya labelnya. Kita boleh sahaja memiliki dokumen perjanjian yang terikat, dan masih memanggil dokumen itu MoU," kata Syahredzan.

Peguam itu meneliti kandungan utama MoU tersebut dan mengatakan, "Saya rasa MoU yang ditandatangani Selangor dan Putrajaya ini lebih berkait kepada pengambilalihan konsesi air dan kelulusan pembinaan loji rawatan air Langat 2."

Untuk memastikan dua komponen tersebut berjaya, Syahredzan berkata perlu ada perjanjian undang-undang untuk mengambil alih konsesi air tersebut dan untuk membina loji rawatan air RM1.2 bilion di Langat, Selangor.

Adakah MoU itu akan luput jika salah satu komponen tersebut tidak berjaya? Dan adakah MoU ini punyai jangka masa untuk siap bagi setiap komponen? Hanya satu perkara yang jelas kepada rakyat, bahawa kerajaan Selangor perlu meluluskan Langat 2 sebaik tender pembinaan dikeluarkan.

Akhirnya adakah ini hanya tentang siapa yang akan bermanfaat daripada kontrak pembinaan tersebut?

Sementara ahli perniagaan boleh bergembira dengan pampasan RM9.65 bilion yang mereka perolehi daripada empat pemegang konsesi, yang lain pula dapat bergembira kerana terdapat satu lagi projek infrastruktur yang dapat memberi manfaat selepas lima tahun tawar-menawar.

Laporan media tahun lepas mengatakan ketiga syarikat ini – Salcon Bhd, MMC Corp Bhd dan Ahmad Zaki Resources Bhd (AZRB) – terpilih dalam senarai untuk membina loji rawatan air Langat 2 yang bernilai RM1.2 bilion itu.

Terowong pemindahan air Pahang-Selangor sudahpun dibina menggunakan pinjaman faedah rendah RM2 bilion daripada Japanese International Cooperation Agency (JICA) yang mempunyai pelan pembayaran 40 tahun bagi terowong yang melalui pergunungan Titiwangsa sepanjang 45km itu.

Selain itu, seluruh projek itu juga melibatkan pembinaan empangan dan rumah pam di Pahang, dan loji rawatan air di Selangor dengan jumlah keseluruhan RM7 bilion.

Sementara mereka yang tinggal di Selangor dan Kuala Lumpur akan bermanfaat daripada projek ini apabila ia siap pada tahun 2007, para pengkritik berkata loji rawatan air Langat 2 hanya boleh membekalkan kapasiti air sehingga 2025 dan kemudian kerajaan akan memerlukan lebih banyak loji dan empangan di kawasan yang paling padat dalam negara ini.

Ini juga bermakna lebih banyak lagi projek pada masa akan datang, dan lebih kos.

Melainkan Putrajaya dan Selangor juga bersetuju dan bertegas konsesi air patut ambil langkah memotong kobocoran yang mengakibatkan lebih banyak bahagian air tidak terhasil (NRW).

Memanglah ada keperluan untuk air terawat untuk memenuhi permintaan populasi yang semakin meningkat, tetapi dalam tergesa-gesa memenuhi permintaan itu, kerajaan juga patut mencari jalan memulihara air kerana lebih banyak projek hanya bermakna pembayar cukai perlu menanggung bebannya manakala syarikat pula dapat menikmati keuntungannya.

Muhyiddin juga berkata hari ini, "MoU antara kerajaan negeri dan persekutuan adalah bagi manfaat rakyat untuk mengatasi krisis air di Lembah Klang dengan pembinaan loji rawatan air Langat 2."

Ini akan mengambil masa lagi 3 tahun.

Dan kita tidak dapat lihat di mana-mana dalam MoU itu tentang bagaimana untuk menghentikan kebocoran dan NRW.

Jika ahli politik PKR dan Barisan Nasional (BN) fikir mereka sedang membantu Selangor dengan perjanjian ini, fikirkan semula.

Yang untung dalam hal ini hanyalah para kontraktor. –TMI

ULASAN GB

Nampaknya beberapa orang pemimpin BN telah memberikan pujian mereka kepada MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Apabila "musuh politik" memberikan pujian kepada kita maka sudah sampai masanya untuk kita membuka mata... pasti ada sesuatu yang tida kena di sana. Jika tidak ada apa-apa masakan tempua bersarang rendah.

Apakah MOU itu sebagai satu platform empuk untuk Kerajaan Pusat "menipu" kerajaan Selangor?

Apa kata jika di tengah perjalanan, Kerajaan Pusat membatalkan MOU berkenaan lantaran ia bukan satu perjanjian yang mengikat untuk dipatuhi?

Sepertimana yang kita sedia maklum, Tan Sri Khalid adalah seorang ahli korporat dan pentadbir cemerlang tetapi bukan ahli politik yang matang. GB pernah ulas dahulu. Petikan:

TS Khalid mengurus negeri sebagai seorang ahli korporat kerana beliau bekas seorang tokoh korporat yang berjaya. Beliau tidak pandai sangat berpolitik. Ini pernah diakuinya sendiri. Baca: MB Selangor akui kelemahan dalam politik, tubuh ‘political liaison’


UMNO BN juga tahu tentang hal ini dan apakah lantarannya maka diaturkan "penipuan" melalui MOU supaya kerajaan Selangor mampu ditawan semula oleh mereka dengan isu air setelah gagal untuk menawannya melalui PRU13 yang lalu?

Berita terbaru menyatakan Khalid sah bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden PKR untuk melawan Azmin. Ada yang melihat ia melengkapkan sebahagian plot UMNO BN untuk melawan Anwar-Azmin untuk meranapkan PR Selangor. Dalam politik semua boleh jadi. Dan ada asas untuk meragui kenapa tiba-tiba pemimpin-pemimpin BN mengeluarkan kenyataan yang meyokong MB Selangor tersebut. Kebenaran akan zahir juga akhirnya.

Hubaya hubaya!

Muhyiddin, Nama Saja TPM... Tetapi Jahil Apa Itu MOU...


MoU tidak terikat di sisi undang-undang, kata pakar perundangan

Pakar perundangan menolak dakwaan timbalan perdana menteri mengatakan perjanjian air yang dimeterai dalam Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Putrajaya dengan Selangor tidak boleh terbatal.

Pakar perundangan menegaskan MoU bukan sebuah dokumen yang mengikat secara sah di sisi undang-undang dan menyatakan pihak yang menandatangani mungkin masih diperingkat perbincangan.

Peguam, Syahredzan Johan memberitahu The Malaysian Insider bahawa MoU hanya mencerminkan niat pihak tertentu untuk bekerjasama ke arah matlamat yang sama.

"Ia biasanya ditandatangani apabila mahu bekerjasama tetapi tidak sah mengikat di sisi undang-undang antara satu sama lain
," kata Syahredzan.

Merujuk kepada MoU antara Selangor dengan Putrajaya, Syahredzan berkata ia tidak mengikat secara sah disisi undang-undang, maka ia boleh terbatal.

"Bagaimanapun, saya bercakap daripada sudut tidak melihat kandungan MoU yang ditandatangani antara kerajaan negeri Selangor dan kerajaan pusat.

"Apa yang penting ialah kandungan dokumen itu, bukan labelnya. Sebuah dokumen boleh jadi mengikat disisi undang-undang dan ia boleh lagi dipanggil MoU," kata Syahredzan lagi.

Bagaimanapun, Syahredzan berkata jika dokumen yang ditandatangani diungkapkan sebagai MoU, maka ia tidak mengikat secara sah di sisi undang-undang.

"Jika kedua-dua pihak memutuskan untuk membatalkan MoU atas apa jua alasan, maka satu pihak lagi tidak boleh mengambil tindakan kerana melanggar MoU itu."


"Saya rasa sebagai contoh MoU yang ditandatangani oleh Selangor dan Putrajaya, ia berkaitan dengan membeli syarikat konsesi air dan mendapatkan kelulusan bagi loji rawatan air Langat 2."

Syahredzan berkata MoU tidak semestinya membolehkan perjanjian tersebut dilaksanakan, memandangkan perjanjian yang lebih mengikut prosedur masih lagi diperlukan.

"Perjanjian mengikut prosedur diperlukan kerajaan negeri Selangor untuk mengambil alih empat syarikat konsesi air, seperti yang dilaporkan," kata Syahredzan.

Satu perjanjian lain juga diperlukan bagi pembinaan projek rawatan air Langat 2.

