2 Jul 2008

Siapa 2 MP UMNO Yang Sertai Pakatan Rakyat?

Spekulasi menjadi bertambah hebat. Di dalam jawapan di aalobi parlimen, Timbalan Presiden PKR, YB Azmin Mohd Ali menyatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan 4 orang ahli parlimen Barisan Nasional termasuk dua orang dari UMNO menyertai PKR pada perhimpunan di Stadium Melawati Shah Alam pada 1 Julai 2008 malam tadi.

Namun ia tidak menjadi kenyatan. Difahamkan Datuk Seri Anwar telah diminta oleh keempat-empat ahli parlimen tersebut supaya pengumuman itu ditangguhkan ekoran dari pelbagai tekanan dan ancaman yang mereka akan hadapi dari pemimpin tertinggi UMNO/BN sepertimana yang telah berlaku ke atas dua orang ahli parlimen SAPP dari Sabah yang terpaksa pulang ke negerinya tanpa dapat menyertai perbahasan parlimen untuk sessi kedua penggal ke 12 setelah menerima ancaman kerana gara-gara cuba mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri.

Namun rakyat terus membuat pelbagai terkaan. Dua orang nama ahli parlimen UMNO yang disebut-sebut ialah Datuk Ismail Sabri bin Yaacob, Menteri Kabinet dari Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Beliau juga merupakan ahli Parlimen Bera dari UMNO, Barisan Nasional.

Sementara yang kedua ialah Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi, Datuk Saifuddin Abdullah yan dikatakan telah mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar negara baru-baru ini.

Kelab GB mendedahkan hal ini di atas kepercayaan bahawa kedua-dua orang ahli parlimen ini adalah ikhlas dan jujur di dalam membuat pilihan mereka tanpa perlu rasa bimbang, takut atau gentar kerana selagi rakyat tidak mengetahui selagi itulah spekulasi menjadi-jadi dan kepercayaan rakyat terhadap pemimpin Pimpinan Rakyat akan luntur ekoran dari pelbagai harapan yang tak kesampaian.

Apa-apa juga tekanan atau ancaman yang dilakukan oleh UMNO/BN terhadap ahli parlimen mereka sendiri yang telah hilang kepercayaan terhadap partinya adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan.

Seandainya benar-benar berlaku tekanan, ugutan dan ancaman ke atas kedua orang ahli parlimen tersebut jelas sangat menyerlahkan bahawa pimpinan UMNO/BN adalah di dalam keadaan yang amat tenat dan tertekan.

Barisan Nasional kini berada di dalam keadaan yang amat goncang. Pelbagai masalah yang melanda parti berkenaan tidak memungkinkan untuk mereka terus menerajui kerajaan Malaysia dan Putrajaya akan menyaksikan peralihan kuasa di dalam masa yang terdekat ini.

Penderitaan rakyat ekoran kenaikan harga minyak dan barang keperluan, pergolakan yang berlaku di dalam batang tubuh parti-parti komponen BN seperti penarikan diri Presiden dan Timbalan Presiden MCA untuk mempertahankan jawatan di dalam partinya, perletakan jawatan pemuda MIC di Perak, kehilangan kepercayaan masyarakat Cina Pulau Pinang terhadap Gerakan, isu kronisma dan nepostisma yang mendarah-daging di dalam UMNO ekoran kuasa dari tangan-tangan ghaib sang anak dan sang menantu Perdana Menteri - kesemuanya itu menjelaskan bahawa Barisan Nasional sedang hampir karam dan menunggu masa untuk tenggelam ke dasar lauatan yang amat dalam.

Konspirasi terbaru terhadap Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan diatur oleh Timbalan Perdana Menteri bersama sokongan dengan Perdana Menteri sendiri jelas membuktikan keadaan terdesak mereka.

Jawapan Najib sewaktu persidangan medianya mendedahkan bahawa konspirasi itu jelas wujud. Apabila foto seorang pemuda yang bernama Saiful Bukhari Azlan bergambar di pejabat Timbalan Perdana Menteri, iaitu orang yang mendakwa dirinya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim didedahkan dan Najib menyatakan kedatangannya adalah berkaitan dengan biasiswa yang diphon jelas tersasar kerana baru kali ini rakyat mendengar urusan biasiswa pelajaran diuruskan oleh TPM! Sementelah lagi TPM mengetahui foto itu telah dirakam 3 bulan yang lalu.

Orkestra dilanjutkan dengan wujudnya kenyataan-kenyataan menteri-menteri kabinet lain yang sekarang kesemuanya cuba menafikan keterlibatan mereka sekalipun foto yang ada menjelaskan bahawa mereka mengenal pemuda liwat berkenaan seperti penafian Azlina Othman Said dan Shahrir Abdul Samad baru-baru ini.

