17 Jun 2017

PAS Membisu Isu 1MDB...

Selepas 24 jam heboh DoJ-1MDB, pimpinan PAS tiada reaksi

Sudah lebih 24 jam dokumen terbaharu difailkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) menjadi perbualan hangat di kedua-dua belah garisan politik, tetapi tidak satu pun pimpinan kanan PAS mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenainya.

Setakat 12.00 tengah malam tadi, tinjauan di beberapa laman rasmi PAS termasuk lidah rasminya Harakah Daily, serta beberapa laman Facebook rasmi milik parti dan pemimpinnya, mendapati isu permohonan terkini DoJ pada Khamis untuk merampas pelbagai aset mewah bernilai AS$540 juta (RM2.3 bilion) kerana dibiayai wang dilesapkan daripada 1MDB, tidak disentuh langsung.

16 Jun 2017

TERBONGKAR: Rantai Berlian Rosmah Dari Wang Derma Yang Dipulangkan

DOJ: 'Derma' dipulangkan diguna beli rantai berlian isteri MO1

Jabatan Kehakiman (DOJ), Amerika Syarikat (AS) akhirnya menyerlahkan apa yang berlaku terhadap wang AS$620 yang dipulangkan Malaysian Official 1 (MO1) kepada “penderma”.

Dalam saman sivil pelucuthakan terbaru, DOJ berkata sekurang-kurangnya A$27.3 juta digunakan untuk membeli loket dan rantai berlian 22 karat berwarna merah jambu untuk isteri MO1. (Gambar hiasan)

15 Jun 2017

[VIDEO] Nasib Proton..... Tergadai Maruah Negara Pun Tak Apa...

Kerajaan ‘jual’ Proton kerana dendam kesumat, kata Dr M

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata keputusan menjual Proton didorong oleh “dendam kesumat”, sehinggakan kerajaan mengabaikan soal maruah negara. “Penjualan Proton dipaksa kerana dendam kesumat. Maruah tidak penting. Membalas dendam lebih penting,” katanya dalam entri terbaru di blognya.

Pengasas industri otomobil kebangsaan itu berkata kerajaan sebenarnya mampu dan tidak perlu menjual kepentingan Proton kepada syarikat China, Kumpulan Geely Holding, jika tidak menggunakan cukai yang dikenakan ke atas rakyat untuk membeli sokongan.

SAHIH: Dua Wakil Rakyat UMNO BN Ini Berdusta Di Bulan Ramadhan

Kecoh bazar Ramadan: Razali, Md Jais perlu minta maaf

DAP Johor menuntut dua pemimpin Umno negeri itu meminta maaf secara terbuka kerana membuat kenyataan mengelirukan mengenai bazar Ramadan di Kluang.

Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor Sheikh Omar Ali berkata reaksi diberikan bekas senator MCA, Gan Ping Sieu, menunjukkan tuduhan dibuat pemimpin Umno itu bersifat fitnah.

"Kenyataan Gan menjadi asas untuk meyakini Anggota Dewan Undangan Negeri Mahkota, Datuk Md Jais Sarday, dan Anggota Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim sudah berbohong," katanya dalam kenyataan media hari ini.

13 Jun 2017

Lain Kali Tulis Besar-besar "BAZAR INI UNTUK ORANG UMNO SAHAJA"...

Orang tak bagi, kenapa masuk juga, kata MP

Anggota Parlimen Kluang Liew Chin Tong dan anggota lain DAP tidak sepatutnya terus memasuki Bazar Ramadan Bandar Kluang kerana mereka tidak dialu-alukan di situ, kata Anggota Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim.

"Kalau rumah kita orang nak masuk, kita tak benarkan, maka kena hormatlah. Takkan dah orang tak bagi masuk, kita nak masuk juga.

"Ketua (Umno) bahagian Kluang sudah explain, dia marah kepada tindakan DAP yang suruh tutup bazar Ramadan itu satu ketika dulu masih memberi kesan. Tiba-tiba hari ini you datang balik, dia marah. Dia tak bagilah, lepas itu you provoke. Ini gaduhlah," katanya kepada pemberita hari ini.