Seorang hakim bersara juga bersetuju dengan komen Syahredzan yang menegaskan MoU sekadar menunjukkan pihak yang terlibat mungkin masih di peringkat rundingan.

"Kontrak ini diwujudkan apabila terdapat pertemuan secara bersemuka atau ada persetujuan bersama," kata hakim itu kepada The Malaysian Insider, yang mahu namanya dirahsiakan.

"Dalam kes tertentu, pihak yang terlibat mungkin bersetuju mengenai isu-isu utama dan menekankan setiap maklumat," katanya.

Hakim tersebut berkata, dalam kes perjanjian tersebut yang ditandatangani antara Selangor dan Putrajaya, kandungan tersebut perlu dibaca terlebih dahulu sebelum mengetahui tujuan kedua belah pihak.

Awal hari ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata MoU tidak boleh terbatal walaupun Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor.

Muhyiddin itu berkata MoU yang ditandatangani dengan kerajaan negeri Selangor itu adalah bersifat tetap, di mana Khalid sendiri bersetuju dengan syarat berkenaan dalam perbincangan bersama.

"Perjanjian antara kerajaan pusat dan negeri adalah demi kepentingan rakyat sebagai usaha menangani krisis air dengan pembinaan empangan Langat 2.

"Dan perjanjian itu sudah dipersetujui di mana segala kandungannya diperbincangkan dan tidak akan berubah," katanya.

Rabu lalu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menandatangani MoU dengan Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) bagi menyelesaikan isu air di Selangor.

Bagaimanapun, beberapa pemimpin tertinggi PKR tidak diberitahu tentang perjanjian tersebut, dan Anwar sendiri tidak mengetahuinya.

"Mereka ini mahu menetapkan harga dan mahu penilaian untuk mewajarkan harga mereka," kata Khalid lagi.

Antara isi kandungan perjanjian tersebut termasuklah kerajaan negeri yang dipimpin PR akan membenarkan Putrajaya meneruskan Loji Rawatan Air Langat 2.

Selain itu, kerajaan negeri juga akan memberikan pampasan bernilai RM9.65 bilion kepada empat syarikat konsesi air di Selangor.

Ekoran pengambilalihan itu, satu konsortium air untuk menguruskan industri air di Selangor yang akan dibentuk di bawah seliaan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

Kerajaan Selangor menjangkakan pengambilalihan syarikat konsesi tersebut akan selesai dalam tempoh tiga bulan. – 28 Februari, 2014. -TMI


PAS persoal kenapa MOU, bukan MOA?


Beliau meminta Kerajaan Negeri Selangor memberi penjelasan berhubung syarat-syarat yang terkandung dalam memorandum persefahaman (MoU)

PETALING JAYA: Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata penyelesaian terhadap isu air di Selangor yang berlarutan sejak 2009 memang ditunggu rakyat namun kerajaan negeri khususnya Menteri Besar perlu menjelaskan beberapa persoalan yang timbul.

“Pertama, kenapa hanya MoU dan tidak terus pengambilalihan (outright takeover)?

“Isu ini penting kerana MoU tidak bersifat mengikat atau ‘binding’. Ini bermakna mungkin sahaja (persefahaman yang dicapai) tidak menjadi lagi lepas pilihan raya kecil (PRK) Kajang kerana MoU bukan MOA (perjanjian) yang lebih bersifat mengikat,”
ujarnya.

Sehubungan dengan itu, beliau meminta Kerajaan Negeri Selangor memberi penjelasan berhubung syarat-syarat yang terkandung dalam memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani Menteri Besar dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air di Putrajaya semalam.

Katanya, oleh kerana MoU berhubung penstrukturan semula industri air Selangor itu berlaku agak mengejut, adalah menjadi kewajipan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghuraikan beberapa persoalan yang timbul daripada langkah tersebut.

MoU yang ditandatangani Abdul Khalid dan Datuk Seri Dr Maximus Ongkili itu turut disaksi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri bertujuan memuktamadkan penstrukturan semula industri air di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Beliau turut mencadangkan agar terma-terma MoU itu dijelaskan kepada para pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Penjelasan juga, tambahnya perlu menyentuh hal-hal dan terma bersangkutan Projek Langat 2 yang secara tiba-tiba menjadi ‘viable’ dan termasuk dalam pakej MoU itu.

“Berapakah harga air yang dibayar oleh kerajaan negeri dari sumber air terawat dari Langat 2? Apakah semua ini akan meningkatkan kos tarif air di negeri Selangor,” tegas beliau.
-FMT



TPM: MOU air S'gor tak boleh diubah


Memorandum Persefahaman (MoU) penstrukturan semula industri bekalan air Selangor ditandatangani antara kerajaan Persekutuan dan negeri itu tidak boleh dipinda dan diubah sekalipun Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi menteri besar Selangor.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin berkata perkara itu terkandung di dalam MoU itu dan ia merupakan obligasi kerajaan Persekutuan dan negeri yang tidak boleh diubah atau pinda dalam apa keadaan sekalipun.

Justeru itu, beliau berkata projek Loji Rawatan Air Langat 2 yang mendapat kebenaran merancang akan diteruskan sehingga siap.

"Rakyat akan rasa lega kerana projek ini akan berjalan tanpa terganggu dan kita harap projek ini dapat siap mengikut jadual agar sumber air dari Pahang akan mengalir ke Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di pusat perniagaan Kwan Tung, Sungai Chua di Kajang hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya sama ada Anwar boleh menghentikan projek Langat 2 sekiranya beliau menang pada pilihan raya kecil(PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang 23 Mac ini dan menjadi Menteri Besar Selangor.\

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN Kajang Datin Paduka Chew Mei Fun.

Selasa lalu, Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mewakili kerajaan pusat manakala kerajaan negeri Selangor diwakili Menteri Besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menandatangani MoU itu di Putarajaya dan disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sehubungan itu, Muhyiddin menegaskan komitmen dan jaminan perjanjian yang dimeterai perlu dihormati dan disempurnakan.

"Sebarang perubahan maka ia telah melanggar perjanjian," katanya.

Muhyiddin yang juga timbalan pengerusi BN berkata jentera BN akan memberi fokus di semua 16 Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kajang.

"Kita tidak ambil mudah kerana kita berdepan dengan satu pertandingan sengit. Walaupun kita (BN) adalah underdog tetapi semangat juang tinggi".

Terdahulu, beliau meluangkan masa hampir sejam di pusat perniagaan Kwan Tung di sini, bertemu orang ramai dan wakil pertubuhan bukan kerajaan komuniti Cina dari sekitar DUN Kajang.
-BERNAMA


ULASAN GB

Ingatkan macai UMNO ajer yang bangang, rupanya dari atas sampai ke bawah jahil-jahil belaka. Daripada PM yang dah dikangkungkan, kini TPM. Tak tahu apa itu MOU.

MOU bukan "perjanjian" yang mengikat. Ia hanyalah "persefahaman" dan boleh diubah-ubah bila-bila masa dan oleh mana-mana pihak yang terlibat. TPM tak reti rupanya selama ini walaupun dah tandatangan berpuluh atau mungkin beratus MOU. Isk isk

Nak tuduh Anwar jahil, kini tuduhan itu kembali kepada dirinya sendiri.

28 Feb 2014

[VIDEO] Air Terpancar Keluar Dari Batu Di Padang Pasir


Air terpancar keluar dari batu di Tanah Arab pada hari sabtu 22/2/2014 jam 7.17 pagi.

14 belas abad yang lalu Rasulullah saw pernah menyatakan bahawa negara Arab akan menjadi padang rumput dan sungai.

وحَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ وَهُوَ ابْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْقَارِيُّ، عَنْ سُهَيْلٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ قَالَ: " لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَكْثُرَ الْمَالُ وَيَفِيضَ، حَتَّى يَخْرُجَ الرَّجُلُ بِزَكَاةِ مَالِهِ، فَلَا يَجِدُ أَحَدًا يَقْبَلُهَا مِنْهُ، وَحَتَّى تَعُودَ أَرْضُ الْعَرَبِ مُرُوجًا وَأَنْهَارًا "

Dan Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa'id Telah menceritakan kepada kami Ya'qub bin Abdurrahman Al Qari dari Suhail dari bapaknya dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tidak akan terjadi hari kiamat, sebelum harta kekayaan telah tertumpuk dan melimpah ruah, hingga seorang laki-laki pergi ke mana-mana sambil membawa harta zakatnya, tetapi dia tidak mendapatkan seorang pun yang bersedia menerima zakatnya itu. Dan sehingga tanah Arab menjadi subur Makmur kembali dengan padang-padang rumput dan sungai-sungai."