Apa-apa pun kepada kedua-dua ahli parlimen UMNO/BN yang berani membuat perubahan itu demi rakyat dan kebenaran, kami merekamkan syabas dan tahniah. Semuga Allah memberikan anda perlindungan Allah dari sebarang perbuatan jahat dari pemim pin tertinggi UMNO yang kini kian menggelabah untk menunggu saat parti mereka dikeranda dan dikuburkan!

1 Jul 2008

Berita TKO.fm Terkini: Isu Anwar Ibrahim dan 4 orang MP dari BN menyertai PR

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Polis Negara dan Peguam Negara, Anwar dakwa pemimpin kanan negara ada kaitan dengan kes liwat terhadapnya, Lim Guan Eng kata DAP akan terus beri sokongan kepada Anwar, Sidang media keluarga Saiful Bukari dibatalkan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid kata tugas polis untuk Azmin kata Anwar akan umum 4 MP BN keluar parti malam ini.





Gambar-gambar terbaru dari mSTAR



















Berita Hari Ini 1 Julai 2008

Timbalan Perdana Menteri menafikan beliau ada kaitan dengan isu laporan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilakukan oleh Pembantu Khas bekas TPM itu. Beliau juga menafikan wujudnya konspirasi oleh kerajaan untuk menjejaskan karier politik Datuk Seri Anwar.

Walau bagaimanapun Datuk Seri Najib gagal untuk memberikan jawapan yang meyakinkan rakyat tentang wujudnya sekeping gambar pembantu khas beliau bersama dengan pembantu khas Datuk Seri Anwar yang dirakam di pejabat Timbalan Perdana Menteri.

Lain-lain menteri juga telah menafikan wujudnya kaitan diantara mereka dengan pembantu khas Datuk Seri Anwar sekalipun wujud beberapa keping gambar yang jelas mereka ada bersama dengan pembantu khas Datuk Seri Anwar tersebut. Menteri berkenaan termasuklah Datuk Azalina Othman Said dan Datuk Shahrir Abdul Samad.

Anwar akan saman fail terhadap bekas pembantu khasnya Saiful Bukhari yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar. Gobind Singh Deo dihalau dari Dewan Rakyat kerana membawa isu Anar didalam perbahasannya. Ahli parlimen pembangkang kelua meninggalkan dewan beramai-ramai kerana bantah ucapan Datuk Seri Najib yang bangun membentangkan lanjutan Kajian Separuh Penggal RMK9.



27 Jun 2008

Berita Hari Ini 27 Jun 2008

Wang sumbangan untuk sambutan 100 Hari PR Memerintah Selangor dimasukkan ke akaun kerajaan negeri Selangor.

PM kata, RM30 bilion ditambah bagi menampung peningkatan kos pelaksanaan projek RMK-9. Ustaz Nasha minta supaya semua projek dilaksanakan sebelum RMK9 berakhir.

Barisan Nasional (BN) memberi tempoh 30 hari kepada Parti Maju Sabah (SAPP) beri tunjuk sebab enapa tindakan tak boleh diambil kerana ingin mengemukakan usul tidak percaya kepada PM.

Euro 2008. German sekat Turki untuk ke peringkat akhir. Ketua Pembangkang seru rakyat penuhi Stadium Melawati Sabtu ini untuk Malam Himpunan Anti ISA.



26 Jun 2008

Berita Hari Ini 26 Jun 2008

Datuk Seri Mohd Najib mengakui isterinya Datin Seri Rosmah Mansor telah memberikan keterangan kepada polis ekoran akuan bersumpah blogger Raja Petra Kamaruddin yang mengaitkan Rosmah di dalam kes pembunuhan Altantuya Shaaribu.

Menantu Perdana Menteri Khairy Jamaluddin juga sudah memberikan keterangan kepada polis semalam apabila Raja Petra mendakwa PM sudah menerima satu laporan perisikan tentera mengenai perkara tersebut dan ssalinan telah diberikan kepada Khairy untuk disimpan dengan selamat.

Isu lain: TG Nik Aziz nasihat Mufti Perlis serta politik, wakil rakyat BN sokong usul yang menindas rakyat, Klip Video Lingham, Tun Dr Mahathir tak akan kemuka rayuan tetapi sanggup untuk ke mahkamah, Proton Saga baru akan dilengkapi dengan tangki NGV, EURO 2008: mampukah Turki ke Final

25 Jun 2008

Berita Hari Ini 25 Jun 2008

Pertama kali di dalam sejarah Parlimen Malaysia di mana tindakan menyekat petugas media membuat liputan berita di lobi Parlimen dilakukan dan ia dilihat sebagai satu tekanan terbaru kerajaan melumpuhkan peranan media untuk melaporkan perbahasan isu dan polisi yang berkaitan dengan kepentingan rakyat di Dewan Rakyat.

