28 Dis 2016

[VIDEOSCRIBE] PAS Bakal Tersungkur Dengan Politik Makan Kelilingnya...

Pas 'makan keliling', kata Mahfuz

Strategi Pas yang cuba 'makan keliling' akan menyebabkan parti Islam itu dianggap sebagai parti yang oportunis, tidak berprinsip dan tidak boleh dipercayai, kata ahli parlimen Pokok Sena dari Pas, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau berkata, rakyat dan ahli Pas akan menjarakkan diri daripada parti itu apabila menyedari Pas hanya mahukan undi mereka untuk dijadikan 'alat tawar menawar' dengan mana-mana pakatan politik yang menang.

"Budaya politik tak tentu hala Pas sudah pasti akan dijadikan panduan kepada kedua-dua blok politik untuk menentukan apakah sikap mereka terhadap Pas dalam menghadapi PRU14," kata Mahfuz dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan terbaru Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki bahawa Pas bersedia membentuk gabungan dengan mana-mana parti lain termasuk Barisan Nasional bagi membentuk kerajaan campuran selepas pilihan raya umum ke-14.


Kenyataan itu kemudiannya disokong oleh Ketua Dewan Ulama Pas Pusat Datuk Dr Mahfodz Mohamad.

Mahfodz berkata, ketika ini Pas bersendirian dan hanya bekerjasama dengan Parti Ikatan Malaysia (Ikatan) dalam blok ketiga pembangkang.


Oleh itu katanya, jika gabungan itu menguntungkan Pas dalam keputusan PRU14, parti itu boleh membentuk kerajaan dengan parti lain termasuk BN.

Mahfuz berkata, kenyataan terbaru ini merupakan lanjutan dari kenyataan timbalan presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada 3 Disember lalu di Masjid Pengadang Baru Kuala Terengganu yang bernada sama dengan kenyataan Mohd Zuhdi dan menimbulkan persoalan besar di minda rakyat yang semakin hari semakin tidak jelas hala tuju Pas yang pernah dianggap parti pembangkang utama di Malaysia.

"Dengan pengumuman sedemikian secara tidak langsung menunjukkan Pas telah mengakui bahawa ia bukan lagi sebuah parti pembangkang yang selama ini menentang kebobrokan dan penyelewengan kerajaan Umno BN tapi sudah sanggup dan bersedia untuk sama-sama membentuk kerajaan dengan Umno BN walaupun Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata bahawa Pas akan menentang Umno BN dalam PRU14 nanti.

"Tetapi kenyataan tersebut tidak menafikan strategi makan keliling termasuk untuk membentuk kerajaan campuran dengan UMNOBN selepas PRU14 nanti," katanya.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang masih ahli Pas berkata, kenyataan Mohd Zuhdi dan Mahfodz ternyata bercanggah dengan kenyataan Naib Presiden Pas Idris Ahmad bahawa Pas akan masuk bertanding PRU14 sebagai pembangkang dan tidak akan membentuk kerajaan bersama Umno BN.

"Saya yakin penerimaan majoriti ahli dan penyokong Pas tidak menyenangi terhadap pernyataan sikap terbaru Pas ini sebagaimana yang diumumkan Mohd Zuhdi dan disokong pula oleh Dr Mahfodz.

"Saya tidak pasti adakah sahabat saya Ustaz Idris Ahmad berani melawan arus untuk menyanggah kenyataan Zuhdi dan ketua dewan ulama ini," katanya lagi.

Sementara itu, bekas ketua penerangan Pas itu juga mempersoalkan sikap pimpinan parti itu yang berkeras tidak mahu bekerjasama dengan Amanah dan DAP sedangkan dalam masa yang sama bersedia membentuk kerajaan bersama Pakatan Harapan dan PPBM.

"Kenapakah pada masa yang sama pemimpin-pemimpin Pas berulang kali menyatakan bahawa parti itu tidak akan sama sekali sanggup bekerjasama dengan parti Amanah dan DAP atau mana-mana parti lain yang bersekongkol dengan dua parti ini?

"Ini juga akan membentuk pesepsi menunjukkan sikap PAS yang 'tak tentu hala' hingga menghilangkan kewibawaan Pas sebagai parti Islam," katanya.

Justeru Mahfuz menyeru pucuk pimpinan Pas agar menentukan sikap yang jelas dari sekarang sama ada ingin bekerjasama dengan Umno dan BN atau bekerjasama dengan PH dan PPBM.