Hadis dari kitab sohih Muslim.


[VIDEO] Blogger Lucah UMNO, Papagomo Diarah Bayar RM800,000 Kepada Anwar


Mahkamah Tinggi arah Papa Gomo bayar RM800,000 kepada Anwar

Penulis blog Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papa Gomo diarahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membayar RM800,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ganti rugi kerana memfitnah ketua pembangkang itu.

Hakim Rosilah Yop dalam penghakimannya turut mengatakan Wan Muhammad Azri adalah pemilik blog Papa Gomo.

Rosilah juga membenarkan permohonan injunksi tetap oleh Anwar untuk menghalang Wan Muhammad Azri mengulangi fitnahnya di blog tersebut.

Hakim juga mengarahkan Wan Muhammad Azri membayar RM50,000 kepada Anwar sebagai kos.

Pada 21 Mac tahun lalu, Anwar memfailkan saman sebanyak RM100 juta terhadap Wan Muhammad Azri kerana memuatnaik empat siri tulisan yang memfitnahnya pada 16, 17, 19 dan 20 Mac dengan salah dan berniat jahat menyiarkan perkataan lucah dan melampau.

Menurut penyataan tuntutan itu juga defenden telah meletakkan beberapa pautan web yang memaparkan satu siri imej dengan mengatakan lelaki itu adalah Anwar.

Wan Muhammad Azri sebelum ini memberitahu mahkamah beliau bukanlah pemilik blog Papa Gomo.

Peguam Anwar, N Surendran mengatakan ganti rugi tersebut adalah yang terbesar pernah dimenangi Anwar.

"Keputusan ini adalah isyarat jelas seseorang perlu membayar selepas mencemarkan maruah individu lain," katanya.

Surendran yang juga ahli Parlimen Padang Serai juga mengatakan "perbuatan jahat" blogger berkenaan dilakukan sebelum pilihan raya umum Mei lalu.

"Keputusan ini juga membuktikan Anwar bukanlah orang dalam video itu," kata Surendran. -TMI




ULASAN GB

Dulu sudah kena RM500,000. Hari ini RM800,000

Dulu, mahkamah telah memutuskan bahawa papagomo adalah seorang PENDUSTA.

The judge calls Wan Muhammad Azri Wan Deris a 'liar' for denying he is the blogger, and fines him RM500,000.


GB sudah ulas lama dulu di: Satu Hari Papagomo Tetap Kena Walaupun Polis & SKMM Tak Jalankan Kerja. Kini apa yang GB utarakan menjadi kenyataan.

Kebal macamana pun papagomo yang dilindungi oleh polis, dengan hukum kebenaran dan hukum Tuhan, papagomo pasti hancur binasa!


Petikan:

GB perhatikan sudah ada laporan polis / SKMM sebelum ini terhadap papagomo tentang banyak isu, salah satunya mengenai video seks.

Tetapi tak ada siasatan dilakukan, malah papagomo semakin galak menyiar gambar porno dan video lucah.

Yang penting sekarang, ialah laporan polis terhadap polis dan pegawai SKMM yang tak menjalankan kerjanya.

Mentang-mentang duduk sekapal dalam UMNO.

Tak apa, satu hari papagomo tetap kena. Sepandai-pandai tupai melompat akan jatuh ke tanah juga.

Doa lagi: Ya Allah buktikan kebenaran itu kebenaran....


Doa orang yang baik-baik dan yang dizalimi akan tetap mengatasi amalan dan doa orang yang jahat-jahat.


Dan di dalam satu ulasan GB yang lain GB telah nukilkan

Keengganan beliau untuk mengakui blog itu kepunyaannya bukti awal kebinasaan papagomo! Beliau TAKUT untuk mengakui blog fitnah itu miliknya kerana tahu blog itu menyajikan berita palsu dan dusta.

Sepatutnya apabila beliau sudah tidak mengakui blog itu miliknya, pihak berkuasa sudah boleh menyiasat siapa pula yang mengemaskini blog tersebut selama ini kalau bukan papagomo sendiri, dan papagomo boleh pula didakwa kerana menipu jika sebenarnya beliau yang mengemaskinikan blog tersebut. Dusta di atas dusta!

Namun, kebal macamana pun papagomo yang dilindungi oleh polis, dengan hukum kebenaran dan hukum Tuhan, kita akan menyaksikan papagomo pasti hancur binasa!

Bukan saja papagomo, sekalian blogger pencacai UMNO yang menyebarkan dan menyemarakkan budaya fitnah, lucah dan porno. Termasuklah polis yang selama ini bersikap double standard!

Felixia Yeap: Apakah Anda Gembira Kalau Saya Tanggalkan Tudung?


Bekas model, Felixia Yeap mempersoalkan kenapa masih terdapat segelintir masyarakat yang dengki dan sakit hati dengan tindakannya menutup aurat.

Padahal ujarnya, beliau hanya menutup aurat sepertimana kebanyakan Muslimah sejati yang lain, tanpa mempunyai niat yang tidak baik.

"Kepada yang dengki atau benci sangat bila saya bertudung dan bertekad untuk menutup aurat seperti seorang Muslimah tanpa niat lain selain daripada mahu menutup aurat saya...

"...adakah anda akan rasa lebih gembira kalau saya tanggalkan tudung saya dan berpakaian seperti dahulu?

"Pernah tak memikirkan perasaan seseorang wanita yang disuruh tanggalkan bajunya atau hijabnya? Ianya tiada berbeza daripada mencabuli kehormatannya.

"Begitu kejam sekali nak buat pada saya? Apa salah saya?," katanya yang dipetik menerusi lama Facebooknya, semalam.


Perkongsian Yeap itu, telah menarik pelayar Facebook untuk menyokong dan memberi semangat kepada beliau.

Menurut Abdul Nizam Khalid, ramai yang tahu bahawa menutup aurat adalah hukum wajib dalam Islam tapi hakikatnya menutup aurat adalah naluri yang fitrah bagi seorang wanita.

"Ini antara sebabnya bukan Muslim juga turut mengenakan hijab di seluruh dunia. Teruskan, anda berada di landasan yang betul," tulisnya.

Sementara Nazilah Zainal pula menyarankan agar Yeap mengabaikan kata-kata nista tersebut dan menjadi diri sendiri.

"Sayang jangan dengar cakap orang ya.. Hanya kamu tahu apa yang kamu buat. Diri kamu, bukan diri mereka. Jaga diri, semoga selalu menjaga kehormatan... Bangga dengan kamu!," tulisnya.

Ini bukan kali pertama Yeap dikritik ekoran tindakannya berhijab.

Pada awal kemunculannya mengenakan tutup kepala, ramai Muslim mengganggapnya sebagai "tidak menghormati" wanita Islam yang memakai hijab.

Mereka berkata, sebelum memakai hijab, Yeap sepatutnya membuang semua gambarnya berpakaian Playboy Bunny dan lain-lain yang mendedahkan dan seksi.

Hampir 148,000 peminat di Facebook dan blog mengkritik tindakannya dan menyifatkannya sebagai sebuah "aksi publisiti" untuk mendapat lebih populariti dan kemasyhuran.

Ada juga yang meninggalkan laman media sosial Yeap selepas beliau berhijab. -SH

Masih Ingatkah Anda Kisah Cinta Abil-Fauziah Ini?

Dicop Duda Idaman Malaya, Abil segan

SHAH ALAM – Masih ingat lagi kisah cinta meruntun hati Abil-Fauziah yang disiarkan muka depan terbitan sulung Sinar Harian Edisi Isnin, 10 September 2012 lalu?

Mengisahkan ketabahan seorang suami menjaga isterinya yang menderita penyakit saraf otak sehingga menghembuskan nafasnya yang terakhir, 2 April lalu.

Sebelum ini, kisah mereka mendapat perhatian umum setelah Abil sanggup berhenti kerja demi menjaga Gee yang terlantar selepas diserang asma sehingga menyebabkan Gee mengalami kerosakan pada saraf otaknya sejak Jun 2011.

Kini hampir setahun berlalu, Abil atau nama sebenarnya, Abil Fikri Ahmad akui cintanya masih kuat buat Allahyarhamah Fauziah Muhamad sehingga saat ini.

Menurutnya, sejak pemergian Fauziah atau lebih mesra dengan sapaan, Gee, beliau masih belum mendapat rehat yang mencukupi kerana memenuhi pelbagai undangan di seluruh negara.

