27 Apr 2010

Hulu Selangor : BN Tak Mampu Berbangga

Pakatan Rakyat, yang gagal mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor kelmarin, telah mencatatkan peningkatan kelebihan undi membabitkan kawasan Dewan Undangan (DUN) Kuala Kubu Baru, yang majoriti pengundi merupakan masyarakat Cina.

Peningkatan ketara undi itu dikatakan telah menghalang Barisan Nasional (BN) daripada memperoleh majoriti lebih besar.

BN mengharapkan majoriti lebih 6,000 undi.

Calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim memperoleh lebih 2,030 undi berbanding calon BN P. Kamalanathan.

Zaid dan Kamalanathan masing-masing menerima 7,194 dan 5,164 undi daripada pengundi bahagian DUN Kuala Kubu Baru.

Dua tahun lalu calon Pakatan Rakyat, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad hanya mencatatkan lebih 344 undi dari bahagian itu.

Pada 8 Mac 2008 Allahyarham Zainal memperoleh 6,146 undi untuk menewaskan Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel yang menerima 5,802 undi.

Kuala Kubu Baru merupakan salah satu daripada tiga kerusi DUN yang terdapat dalam bahagian Parlimen Hulu Selangor yang menyaksikan pilihan raya kecil ekoran kematian Zainal bulan lalu.

Di DUN Kuala Kubu Baru, 45.1 peratus daripada 18,040 pengundi adalah kaum Cina dan diikuti oleh Melayu 30 peratus, India (22 peratus) dan Orang Asli pula 1.7 peratus.

Antara daerah mengundi yang memihak kepada Pakatan Rakyat ialah Kampung Baru Cina, bandar Kuala Kubu Baru sendiri, Kampung Baru Rasa, pekan Rasa, Kampung Baru Batang Kali, Ladang Kerling dan Hulu Yam Lama.

Analisis awal menunjukkan Pakatan Rakyat menerima peningkatan undi daripada masyarakat Cina sehingga menimbulkan persoalan mengapa pengundi kaum ini tidak memberi sokongan kuat kepada BN.

Ekoran situasi itu Perkasa meminta kerajaan pusat BN menangguhkan bantuan dan peruntukan kepada masyarakat Cina.

Peratusan undi kaum Cina di Hulu Selangor kepada BN dikatakan kurang daripada 30 peratus, lebih kecil berbanding prestasi tahun 2008.


Bagaimanapun BN memenangi bahagian Batang Kali, yang menawarkan 29,026 pengundi, daripada “penguasaan” Pakatan Rakyat dua tahun lalu.

Kali ini calon BN menerima 11,820 undi berbanding Zaid 10,519 yang bersamaan dengan perbezaan 1,301 undi di Batang Kali.

Dua tahun lalu Zainal menguasai undi kawasan DUN Batang Kali dengan menerima 11,407 berbanding Palanivel 9,618 undi. Kelebihan undi Zainal dari kawasan itu ketika itu ialah 1,789 undi.

Seramai 59 peratus pengundi di Batang Kali merupakan orang Melayu, India pula 20 peratus, Cina (19.7 peratus) dan Orang Asli 1.1 peratus).

Bahagian DUN Hulu Bernam yang lazimnya dianggap sebagai kubu sokongan bagi Umno terus memperlihatkan arah aliran undi kepada calon BN.

Hulu Bernam menyumbangkan undi dari kawasan Felda, antaranya membabitkan daerah mengundi Kampung Sungai Dusun dan Kampung Sungai Tengi Selatan.

Zaid pula memperoleh sokongan daripada pengundi di daerah mengundi Kampung Baharu Kalumpang dan Kampung Hulu Bernam.

Dalam pilihan raya kecil kelmarin, calon BN menerima 7,246 undi di Hulu Bernam berbanding 6,855 undi diterima Palanivel dua tahun lalu, meningkat 391 undi.

Bagaimanapun undi diterima calon Pakatan Rakyat kali menurun 31 undi berbanding 5,470 pada Mac 2008.

Hulu Bernam terdiri daripada 17,434 pengundi dengan 66.4 peratus merupakan pengundi Melayu, Cina (17 peratus), India (15 peratus) dan Orang Asli pula 0.5 peratus). -TMI


Kemenangan yang tak perlu dibanggakan

Sebaik keputusan pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor diumumkan, kalungan tahniah dan puji-pujian melimpah sesama pemimpin Barisan Nasional. Namun jika diteliti, kemenangan oleh P Kamalanathan itu bukan sesuatu yang membanggakan.

Majoriti yang diperolehinya adalah 1,725 undi dan jika undi pos sebanyak 627 yang terdiri daripada anggota keselamatan yang lazimnya berpihak kepada BN diketepikan, BN cuma mendapat majoriti 1,078.

Jumlah itu agak jauh lebih kecil daripada jumlah undi 6,176 yang dimenangi oleh BN di tiga kerusi dewan undangan negeri yang terletak di parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya umum 2008 lalu.

Ini menjelaskan mengapa Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari pengundian begitu yakin Kalamanathan mampu menang dengan sekurang-kurangnya majoriti 6,000 undi.

'Undi pecah'

Pada pilihan raya umum yang lalu, pengundi memberikan undi mereka kepada PKR pada peringkat persekutuan tetapi bagi kerusi negeri, mereka memilih BN.

Antara faktor yang mempengaruhi trend pengundian ketika itu adalah kerana rakyat di Hulu Selangor, khususnya masyarakat Melayu dikatakan cukup tidak berpuas hati dengan G Palanivel dari MIC yang memegang kerusi parlimen berkenaan dari 1990 hingga 2008.

Sebelum ini, MIC berkeras mahukan timbalan presiden mereka sekali bertanding di Hulu Selangor, namun akar umbi, Umno menentang keputusan itu.

Tindakan itu menyaksikan BN kali ini meletakkan muka baru dengan mengetengahkan Ketua Penerangan MIC, P Kamalanathan.

Selain calon muka baru, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga mengumpan penduduk Hulu Selangor dengan pelbagai janji dan sogokan.

Dua yang paling ketara ialah peruntukkan RM3 juta untuk SRJK (C) Rasa dan RM5 juta sebagai bayaran pampasan peneroka Felda Sungai Buaya. Namun umpan itu dengan syarat jika BN memenangi kerusi Hulu Selangor.


Di sebalik semua itu, BN masih gagal mengubah trend pengundian kerana majoriti yang diperolehi mereka pada Ahad lalu masih kekurangan 4,451 daripada apa yang sepatutnya dikumpul daripada tiga kerusi negeri pada pemilihan 2008.

Majoriti yang dimenangi BN hanya mewakili 3.5 peratus daripada jumlah undi yang dibuang dan dianggap antara yang paling rendah. Lazimnya majoriti BN berlegar melebihi paras 8,000 undi sejak 1990.

Justeru, Hulu Selangor tidak lagi boleh dikatakan kubu kuat BN.

Najib yang menyedari hakikat berkenaan, cuba mengelak soalan wartawan apabila ditanya sama ada keputusan pilihan raya itu adalah bukti rakyat menyokong agenda pembaharuannya.

Sebelum ini, Najib dilaporkan berkata pilihan raya kecil Hulu Selangor adalah medan terbaik sebagai pungutan suara bagi rancangan pembaharuannya termasuk Model Ekonomi Malaysia, gagasan 1Malaysia dan program tranformasi kerajaan.

Melayu sokong BN, Cina undi Pakatan

Bagi tujuan perbandingan, keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor hampir menyerupai keputusan pilihan raya di Bukit Gantang dan Bagan Pinang yang menyaksikan pertambahan undi Melayu untuk BN dan pada masa yang sama peningkatan sokongan masyarakat Cina kepada Pakatan Rakyat.

Ini amat ketara sekali di Hulu Selangor apabila BN menang di semua daerah mengundi yang mempunyai majoriti masyarkat Melayu manakala Pakatan menyapu bersih di kawasan Cina.

Pada pusingan kali ini, dianggarkan BN berjaya menguasai 65 peratus undi Melayu yang sekali gus meranapkan harapan PKR untuk merampas sekurang-kurangnya 40 peratus undi Melayu.

Sebagai rujukan, berikut sampel enam daerah mengundi yang mempunyai majoriti pengundi Melayu: Kpg Soeharto (66.1 peratus mengundi BN), Gedangsa (60.6), Sungai Tengi (68.4), Batang Kali (61), Hulu Kali (62.7) dan Sungai Buaya (73.5).

Menurut laporan akar umbi, insentif kewangan yang ditaburkan oleh Najib dan konco-konco BN serta serangan peribadi ke atas calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim, sedikit sebanyak mempengaruhi pengundi Melayu.