"Atau hanya mengukuhkan kedudukan sebagai 'kuasa ketiga' melalui kerjasama dengan Parti Ikatan.

"Budaya politik tak tentu hala dan strategi politik 'makan keliling' ini, apatah lagi apabila ia dihebahkan secara terbuka adalah satu langkah politik yang amat amatur, akan hanya menghakiskan keyakinan rakyat kepada Pas terutama sekali dalam kalangan rakyat yang menentang kepimpinan Umno BN di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak," katanya. -MD






FEATURED ADS



23 ulasan:

Unknown berkata...

Salam:


Politk/Ajaran agama Ala Hadi, politik bukan suku,agamapun bukan suku,Tapi Amalan Hadi,Kebaikan suku,Kemungkaran Suku,Terima Rasuah suku,menentang rasuahpun suku,BN OK,PHpun OK,SYIAH Suku,ahli-sunnah wal-jemaahpun Suku.

Last-last,Pewalaq-pewalaq kat bawah ni,jadi Tiga-suku,yg kenyang Perut buncit ialah Pemimpin2 atasan,siap orng belikan rumah,kereta dan banyak perks lagi.

PAS ooh PAS,DAH JADI Parti "BERKASTA-kasta" yg BRAHMIN,Disanjung,dinobat bagaikan tuhan,semua ada,dibelikan,disediakan,tak payah susah payah.Yang "PARIA" kat bawah ni,jadi pewalaq-pewalaq,sanggup kerja-keras,kais pagi,makan petang semata-mata WALAQ kat "Ketua2 BRAHMIN kat atas,kononnya jalan pintas masuk syurga.


sekian.

Tanpa Nama berkata...

PAs dah macam kelab malam..... semuanya dah mabuk ke apa
semuanya dia nak tibai....

Tanpa Nama berkata...

Pas ni parti yg angkuh dan perasan bagus. Dulu mmg ye Pas parti melayu kedua terbesar slps Umno. Org melayu yg marah dgn Umno tiada pilihan selain mengundi Pas.

Tetapi..skrg rakyat dah bijak punya byk pilihan utk memilih dan berubah dari terus diperbodohkan parti jual agama/bangsa selama puluhan tahun.

Org Melayu ada ramai dlm Amanah, Bersatu dan PkR..Pakatan Harapan Bersatu.

Tanpa Nama berkata...

Bila Najib mulai sedar UMNO lemah dia pun suara kan untuk bercampur dengan PAS.

Sudah tentu PAS pun mulai sedar PAS semakin lemah sebab itu awal-awal sabah cakap nak bercampur.

Masa di Perak lagi dan selepas itu ke Selangor pula, PAS dah berpakat.

Itu sebab pemimpin PAS tak rasa mereka tak tentu hala dan satu langkah amatur.

Maknanya PAS akan berkempen ala-ala melepaskan kentut je. Menang 10 kerusi pun cukup. Konon bersendirian lah. Keredhaan lah. Matang lah. Bila nak bercampur letak syarat sampai PAS gadai prinsip.

Kelihatan PAS bijak main politik tetapi maruah PAS sama macam MCA dan MIC.

Tanpa Nama berkata...

Tak ada parti yang beruntung apabila mengambil langkah begitu.

Untuk menyedapkan telinga di guna lah perkataan 'bercampur' tetapi sebenarnya sekadar menempek. Ada jawatan tetapi tak ada kuasa. Ada tugas tapi tak ada kerja.

Pemimpin yang tak ada kaliber dan suka ponteng kalau tak pun berkecuali memang setakat meletakkan menempek sebagai matlamat !

Tanpa Nama berkata...

UNTUK BERCAMPUR,

PAS AKAN LAWAN UMNO DAN PH/PPBM.
PAS AKAN LETAK CALUN DI KAWASAN DAP.
PAS AKAN BERSENDIRIAN WALAUPUN SUDAH ADA GABUNGAN DENGAN IKATAN.
PAS AKAN TETAP BERKECUALI.
PAS AKAN LETAK SYARAT 'SEBAGAI MENGETUAI' KERAJAAN CAMPURAN.