“Sejak isteri saya meninggal, saya belum dapat rehat yang betul-betul. Seminggu selepas arwah meninggal, saya mendapat jemputan untuk beri ceramah.

“Kemudian buku Warkah Buat Isteri baru siap, jadi saya agak sibuk mempromosikannya sampai sekarang,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Berkongsi cerita lucu mengenai dirinya, Abil memberitahu mendapat gelaran Duda Idaman Malaya (DIM) daripada pengikut di blognya.

“Mereka kata pada saya... ini bukan saya yang buat sendiri. Mereka panggil saya encik DIM iaitu Duda Idaman Malaya. Pembaca dah bagi, jadi saya hormati itu. Sedap juga nama itu,” katanya sambil tergelak kecil.

Sejak beberapa bulan lalu, Abil akui sering diasak pertanyaan soal mencari pengganti.

Bukan menolak jodoh, Abil memilih untuk 'meredakan' dahulu perasaannya.

"Perasaan cinta ini pada isteri saya walaupun dia sudah meninggal, terlalu kuat. Bukanlah saya menolak jodoh yang akan datang. Pada saya dia baru meninggal walaupun sudah hampir setahun dia pergi.

"Berilah saya masa sedikit.

Mungkin selepas April ini saya akan mula mencari (pasangan)," katanya.

Menjelaskan lebih lanjut, Abil mengakui lewat mencari pengganti bagi mengelakkan fitnah meskipun usianya sudah mencecah 45 tahun.

"Sebab kenapa saya lambat mencari pengganti adalah untuk menjauhkan fitnah mulut diri masing-masing. Kadang-kadang orang yang kata, tengok kubur isteri merah lagi... itu yang saya elak.

"Saya selalu cakap pada keluarga terutama pada ibu saya. Nanti dululah mak. Jangan biar mereka buat dosa," katanya.

Mengimbau detik pemergian Allahyarhamah Gee, Abil menyifatkan ia sebagai peristiwa paling sedih berlaku dalam hidupnya.

"Masa itu, saya rasa kawan saya, sahabat saya dan isteri saya dah tinggalkan saya. Saya rasa saya sendirian.

"Itulah saat paling sedih dalam hidup saya, saya tak pernah rasa sedih seperti itu," katanya sebak.

Kini, Abil aktif memberikan ceramah motivasi kepada umum terutamanya berkaitan kekeluargaan. -SH


Laporan sebelum ini
klik untuk baca

27 Feb 2014

Akhirnya, Hari Ini Permohonan Ketepi Perintah Penghakiman Ingkar Difailkan


Presiden PAS Fail Permohonan Ketepi Perintah Penghakiman Ingkar

KUALA TERENGGANU: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memfailkan permohonan bagi mengetepikan perintah penghakiman ingkar berhubung kes saman fitnah RM2 juta oleh bekas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR)bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.

Anggota Parlimen Marang itu menfailkan permohonan itu menerusi peguamnya, Asmuni Awi di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu di sini Khamis.

Asmuni berkata mahkamah juga menetapkan 30 Mac ini sebagai tarikh pendengaran permohonan berhubung kes itu.

"Saya akan hantar salinan permohonan itu kepada peguam plaintif dalam masa terdekat, sementara itu jika ada apa-apa hujah mereka boleh failkan kalau ada peluang kita jawab terhadap dokumen yang mereka failkan.

"Sebenarnya kita baru ketahui kehadiran perintah ini Ahad lalu (23 Feb)walaupun perintah itu masuk pada Isnin (17 Feb) kerana plaintif tidak berkomunikasi dengan kami," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Ahad lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan Abdul Hadi membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul selepas gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang dikemukakan plaintif pada 5 Disember tahun lalu.

Mohd Shamsul mengambil tindakan itu selepas Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum lalu sebagai alasan untuk Pas meletakkan calonnya bertanding di DUN Bukit Besi sehingga menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru.

Dalam pernyataan tuntutannya dia mendakwa ucapan Abdul Hadi dalam satu ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April lalu telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan. - BERNAMA


Semalam Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan parti itu sedang berusaha untuk menyelesaikan isu melibatkan saman RM2 juta antara Abdul Hadi Awang dan bekas calon PKR Dun Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, walaupun keluarga Mohd Shamsul berkeras untuk meneruskan saman tersebut namun pemimpin PKR di peringkat pusat telah memberikan nasihat kepadanya berhubung perkara tersebut.

“Pimpinan telah nasihat dulu. Keluarga berkeras. Saya telah jelaskan kepada Abdul Hadi.

“Kita sedang usahakan,” katanya yang dipetik daripada laman mikro Twitter miliknya.

Terbaru, PKR melalui Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution berkata, pemimpin parti telah mengadakan rundingan dengan plaintif untuk menyelesaikan isu tersebut.

“Kita telah hubungi Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail untuk menyelesaikan isu tersebut dengan pelbagai cara. Kita juga minta untuk tidak teruskan saman terhadap Abdul Hadi.

“Kita ada petunjuk positif untuk selesaikan perkara itu dengan baik daripada Mohd Shamsul,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Shamsul Mat Amin menegaskan soal menarik balik saman sebanyak RM2 juta terhadap Presiden Pas sudah terlewat.

Menurut Mohd. Shamsul, dia tetap dengan pendirian itu kerana baginya, dakwaan pemimpin Pas itu berkait ‘calon pil kuda’ dalam Pilihan Raya Umum lalu cukup serius kerana secara tidak langsung melibatkan maruah, nama baiknya dan keluarga.

Beliau tidak mempunyai sebarang niat jahat untuk menyulitkan keadaan pemimpin Pas itu atau menjejaskan hubungan antara parti tetapi didorong untuk membersihkan maruah yang tercemar.

“Kalau betul nak berbaik, sepatutnya boleh buat dari dahulu lagi (sebelum kes difailkan di mahkamah). Jumpa saya, kita bincang elok-elok. Saya dah beritahu dulu. Tapi, bila jadi macam ini (perintah saman dikeluarkan), dah tak gunalah sebab dah jadi kes mahkamah.

“Saya pun tak nak cakap banyak. Biarlah mahkamah yang uruskan. Apa-apa hal selepas ini, saya kena rujuk peguam dahulu,” katanya ketika dihubungi dua hari lepas.

Tindakan saman itu dibuat Mohd. Shamsul selepas Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum lalu sebagai alasan untuk Pas meletakkan calonnya bertanding di DUN Bukit Besi sehingga menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru.

Dalam pernyataan tuntutannya, dia mendakwa, ucapan Abdul Hadi dalam satu ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April lalu telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan.

Mohd. Shamsul yang merupakan pemaju perumahan juga mendakwa berdepan dengan tekanan emosi dan mental yang berpanjangan setelah menerima cemuhan dan penghinaan serta dipandang serong oleh masyarakat.

Sementara itu, peguam Mohd. Shamsul, A. Vasudevan ketika dihubungi memberitahu, saman malu itu tidak boleh ditarik balik, namun peguam defendan boleh memfailkan permohonan untuk mengetepikan perintah penghakiman ingkar tersebut.

“Hakim kemudian akan buat keputusan sama ada membenarkan permohonan itu atau tidak,
” katanya.
-petikan FMT


ULASAN GB

Akhirnya hari ini barulah permohonan bagi mengetepikan perintah penghakiman ingkar berhubung kes saman fitnah RM2 juta itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu sekalipun sepatutnya dilakukan pada 24 Februari yang lalu sepertimana yang dijanjikan oleh LUHAM dan Asmuni Awi sendiri sepertimana yang dilaporkan oleh harakahdaily, 24 Februari 2014.

GB malas nak cakap hal kompetensi lagi. Biarlah masing-masing menilainya. Ia sudah berlalu.

Kini, sepertimana GB nukilkan di SINI, kita doakan situasi panas ini akan mengendur apabila kebenaran dipancarkan oleh Ilahi dan segala-galanya menjadi tenang semula demi untuk kebaikan Pakatan Rakyat umumnya dan jemaah PAS khususnya.

[PANAS] Penyumbang Dana UMNO Sabah, Michael Chia Dihukum Penjara Dan Sebatan

Ahli Perniagaan, Chia Thien Foh atau lebih dikenali sebagai Micheal Chia dikenakan hukuman penjara setahun dan satu sebatan selepas disabitkan bersalah dalam skandal penipuan bernilai RM 2.5 juta sepuluh tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen, Elsie Primus semalam memutuskan pihak pembelaan gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan munasabah dan mensabitkan tertuduh bersalah melakukan kesalahan dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan.