Namun umpan dan serangan berkenaan tidak berkesan di kalangan masyarakat Cina seperti yang dilihat pada sampel daerah mengundi yang mempunyai majoriti pengundi Cina.

Sampelnya seperti berikut: Kalumpang (77.2 peratus mengundi PKR), Ulu Yam Timur (71.1), Kerling (68), Kuala Kubu Bharu (78.4), Kampung Baru Batang Kali (80.5), Ulu Yam Lama (71.1) dan Kampung Baru Rasa (82.5).

Sepanjang tempoh berkempen, PKR dan DAP menjaja isu Muhyiddin yang mengakui bahawa dia adalah Melayu terlebih dahulu dan kemudian baru rakyat Malaysia.

Selain itu, kenyataan Datuk Seri Noh Omar yang menggesa masyarakat India dan Cina supaya berterima-kasih kerana diberi taraf warga negara serta isu kematian Teoh Beng Hock terus menjadi modal mereka.

MCA ternyata tidak berdaya menangkis atau mampu memberikan jawapan yang bertenaga tetapi sebaliknya terpaksa membawa Najib datang ke Hulu Selangor untuk menaburkan janji-janji.

Bagi sesetengah penganalisis, pemenang terbesar pada pilihan raya kecil Hulu Selangor ini adalah masyarakat Cina. Ini kerana mereka berjaya menyampaikan mesej secara jelas kepada BN dan pada masa yang sama, menerima habuan ataupun akan menerima ganjaran yang dijanjikan.

Apa seterusnya?

Di kalangan pengundi India, PKR hanya memenangi satu daripada lima daerah mengundi yang mempunyai majoriti pengundi India.

Ada yang berpendapat kegagalan PKR menarik sokongan masyarakat India adalah kerana kerajaan negeri Selangor lembap dalam menagani masalah yang dihadapi oleh komuniti itu.

Kegagalan Pakatan Rakyat mendapatkan sokongan daripada Hindu Rights Action Force (Hindraf) dan Parti Hak Asasi Manusia juga dikatakan membawa padah. -mk


Pemindahan nama pengundi: Zaid patut kalah lebih 5 ribu

Kekalahan PR di Hulu Selangor telah pun diduga dari awal. Sejak pengumuman Pengarah Pilihan raya PKR Fuziah Salleh bahawa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah memindahkan lebih 13,000 nama pengundi berdaftar ke parlimen berhampiran beberapa hari sebelum tarikh membuang undi, kekalahan kepada Pakatan rakyat (PR) jelas terbayang. Namun pimpinan PR meneruskan juga penyertaan dalam pilihanraya itu demi pengundi yang dahagakan perubahan.

Jika dilihat dari keputusan pilihan raya 2008 adalah seimbang, di mana Allahyarham Zainal Abidin menang 198 undi. Bermakna dalam 60,000 pengundi berdaftar di parlimen itu, separuh daripadanya bolehlah dianggap mengundi PR. Dengan itu dari 13,000 pengundi yang dipindahkan itu, tentunya terdapat sekurang-kurangnya 6,000 penyokong PR.

Sebab itu sejak awal lagi TPM Muhyiddin Yassin menetapkan sasaran 6,000 undi majoriti kemenangan BN. Kekalahan Zaid dengan hanya 1,700 undi adalah di luar perancangan mereka. Sepatutnya Zaid kalah 1,700 + 6,000, iaitu 7,700 undi. BN akan memalukan PR dengan kekurangan sokongan yang amat dahsyat, sekaligus menolak keluar Anwar sebagai faktor utama kemenangan PR pada pilihan raya lalu.

Namun kerja keras aktivis PR; ahli PKR, PAS dan DAP di Hulu Selangor berjaya membina momentum kebangkitan rakyat, terutama kepada pengundi Melayu yang sebelum ini padu menyokong BN.

Terdapat pusat mengundi di kampung-kampung Melayu yang mana Saluran 1, iaitu pengundi di atas usia 50an, BN hanya menang tipis. Kebangkitan di Rasa dan Batang Kali yang jentera PR sukar untuk tembus pada PRU lalu memberi gambaran bahawa penyokong tegar Umno di luar bandar mula berpuas hati dengan pemerintahan PR. Oleh itu tidak hairan apabila ada pertambahan undi kepada PKR setelah ditolak yang dipindahkan.

Sesungguhnya PR tidak kalah di Hulu Selangor. Cuma BN terlalu bermaharaja lela memberi pelbagai peruntukan dan meluluskan projek segera. Itu pun PR mampu meraih tambahan 4,000 undi. Cubalah sekiranya BN berkempen seperti PR tanpa menggunakan jentera kerajaan pusat dan peruntukan pusat. Tentunya mereka akan kalah teruk.

Walau apa pun Hulu Selangor telah mendedahkan kelicikan BN memindahkan pengundi. Taktik yang sama akan digunakan pada pilihan raya umum 2 tahun lagi. Sebagaimana yang pernah digunakan oleh BN untuk menumbangkan kerajaan BA Terengganu pada 2004 lalu. Oleh itu PR perlu bersedia dan memikirkan cara untuk melepasi perangkap BN. -erapakatan

26 Apr 2010

Gaji Polis Perlu Diturunkan!

Berita 1
Kakak, rakan yakin remaja ditembak polis bukan penjenayah

Norazura Amzah, 39, yang ditemui di perkarangan masjid di kawasan perumahan Seksyen 11 di sini berkata beliau hanya mengetahui adiknya Aminulrashid, 15, yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mati ditembak ketika ingin membuat laporan kehilangan adiknya yang tidak pulang sejak malam tadi.

“Ibu telefon pagi tadi memaklumkan adik tidak pulang ketika keluar dengan sebuah kereta Proton Iswara milik seorang lagi kakaknya.

“Saya mula tidak sedap hati dan terus bergegas ke rumah ibu kemudian kami sekeluarga membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini dan dimaklumkan terdapat kejadian tembak membabitkan seorang remaja berdekatan rumah ibu di Seksyen 11,” katanya di sini hari ini.

Kejadian tembak itu juga dipercayai berlaku pada kira-kira pukul 2 pagi tadi hanya kira-kira 100 meter dari rumah mangsa.

Norazura yang beberapa kali terhenti bercakap kerana menahan sebak berkata mereka bergegas ke bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dekat sini namun tidak dibenarkan masuk.

Beliau berkata seorang daripada pegawai bertugas di bilik mayat itu kemudiannya mengesahkan mayat remaja berkenaan menyamai paras rupa adiknya yang merupakan anak bongsu daripada lapan adik-beradik dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9 di sini.

“Maaf, saya sangat kecewa dan sedih, apalah salah seorang remaja seperti adik saya, jangan membuat tuduhan melulu dan cuba fikirkan apa rasanya andai dia berlaku kepada kita,” katanya.

Tinjauan Bernama di perkarangan masjid di Seksyen 11 di sini mendapati lebih 200 rakan Allahyarham dan saudara mara berkumpul untuk menunaikan solat jenazah dan memberi penghormatan terakhir kepada mangsa.

Turut kelihatan Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Noor Azam Jamaluddin, timbalannya Supt M. Chandara serta Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad.

Van jenazah polis turut disediakan bagi membawa jenazah ke tanah perkuburan yang diiringi unit kawalan motosikal polis.

Jenazah Aminulrashid selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini selepas solat Maghrib tadi.

Sementara itu, Khalid berkata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar memberikan jaminan bahawa siasatan menyeluruh akan dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian itu.

“Allahyarham seorang remaja yang dikenali di kawasan ini dan kemungkinan melakukan jenayah adalah tidak mungkin sama sekali,” katanya.

Seorang pemilik kafe siber, yang dikenali sebagai Amin berkata Allahyarham ialah seorang remaja yang mudah didekati dan penyayang serta sering mengunjungi premisnya.

“Kali terakhir saya menemuinya petang semalam ketika dia melayari Internet di sini dan bergurau dengan anak-anak saya, kemudian selepas bermain bola di padang berhampiran dia sempat melambaikan tangan ke arah saya dan isteri,” katanya sebak.

Pada kejadian itu, Aminulrashid mati terkena tembakan polis manakala rakannya berjaya melarikan diri ketika terserempak dengan kereta peronda polis di kawasan seksyen 11 di sini. — Bernama

BERITA 2

Benjy ditangkap semula untuk tutup kelemahan polis, kata peguam

KUALA LUMPUR, 26 April — Penangkapan semula pelakon Khaireyll Benjamin Ibrahim, yang lebih dikenali sebagai Benjy, dan tindakan menahannya mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985, dibuat bagi menyelamatkan imej polis kerana gagal mengenakan tuduhan mengedar dadah terhadapnya, kata seorang peguam kepada Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Amer Hamzah Arshad, yang mewakili Benjy, berkata pegawai yang membuat tangkapan semula itu, Insp Nur Hazurah Ab Talib, mengaku dalam afidavitnya bahawa tidak terdapat bukti bagi mengenakan pertuduhan mengedar dadah terhadap pelakon berkenaan.