12 Jun 2017

[VIDEO] Insiden Kluang Memalu & Mencemarkan Islam Dan Umatnya

Lelaki mengaku 'imam' halau rombongan PH di bazar Ramadan

Sekumpulan lelaki (berkopiah biru) bertindak kasar dengan menghalau rombongan ziarah Pakatan Harapan (PH) di bazar Ramadan Kluang sehingga mencetuskan kekecohan lewat petang semalam.

Dalam insiden sekitar jam 6.45 petang semalam, sekumpulan lelaki tiba-tiba menghalau dan memaki hamun rombongan PH yang mengedarkam kurma kepada pengunjung dan peniaga bazar.

Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong turut dikasari kumpulan tersebut sehingga kaca matanya terjatuh, lapor Roketkini.

10 Jun 2017

Aikk Dah Sampai Melutut Kepada PKR?

PAS masih harap PKR Kelantan kekal jawatan

PKR pusat memberi arahan meletak jawatan dan pemimpin parti itu di Kelantan dilaporkan masih membuat persediaan - walaupun hampir sebulan lamanya - untuk melaksanakan perintah itu.

PAS pula ada pandangan tersendiri.

Walaupun sudah memutuskan kerjasama politik (tahaluf siyasi), dan mengumumkan untuk bertanding antara satu sama lain pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, PAS masih berharap PKR kekal berkhidmat melalui jawatan lantikan di Kelantan.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata mereka diharap boleh meneruskan khidmat masing-masing sekurang-kurangnya sehingga PRU ke-14 yang dijangka bakal diadakan tidak lama lagi.

9 Jun 2017

Lain Yang Diminta Rakyat Lain Yang DIberikan Najib

‘Rakyat mahu rumah, gaji setimpal bukan dekoder’

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Salahuddin Ayub membidas keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam yang mengumumkan pemberian dekoder percuma bagi siaran TV digital kepada 4.2 juta penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

Dalam satu kenyataan media, hari ini, Salahuddin mempersoalkan pihak yang akan menanggung kos dekoder bernilai RM199 setiap satu itu dan menempelak Najib yang dengan penuh bangga menyatakan Malaysia satu-satunya negara berbuat demikian.

7 Jun 2017

[VIDEO] CEO FGV Ditekan & Digantung, Shahrir Samad Jangan Membisu

PKR mahu Shahrir campur tangan, kekalkan CEO

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menasihatkan Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Tan Sri Shahrir Abdul Samad supaya campur tangan dan meredakan kemelut yang melanda firma perladangan itu.

Shahrir juga, kata beliau yang juga ahli Parlimen Pandan, perlu mengekalkan Datuk Zakaria Arshad selaku presiden dan ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan itu.

"Saya memberi nasihat kepada Shahrir untuk campur tangan dan meredakan keadaan dengan mengekalkan Zakaria sementara segala isu disiasat dengan lebih lanjut.

6 Jun 2017

Razman Diperintah Bayar RM6,000 Lagi Kepada Nizar

Mahkamah tolak rayuan pesuruhjaya Pas Perak, arah bayar RM6,000

Mahkamah sekali lagi mengarahkan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria membayar kos kepada Timbalan Pengerusi Amanah Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.

Razman sebelum ini diarahkan oleh Mahkamah Sesyen untuk membayar kos sebanyak RM8,500.

Kali ini Mahkamah Tinggi Ipoh mengarahkan beliau membayar kos sebanyak RM6,000 dalam tempoh tujuh hari daripada tarikh keputusan semalam.

Ini setelah Hakim Anselm Charles Fernandis semalam menolak rayuan Razman terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang membatalkan Tuntutan Balas yang dikemukakan oleh Bendahari Pas Pusat itu.

3 Jun 2017

Mengapa Tak Kata "Siapa Bantah RUU355 Tak Layak Undi PAS?

Siapa bantah RUU 355 tak layak masuk masjid, kata PAS

Seorang pemimpin PAS Selangor hari ini berkata mereka yang menentang rang undang-undang (RUU) presiden parti itu untuk mengenakan hukuman lebih berat ke atas pesalah syariah tidak layak mengunjungi masjid.