Ketika memberi alasan penghakiman, Elsie menyatakan dalam kes ini saksi telah menyatakan bahawa tertuduh telah meminta wang daripadanya untuk pengeluaran surat membalak di mana salah satu sebab ialah sebagai wang dana politik kepada parti Umno.

Bagaimanapun menurutnya perkara ini sememangnya akan menjejaskan imej parti politik tersebut kerana saksi pendakwaan telah mengesahkan bahawa Parti Umno tidak memohon dana politik tersebut. Pendakwaan SPRM diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Joyce Blasius.

Mahkamah telah membenarkan permohonan peguambela tertuduh, Rowiena Rashid untuk membuat penangguhan perlaksanaan hukuman sementara membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi.

Micheal Chia didakwa telah cuba menipu Datuk Agus Hassan daripada Syarikat Peluamas Sdn Bhd pada June 2004 dengan memperdayakan beliau untuk mempercayai bahawa terdapat tiga syarat yang perlu dipatuhi bagi mendapat surat berkaitan operasi membalak Coupe BW12/02; Extraction and Purchasing of Commercial Timber di Hutan Simpan Kalabakan, Sabah iaitu:

i) Menyerahkan semula hak pembelian balak sebanyak 100,000 meter padu yang ditandatangani pada 25 May 2004 kepada Rakyat Berjaya Sdn Bhd/Innoprise Corporation Sdn Bhd, syarikat subsidiari kepada Yayasan Sabah;
ii) Membayar RM3 juta kononnya untuk tujuan dana politik kepada Parti Umno Sabah, dan
iii) Membayar komisen RM 25.00 per meter padu bagi setiap meter balak yang dikeluarkan Syarikat Peluamas Sdn Bhd di Gunung Rara Forest Reserve (Benta Wawasan Coupe).

Tertuduh didakwa telah secara curang cuba memperdayakan Agus Hassan melalui Chong Siak Nyen untuk menyerahkan Surat Wakil Kuasa bertarikh 22 June 2004 yang telah menyerahkan semula hak pembelian balak sebanyak 100,000 meter padu kononnya kepada suatu syarikat yang dimiliki oleh Parti Umno Sabah dengan membayar RM 2.5 juta komisen kepada Parti Umno Sabah kononnya sebagai dana politik.

Menurut laporan, Chia telah ditangkap di lapangan terbang antarabangsa Hong Kong dan didakwa di bawah AMLA dengan cuba menyeludup RM40 juta ke Malaysia pada tahun 2008.

Dilaporkan Chia telah memberitahu pihak berkuasa Hong Kong, wang itu kepunyaan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Tetapi pada Oktober 2012, SPRM berkata Chia tidak pernah ditahan di Hong Kong. -FMT Borneo

Michael Chia dihukum: PKR gesa siasatan terhadap Musa Aman dibuka semula


PKR menggesa agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula siasatan terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berikutan hukuman penjara dan sebatan terhadap peniaga balak, Michael Chia semalam.

Menurut Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, kejayaan pendakwaan SPRM terhadap Chia membuktikan SPRM berkemampuan mengumpul bukti yang baik untuk memastikan pendakwaan berjaya.

"Hukuman bersalah ke atas Michael Chia itu menghidupkan kembali banyak pertanyaan mengenai siapa di belakangnya?

"Sebab itu, keputusan bersalah yang dijatuhkan kepada Michael Chia menguatkan spekulasi mengenai kes wang RM40 juta yang sebelum ini menjadi kontroversi melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman," kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut ahli Parlimen Pandan itu, fakta kes tersebut sebelum ini melalui pelbagai bukti pemindahan wang, keterangan SPRM dan maklumat daripada ICAC di Hong Kong yang menunjukkan memang ada pemindahan wang berjumlah RM40 juta tetapi ia tidak disiasat sebagai rasuah kerana wang itu dikatakan derma politik kepada Umno Sabah.

"Keputusan bersalah terhadap Michael Chia ini juga adalah satu tamparan kepada Datuk Seri Nazri Aziz yang mempunyai hubungan dengan Michael Chia terutama apabila anak beliau menggunakan kereta mewah milik Michael Chia seperti yang saya dedahkan sebelum ini.

"Apatah lagi apabila Datuk Seri Nazri Aziz sendiri yang tampil di Parlimen menjelaskan bahawa tidak ada unsur rasuah di dalam kes-kes melibatkan Datuk Seri Musa Aman dan Michael Chia yang mengundang kontroversi sebelum itu," kara Rafizi.

Rafizi sebelum ini pernah membuat laporan kepada SPRM terhadap Nazri dan keluarganya dengan tuduhan Chia memberi anak menteri tersebut kenderaan mewah bagi membebaskan dirinya daripada tuduhan rasuah.

Rafizi juga memaparkan tujuh video pengintipan sebagai bukti tambahan dengan video yang menunjukkan keluarga Nedim yang merupakan anak Nazri menggunakan kenderaan mewah Chia.


Video itu menunjukkan perjalanan Hummer dari kediaman kondominium mewah di Damansara Heights itu, di mana Nedim dan keluarganya dikatakan tinggal di rumah tersebut.

Rafizi juga menunjukkan dalam video tersebut kereta Audi hijau, yang didakwa dipandu oleh Nedim, dan Toyota Vellfire hitam yang dipandu isterinya.

Menurut Rafizi, kenderaan Hummer tersebut selalunya digunakan oleh pemandu peribadi keluarga dan pengawal peribadi mereka dan digunakan sebagai kenderaan “menyimpan barang”.
-TMI


Saman RM2 Juta - Siapa Yang Sudah Sabotaj Ust Hadi Dan Soal Kompetensi Peguam PAS


Penghakiman ingkar: Juham jawab fitnah peguam cuai

Sejak meletusnya isu Penghakiman Ingkar Kehadiran yang dimasukkan ke atas Presiden PAS yang dikasihi beberapa hari lalu, JUHAM ingin melahirkan rasa kehairanan apabila secara tiba-tiba muncul begitu ramai ‘peguam’, ‘pendakwaraya’ dan juga ‘hakim’ di kalangan ahli dan pemimpin PAS.

Lebih membimbangkan, wujud satu fenomena ‘menjatuhkan hukuman’ kepada para peguam PAS terutamanya Tuan Haji Asmuni Awi kerana kononnya peguam telah cuai, leka, tidak kompeten bahkan sampai ke tahap peguam dituduh mensabotaj Presiden PAS hingga Penghakiman Ingkar tersebut dimasukkan.

Walaupun kami amat kecewa dengan fitnah jahat yang amat tidak berasas ini, namun kami memahami bahawa mereka yang terlibat menyebarkannnya atau yang terkeliru dengan pelbagai fitnah yang sedang berlegar saat ini adalah di kalangan orang awam (layman) yang tidak mempunyai pengetahuan berkenaan dengan fakta sebenar yang terjadi di dalam kes ini. Mereka juga nampaknya sangat tidak memahami prosedur undang-undang yang digunakan di dalam kes-kes yang dibicarakan di mahkamah. Oleh yang demikian, kami bertanggungjawab untuk menjelaskan kedudukan sebenar supaya tidak lagi timbul sebarang fitnah yang akan memburukkan lagi keadaan.

Penjelasan teknikal berhubung dengan apakah dia Penghakiman Ingkar Kehadiran dan prosedur asas di dalam sesuatu saman sivil yang difailkan di mahkamah telah pun saya jelaskan dengan panjang lebar di dalam tulisan saya sebelum ini bertajuk ‘JID for Dummies.’ Pada kali ini, saya hanya ingin mendedahkan fakta ringkas yang berlaku di sebalik Writ Saman dan Penyata Tuntutan bagi kes ini (Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu Guaman Sivil No. 22NCVC-39-12/2013 di antara Mohd Shamsul bin Mat Amin v. Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang) yang dikatakan tidak pernah diterima oleh pihak Presiden PAS sendiri mahupun peguam kepada beliau iaitu Tuan Haji Asmuni Awi hingga membawa kepada kegagalan memfailkan Memorandum Kehadiran di dalam tempoh masa yang ditetapkan yang akhirnya mengakibatkan Plaintif memasukkan Penghakiman Ingkar Kehadiran ke atas Presiden PAS.