“Jadi, apa yang berlaku selepas itu ialah polis menggunakan peruntukan di bawah Langkah-langkah Pencegahan Khas, walaupun hakikatnya tidak ada bukti untuk mengenakan pertuduhan terhadap pemohon dan dia juga tidak pernah dianggap menjadi ancaman terhadap ketenteraman awam,” kata Amer Hamzah dalam permohonan writ habeas bagi mendapatkan pembebasan segera Benjy.

Benjy, anak pelakon veteran Azean Irdawaty, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan memiliki 0.24gm methamphetamine di rumah beralamat A-6-5 Menara Duta 2, Jalan 1/38B, off Jalan Segambut di sini pada pukul 4 petang, 11 Mac 2010.

Sejurus selepas membayar wang ikat jamin, dia ditangkap semula kerana didakwa terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah.

Dalam permohonan yang difailkan pada 8 April, Benjy menamakan Ketua Polis Negara, Menteri Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden serta memohon perintah agar dia tidak ditangkap semula setelah dibebaskan.

Dia juga memohon mendapatkan perisytiharan bahawa penangkapan dan penahanannya mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) adalah salah, tidak sah dan terbatal serta berniat buruk.

Amer Hamzah berkata akhbar The Star, dalam laporannya bertarikh 27 Mac, memetik Menteri Dalam Negeri sebagai berkata bahawa Benjy ditangkap semula kerana polis memerlukan bantuannya dalam penyiasatan berhubung dadah sintetik.

Katanya adalah menjadi kelaziman di sisi undang-undang bahawa seseorang yang dikehendaki membantu polis dalam penyiasatan, tidak boleh ditangkap.

Amer Hamzah berkata ketika Benjy berada dalam tahanan, polis mengadakan sidang akhbar untuk memberi maklumat tertentu berhubung penahanannya, sedangkan tidak terdapat peruntukan undang-undang yang membenarkan perkara itu kerana siasatan berkenaan dianggap sulit.

“Satu-satunya kesimpulan lojik yang boleh dibuat ialah sidang akhbar itu dan pendedahan maklumat berkenaan bertujuan untuk mengaibkan Benjy dan untuk cuba menutup ketidakcekapan mereka kerana tidak berupaya mengenakan pertuduhan terhadap Benjy mengedar dadah,” katanya.

Amer Hamzah juga merujuk kepada perisytiharan berkanun Afifi Hamidi, yang ditangkap bersama Benjy, bahawa seorang pegawai polis telah mengugut dan memaksanya supaya mengaitkan Benjy.

Peguam itu berkata Benjy tidak boleh ditangkap semula bagi tujuan mewujudkan kes terhadapnya dengan tujuan mendapatkan bukti supaya Menteri Dalam Negeri mengeluarkan perintah menahannya mengikut Seksyen 6(1) Langkah-langkah Pencegahan Khas.

Kata beliau adalah jelas bahawa polis tidak mempunyai sebab untuk mempercayai Benjy terlibat dalam sebarang kegiatan pengedaran dadah yang boleh memudaratkan ketenteraman awam dan oleh itu mahkamah tidak ada pilihan selain membenarkan permohonan Benjy agar dia segera dibebaskan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak bersambung esok. — Bernama

Ulasan GB

Dua berita di atas adalah dari agensi berita nasional. Jadi usah tuduh blogger menyebarkan berita palsu untuk merendahkan kredibiliti polis. Sepertimana GB selalu nyatakan bahawa tindakan polis itu sendiri yang menunjukkan bahawa PDRM tidak professional dan tidak ada integriti.

Gaji polis telah dinaikkan. Namun professionalisma dan kredibiliti polis terus merudum. Justeru sepatutnya gaji polis perlu diturunkan bukan dinaikkan jika demikian hal yang berlaku.

KPN, anda perlu bertanggung-jawab. Letak jawatan dengan segera sebelum lebih ramai orang awam jadi mangsa.


Hulu Selangor : Bangkitkan Semangat PR Ke Putrajaya

Penasihat DAP, Lim Kit Siang membawa ingatan penyokong Pakatan Rakyat kepada keperitan keputusan pilihan raya kecil Ijok pada 2007 tetapi berubah menjadi nostalgia manis setahun kemudian.

Beliau berkata demikian pada ceramah di Stadium Mini Kuala Kubu Baru sejurus selepas keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor Pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Beliau menegaskan kekalahan Pakatan Rakyat kali ini tidak akan merencat perjuangan rakyat.

"Dalam perjuangan, jalannya tidak mudah sebaliknya akan mengambil masa untuk mencapai kejayaan yang diharap-harapkan," katanya.

Kit Siang turut mengajak semua pihak khususnya penyokong Pakatan Rakyat mengimbas kembali keputusan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok.

Pada 2007, calon Pakatan Rakyat, Tan Sri Khalid Ibrahim ditewaskan BN yang memperalat seluruh jentera dan menggunakan pelbagai taktik kotor, dengan majoriti 1,850 undi.

Seperti Datuk Zaid Ibrahim, Tan Sri Khalid juga ditewaskan calon BN dari MIC.
Malah, majoriti Parlimen Hulu Selangor yang diperoleh BN kali ini hampir sama dengan majoriti DUN Ijok pada 2007, bahkan lebih kecil iaitu 1,725 undi.

Bagaimanapun, kerusi DUN Ijok mudah dimenangi Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-12 setahun kemudian, malah calonnya kemudian menjadi Menteri Besar Selangor.

Sehubungan itu, Kit Siang mengisytihar Hulu Selangor sebagai Ijok kedua, malah menganggap Parlimen Hulu Selangor bakal menjadi landasan ke Putrajaya.

"Dari kekalahan DUN Ijok, kita tawan Selangor . Kali ini dengan kekalahan Parlimen Hulu Selangor, kita jadikan landasan untuk mengambil alih kerajaan Persekutuan," katanya. -TVS

UMNO BN Belanja RM64 Juta Namun Tewas 2 DUN

Perdana Menteri Najib Razak telah membelanjakan sejumlah RM64 juta untuk memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.

Meskipun begitu UMNO Barisan Nasional sekadar menang tipis dengan 1725 undi sahaja.

Lebih dari itu Barisan Nasional kehilangan 2 kerusi Dewan Undangan Negeri, Kuala Kubu Baru dan Batang Kali.


Bekas Menteri Undang- undang Datuk Zaid Ibrahim berkata Pakatan Rakyat tidak redha dengan kemenangan UMNO Barisan Nasional yang diraih dengan cara kotor dan dipalit rasuah.

“Perdana Menteri Najib Razak belanja lebih daripada RM64 juta untuk menang pilihan raya kali ini. Kita berdepan dengan keadaan dimana pembelian undi berleluasa,“ kata Zaid.

Beliau juga kesal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menutup mata, enggan mengambil sebarang tindakan terhadap rasuah undi yang disuakan kepada pengundi parlimen itu.

“Kita tewas kerana amalan membeli undi itu halal dinegara kita. Jika kita tidak atasi masalah ini, kita akan berdepan dengan masalah besar dimasa- masa akan datang,” ujarnya lagi. -TVS



P'raya Hulu S'gor: BN menang, MCA tewas

"Perubahan" dalaman yang ditegaskan kembali oleh BN dalam pilihan raya Hulu Selangor sepanjang tempoh berkempen sepanjang minggu lalu perlu bermula dengan mengenalpasti kelemahan ketara MCA.

Walaupun pada permulaan kempen, BN bergelut dengan masalah dalaman MIC ekoran pemilihan calon kompromi P Kamalanathan, tetapi kemerosotan undi Cina kepada BN sebenarnya menggambarkan kerapuhan semangat dalam MCA.

Keputusan pilihan raya kecil semalam memihak kepada BN.

Pengerusinya Datuk Seri Najib Razak menyifatkan kemenangan itu sebagai peralihan sokongan masyarakat kembali kepada BN.

Namun BN masih di belakang dalam usaha mendapatkan sokongan daripada kaum Cina, sedangkan golongan India dan Melayu sudah mula beralih sokongan kepada parti itu bagi pilihan raya kecil semalam.

Najib melihat keputusan dengan kelebihan 1,725 undi berbanding 23,272 undi yang diraih calon PKR sebagai pencapaian signifikan kerana pertandingan berlangsung dalam negeri Pakatan Rakyat.

Pilihan raya semalam turut menyaksikan BN kehilangan 30 peratus sokongan masyarakat Cina berbanding pencapaian mereka dalam pilihan raya umum dua tahun lalu.

Beliau juga mengaitkan keputusan itu dengan usaha perubahan yang dilakukan BN, seperti yang diuar-uarkan sepanjang kempen pilihan raya berlangsung.