Freedom House baru-baru ini meletakkan Malaysia pada tangga ke-141 daripada 195 negara yang dikaji dalam senarai kedudukan kebebasan akhbar. Ini bermakna Malaysia tergolong dalam kategori "negara yang tidak bebas" bersama dengan negara-negara di Benua Afrika seperti Cameroon dan Libya.

Tindakan ini bukan sahaja tidak menghormati media, malah tidak menghormati rakyat yang ingin melihat perubahan selepas Pilihan raya Umum ke-12.

Isu lain: 2 orang hali parlimen SAPP pulang ke Sabah kerana telah diancam ekoran tindkaan mereka untuk mengemukakan usul tidak percaya kepada Perdana Menteri. Eric Chia meninggal dunia. Euro 2008



24 Jun 2008

Berita Hari Ini 24 Jun 2008

Peluang PAS untuk menang cerah di Sanglang. Demikian di tegaskan oleh YAB TG Nik ABdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS.

UMNO memang tidak mampu lagi berkuasa sekiranya pilihanraya dijalankan dengan benar-benar bebas dari sebarang unsur penipuan. Pilihanraya kecil DUN Sanglang akan diadakan ekoran keputusan mahkamah tinggi Kangar membatalkan kemenangan calon Barisan Nasional pada pilihanraya umum yang lalu.

129 orang ahli parlimen bersetuju usul kenaikan harga minyak yang dibentangkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sementara 78 orang menentang. Wakil SAPP tidak kelihatan di Parlimen. Empat orang ahli parlimen berbasikal ke parlimen sebagai bantahan kenaikan harga minyak. Lim Kit Siang menyerah usul tergempar berkaitan kes pembunuhan Altantuya. Laporan Euro 2008.

23 Jun 2008

Usul Tidak Percaya Akan Dikemukakan Bila Tiba Masanya

Usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi tidak jadi dikemukakan.

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar, berkata semua parti komponen Pakatan Rakyat termasuk daripada Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP akan hanya berbuat demikian pada masa yang difikirkan sesuai.

“Kami hanya akan buat pada masa akan datang, bukan pada masa terdekat, kerana tidak mahu tergesa-gesa,” katanya yang juga Setiausaha Agung PAS ketika diminta mengulas pihak yang akan membentang atau mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri di Dewan Rakyat, Isnin ini.

Presiden Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Dato' Yong Teck Lee minggu lepas mengumumkan parti itu hilang kepercayaan kepada terhadap kepimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan memberitahu akan menyokong usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

SAPP mempunyai dua ahli parlimen iaitu Ahli Parlimen Tawau, Chua Soon Bui dan Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Eric Majimbun.

Berasaskan perkiraan itu kemungkinan besar bilangan ahli parlimen BN akan susut dua kepada 138 kerusi dan Pakatan Rakyat berpeluang bertambah menjadi 84 kerusi.

Datuk Paduka Husam Musa di dalam kenyataannya menyatkan dalam menghadapi perkembangan terbaru ini PAS perlu bersiap sedia untuk menggantikan tempat Umno supaya kedudukan kepemimpinan Melayu tidak akan terjejas sekiranya usul itu diterima sehingga membawa kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Kata beliau juga, PAS mengambil perkiraan terperinci usul hilang kepercayaan sama ada berjaya atau ditolak, parti tersebut perlu menangani arus perubahan seperti dikehendaki rakyat.

Sebab itulah katanya Umno tidak boleh mengharapkan PAS untuk menyelamatkan mereka.

Kata beliau juga, tokoh-tokoh Umno terutamanya Tengku Razaleigh Hamzah dan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap Abdullah sewajarnya turut bersama Pakatan Rakyat.

Husam juga membidas kenyataan Perdana Menteri yang menyifatkan Teck Lee tamak, namun sebenarnya apa yang berlaku Abdullah berada di kemuncak ketamakan peribadi.

"Selepas prestasi terburuk dalam sejarah BN akibat ditolak rakyat pada pilihan raya umum lalu, Dato' Seri Abdullah enggan menerima kenyataan dan mahu terus berkuasa.

"Sikap Perdana Menteri itu tidak mahu menerima kelemahan kepemimpinannya yang tidak mengutamakan kepentingan rakyat dan negara.

"Oleh yang demikian usul tidak percaya terhadap kepimpinannya di kalangan ahli-ahli parlimen tidak dapat dielak lagi," katanya.