Untuk makluman, pihak JUHAM telah memperolehi salinan dokumen (iaitu Afidavit Penyampaian) yang difailkan di mahkamah oleh peguam Plaintif dimana Plaintif mendakwa bahawa mereka telah menyerahkan saman tersebut kepada pihak Defendan melaui pos berdaftar akuan terima (pos AR berdaftar). Afidavit Penyampaian ini walaupun ianya merupakakan dokumen yang difailkan di mahkamah, tetapi ianya adalah dokumen umum yang diperolehi melalui carian yang dijalankan di kaunter pendaftaran mahkamah.

Di dalam afidavit tersebut yang bertarikh 11 Februari 2014, Plaintif telah melampirkan sama dokumen berikut iaitu:

1) sesalinan Writ Saman dan Penyata Tuntutan bagi kes ini,
2) surat iringan Peguam Plaintif bertarikh 2 Januari 2014 yang ditujukan kepada Presiden PAS bagi tujuan menyerahkan Writ Saman tersebut; dan
3) Kad AR pejabat pos yang mengandungi nama dan tandantangan pihak yang menghantar dan menerima Writ Saman tersebut beserta dengan tarikh penghantaran dan tarikh penerimaan.

Di dalam surat iringan Peguam Plaintif bertarikh 2 Januari 2014 yang ditujukan kepada Defendan bagi tujuan penyerahan Writ Saman bagi kes ini, tertera di dalam surat tersebut bahawa peguam Plaintif telah menyerahkan saman tersebut ke alamat Presiden PAS di Pusat Khidmat Parlimen Marang, Bangunan PAS Marang (depan Masjid Rusila), 21080 Kuala Terengganu. Alamat penerima yang tertera di dalam surat ini jelas membuktikan bahawa peguam Plaintif tidak menghantar Writ Saman tersebut ke pejabat peguam Haji Asmuni Awi yang terletak di Ipoh, Perak. Maka, adalah tidak wajar sama sekali untuk menyalahkan Tuan Haji Asmuni Awi di atas penghakiman ingkar yang dimasukkan ke atas Presiden PAS tersebut.

Manakala berdasarkan kepada kad AR yang disertakan bersama dengan surat dan Writ Saman tersebut bagi tujuan merekodkan bukti penghantaran dan penerimaan, surat bersama Writ Saman tersebut telah diposkan oleh Peguam Plaintif pada 9 Januari 2014. Kad AR yang sama seterusnya menunjukkan bahawa Writ Saman tersebut telah diterima pada 16 Januari 2014 di alamat Presiden PAS sebagaimana yang tertera di dalam surat iringan tersebut. Bahkan terdapat cop Pejabat Pos Marang di atas Kad AR tersebut sebagai menunjukkan bahawa kiriman Writ Saman tersebut telah sampai ke Marang dan diproses oleh Pejabat Pos Marang sebelum diserahkan ke alamat Presiden PAS di Marang.

Di dalam Kad AR yang sama juga tertera tandatangan dan nama seseorang yang menerima serahan Writ Saman tersebut bagi pihak Presiden PAS. Walau bagaimanapun, JUHAM tidak boleh mendedahkan nama individu yang tertera di kad AR tersebut bagi mengelakkan sebarang unsur subjudis terhadap kes. Pihak Plaintif seterusnya telah menggunakan AR kad ini sebagai bukti yang diterima oleh mahkamah bagi menyokong hujahan mereka bahawa saman tersebut telah berjaya disampaikan dengan teratur kepada pihak Presiden PAS.

Pihak JUHAM bagaimanapun tidak dapat mengesahkan siapakah dia individu yang menerima AR kad tersebut. Kami juga dimaklumkan bahawa Setiausaha Politik Presiden PAS sendiri telah menjelaskan bahawa pejabat Presiden PAS langsung tidak dapat menemui atau mengesan Writ Saman yang dikatakan telah disampaikan pada 16 Januari 2014.
-dimerahkan oleh GB.

Dalam hal ini, memandangkan writ saman ini tidak diserahkan oleh Peguam Plaintif kepada Tuan Haji Asmuni selaku peguam kepada Presiden PAS dan pada masa yang sama Setiausaha Politik Presiden PAS sendiri mengesahkan bahawa Pejabat Presiden PAS juga tidak dapat mengesan Writ Saman tersebut, di mana asas dan logiknya Tuan Haji Asmuni dituduh sebagai leka dan lembap sedangkan beliau, sama seperti Presiden PAS dan juga Setiausaha Politik Presiden PAS, tidak mengetahui akan wujudnya Writ Saman tersebut?

Saya dimaklumkan bahawa pejabat Haji Asmuni hanya memperolehi salinan Writ Saman tersebut pada 11 Februari 2014. Merujuk kepada fakta ini, ada cakap-cakap daripada pihak tertentu yang mengatakan bahawa memandangkan Penghakiman Ingkar Kehadiran bertarikh 17 Februari 2014 tersebut direkodkan di mahkamah pada tarikh Pengurusan Kes yang diadakan 23 Februari 2014 , maka ianya jelas kecuaian di pihak Haji Asmuni memandangkan Haji Asmuni telah menerima Writ Saman tersebut terlebih awal iaitu pada 11 Februari 2014. JUHAM ingin menegaskan bahawa pandangan ini jelas adalah salah dan tidak mengikut undang-undang.

Suka saya menjelaskan bahawa pada ketika Haji Asmuni menerima salinan Writ Saman tersebut pada 11 Februari 2014, ianya sudah melewati had masa 14 hari bagi Defendan memfailkan Memorandum Kehadiran yang dikira bermula dari tarikh 16 Januari 2014 iaitu tarikh penerimaan Writ Saman secara rasmi sebagaiman yang direkodkan di dalam Kad AR yang dilampirkan di dalam affidavit Plaintif. Dari segi undang-undang terutamanya peruntukan-peruntukan di dalam Rules of Court 2012, selepas dari tamatnya tempoh 14 hari tersebut, Plaintif berhak untuk memasukkan Penghakiman Ingkar Kehadiran. Pada saat ini tiada apa yang boleh dilakukan Defendan meskipun Defendan menghantar satu ‘batalion’ peguam sekalipun ke mahkamah pada tarikh 23 Februari 2014 yang lalu untuk menyekat penghakiman ingkar tersebut. Pilihan yang ada bagi Defendan sekarang ialah memfailkan Notis Permohonan untuk mengketepikan Penghakiman Ingkar Kehadiran tersebut sebagaimana yang telah saya jelaskan di dalam tulisan bertajuk ‘JID for Dummies’ yang lalu. JUHAM dari awal lagi memberikan komitmen untuk mengerahkan segala kekuatan yang ada untuk membantu membela Presiden PAS di dalam kes ini.

Satu lagi cerita dongeng yang disebarkan ialah kononnya Penghakiman Ingkar tersebut yang memerintahkan Presiden PAS untuk membayar gantirugi sebanyak RM2 juta kepada Plaintif bakal mengakibatkan Presiden PAS hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen dan ADUN dan akan menyebabkan berlangsung pilihanraya kecil bagi kerusi Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang. Pandangan sebegini juga adalah salah, penuh dengan imaginasi serta berbahaya kerana mereka ini tidak dapat membezakan di antara kes sivil dan kes jenayah. Kes saman yang dihadapi Presiden PAS ialah kes sivil. Ianya bukan kes jenayah yang membawa pelbagai hukuman seperti hukuman gantung, penjara, sebat atau denda. Berdasarkan Perkara 48 (1) Perlembagaan Persekutuan, antara perkara-perkara yang menyebabkan seseorang itu hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen ialah apabila dia disabitkan dengan satu kesalahan jenayah yang membawa hukuman penjara tidak kurang dari setahun dan denda tidak kurang dari RM2 ribu ringgit. Di sini jelas, kes saman sivil yang membabitkan Presiden PAS atau mana-mana Ahli Parlimen sekalipun tidak akan menjejaskan status mereka selaku Ahli Parlimen.

JUHAM juga ingin memberikan respon terhadap tulisan terbaru Ustaz Zaharudin Muhammad bertarikh 26 Februari 2014 di laman facebook beliau yang menyatakan bahawa, “Semua akan lupa bertanya siapa yg letakkan alamat pejabat marang yang sepatutnya ialah alamat firma guaman terbabit? Apa lawyer yang telah diberikan amanah lakukan selepas mendapat mandat menguruskan kes? Bukankah surat pertama kes ini diserahkan tidak lama selepas ianya diterima?”