Kamalanathan anak kampung

Sepanjang lapan hari tempoh berkempen, banyak poster bertulis "BN mampu berubah" dikesan di serata tempat - dilihat bertujuan mengembalikan kepercayaan pengundi.

BN sebelum ini ditolak oleh pengundi dalam pemilihan Mac 2008, antaranya kerana sikap 'angkuh' yang ditunjukkan parti pemerintah itu. Kali ini mereka cuba kembali ke gelanggang Hulu Selangor dengan rendah hati.

Ia cuba menonjolkan kepada pengundi bahawa parti itu "mampu berubah" dan cuba mendekati rakyat Hulu Selangor dengan kelebihan sumbernya.

Imej Kamalanathan juga cuba dipotretkan sebagai anak kampung, berbanding perwatakan 'urban dan liberal' calon PKR Datuk Zaid Ibrahim.

Jika janji-janji pembangunan - yang didakwa melebihi RM 64 juta - lanskap Hulu Selangor mungkin akan berubah sepenuhnya. Imbuhan-imbuhan tersebut tidak dinafikan mampu memikat sebahagian pengundi, terumanya golongan Melayu.

Kerja keras BN apabila Najib sebagai presiden Umno sendiri turun sejurus selepas sahaja pulang daripada luar negara juga menunjukkan kesungguhannya.

Umpama ayam tiada kepala

Malah, Najib masih berada di Hulu Selangor bagi bertemu dengan masyarakat Cina melalui lawatan rumah ke rumah, di hari terakhir kempen kelmarin.

Kelmarin juga, dalam perbualan tidak formalnya dengan Malaysiakini di pusat media, Najib sejak awal lagi memberitahu, masyarakat Cina tidak banyak memberikan undi kepada BN disebabkan masalah dalaman regu utama MCA.

Seorang pemimpin tempatan Datuk Zainal Abidin Sakom pula berpendapat pertikaian di kalangan pucuk pimpinan parti Cina itu - yang lama berlarutan - menimbulkan masalah penyelarasan jentera sokongan kepada BN.

"(Jentera) mereka seolah-oleh seperti ayam tak ada kepala," katanya kepada Malaysiakini ketika ditanya mengenai prestasi jentera MCA.

Zainal yang juga bekas Adun Batang Kali bagaimanapun akur, proses pemulihan MCA akan mengambil tempoh yang lebih lama sebelum dapat dinilai sepenuhnya.

"Pemilihan (MCA) pun baru lagi, baru sangat lagi," tambahnya ketika ditemui selepas pengumuman keputusan pemilihan di Dewan Serbaguna Kuala Kubu Baharu malam semalam.

Senario ini juga diakui presiden MCA sendiri Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang membayangkan bahawa masyarakat Cina lebih memandang kepada faktor kepemimpinan, berbanding soal kehendak dan keperluan asas mereka sendiri. -mk


Hulu Selangor: Anugerah Dari Kegagalan

Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim akur dengan kekalahannya pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Menurutnya, kekalahan itu bukanlah penentu kepada kejatuhan PKR tetapi bakal bangkit dengan kemenangan pada pilihan raya umum ke 13.

“Saya boleh terima kekalahan saya dan saya percaya semua terima kekalahan ini sebab dalam pertandingan pasti ada yang tewas.

“Tetapi biarlah rakyat negara ini merasa mereka tewas bukan kerana ditipu. Tewas kerana kita ingin kestabilan negara dan rakyat mestilah diberi keyakinan bahawa tidak sia-sia undi itu,” katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 300 penyokong PKR di Stadium Kuala Kubu Baru di sini selepas pengumuman kekalahannya malam semalam.

Turut hadir, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Naib Presiden PKR, Azmin Ali, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh dan Pengarah Strategik PKR, Tian Chua.

Zaid berkata, apa yang dihadapi ialah satu sistem politik yang teruk dan pemimpin yang tidak hormat pada undang-undang.

Beliau mendakwa pilihan raya kecil kali ini adalah yang paling buruk dan penuh dengan rasuah dalam sejarah pilihan raya kecil.

“Kita berdepan dengan mereka yang membeli dan menghalalkan undi tidak kira di waktu siang mahupun malam.

“Saya harap penyokong-penyokong kita bersabar dan usah risau dengan keadaan ini kerana saya boleh menghadapi cabaran ini.

“Saya berjanji saya akan sama-sama dengan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan bekerja keras dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti,” katanya.

Beliau berharap pengundi di Hulu Selangor akan dapat memahami dan menerima perjuangannya selepas ini.

Dalam keputusan semalam, Barisan Nasional memenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor dengan calonnya, P Kamalanathan memperoleh 24,997 undi, sementara Zaid hanya mendapat 23,272 undi. Kamalanathan menang dengan majoriti 1725 undi.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahlan pada pukul 9.15 malam tadi di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Pejabat Daerah Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru. -SK

Ulasan GB

Sebaik saja berita kekalahan PKR diterima, GB malam tadi memutar sebuah lagu "Anugerah Dari Kegagalan" nyanyian Datok Shake. Ramai tertanya apa ertinya kegagalan Pakatan Rakyat di Hulu Selangor?

Bagi yang memahami, menang atau gagal adalah satu anugerah.

Gagal itu juga satu syurga. Kerana selepas ini Hulu Selangor akan dibangunkan oleh BN seperti yang mereka janjikan. Ratusan juta perlu dicurahkan bagi memenuhi janji itu.

Kemudiannya, Pakatan Rakyat akan merampas kerusi itu semula seperti Ijok.

Maka bukankah itu satu anugerah?

Hulu Selangor Serupa Ijok. Akan Kembali Kepada PR

Tiada pemenang dalam Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor, malah ia belum cukup untuk dilihat sebagai referendum terhadap Perdana Menteri Najib Razak sungguhpun Barisan Nasional menawan semula kawasan pengundian ini. Demikianlah pandangan pengkaji politik, Bridget Welsh semasa mengulas keputusan PRK Hulu Selangor.

Ketika dihubungi MerdekaReview, Bridget Welsh (gambar kiri) yang juga Profesor Madya di Singapore Management University berkata, walaupun BN memenangi PRK ini, namun ia satu kemenangan yang "kurang cantik", khususnya apabila Najib menongkah arus tradisional dan turun sendiri ke padang untuk menarik undi dengan menabur gula.

"Sememangnya, anda boleh mengatakan menang tu menang-lah," kata Bridget Welsh. Pada awal PRK Hulu Selangor, Bridget Welsh menganggap ia sebagai satu referendum terhadap prestasi Najib dalam menguruskan ekonomi negara kita. Namun, setelah mengamati kempen untuk PRK ini, beliau menganggap ia "belum cukup untuk dilihat sebagai referendum".

Calon MIC-BN P.Kamalanathan menewaskan calon PKR-PR Zaid Ibrahim dengan majoriti 1,725 undi. PRK yang mencatat kadar pengundian 75.87% ini mempunyai 731 undi rosak.

Pakatan Rakyat perlu muhasabah

Selain itu, Bridget Welsh berpendapat bahawa Pakatan Rakyat harus mengambil iktibar dari PRK ini. Menurut Bridget, PR harus berkempen dalam satu pasukan, malah dalam PRK ini, PR lebih berada pada kedudukan "mengawal" (defend), dan agak perlahan langkahnya pada peringkat permulaan. Beliau menjangkakan keadaan mungkin memihak kepada PR seandainya tempoh berkempen dipanjangkan.

Pada pandangan Bridget, sungguhpun strategi BN untuk menyerang secara peribadi terhadap Zaid dan menabur gula kelihatan berkesan, namun taktik ini telah menjadikan kemenangan ini tercalit. Beliau menganggap Zaid Ibrahim seorang calon yang baik dan berwawasan, tetapi lemah dalam strategi kempennya.

"Saya merasakan tiada pemenang yang sebenarnya dalam PRK ini. Malah pengundi Hulu Selangor juga bukan pemenang yang sebenar. Walau bagaimanapun, saya masih dalam pengamatan," katanya.

Pada 24 April, PM Najib menjanjikan peruntukan sebanyak RM3 juta kepada SRJK (c) Rasa, pembinaan 200 unit rumah kos rendah di Hulu Bernam dan peruntukan RM25 ribu kepada dua pertubuhan Cina di Hulu Bernam, seandainya BN menang.

Pada 23 April, Najib mengumumkan pembayaran pampasan tanah atas pembelian tanah sebanyak RM 50 ribu kepada 100 orang bekas peneroka FELDA Sungai Buaya, yang membawa kepada jumlah RM5 juta. Setiap daripada mereka memperolehi RM1000 pada peringkat awal, dan ini merupakan hasil penantian 15 tahun oleh mereka.