Sekalipun demikian, masyarakat umum terpinga-pinga kenapa Pakatan Rakyat memerlukan masa yang lama untuk membentangkan usul tidak percaya itu.

"Masa yang sesuai diperlukan? pakah masa ini tidak sesuai atau ia hanya alasan dari PR untuk menutup kelemahannya untuk bertindak di dalam satu nada dan satu suara?" hujah seorang rakyat yang begitu ingin supaya usul berkenaan dikemukakan segera.

"PR telah gagal mengemukakannya di sessi parlimen yang lalu dan natijahnya rakyat dihadiahkan dengan kenaikan harga minyak dan barang-barang oleh Perdana Menteri," tambahnya.

"Apakah jumlah 82 orang ahli parlimen PR tidak berupaya untuk menyekat keangkuhan dan kezaliman kerajaan Barisan Nasional yang menjerut leher rakyat dengan kenaikan harga minyak yang diumumkan?"

"Dan kini beri alasan lagi, Perdana Menteri mungkin terlepas lagi dan ada harapan harga minyak dinaikkan lagi nampaknya." keluhnya.

19 Jun 2008

Isu Konsert Ella dan Mas Idayu: Tegas Tetapi Tidak Bijaksana

Banyak juga email yang GB perolehi yang meminta GB mengulas isu konsert Ella dan Mas Idayu anjuran syarikat kerajaan negeri Kelab Darul Ehsan Bhd yang dijadual 6 Julai di Shah Alam. Sebahagiannya telah dijawab di dalam Isu Semaaa dan Irama Malam di radio TKO.fm jam 10.00 malam tadi.

Konsert itu, yang dilaporkan bersempena sambutan 100 hari Pakatan Rakyat mentadbir Selangor, diadakan sebelum perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor antara Singapura dengan pasukan negeri.

Ketua Pemuda PAS negeri Sallehen Mokhyi, yang menyerahkan memorandum itu kepada setiausaha politik menteri besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad, berharap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim "bertindak segera agar tidak mencetuskan ketidakpuasan hati rakan kongsi (dalam Pakatan Rakyat) khususnya PAS."

"Kami difahamkan bagi menyerikan program itu turut diadakan konsert Mas Idayu dan Ella. Sudah pasti persembahan mereka akan mengundang risiko moral yang tinggi dan tidak ada tempat dalam Islam," katanya seperti dilaporkan.

Selain mendakwa konsert anjuran syarikat kerajaan negeri Kelab Darul Ehsan Bhd itu sebagai "pembaziran dan gaya hidup mewah", Sallehen berkata ia "mengundang imej tidak baik terhadap kerajaan Pakatan Rakyat, apatah lagi imej Islam di ambang 100 hari" menguasai Selangor.

Ok itu isunya.

Untuk menangani masalah ini, kita perlu berbalik kepada soal pokok. Kerana kita tidak boleh membedah di pinggiran jika tidak mengetahui apa sebenarnya "penyakit" yang dihidapi.

Persoalan pertama, "hiburan" - apakah ianya bertentangan dengan Islam? Sudah pasti jawapannya TIDAK. Dalilnya? Cukuplah GB membawa satu hadis di sini:

"Dari Aisyah r.a, bahwa ketika dia menghantar pengantin perempuan ke tempat laki-laki Ansar, maka Nabi bertanya: Hai Aisyah! Apakah mereka ini disertai dengan suatu hiburan? Sebab orang-orang Ansar gemar sekali terhadap hiburan." (Riwayat Bukhari)

Ia akan merenteti persoalan kedua - apakah "konsert" itu bertentangan dengan Islam? -jika muzik di benarkan maka wajarlah konsert itu juga dilihat tidak salah. Alasannya:

Kita ambil contoh seperti Konsert Mawi yang diadakan di Kelantan semasa peristihaharan Kota Bharu Bandaraya Islam pada 30 September dan 1 Oktober 2005. Bila ura-ura Kerajaan Negeri Kelantan menjemput Mawi untuk menjayakan konsert di Kelantan, ia telah menimbulkan rasa tidak senang hati ramai ahli Pas dan masyarakat umum amnya. Malah Dewan Ulama Pas Pusat sendiri berharap agar konsert berkenaan tidak dilaksanakan di Kelantan. Ia telah menimbulkan perbincangan yang hangat baik oleh penyokong Pas dan Kerajaan. Ramai yang menpertikai kewajaran Pas yang mentadbir Negeri Kelantan menjemput Mawi mengadakan konsert di sana.