Setiausaha Dewan Ulama PAS Selangor, Muhammad Najhan Halim bagaimanapun tidak secara langsung merujuk kepada bantahan beberapa NGO pro-Umno terhadap wakil rakyat PKR, Sivarasa Rasiah kerana hadir di program menyerahkan sumbangan dan buka puasa di sebuah masjid di kawasan Parlimennya.

30 Mei 2017

[VIDEO] Larang Bukan Islam Berbuka Puasa Bukan Ajaran Islam

PKR: Islam tidak halang orang bukan Islam sertai acara Ramadan

Menghalang orang bukan Islam menyertai majlis berbuka puasa Ramadan melanggar ajaran Islam, kata Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini.

Mereka yang mahukan larangan seperti itu menyebabkan Islam kelihatan “hodoh”, katanya lagi merujuk kepada Jaringan Muslimin Pulau Pinang, yang menunjuk perasaan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng minggu lepas.

Mereka tidak mahu Lim menyertai majlis berbuka puasa kecuali beliau memeluk agama Islam terlebih dahulu.

29 Mei 2017

[VIDEO] Kenapa Aku Sertai AMANAH? - Hisham Fauzi

Bekas penasihat undang-undang Pas umum sertai Amanah

Tampil berkongsikan rasa kecewanya terhadap Pas, peguam Hisham Fauzi memberitahu tiga daripada enam Ahli Jawatankuasa Teknikal Pelaksanaan Syariah Persekutuan telah menyertai Amanah.

Bekas penasihat undang-undang Pas itu tidak dapat lagi menerima sikap Pas pada masa ini yang gagal bertindak menyuarakan kesempitan ekonomi rakyat.

"Saya salah seorang enam daripada Ahli Jawatankuasa Teknikal Pelaksanaan Syariah Persekutuan. Kita dalam jawatankuasa membincangkan bagaimana untuk melaksanakan syariah di Malaysia.

26 Mei 2017

Isu Hannah Yeoh, KANUN Libas Kenyataan Pensyarah

Komentar Terhadap Tulisan Dr Kamarul Zaman Yusoff - “PEMIMPIN AMANAH BODOH, KUDA TUNGGANGAN DAP”

1. Dr Kamarul Yusoff telah merewang panjang berkaitan beberapa kenyataan ahli dan pimpinan AMANAH (tulisan FB beliau bertarikh 24/5/2017). KANUN hanya berminat untuk mengulas mengenai penyataan beliau terhadap KANUN.

2. Beliau menyatakan,

“Kepada Timbalan Pengerusi Biro Undang-Undang (KANUN) AMANAH, Wan Anwar Wan Ibrahim, bagaimana seorang peguam seperti kamu boleh menyatakan bahawa sekatan ke atas kebebasan berpersatuan hanya boleh dilakukan jika ada ancaman keselamatan ke atas Persekutuan atau ketenteraman awam sedangkan Seksyen 2A (1) dan Seksyen 13 Akta Pertubuhan terang-terang memberikan kuasa kepada Pendaftar Pertubuhan untuk membatalkan pendaftaran mana-mana pertubuhan yang didapati melanggar syarat-syarat yang ditetapkan? Suka juga saya mencabar Wan Anwar Wan Ibrahim supaya membuat laporan polis kepada saya di bawah Akta Hasutan jika benar tulisan saya adalah berbentuk hasutan.”

20 Mei 2017

[VIDEO] Che Det Jawab Pelbagai Soalan, Dulu Hadi Juga Peluk Kit Siang

China, ekonomi, Islam… dan tips jantung, Dr M jawab semua

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata kecenderungan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sekarang kepada pelaburan China adalah dengan niat untuk mendapatkan wang negara itu.

“Dia (Najib) nak duit China. Dia beri kontrak besar kepada China. Bila dia tidak ada duit nak bayar hutang, dia akan serahkan wilayah negara kepada China,” kata bekas perdana menteri itu dalam serangan terbarunya terhadap dasar ekonomi Najib yang memberikan tumpuan kepada pelaburan dan penglibatan syarikat China.