Selain itu, Najib mengumumkan pembinaan susur masuk dan keluar Sungai Buaya di Lebuhraya Utara-Selatan yang bernilai RM85 juta, yang bakal dimulakan pada tahun depan dan dijangka akan disiapkan dalam tempoh dua tahun.

PRK Ijok?

Apa yang menarik, PRK Hulu Selangor agak menyerupai PRK Ijok pada tahun 2007 dalam banyak perkara. PM ketika itu, Abdullah Ahmad Badawi turun ke kawasan pengundian tiga hari sebelum mengundi, apabila keadaan agak mencemaskan buat pihak BN. Apa yang berbeza, bekas PM Mahathir Mohamad tidak dibawa bersama. Namun, kempen BN yang diketuai Najib pada ketika itu juga mengerahkan jentera kerajaan sepenuhnya.

Dalam kedua-dua PRK ini, budaya rasuah, ugutan, samseng bermaharajalela. Selain itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga tidak memperlihatkan "keberkecualiannya", apabila masalah senarai daftar pengundi, pertukaran pusat mengundi masih berlaku.

Jika dilihat kejadian keganasan yang berlaku, PRK Hulu Selangor mungkin gagal menandingi PRK Ijok, kerana calon PKR ketika itu, Khalid Ibrahim dibaling dengan air botol semasa berkempen. Malah pada hari penamaan calon, Naib Ketua Pemuda UMNO ketika itu, Khairy Jamaluddin mengetuai penyokong BN untuk bertelagah dengan PR. Poster "Sedia Gempur" kelihatan di mana-mana, malah berlakunya perang membaling air botol dan pertembungan fizikal.

Kedua-dua PRK ini memperlihatkan kecenderungan pengundi Cina untuk menyokong PKR. Walaupun PKR tidak menang di Pekan Ijok, kawasan pengundi Cina majoriti, namun PRK hanya tewas nipis, memperlihatkan pola pengundi Cina yang menyebelahi PKR.
*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang. -MR

Ulasan GB

Begitulah, tajuk asalnya "Bridget Welsh: Tiada pemenang dalam PRK Hulu Selangor" dan GB mengubahnya dengan harapan semua pihak mencelikkan matanya terhadap PRK Ijok dimana PKR tewas di dalam PRK tetapi merampasnya semula di dalam PRU.

Di dalam PRK amat mudah pengundi diperdaya dengan pelbagai projek dan itupun hanya mampu memperdaya pengundi-pengundi yang belum celik mata terhadap kebejatan dan kebobrokan UMNO BN.

PR akan bangkit untuk merebut seinci demi, sejengkal demi sejengkal kerana PRK Hulu Selangor menyaksikan UMNO BN sebenarnya lemah. Kemenangan yang bersandarkan kepada budaya rasuah, ugutan, samseng serta memperkudakan SPR adalah kemenangan yang rapuh.

UMNO BN, Jangan Suka Sangat...

Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kemenangan parti itu dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor hari ini sebagai satu "perubahan besar."

Katanya, ini disebabkan pemilihan kali ini berlangsung di sebuah negeri yang dikuasai pembangkang.

Kejayaan itu juga, tambahnya, bermakna pengundi telah menolak cara politik pembangkang dengan "menabur fitnah dan pembohongan."

Bercakap kepada pemberita selepas keputusan rasmi Hulu Selangor diumumkan malam ini, perdana menteri berkata, pencapaian BN juga tidak seharusnya dibandingkan dengan keputusan Mac 2008.

"Jangan bandingkan keputusan 2008, tapi dengan waktu penaman calon, dan bila penghabisan pembuangan undi, saya percaya ada perubahan. Belum sepenuhnya tapi ada perubahan.

"Dengan kemenangan ini bererti kita akan bekerja bersungguh-sunguh untuk memenuhi amanah rakyat," katanya di pusat penjumlahan undi di dewan serbaguna Hulu Selangor.

Menurutnya lagi, kemenangan P Kamalanathan membawa erti yang besar kepada BN.

"...kerana kalau kita lihat keputusan 2008, dan keputusan pada kali ini bererti sudah ada peralihan sokongan kepada BN.

"BN menghampiri 2,000 undi dan ini merupakan satu 'shift' yang sangat besar ertinya sebab kita bertanding di sebuah negeri yang dikuasai pembangkang. Kalau dulu Selangor dikuasai BN," tambahnya.

Calon Barisan Nasional (BN) P. Kamalanathan dari MIC, muka baru dalam pilihan raya, menerima 24,997 undi manakala calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim memperioleh 23,272.

Walaupun BN menang dengan majoriti 1,725 undi, tetapi ia jauh lebih kecil daripada kira-kira 6,000 yang disasarkan oleh Muhyiddin.

Menjawab soalan berhubung majoriti lebih kecil berbanding sasaran 6,000 diletakkan oleh Muhyiddin, Najib memberitahu majoriti diperoleh mengecil kerana kerajaan negeri tidak dikawal oleh BN.

“Kami menyedari ini negeri pembangkang. Pada masa lalu kami mengawal negeri, kami ada kekuatan antara kerajaan-kerajaan negeri dan persekutuan. Jadi dalam konteks ini, saya gembira dengan keputusan ini,” kata beliau.

Berhubung kekalahan di kawasan-kawasan majoriti pengundi Cina, Najib melihat ada peningkatan berbanding pilihan raya umum 2008.

“Saya tidak mahu membuat rumusan cepat walaupun kami tewas di kebanyakan peti undi di kawasan masyarakat Cina. Kami tewas tetapi berdasarkan pada permulaan kempen, saya percaya ada peningkatan,” kata Najib yang juga Pengerusi Umno Selangor.

Pada sidang tengah hari tadi, Muhyiddin berkata, pihaknya meletakkan sasaran KPI majoriti 6,000 undi dengan mengambil kira prestasi peringkat tiga kerusi Dewan Undangan Negeri pada 8 Mac 2008 yang dimenangi BN.

Sebelum keputusan diumumkan, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang ditemui wartawan berkata, pihaknya tetap gembira dengan pencapaian walaupun meletakkan awalnya meletakkan sasaran lebih tinggi.

Tengku Adnan juga mengakui BN tidak memperoleh undi yang memuaskan daripada kalangan masyarakat Cina di Hulu Selangor.

“Undi yang kami peroleh daripada masyarakat Cina lebih rendah berbanding pilihan raya umum 2008. BN menerima sokongan besar daripada kalangan pengundi Melayu dan India.

“Kami akan lakukan bedah siasat mengapa pengundui Cina tidak memihak kepada BN dan akan membantu menyelesaikan isu mereka hadapi,” katanya.

Di peringkat awal perjumlahan rasmi undi, Zaid, anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR mendahului Kamalanathan ketika keputusan 100 daripada 137 peti undi diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Ketika di peringkat itu Zaid berada di depan dengan majoriti antara 1,000 hingga 1,500 undi.

Bagaimanapun, Kamalanathan mengatasi kedudukan itu apabila peti-peti undi dari kawasan Felda diumumkan.


Kamalanathan, Ketua Penerangan MIC pusat pula berkata beliau akan menyenaraikan senarai masalah dan janji kepada penduduk Hulu Selangor.

“Ini akan menjadi keutamaan saya,” katanya.

Dalam pilihan raya umum 2008, PKR menang dengan majoriti 198 undi.

Ulasan GB

Jika dahulu sewaktu Mahkamah Tinggi mengisytiharkan bahawa Datuk Seri Nizar sebagai MB Perak yang sah, Najib telah memberi amaran kepada PR suapa "jangan suka sangat" yang kemudiannya Mahkamah Persekutuan telah menterbalikkan keputusan hakim Mahkamah Tinggi berkenaan dengan memberikan kemenangan kepada Zamry, bukan Nizar.

Kini, rakyat ingin memberitahu kepada Najib, "jangan suka sangat.." dengan kemenangan di Hulu Selangor kerana ada dua mahkamah bakal menentukan, mahkamah rakyat dan Mahkamah Tuhan yang pada bila-bila masa akan ada kuasa untuk menghukum semula UMNO BN.


25 Apr 2010

ADUN Meninggal Dunia Hanya Khabar Angin

Dalam suasana panas menanti keputusan rasmi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor malam ini, tiga anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor pula “panas hati” apabila khabar angin heboh memperkatakan bahawa mereka telah meninggal dunia.

Bermula dengan Adun Kota Damansara (PSM) Dr Mohd Nasir Hashim, khabar angin itu kemudian dikaitkan dengan Adun Damasara Utama Dr Cheah Wing Yin (DAP) dan juga Adun Sungai Burong Shamsuddin Lias (Barisan Nasional), hingga menimbulkan kekeliruan banyak pihak.