Kerajaan Negeri Kelantan dan Pas di cemuh, di ejek lantaran bikin tak serupa cakap. Kerana terdahulu telah membantah akan program Akademi Fantasia tetapi menjemput juaranya mengadakan konsert di Kelantan. Ketika itu Kelantan di katakan tidak berpendirian, membazir, mengadakan program menjurus perkara maksiat malah telah di samakan dengan program-program lalai dan berbentuk maksiat anjuran kerajaan. Malah lebih teruk lagi pada ketika itu Pas di tuduh tiada bezanya dengan BN.

Dan konsert diteruskan. Kelantan bawa konsert Mawi tapi packagenya siap dengan solat berjemaah bagi pengunjung sebelum konsert, pengasingan pengunjung lelaki dan wanita dan di selitkan tazkirah peringatan oleh Datuk Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan sebelum konsert bermula. Sikap "fatonah" Rasulullah diwarisi oleh TG Nik Abdul Aziz tetapi gagal dihayati oleh sesetengah ahli dan pimpinan PAS yang berhiruk-pikuk pada awalnya menentang konsert berkenaan.

Berbalik kepada isu konsert di Selangor yang bakal diadakan.

Kemungkinan ada yang menempelak GB: Mawi lain, ini konsert Ella dan Mas Idayu! Suara perempuan kan aurat? Dan pelbagai lagi hujjah. Dan golongan yang menempelak inilah juga sebenarnya golongan yang "menempelak" TG Nik Aziz sewaktu konsert Mawi dahulu.

Sekalipn persoalan samada suara perempuan itu aurat ataupu tidak, ia adalah perkara khilafiyah, jika tidak masakan ada hadith ini:

"Dan dari Aisyah r.a. sesungguhnya Abubakar pernah masuk kepadanya, sedang di sampingnya ada dua gadis yang sedang menyanyi dan memukul gendang pada hari Mina (Idul Adha), sedang Nabi s.a.w. menutup wajahnya dengan pakaiannya, maka diusirlah dua gadis itu oleh Abubakar. Lantas Nabi membuka wajahnya dan berkata kepada Abubakar Biarkanlah mereka itu hai Abubakar, sebab hari ini adalah hari raya (hari bersenang-senang)." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Settled.

Dan apakah langkah Pemuda PAS Selangor itu salah? Saya tak kata demikian. Tetapi saya katakan "kurang bijak". Kerana sepatutnya Pemuda PAS Selangor tidak membantah secara total konsert berkenaan, tetapi berhemah dalam ertikata menasihati dan menyediakan alternatif kepada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor jika benar alasan yang dberikan oleh mereka itu sah dan boleh berlaku.

Katanya: persembahan mereka akan mengundang risiko moral yang tinggi. Saya ingin bertanya, apa itu risiko? Ertinya "kemungkinan buruk" - ia kemungkinan. Mungkin berlaku mungkin tidak. Berlaku jika dibiarkan berlaku, tidak berlaku jika ada langkah tertentu diambil untuk elakkannya.

Justeru itu yang sepatutnya diambil ialah bukan "MEMBANTAH" tetapi "MENYOKONG DISERTAI DENGAN CADANGAN MEMPERELOKANNYA SUPAYA MEMATUHI HUKUM SYARIAT".

Ini soal diplomasi. Ini soal bijaksana. Prinsipnya jelas bahawa Islam tidak menghalang muzik, tidak menghalang konsert tetapi perjalanannya perlu diperbaiki supaya tidak mengundang apa ang dikatakan "risiko moral" seperti mencadangkan kepada kerajaan negeri langkah-langkah berikut:

1) Membuat pengasingan penonton diantara lelaki dan perempuan.
2) Menghormati waktu solat dengan mendirikan solat berjemaah
3) Amat bangga dan rasa gembira jika dberikan ruangan menyampaikan tazkirah
4) Penyanyi yang ditampilkan disyaratkan menutup aurat
5) Jika no (4) tidak dapat dipenuhi, ditukarkan kepada penyanyi lain yang bersedia untuk mematuhi syarat itu atau menukarkan kepada penyanyi lelaki atau kumpulan nasyid
6) Tiada acara yang menjurus kepada pembaziran dan perlanggaran hukum Allah seperti kawalan tingkahlaku remaja serta halangan membawa sebarang minuman yang memabukkan dan seumpamanya.
7) Mengizinkan risalah peraturan dan syarat penonton diedar dan disampaikan terlebih awal sebelum konsert dimulakan di dalam usaha mendidik masyarakat untuk menghayati Islam yang syumul.