Sebagai jawapan kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Ustaz Zaharudin Muhamad, beliau perlu terlebih dahulu memahami apakah yang dimaksudkan dengan “Plaintif”, “Saman” dan apakah yang dimaksudkan dengan “Defendan”. Di dalam kes ini, yang menyaman adalah Plaintif dan Defendan di dalam kes ini ialah Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang. Di dalam mana-mana saman bagi kes sivil, Plaintif bebas untuk meletakkan mana-mana alamat Defendan yang difikirkan sesuai bagi Plaintif. Dari segi undang-undang, Defendan tidak mempunyai kuasa untuk meminda alamat Defendan di dalam Saman yang difailkan oleh Plaintif. Meskipun sebelum dari Writ Saman ini difailkan lagi Hj Asmuni telah memaklumkan secara bertulis kepada peguamcara Defendan memohon agar sebarang Writ Saman yang difailkan dapat diserahkan kepada Haji Asmuni sendiri, namun adalah di luar bidang kuasa Peguam Defendan sekiranya pihak Plaintif tetap ingin menyerahkan Saman tersebut ke alamat Presiden PAS di Marang. Justeru, Hj Asmuni sebagai Peguam Defendan langsung tidak boleh dipersalahkan apabila pihak Plaintif meletakkan alamat Defendan di Marang kerana ia adalah hak sepenuhnya di pihak Plaintif.

Sebagai kesimpulan, JUHAM berharap agar pihak-pihak tertentu yang sedang giat menabur fitnah dan menyebarkan cerita-cerita palsu berkaitan kes ini supaya berhenti dari melakukan perbuatan yang tidak bermoral ini. JUHAM amat kesal dengan situasi yang berlaku ini yang seolah-olah meletakkan hukuman kepada seluruh jentera Peguam PAS yang sentiasa bertungkus-lumus untuk membela PAS serta pimpinan dan ahli-ahlinya. JUHAM khuatir situasi sebegini akan mengundang gelak-ketawa pihak musuh di luar sana.

Dalam hal ini, JUHAM bersedia untuk bersemuka dengan siapa sahaja yang inginkan penjelasan JUHAM berkaitan perkara ini. Moga segala kekalutan dapat dijernihkan dan kita semua dapat menumpukan kepada agenda perjuangan yang lebih besar.

Penulis ialah Pengarah Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM) Pemuda PAS Malaysia. -HD

PAS fail permohonan ketepi penghakiman ingkar RM2 juta


KUALA LUMPUR: Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS akan memfaikan permohonan untuk mengenepikan perintah penghakiman ingkar terhadap Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang secepat mungkin.

Permohonan itu dijangka difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 17 Februari lalu mengarahkan Tuan Guru Abdul Hadi membayar saman RM2,000,000 dalam penghakiman ingkar yang diperolehi oleh Mohd Shamsul bin Mat Amin, calon PKR DUN Bukit Besi, Terengganu.

Selain itu, Ahli Parlimen Marang itu juga diarahkan membayar 5% faedah dari writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.

Ini berikutan kegagalan Tuan Guru Abdul Hadi memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul sebelum ini.

Setiausaha Luham, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus dalam satu kenyataan semalam berkata, pihaknya akan mengambil langkah wajar untuk membatalkan penghakiman tersebut .

"Merujuk kepada perkara tersebut pihak Lajnah Undang-Undang & Hak Asasi Manusia Pas Pusat akan mengambil tindakan sewajarnya pada hari esok (hari ini) untuk suatu proses membatalkan penghakiman tersebut," kata beliau.

Sementara itu, Peguam PAS, Asmuni Awi berkata, pihaknya yakin perintah tersebut boleh diketepikan.

"Kita menerima perintah itu hari ini (semalam) dan kita akan failkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu esok (hari ini) juga.


"Saya yakin perintah ini boleh diketepikan berdasarkan etika pengurusan kes ini," kata Asmuni kepada The Malaysian Insider.

Dalam pada itu satu sidang media akan dibuat oleh Asmuni pada jam 3 petang ini di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu berkait kes itu.
-HD (24 FEB 2014)bahagian yang dimerahkan oleh GB.


ULASAN GB

Menarik. Kerana ia mendedahkan satu hal yang sebelum ini tersembunyi. Ia itu:

Di dalam Kad AR yang sama juga tertera tandatangan dan nama seseorang yang menerima serahan Writ Saman tersebut bagi pihak Presiden PAS. Walau bagaimanapun, JUHAM tidak boleh mendedahkan nama individu yang tertera di kad AR tersebut bagi mengelakkan sebarang unsur subjudis terhadap kes. Pihak Plaintif seterusnya telah menggunakan AR kad ini sebagai bukti yang diterima oleh mahkamah bagi menyokong hujahan mereka bahawa saman tersebut telah berjaya disampaikan dengan teratur kepada pihak Presiden PAS.

Pihak JUHAM bagaimanapun tidak dapat mengesahkan siapakah dia individu yang menerima AR kad tersebut. Kami juga dimaklumkan bahawa Setiausaha Politik Presiden PAS sendiri telah menjelaskan bahawa pejabat Presiden PAS langsung tidak dapat menemui atau mengesan Writ Saman yang dikatakan telah disampaikan pada 16 Januari 2014.
-dimerahkan oleh GB.


1. Siapakah sebenarnya yang telah menerima serahan Writ Saman tersebut bagi pihak Presiden PAS? Pihak JUHAM mengetahuinya tetapi tidak mendedahkan kerana dikatakan "bagi mengelakkan sebarang unsur subjudis terhadap kes".

Baik. Jika demikian halnya ini bererti tumpuan kini ialah siapa "kulprit" yang telah penyapkan writ saman tersebut sehingga ianya tidak diterima oleh defenden (TG Abdul Hadi Awang) dan kini identitinya tidak pula boleh didedahkan di atas alasan subjudis terhadap kes.

Sedangkan defenden berhak untuk mengambil tindakan terhadap kulprit itu kerana dengan sebabnya mahkamah telah menerima Penghakiman Ingkar yang dimasukkan oleh pihak plaintif?

Yang GB kesan dari kenyataan JUHAM di atas, kulprit yang menerima writ berkenaan itu bertugas di Pusat Khidmat Parlimen Marang, Bangunan PAS Marang kerana "tertera di dalam surat tersebut bahawa peguam Plaintif telah menyerahkan saman tersebut ke alamat Presiden PAS di Pusat Khidmat Parlimen Marang, Bangunan PAS Marang (depan Masjid Rusila), 21080 Kuala Terengganu."

Lebih serius lagi menurut laporan malaysiakini bahawa:

Laporan itu menyebut, Vasudevan berkata Abdul Hadi gagal hadir sepanjang tiga kali kes itu disebut di mahkamah dan tidak mengemukakan sebarang memorandum ketidakhadiran atau pembelaan terhadap tuntutan itu. -malaysiakini


Ini bererti sudah tiga kali kes itu disebutkan di mahkamah dan defenden berserta peguamnya lansung tak tahu mengenainya!

2. Soal kompetensi peguam PAS. GB pernah mempersoalkan "professionalisme" peguam PAS. Masakan telah tiga kali disebut di mahkamah peguam PAS lansung tidak tahu menahu mengenainya dan tiada sebarang komunikasi di atas peguam defenden dengan plaintif? Ia bukan FITNAH sepertimana yang dikatakan oleh JUHAM. Malah sehingga ke hari ini, belum ada berita mengenai permohonan untuk mengenpikan Penghakiman Ingkar tersebut dilakukan sekalipun ianya sepatutnya dilakukan pada 24 Februari yang lalu sepertimana yang dijanjikan oleh LUHAM:

Permohonan itu dijangka difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini.


Ini dipertegaskan oleh Asmuni Awi:

Sementara itu, Peguam PAS, Asmuni Awi berkata, pihaknya yakin perintah tersebut boleh diketepikan.

"Kita menerima perintah itu hari ini (semalam) dan kita akan failkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu esok (hari ini) juga.


Sekarang sudah 27 Februari sedangkan tarikh yang dijanjikan oleh LUHAM dan peguam PAS untuk memohon mengenepikan perintah ingkar itu ialah pada 24 Februari. Sudah 3 hari berlalu. Bukankah itu inkompetensi namanya?

Lebih buruk lagi dijanjikan juga:

Dalam pada itu satu sidang media akan dibuat oleh Asmuni pada jam 3 petang ini (24 Februari) di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu berkait kes itu


Rakan GB di Terengganu cuba untuk menghadiri sidang media berkenaan tetapi hampa, tidak ada sidang media berkenaan! Bukankah itu inkompetensi namanya, malah mungkir janji?