Bilik berita Bernama dan telefon bimbit wartawan hari ini dihujani dengan panggilan bertalu-talu daripada orang ramai yang ingin mendapatkan pengesahan tersebut selain daripada ingin mendapatkan perkembangan mutakhir keputusan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Nyata khabar angin itu tidak berasas apabila Shamsuddin ketika dihubungi Bernama menjawab panggilan tersebut sambil menyatakan rasa kesal dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu itu.

“Alhamdulillah saya masih sihat, tiada apa-apa. Memang saya terima banyak panggilan dan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) bertanyakan kesahihan khabar angin bahawa saya sakit tenat dan sudah meninggal dunia,” katanya.

Katanya beliau sihat dan berada di Hulu Selangor bagi membantu jentera BN pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.

“Saya kecewa dengan dengan budaya suka menabur fitnah dan khabar angin seperti ini. Ia perlu dicegah dan dihentikan kerana boleh merosakkan masyarakat,” katanya.

Shamsuddin turut meminta orang ramai khususnya rakan-rakan dan pengundi di kawasannya supaya bertenang dan tidak mempercayai khabar angin itu.

“Terima kasihlah kerana menelefon dan menghantar SMS kepada saya. Ramai terperanjat dengan berita kematian saya ini. Apapun saya masih sihat dan masih hidup,” katanya.

Dr Mohd Nasir pula walaupun gagal dihubungi untuk mendapatkan reaksinya berhubung khabar angin itu tetapi disahkan sihat dan tidak terbabit dalam sebarang kemalangan jalan raya oleh Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S.Arutchelvan yang memaklumkannya melalui twitter.

“Dr Nasir, pengerusi PSM dalah selamat dan sihat. Beliau tidak terlibat dalam sebarang kemalangan seperti disebarkan dalam khabar angin,” tulisnya dalam twitter itu yang menggunakan identiti twitter Arul PSM Sec-Gen, yang disiarkan di laman web rasmi PSM. Adun Damasara Utama, Dr Cheah yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Sunway selepas terlibat dalam kemalangan 13 Mac lepas, turut menjadi mangsa perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

Bagaimanapun pembantu khas beliau, Richard Yap ketika dihubungi menafikan perkara itu dan menyifatkannya sebagai khabar angin semata-mata.

Sebaliknya Yap berkata, keadaan Dr Cheah kini bertambah stabil dan beliau dijangka dipindahkan ke wad biasa esok.

“Selepas Rabu ini, kami jangkakan pelawat dibenarkan melawat beliau,” katanya. Adun itu mengalami kecederaan serius di kedua-dua belah kakinya selepas terbabit dalam kemalangan dengan kenderaan pacuan empat roda di Lebuhraya Persekutuan di Shah Alam. — Bernama

Hulu Selangor : BN Menang Majoriti 1725 Undi

Keputusan rasmi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ialah calon BN P Kamalanathan mendapat 24,997 undi, manakala calon BN Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi.

Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi. Keputusan itu diumumkan oleh pengurus pilihan raya kecil itu, Nur Hisham Ahmad Dahlan pada jam 9.20 malam.

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu tiba ketika Nur Hisham sedang membuat pengumuman keputusan pilihan raya kecil tersebut.

Majoriti 1,725 undi yang diperolehi oleh BN dilihat jauh lebih rendah dari angka yang menjadi sasaran UMNO BN.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini berkata BN meletakkan sasaran 6,000 undi sebagai KPI mereka dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor hari ini.

Banyak pihak melihat sasaran Muhyiddin itu adalah harapannya setelah mengeluarkan perbelanjaan begitu banyak bagi merampas kerusi Parlimen Hulu Selangor dari Pakatan Rakyat.

Beberapa orang pengundi Hulu Selangoir pula tidak terkejut dengan keputusan pilihanraya kecil hari ini kerana propaganda dan fitnah yang dimainkan oleh UMNO BN terutama di dalam menyerang peribadi calon PKR adalah merupakan taktik yang tidak bertika.

Ini ditambah pula dengan tindakan Suruhanjaya Pilihanraya yang memindahkan pengundi-pengundi ke pusat pembuangan undi yang lain tanpa makluman semata-mata untuk mengelirukan para pengundi.

Sekalipun tindakan mereka adalah sah di sisi undang-undang, namun ramai pemerhati politik mempersoalkan tindakan SPR tersebut tentang mengapa ia dilakukan hanya di Parlimen Hulu Selangor sementelah lagi Hulu Selangor berdepan pula dengan pilihanraya kecil. Apa motif yang sebenar SPR melakukan demikian?

Ramai juga pengundi-pengundi yang mengadu tidak dapat mengundi kerana mendapati nama-nama mereka dikatakan "telah mengundi" apabila mereka tiba di pusat pembuangan undi.


Keputusan Tidak Rasmi : BN Menang

Keputusan Tidak Rasmi

8.20pm: Beberapa pemimpin BN, termasuk Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengucap tahniah kepada calon BN Kamalanathan melalui blog mereka.

Sehingga ini, dalam 10 sepuluh pilihan raya kecil selepas 2008, Pakatan Rakyat kalah di tiga kawasan - DUN Batang Ai (Sarawak), DUN Bagan Pinang (Negeri Sembilan) dan parlimen Hulu Selangor.

Dan ini merupakan kekalahan pertama Pakatan di negeri yang dikuasainya.

8.12pm: Undi untuk calon BN meningkatkan kepada 24,669 undi selepas lebih banyak peti undi dikira. Calon PKR pula kini memperolehi 22,986 undi.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan juga sedang dalam perjalanan ke tempat pengiraan undi di dewan serbaguna Komplek Sukan, Pejabat Daerah Hulu Selangor.

8.07pm: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan dalam perjalanan ke pusat pengiraan undi. Ini dilihat sebagai petanda bahawa BN menuju kemenangan.

8.05pm: Keputusan tidak rasmi menunjukkan calon BN terus menambah undi kepada 22,395 undi, manakala PKR memperolehi 2,0815 undi

7.50pm: Sumber-sumber BN mendakwa calon BN P Kamalanathan menang pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor dengan majoriti kira-kira 1,500 undi.

Difahamkan, Kamalanathan mendapat 21,919 undi, manakala PKR mendapat 20,305 undi.

Secara tidak rasmi, difahamkan kepimpinan PKR menerima kekalahan dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

7.50pm: Sumber-sumber BN mendakwa calon BN P Kamalanathan memang pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor dengan majoriti melebihi 2,000 undi.

7.36pm: Sumber-sumber BN mendakwa mereka mendahului dengan sebanyak 3,000 hingga 4,000 undi.
BN - 19,067
PKR - 17,554
Majoriti - 1,513

Keputusan rasmi SPR (7.41pm)

PKR - 4,082
BN - 3,398
Majoriti - 497

Keputusan rasmi SPR (7.22pm)
PKR - 3,153
BN - 2,888
Majoriti - 234
BN - 19,067
PKR - 17,554
Majoriti - 1,513

Keputusan rasmi SPR (7.41pm)

PKR - 4,082
BN - 3,398
Majoriti - 497

Keputusan rasmi SPR (7.22pm)
PKR - 3,153
BN - 2,888
Majoriti - 234

Keputusan rasmi SPR (7.20pm)

PKR - 2,722
BN - 2,468
Majoriti - 258


7.15pm: Ulasan

Kemenangan awal menunjukkan PKR memang dua pertiga undi daripada kawasan majoriti pengundi Cina - di bawah 85 peratus yang menurut pemimpin PKR, Lim Kit Siang, perlu diperolehi calon PKR.

PKR dijangka kalah besar di gugusan Felda yang majoriti pengundinya adalah Melayu.

Keputusan rasmi SPR

PKR - 2,173
BN - 1,934
Majorii - 239


Keputusan Tidak rasmi: PKR 7,770 BN 6,504 setakat 7 malam

Pengundian tamat jam 5 petang. Proses pengiraan bermula jam 6 petang. Manakala keputusan dijangka diumumkan sekitar jam 9.30 malam.Klik 'Refresh' atau 'Reload' di browser anda untuk maklumat terbaru.