Kita mesti sedar, kita tidak boleh menyamakan tahap keimanan orang lain menyerupai kita. Apa tah lagi kerosakan yang telah berlaku berdekad lamanya hasil dari kurangnya didikan ke atas masyarakat terhadap nilai-nilai luhur yang bersendikan syariat yang telah dipasang sekian lama oleh musuh-musuh Islam yang disemarakkan pula oleh pemerintah sebelum wujudnya kerajaan Pakatan Rakyat. Di sini cabaran sebenar seorang da'i bermula.

Jadi, kenapa riuh dengan bantahan secara total tanpa justifikasi yang benar dari sudut hukum dan lebih malang tiada lansung dikemukakan alernatifnya terlebih dahulu?

18 Jun 2008

Berita TKO.fm 18 Jun 2008

Rebat tunai RM625 adalah gula-gula untuk rakyat. Demikian ditegaskan oleh YB Mahfuz Omar, ketua Penerangan PAS Pusat. Menurut Mahfuz, dengan jumlah itu, rakyat hanya diberi RM1.70 sehari dan jumlah ini jauh lebih rendah dari keperluan sebenar rakyat.

Apa yang pasti yang mendapat kentungan dari rebat yng berjumlah RM8 billion ini ialah syarikat POS Malaysia yang syernya dipegang oleh ECM-Libra, sebuah syarikat yang ada kaitan dengan Khairy Jamaluddin menantu Perdana Menteri sendiri.

Isu pembayaran gaji 2 kali sebulan, Harga ayam meningkat RM8 sekilo akibat kenaikan kos bahan api, Kementerian Perumahan akui harga rumah naik 30%. Kekejaman tentera Yahudi berterusan di Gaza. Euro 2008 - Itali mengalahkan Perancis 2-0.

16 Jun 2008

Pulangkan Wang Royalti Tertunggak Kepada PAS!

Kerajaan Pusat hari ini didesak menghormati suara rakyat yang meminta kerajaan memulangkan wang royalti minyak yang tertunggak kepada Parti Islam SeMalaysia sewaktu PAS memerintah negeri Terengganu selepas memenanginya di dalam pilihanraya ke 10 pada 1999 yang lalu.

PAS memperolehi kejayaan besar menawan Terengganu pada pilihanraya 1999. Selepas membuat pembayaran pertama pada bulan Mac 2000, Petronas enggan membayar royalti seterusnya sebanyak RM850 juta pada 1 September 2000 yang mana jumlahnya telah tertunggak pada pertengahan tahun pertama tahun 2000.

Sehingga Mac 2004, jumlah terkumpul yang belum berbayar kepada Terengganu mencecah RM3.8 billion.

Suara keadilan pernah melaporkan, saman terhadap Petronas telah difailkan pada Mac 2001 namun kes tersebut masih tertangguh. Namun, berdasarkan kepada Akta Petroleum jelas membuktikan secara perundangan bahawa Petronas bertanggungjawab untuk mebayar royalti kepada Terengganu. Dengan itu kerajaan Negeri Terengganu mampu memperolehi pendapatan berbilion ringgit dan berupaya membangunkan negeri Terengganu.

Tetapi, malangnya wang tersebut tidak dinikmati oleh kerajaan Terengganu. Ia telah disamun oleh UMNO dalam bentuk Wang Ehsan dan ianya akan memberi beban yang cukup perit kepada Petronas untuk membayar kepada kerajaan Terengganu sekiranya mahkamah mengarahkannya berbuat demikian.

Tindakan yang paling selamat untuk UMNO ialah menawan semula Terengganu dengan apa cara sekalipun. Dengan yang demikian, kerajaan baru UMNO akan menggugurkan kes berkenaan terhadap Petronas. Jadi, UMNO dan Petronas tidak perlu memeningkan kepala memikirkan masalah untuk mencari wang untuk membayar kerajaan negeri.

BN tidak dapat melakukan konspirasinya tanpa bantuan SPR, dan SPR tidak dapat lakukannya tanpa bantuan Jabatan Pendaftaran Negara, jabatan kerajaan yang mengeluarkan kad-kad pengenalan kepada para pengundi.

Kebanyakan daripada penonton TV yang menyaksikan keputusan pilihanraya 2004 yang disiarkan secara langsung daripada pusat operasi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur mungkin dapat mengenali akan wajah seorang yang sentiasa duduk diantara Abdullah dan timbalannya, Najib Abdul Razak, sepanjang malam tersebut.

Beliau menampakkan wajah yang tersengih-sengih setiap kali keputusan diumumkan yang berpihak kepada BN, seolah-olah sudah tahu akan keputusannya. Mengapakah seorang kakitangan kerajaan berpangkat tinggi berada dalam majlis politik seperti itu?