Dan di dalam tulisan GB yang lalu, GB tidak memfitnah tetapi berdasarkan kes-kes yang lalu, peguam PAS memang tidak kompeten.

Tiada tindakan selepas GB dedahkannya. Tetapi Allah tidak buta dan tidsak lupa. Hukum kebenaran dan keadilan berjalan apabila berlaku kesilapan teknikal pada kertas undi bagi Ahli Jawatankuasa iaitu terdapat nama calon yang tiada dalam kertas undi sehingga memaksa Asmuni Awi mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan!


Bukankah itu bukti yang nyata terhadap inkompetensi beliau? Bukan niat GB untuk mengaibkan sesiapa tetapi setiap inkomptensi itu sebenarnya ada "harga yang perlu dibayar" oleh ahli parti nantinya.

GB rasa lebih baik LUHAM, JUHAM dan peguam PAS menumpukan kerja dan masa untuk mempercepatkan permohonan pengepian Perintah Ingkar berkenaan daripada mempertahankan inkompetensi mereka dan menuduh ia sebagai fitnah. Ia bukan fitnah tetapi KEBENARAN!

Ketiga, seorang Naib Presiden PAS menegur bahawa sepatutnya kita perlu mengesahkan terlebih dahulu maklumat yang diperolehi sebelum mengulas sesuatu isu. Bagus saranan itu, tetapi isu itu telah meletup dan pihak musuh telah menggunakan isu berkenaan untuk mengdiskreditkan parti. Jawapan pantas perlu diberikan. Blogger bukan reporter. Blogger mengulas mengikut pemerhatian mereka terhadap rentetan peristiwa yang berlaku. Dan bukan mudah untuk blogger mendapatkan maklumbalas atau penjelasan dari pimpinan PAS atau peguam PAS. Pengalaman GB sendiri, banyak SMS yang GB hantar kepada beberapa pimpinan-pimpinan PAS selama ini tidak berjawab menyebabkan kita malas nak berhubung dengan mereka lagi... sehinggakan kami para blogger terpaksa mengggali maklumat dengan segala kepayahan dari sumber lain sebelum isu tersebut terus merosakkan nama parti. Ialah siapa kami... itu sebab GB selalu kata PAS tak pernah menghargai jasa bloggernya tetapi kutuk lagi ada. No hal tentang itu, Allah Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa apa yang telah kami lakukan selama ini dan semuga Dia sahaja yang membalasnya sekalipun pimpinan sering lupa tentang mereka. Yang kutuk itu pun bakal terima juga balasannya. Bukankah Allah itu Maha Adil?

Keempat: GB dan ramai ahli PAS yang lain masih tidak menerima sesuatu tuduhan oleh sesiapa pun sekalipun tidak secara khusus ditujukan kepada sesiapa juga terhadap sesuatu perkara

GB serta rakan-rakan lain dalam parti telah menerima tarbiah dari Ustadz Abd Hadi sendiri bahawa kita tidak boleh menuduh jika tiada saksi:

Di antara contoh keadilan yang berlaku di zaman pemerintahan Saidina Ali karamallahu wajhah, beliau telah menahan seorang Yahudi yang membawa baju besi miliknya. Saidina Ali yang menjadi ketua negara pada masa itu tidak terus merampas baju besinya tetapi membawa Yahudi tersebut ke mahkamah Islam yang diadili oleh kadi Syuraih al-Kandi, seorang hakim yang alim, zuhud dan bersifat dengan seorang hakim Islam.

Syuraih telah membuktikan keadilan Islam yang bukan takut kepada Ali tetapi takut kepada Allah Taala. Sekiranya Syuraih takut kepada Ali tentulah beliau memenangkan Ali di dalam perbicaraan tersebut tetapi Syuraih menegakkan keadilan dengan mendengar hujah daripada kedua-dua pihak. Hakim Syuraih telah meminta Saidina Ali melakukan apa yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam sabdanya:

"Saksi diperlukan kepada orang yang menuduh dan sumpah bagi orang yang menafikan tuduhan".

Lalu Syuraih berkata kepada Saidina Ali: Di manakah saksi anda wahai Amirul Mukminin?

Walau pun baju besi itu haknya, Saidina Ali tidak dapat membawa saksi. Oleh itu hukum Syuraih membuat keputusan menyerahkan baju itu kepada Yahudi tersebut.
L

Apabila Yahudi itu keluar dari mahkamah membawa baju tersebut dan Saidina Ali juga berjalan keluar, selepas beberapa langkah Yahudi tersebut berpaling kepada Saidina Ali dan berkata:

"Wahai Amirul Mukminin! Ambil baju ini, sesungguhnya baju ini kepunyaan Amirul Mukminin. Saya mengambil baju ini ketika ianya terjatuh daripada Amirul Mukminin." Kemudian Yahudi itu berkata "Itulah hukum yang adil dan itulah hukum para nabi, oleh itu saya mengaku, tidak ada Tuhan kecuali Allah dan aku mengaku bahawa Muhammad itu pesuruh Allah.
- TG Abdul Hadi Awang


Itu amirul-mukminin yang dijanjikan syurga oleh Rasulullah, gagal di dalam kes berkenaan kerana tiada saksi, takkan Presiden PAS tidak dapat juga mengemukakan saksi terhadap wujudnya mereka yang menjual pil kuda serta calon kominis dari rakan kita di dalam Pakatan Rakyat sebelum mengeluarkan tuduhan? Sungguh GB tidak dapat menerimanya samasekali.

Kelima: Seruan Solat hajat untuk selamat Presiden. GB tiada masalah tentang itu. Tidak menentang tetapi bagi GB adalah terlebih baik untuk solat hajat dan memohon Allah menunjukkan kebenaran itu sebagai kebenaran dan kebatilan itu sebagai kebatilan, bukan untuk mempertahankan sesuatu yang kita masih samar mengenainya sepertimana doa yaang yang GB selalu anjurkan di blog ini:

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa haqqan, warzuqnattiba’ah, wa arinal bathila bathilan, warzuqnajtinabah

Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

Sekadar itu ulasan GB. Mungkin ada yang bersetuju dan ada yang tidak. Tiada masalah bagi GB. Tetapi sebagai ahli parti yang memperjuangkan kebenaran dan keadilan, sepertimana yang diperintahkan oleh Rasullah saw, kita tidak sama sekali boleh bersikap "assabiyah" (membantu kumpulanmu di atas dasar kezaliman) sekalipun mereka berjawatan paling tinggi di dalam parti. Tiada alasan untuk mempertahankan kebatilan di depan Allah swt nanti.

GB sentiasa bersama Presiden PAS, tetapi ada masanya GB tidak boleh terima apabila ianya tidak mengikuti kebenaran dan keadilan.

Presiden PAS perlu "dibebaskan" daripada dipengaruhi mana-mana individu dan kumpulan di dalam membuat keputusannya.

Pemimpin PAS dan JUHAM nak cadangkan GB dipecat dari parti kerana tak membela Presiden? Silakan!

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Kita doakan situasi panas ini akan mengendur apabila kebenaran dipancarkan oleh Ilahi dan segala-galanya menjadi tenang semula demi untuk kebaikan Pakatan Rakyat umumnya dan jemaah PAS khususnya.

Wallahu 'alam bissawab.

[EDISI SERAM] Bergambar - Jenazah Lengkap Dikafan Ditinggal Di Tepi Jalan


Mayat Dibungkus Dengan Cadar, Kepala Dan Kaki Diikat

BUKIT MERTAJAM: Mayat seorang lelaki dipercayai milik warg asing ditemui dibungkus dalam kain cadar di Jalan Perusahaan 2, Bukit Minyak di sini Rabu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Azman Abd Lah berkata ia ditemui oleh seorang awam yang melalui kawasan itu kira-kira 8.45 pagi dengan kepala dan kaki mayat diikat.

"Keadaan mayat seperti sudah dikafan. Ia masih dalam keadaan sempurna, tidak berpakaian dan mulutnya berbuih. Kita percaya mungkin lelaki itu baru mati," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan mangsa mati ditempat lain sebelum mayatnya diletakkan di situ.

Tiada sebarang dokumen ditemui bersama mayat yang kemudiannya dihantar ke hospital untuk mengenal pasti punca kematian mangsa, katanya.

"Tiada sebarang kesan kecederaan di badan mayat dan tiada unsur jenayah. Kes disiasat sebagai mati mengejut bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan," katanya. - BERNAMA