7.28pm: Keputusan tidak rasmi

PKR - 9,133
BN - 7,261
Majoriti - 1,872
7.08pm: Keputusan tidak rasmi

PKR - 8,557
BN - 7,116
Majoriti - 1,639

6.58pm: Keputusan tidak rasmi

PKR - 7,770
BN - 6,504
Majoriti - 1,266


6.34pm: Keputusan tidak rasmi

Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 2 - PKR 203, BN 77
Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 4 - PKR 256, BN 73
Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 1 - PKR 207, BN 56

Tidak rasmi - PKR 666, BN 206

6.29pm: Unofficial results (PKR 2,972, BN 2,259)

Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 1 - PKR 135, BN 82
Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 2 - PKR 272, BN 212
Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 3 - PKR 490, BN 205

Tidak rasmi - PKR 897, BN 499

6.23pm: Keputusan tidak rasmi

Kg Baru Batang Kali (Chinese area), saluran 1- PKR 220, BN 58
Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 - PKR 205, BN 184
Ampang Pecah (Malay area), saluran 5 - PKR 148, BN 216
Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 - PKR 224, BN 168
Kg Gumut (Malay area), saluran 1 - PKR 104, BN 172

Tidak rasmi - PKR 901, BN 798

6.23pm: Keputusan tidak rasmi

Kg Baru Batang Kali (kawasan Cina), saluran 1- PKR 220, BN 58
Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 - PKR 205, BN 184
Ampang Pecah (Malay area), saluran 5 - PKR 148, BN 216
Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 - PKR 224, BN 168
Kg Gumut (Malay area), saluran 1 - PKR 104, BN 172

Tidak rasmi - PKR 901, BN 798

6.18pm: Keputusan tidak rasmi

Kg Sungai Tengi Selatan (Malay Felda), saluran 1 - PKR 62, BN 176
Kuala Kalumpang (mixed area), saluran 1 - PKR 98, BN 128
Kg Baru Rasa (Chinese area), saluran 1 - PKR 301, BN 75
Kg Bahru Kerling (Chinese area), saluran 1 - PKR 268, BN 122

Tidak rasmi - PKR 729, BN 501

6.13pm: Keputusan tidak rasmi

Kuala Kalumpang, saluran 1 - PKR 98, BN 128
Ulu Yam Barat, saluran 1 - PKR 171, BN 94
Kg Bharu Kerling, saluran 1 - PKR 172, BN 83
Pertak Bukit Fraser - PKR 22, BN 15
Pertak, saluran 2 - PKR 18, BN 98
Ampang Pecah, saluran 1 - PKR 105, BN 155

Tidak rasmi - PKR 491, BN 445

6.10pm: Proses pengiraan undi sudah bermula. Menurut keputusan tidak rasmi, BN menang undi pos.

BN: 767
PKR: 120
- malaysiakini

Peratusan Keluar Mengundi Melayu Rendah, Umno-BN Bakal Kalah Teruk

Umno dan Barisan Nasional kini dalam keadaan amat cemas dengan kemungkinan kalah besar pada pilihan raya kecil Parlimen P094 Hulu Selangor apabila pengundi Melayu dikebanyakan kawasan majoriti Melayu tidak keluar mengundi.

Malah faktor yang memberangsangkan bagi Pakatan rakyat ialah apabila pengundi Melayu yang dahulunya penyokong tegar Umno-BN kini sudah beralih angin kepada Pakatan Rakyat.

Timbalan Pengarah Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata beliau yakin calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim kini menuju kepada kemenangan dengan majoriti yang besar.

"Setakat ini saya penuh yakin dan percaya majoriti yang bakal diperolehi calon Pakatan Rakyat adalah cukup besar.

"Keyakinan ini berdasarkan majoriti pengundi Melayu tidak keluar mengundi sekali gus memberi isyarat bahawa mereka menolak Umno dan Barisan Nasional setelah sedar mereka dikhianati sekian lama," kata Abdullah Sani kepada Suara Keadilan.

Ahli Parlimen Kuala Langat itu berkata isyarat paling ketara ialah apabila daripada lebih 1,600 penoroka di Felda Sungai Buaya hanya 686 sahaja yang keluar mengundi setakat 12 tengahari.

"Ini berbeza dengan pengundi di Bandar Sungai Buaya di mana lebih 80 peratus keluar mengundi sehingga pukul 3 petang tadi.

"Ini memberi isyarat jelas bahawa undi Melayu tidak turun sebagaimana yang direncanakan oleh Umno-BN.

Lebih membimbangkan Umno-BN kata Abdullah Sani ialah apabila trend ini tersebar luas di semua kawasan majoriti Melayu termasuk Ulu Yam Barat, Ulu Yam Timur dan Ulu Bernam.

"Saya sendiri amat terkejut apabila peneroka di Felda Soeharto membuat anjakan pemikiran yang radikal sekali pada pilihan raya kecil hari ini apabila tanpa segan silu mereka datang untuk membuat semakan daftar pengundi di pondok panas kami. Ini sesuatu yang tidak kami duga kerana Felda Soeharto sebagaiman kita tahu adalah kubu kuat Umno," kata beliau lagi.

Ditanya faktor yang menyumbang kepada perubahan drastik dalam sikap pengundi Melayu di Hulu Selangor, Abdullah Sani berkata pemberian tertangguh sebanyak RM49,000 yang dijanjikan oleh Perdana Menteri, datuk Seri Najib Razak telah melukakan hati pengundi Melayu.

"Najib dan Muhyiddin diketahui ramai tidak pernah tepati janji. Ini termasuk dengan pemberian baki RM49,000 dan ini telah memberi kesan buruk kepada Umno-BN seolah-olah peneroka terpaksa mengemis apa yang menjadi hak mereka.

"Peneroka Sg Buaya menganggap tindakan Najib itu sebagai satu penghinaan sedangkan berbeza dengan pendekatan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim yang berjanji membelapeneroka sekiranya masalah mereka tidak diselesaikan dalam tempoh tiga bulan.

"Peneroka juga gemnbira apabila Tan Sri Khalid berjanji untuk menyediakan perumahan kepada generasi Felda kedua melalui PKNS," jelas beliau.

Abdullah Sani menasihatkan semua petugas Pakatan Rakyat supaya bersabar dan kuatkan semangat bertahan menghadapi semua bentuk provokasi daripada Umno-BN.

"Saya amat kagum dengan kekuatan mental petugas kita yang berdepan dengan keganasan dan provokasi Umno-BN dengan penuh kesabaran dan secara professional," kata beliau lagi. -SK

'Seseorang Mengundi Untuk Kami', Tiga Buat Laporan Polis

Tiga pengundi membuat laporan polis apabila mereka dikatakan mendapati nama mereka ditanda Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai sudah mengundi sedangkan mereka belum berbuat demikian.

Mereka secara berasingan dikatakan menyedari masalah berkenaan ketika mahu membuang undi pusat pengundian undi di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Serendah.

Sebaliknya, ketiga-tiga pengundi berkenaan mendakwa seseorang sudah 'mengundi' bagi pihak mereka, tanpa pengetahuan mereka.

Mereka yang berusia antara 40 hingga lebih 50 tahun itu kemudian membuat laporan polis di balai polis Serendah, kira-kira jam 3.15 petang.

Selain mereka, empat lagi pengundi yang dikatakan mengalami nasih sama dijangka membuat laporan dalam tempoh terdekat.

"Ini cubaan untuk menafikan hak kami sebagai pengundi. Ini tidak wajar berlaku," kata seorang daripada mereka, Mokhtar Razak Badri kepada TV Selangor. -TVS

Live PRK Hulu Selangor : 12.23% Telah Mengundi Setakat 9 pagi

Proses mengundi pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor bermula pagi ini sebaik sahaja pusat-pusat mengundi dibuka pukul 8 pagi ini.

Sejumlah 48 pusat mengundi yang ditempatkan di 47 sekolah dan dewan masyarakat yang menyediakan 136 saluran mengundi mula dibuka untuk pengundi pagi ini, dengan diselia oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ia diketuai oleh pegawai pengurus pilihan raya Nor Hisham Ahmad Dahlan yang merupakan Pegawai Daerah Hulu Selangor.

Seramai 63,701 pengundi dijangka mengundi hari ini untuk memilih Anggota Parlimen baru kawasan itu, bagi menggantikan Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin.


7.45 am : Petugas dari AMK telah menahan 10 bas yang didakwa dipenuhi dengan pengundi hantu dari IKBN Ampang Pecah, berhampiran Kuala Kubu Baru.

Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin menyatakan mereka menunggu kedatangan polis untuk menyiasat 10 bas berkenaan.

8.00 am : Proses pembuangan undi bagi Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor bermula sebaik sahaja 48 pusat mengundi dibuka tepat jam 8.00 pagi

8.05 am : Di Sek Keb. Rasa, Para petugas dari PAS dan Keadlilan memulakan tugas di barung dan tepi jalan dengan mengibarkan bendera parti dan poster calon.

8.30 am: Bertaus-ratus pengundi kelihatan beratur di Pusat Pembuangan Undi Sg Tengi. Situasi tenang sekalipun kedua-dua pihak saling jerit menjerit antara satu sama lain

8.50 am: Harakahdaily melaporkan : Di pusat pengundian Sek. Ren J.K.C Khing Ming, kawasan pengundi Cina, keadaan juga masih lagi lengang.

Peyokong Pakatan Rakyat dari PKR, PAS dan DAP berbaris di sepanjang jalan membawa bendera dan poster calon.