Dan taktik yang serupa dilakukan pada tahun 2008 dengan dalang utamanya Setiausaha SPR, Datuk Haji Kamaruzaman bin Haji Mohd Noor. Manusia inilah yang telah sedaya upaya menafikan dakwaan-dakwaan wujudnya senarai pengundi hantu di dalam senarai daftar pemilih, walhal itulah sebenarnya tugas yang telah dilakukan di SPR, iaitu memanipulasikan daftar pemilih dengan memasukkan senarai pengundi hantu dengan banyaknya terutama untuk negeri Terengganu.

Hasilnya mereka berjaya mempertahankan Terengganu, tetapi kuasa Allah memporak perandakan UMNO negeri dimana calon menteri besar sokongan Perdana Menteri ditolak oleh Sultan Terengganu dan akhirnya Datuk Ahmad Said berjaya menjawat jawatan tersebut setelah hampir sebulan negeri terengganu terumbang ambing apabila kemelut "siapa MB" berpanjangan.

Berbalik kepada isu royalti miniyak, bekas Menteri Terengganu, Datuk Idris Jusoh menjelaskan wang royalti minyak sebanyak RM7.3 billion yang diberikan kepada Terengganu dari tahun 2004 hingga 2007 bukan diurus atau dikawal kerajaan negeri. Malah kata Idris, beliau sendiri sebelum ini tidak mengetahui mengenai jumlah sebenar wang royalti Petronas seperti mana dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Amirsham Aziz dalam Persidangan Dewan Rakyat.

Dalam persidangan tersebut, Amirsham memberitahu sebanyak RM13.4 billion wang royalti minyak Petronas diserahkan kepada kerajaan pusat manakala RM7.4 billion diberikan kepada Terengganu manakala Sabah dan Sarawak masing-masing menerima RM1.2 billion dan RM4.8 billion. Idris yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu berkata, kerajaan negeri ketika di bawah pimpinannya sebelum ini hanya dimaklumkan sebanyak RM5.2 billion diberikan kepada Terengganu pada setiap tahun dalam tempoh tiga tahun tersebut. Ini bererti RM2.2 billion telah lesap entah kemana!

“Ke mana perbezaan sebanyak RM2.2 bilion ini? Kita perlukan penjelasan,” tegas YB Saifuddin Nasution (Machang) pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat yang baru lalu.

Kerajaan Persekutuan akhirnya bersetuju untuk mengembalikan wang royalti minyak sebanyak lima peratus kepada kerajaan Terengganu, demikian kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata pemberian wang royalti itu akan dilaksanakan setelah perincian mengenai syaratsyarat terhadap perkara berkenaan ditetapkan.

“Kerajaan Persekutuan membuat keputusan untuk kembalikan wang royalti minyak kepada Terengganu dan butiran, prosedur serta langkah yang diambil itu akan ditetapkan apabila perbincangan dengan kerajaan Terengganu diadakan,” katanya.

Dan semalam juga sebuah stesyen TV arus perdana terkemuka, NTV7 membuat bancian di kalangan rakyat dengan bertanya samada kerajaan perlu membayar wang royalti minyak tertunggak kepada PAS sekalipun PAS telah tidak memerntah negeri tersebut. 83% (angka yang dicetak ialah 85%) menyatakan bersetuju manakala hanya 17% tidak besetuju.

Apa lagi Pak Lah tunggu? Ini buktinya.




12 Jun 2008

PAS Gesa Kerajaan Beri Subsidi Untuk Rakyat Memasang Balang NGV Di Kenderaan

PAS menggesa kerajaan untuk segera memperluaskan penggunaan gas asli untuk kenderan NGV. Ini membolehkan rakyat beralih kepada bahan bakar yang lebih menjimatkan itu.

Pengunaan bahan petroleum pasti dapat dikurangkan dengan bertambahnya penggunaan gas seperti NGV yang tentunya lebih murah. Kerajaan dengan itu dapat kurangkan kos subsidi minyak tanpa perlu naikkan harga minyak.

Naib Presiden PAS Datuk Paduka Husam Musa di dalam blognya menyatakan Malaysia adalah antara negara yang terbaik di rantau Asia dalam mempunyai rangkaian saluran paip gas asli - PGU. (Peninsula Gas Utilisation). Malang, penggunaan gas asli hanya tertumpu kepada stesen janakuasa dan industri tertentu sahaja. Rangkaian saluran gas PGU yang telah merangkumi semua negeri di semenanjung Malaysia, kecuali Kelantan, tidak digunakan sepenuhnya.