Hadir sama, Exco kerajaan negeri Selangor, Ronie Liu. Penyokong BN bagaimanapun tidak kelihatan.

9.00 am : SPR menyatakan 7,891 atau 12.23pc telah membuang undi setakat 9 am.

9.12 am Lawatan pertama Calon PKR Datuk Zaid Ibrahim pagi ini ialah di Pusat Pembuangan Undi Sekolah Rendah Bandar Baru Batang Kali.

9.15 am Petugas PAS menganggarkan 100 daripada 1250 pengundi di SK Bkt Sentosa telah keluar mengundi.

10.00 am Polis leraikan pertelingkahan berpunca dari pertikaman lidah di antara penyokong PR dan BN di SRJK (Cina) Serendah.

10: 17 am : Sek. Keb. Bandar Bharu Batang Kali. suasana mula hingar bingar mula berlaku ekoran saling berbalas sorakan oleh kedua-dua belah pihak penyokong.

Para wartawan berkumpul di sini sekoran menunggu ketibaan calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim.

10.19 am Pengundian agak lembab Bukit Beruntung apabila kurang dari 10 peratus dari 1,400 pengundi di SK Bukit Beruntung menunaikan kewajipan mereka.

10.20 am Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Salleh sampai di Sek. Keb. Bandar Bharu Batang Kali. Kekecohan tercetus apabila beliau ditolak oleh sekumpulan penyokong BN sehingga menyebabkan beliau hampir terjatuh.

10.45 am Kenyataan SPR menyatakan 16,932 pengundi atau 26.25 peratus telah keluar mengundi setakat jam 10 pagi.

10.46 am Di Batang Kali, penyokong Pakatan dan BN, bersorak dan mengejek satu sama lain. Penyokong BN memanggil penyokong Pakatan "bodoh, gemuk" dan melaungkan "liwat", manakala penyokong Pakatan membalas “Umno rasuah" dan “Apco-Umno, "Umno-Yahudi”.

11.00 am Tercetus pertelingkahan kecil di Ulu Bernam. Pergelutan kecil juga berlaku di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali antara penyokong Pakatan dan BN. Polis bertindak memisahkan kedua belah pihak.

Keadaan bagaimanapun tenang. Ada yang membawa poster foto calon, manakala segelintirnya kelihatan membawa poster Teoh Beng Hock.

11.00 am - Dari TVSelangor:



11.12 am Calon PKR Datuk Zaid Ibrahim tiba di SK Bandar Utama Batang Kali, melambai tangannya kepada para penyokong.

11.15 am Sejumlah 16,932 pengundi atau 26.25 peratus dari 63,701 pengundi di Hulu Selangor telah membuang undi setakat jam 10 pagi tadi.

Jurucakap Suruhanjaya Pilihanraya mengumumkan pengundian berjalan lancar dan ramai pengundi tampil membuang undi di awal pagi kerana cuaca yang mengizinkan.

11.15 am Sukarelawan PKR, Maznah Abdul Aziz, 59 mendakwa seramai empat pengundi kaum Tionghua di Sek. Keb. Batang kali Baru terkejut apabila dimaklumkan SPR bahawa nama mereka masing-masing telah dipindahkan ke Parlimen Kepong.

11.30 am SPR menyatakan 24,645 telah mengundi pada jam 11 pagi atau 38.21 peratus dari 63,701.

11.40 am TVS melaporkan Sekurang-kurangnya dua lelaki yang memakai kemeja Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Sekolah Menengah Ampang Pecah, dikesan berkempen untuk Barisan Nasional dengan mengajak pengundi memangkah BN.

Tindakan mereka ini dikesali dan seakan-akan mengesahkan dakwaan betapa suruhanjaya itu berlagak sebagai parti komponen BN.

11.55 am Jalan sesak menuju ke Pusat Mengundi Batang Kali, bandar Kuala Kubu Baru & Kg Chuang Rasa.

12.00 tghari Malaysiakini melaporkan Exco Selangor, Elizabeth Wong mengesahkan 'halangan' di dua kampung Orang Asli telah dibuang selepas jam 3 pagi tadi, setelah laporan polis dibuat mengenainya

12.40 pm Sehingga jam 12 tengahari ini, 49.1 peratus atau 31,632 sudah keluar mengundi.

12.41 pm Calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim berhenti makan tengah hari di Kuala Kubu Baru sebelum melawat ke pusat pengundiaan Rasa.

12.45 pm Laporan media menyatakan penduduk Ulu Bernam ramai yang belum keluar mengundi. Ketua AKM Selangor, Khairul Anuar Bin Ahmad Zainuddin ketika mengulas peratus sedikit keluar mengundi sebelah pagi berkata "Ini mungkin protes senyap orang Melayu kepada Kamalanathan (calon BN)".

12.50 pm SK melaporkan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan dimalukan di Felda Sungai Tengi apabila pengundi wanita dan lelaki tidak mahu bersalaman dengan beliau.

Beberapa pengundi enggan bersalam dengan Maslan atas alasan adalah haram bersalaman dengan lelaki bukan muhrim. Pengundi lelaki pula tidak mahu bersalam dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu kerana mereka mendakwa tangan beliau kotor disebabkan menerima rasuah.

1.30 pm 56.82% atau 36,650 dari sejumlah 63,701 pengundi telah mengundi setakat 1.00 ptg.

1.35 pm Harakahdaily melaporkan Norasyikin Zakaria, 35, antara pengundi terawal pagi tadi memaklumkan berlaku kekecohan di tempat beliau mengundi di Sek Keb Bandar Baru Batang Kali, selepas seorang pengundi sebelumnya tidak berpuas hati kerana namanya hilang dari buku daftar pemilih.

Dalam semakan online sebelum itu, pengundi itu mendakwa namanya ada ada dalam daftar pemilih.

Dia kemudian berang, apabila aduannya didakwa tidak dilayan petugas SPR.

1.40 pm TVS melaporkan:



1.45 pm Sehingga jam 1 tengahari ini, 56.82 peratus atau 36,650 sudah keluar mengundi.

1.50 pm Di Pusat Pembuangan undi SJK (T) Sungai Choh, Taman Bukit Teratai- Panyokong Pakatan semakin ramai menjelang sesi pengundian sebelah petang.

Sukarelawan PKR yang bertugas dibarong panas meluahkan rasa yakin, Zaid mendahului melihat kepada sambutan pengundi yang datang ke barong PKR sejak pagi tadi berbanding barong BN.

2.30 pm: Sehingga jam 2 petang, 63.74 peratus atau 41,112 sudah keluar mengundi.

3.00 pm Pengiraan undi akan dibuat di semua pusat mengundi. Keputusan dijangka 9.30 malam.

Tinjauan di pusat-pusat mengundi pula menunjukkan jumlah mereka yang keluar semakin berkurangan, ditambah dengan cuaca panas.

Seramai 799 pengundi pos mengundi Khamis dan Jumaat.

4.40 pm Sehingga jam 4 petang, 73.82 peratus atau 47,615 sudah keluar mengundi.


TAMAT KEMASKINI

IKBN Pertak Sorok Pengundi Hantu?

Petugas KEADILAN berjaya menahan beberapa buah bas di IKBN Pertak, Kuala Kubu Baharu awal pagi ini yang dipercayai digunakan untuk mengangkut pengundi hantu ke pusat-pusat mengundi di Hulu Selangor.

Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Fariz Musa yang mengetuai operasi 'menangkap' penghuni hantu yang di bawa oleh Umno-Barisan Nasional bagi memastikan kemenangan mereka pada pilihan raya kecil hari ini berkata, sebanyak kima buah bas kilang didapati diparkir di luar IKBN Pertak sejak pukul 3 pagi tadi.

"Apabila kami sampai sebanyak 15 buah kereta keluar dari IKBN dan kesemua kereta mempunyai antara 5 hingga 6 orang.

"Kita tidak tahu sejak pukul berapa mereka melakukan operasi memnbawa pengundi hantu tetapi kami percaya ramai yang telah di bawa keluar," kata Fariz.

Fariz berkata pihaknya telah memaklumkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan tetapi sehingga kini tidak ada respons.

Petugas KEADILAN kini sedang mengawal laluan agar pengundi hantu tidak keluar daripada IKBN sementara menunggu ketibaan polis. -SK

Ulasan GB

Timb Pengerusi SPR awal-awal lagi mengisytiharkan kononnya tiada pengundi hantu di Hulu Selangor. Sedangkan realitinya, SPR adalah kilang penjana pengundi hantu yang utama pada setiap kali pilihanraya diadakan.

Itu sebab saya menyatakan di dalam tulisan yang lalu, kegiatan SPR ini patut dibongkar habis-habisan. Pegawai-pegawainya perlu diheret ke muka pengadilan dan dipenjarakan semumur hidup jika terbukti bersalah.