Setakat ini, Petronas hanya memiliki kurang dari 40 stesen NGV dalam negara. Jumlah ini tidak sampai 5% stesen yang dimiliki Petronas. Memandangkan hanya Petronas yang berhak membangunkan stesen NGV maka nyatalah Petronas tidak menumpukan usaha sepenuhnya ke arah meluaskan lagi kegunaan bahan bakar ini. Banyak industri yang perlukan bekalan gas asli dari system PGU untuk operasi mereka, gagal memperolehinya.

Dengan sumber gas asli yang begini banyak, rakyat negara ini sepatutnya sudah dapat merasakan faedah dan nikmat.

Ia tidak berlaku kerana kurang perancangan dan visi. Nyata benar lemahnya kerajaan pimpinan Abdullah.

Negara kita tidak kekurangan sumber tetapi kekurangan kesungguhan dan kebijaksanaan, tambah Husam.

Petronas yang telah gagal melaksanakan program NGV seharusnya tidak lagi terlibat dalam 'sales and distribution' untuk NGV dan gas asli. (buat masa ini pun penjualan gas asli kepada industi dilaksanakan oleh Gas Malaysia.)

Sebaliknya, Petronas seharusnya bertindak sebagai pembekal pukal dan memastikan bekalan mencukupi untuk keperluan rakyat. Datuk Husam juga mencadangkan agar kerajaan memberikan subsidi kepada pemilik kenderaan untuk membeli balang gas NGV. Kos pemasangan sistem NGV pada kendeaan ialah sekita RM3,000 sehingga RM7,000 bergantung kepada jenis kenderaan.

10 Jun 2008

Sah, Petronas mahu hapus terus subsidi minyak

Berucap seperti Petronas itu milik persendiriannya, Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd Hassan Merican berkata langkah menghapuskan subsidi minyak perlu dilaksanakan sebelum strategi baru dalam menangani krisis tenaga global dirangka. Beliau berucap demikian ketika di Persidangan Tahunan Minyak dan Gas Ke 13 di ibu kota semalam.

Langkah tersebut meletakkan Malaysia sama darjatnya dengan negara-negara yang tidak mempunyai sumber minyak dan justeru, rakyat berpendapat jika seandainya harga minyak tempatan adalah sama dengan paras harga minyak sedunia tanpa sebarang subsidi, maka Petronas tidak perlu ada sama sekali di negara ini.



Apa yang jelas, fakta sebenar daripada keuntungan Petronas tidak pernah dibentangkan dengan betul seperti seolah ada perkara yang cuba diselindungi dari rakyat.

Rakyat telah melihat Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri seolah-olahnya tidak memahami dan tidak tahu mengurus ekonomi negara dengan betul sehingga banyak keputusan dibuat olehnya menyusahkan rakyat jelata. Pun masih terus memegang Menteri Kewangan yang tidka pernah mahu dilepaskan kepada orang lain.

Yang jelas, fakta-fakta palsu dan bercanggah di kalangan pihak yang terlibat di dalam isu minyak ini mendedahkan dan menajamkan lagi kepincangan yang sedia ada.

Malah pada setiap kali pengumuman kenaikan harga minyak, kerajaan pasti mengeluarkan satu statistik kononnya harga minyak di Malaysia adalah yang paling rendah di rantau ini. Kemudian membandingkan harga minyak Malaysia dengan harga minyak di Thailand, Singapura, Filipina dan Vietnam.

Persoalan sekarang apakah asas perbandingan tersebut sedangkan negara negara tersebut bukan pengeluar minyak? Namun itulah hujah yang di gunapakai sentiasa oleh barisan pemimpin negara untuk membahalulkan rakyat.


8 Jun 2008

Berita TKO.fm Hari Ini 8 Jun 2008

Undur undur, Undur Pak Lah!, Jahanam Pak Lah! - Demikian jeritan dan ungkapan rakyak Johor yang kecewa dengan kenaikan harga minyak, PAS akan anjur demonstrasi pada 13 Jun ini, Drebar teksi ambil kesempatan kaut untung, Ramai gunakan NGV untuk jimatkan penggunaan minyak, bantahan kenakan harga minyak juga diadakan di India.



7 Jun 2008

Berita TKO.fm Hari Ini 7 Jun 2008

Harga minyak dilaporkan akan dinaikkan lagi beberapa kali dalam tahun ini bermula Ogos ini. Benar-benar kerjaaan BN sudah hilang akal terutama PM dan kabinetnya. Demonstrasi di Pulau Pinang, Sungai Petani dan Petaling Jaya. Rakyat mula bangkit dan suarakan bantahan terhadap kenaikan harga petrol dan diesel terutama penumpang teksi. Kesan kenaikan harga minyak terhadap tambang pengangkutan awam. Yayasan Amal wira penyelamat mangsa gempa di wilayah Guang Huang Cina