DALAM PADA PAS DI TOLAK KERANA DAKWAAN MENERIMA DEDAK, MUSNAHKAN HUTAN BALAK, ZALIM PADA ORANG ASAL, MENGUTUK BERSIH, TOLAK AMANAH TOLAK DAP TAPI KEKAL JAWATAN EXCO DI SGOR MALAH DI TAMBAH DGN SOKONG PADA SYIAH IRAN... AMAMAH PULAK DAH NAMPAK MACAM KELIRU JUGAK APABILA MEMBERI PAS UNTUK MENGETUAI KELANTAN DAN TRENGGANU. APA HAL ?

TOLONG JAGA KESUCIAN AMANAH..

Tanpa Nama berkata...

saya sokong seratus ulasan saudara Omar Daud,mmg itu lah yang sedang berlaku dlm parti pas sekarang

Anti Fitnah berkata...

Kalau BENAR ulamak menerima habuan daripada projek ... maka malanglah bagi umat Islam di Tanah Melayu terutama keturunan Melayu ... Ulamak dah tukar jadi Alamak dan seterusnya terjemah jadi ULAQmak.

Tanpa Nama berkata...

Pas jd cacamerba sebab hj hadi. Malangnya tidak ada pengganti yg berwibawa. Pas akan terus jd celaru walau pun selepas presiden baru menggantikan hj hadi

Malaysiabaru berkata...

Kelab malam kurang tepat

PELACUR POLITIK atau

PELACUR ISLAMIC

PELACUR TEGAR

mari kita tolong party ajaran sesat ini dengan menghapuskan Pas pada pru14

Lelakidicermin berkata...

Aku rasa kalau pru 14.. umno menang lagi.. di bantu oleh parti serban ni... kiraan aku begini... memanglah org2 melayu di malaysia ini bodoh2 belaka.. tahap pemikiran di bawah tahap sedar.. memang subsidi memainkan peranannya.. walau pun bertahun2 lama bersemadi dlm diri org melayu di kg2 dan di felda2. Walau pun sabsidi di tukar nama sumbangan.. kaedah dlm diri org melayu tetap sama..di ceritakan isu2 melanda najib.. sikap2 parti serban ni.. org melayu masih tak sedar lagi.. sbb org melayu ni.. di bg dedak..wang ehsan..gaji naik..getah naik.. kelapa sawit naik.. dpt pulak brim.. umno terbaik selama 5 tahun..bg aku kalau pru 14 umno menang lagi nanti.. kita pindah je jadi rakyat mugabe.. rakyat mugabe.. pindah jadi rakyat malaysia..
Boleh jual beli brg gunakan mata wang dua2 negara.. sbb bodoh piang nya sama je

Tanpa Nama berkata...

Nasib tak baik PRU14 nanti satu kerusi pun pas tak menang, baru padan muka. Dan itulah doa saya pun.
Masa tu kebulorlah pas, tak ada orang pun yang hingin. Pemimpin pas congak nak makan keliling, last last habuk pun tarak.....hip hip horey!

Tanpa Nama berkata...

Makan keliling.. tak kira lagi halal haram !

Politik PAS menyebabkan politik negara tidak stabil.

Rakyat Malaysia cuma ada dua pilihan samada BN atau PH/PPBM. Pastikan hanya salah-satu yang bentuk Kerajaan.

Dan jika perlu bentuk kerajaan campuran hanya dua komponan ini sahaja yang sepatutnya menjadi kerajaan.

PAS hanya parti melukut..

Tanpa Nama berkata...

Pas sudah tidak releven dlm arus politik terkini tanah air..cuma ph yg masih lembab dlm memahami membaca politik pas...

Tanpa Nama berkata...

Minta maaf cakaplah bukan Pas saja nak makan keliling PKR pun dah mula nak berguru dengan Pas..minta maaf pada peyokong PKR aku dah mula meluat dengan parti korang. meyesal aku bantu bagai nak gila ini kerja kau ye...ambil ingatan jangan sampai orang macam aku bertambah ramai nanti kami bolih tubuh parti baru ganti PKR pula.

Tanpa Nama berkata...

Hurrmm 68%markah untuk comment ni..besok dtg gi

Tanpa Nama berkata...

( komen Lelaki Dicermin ) ... buat wa gelak je ... ramai pak lebai da dpt dedak 90juta rm .. dah maSYOK..klau nak tau aku kasi tip ..mak lebai sorok rm dlm coli n pak lebai sorok dlm serbannye tak caya cabut serban nye time die khayal nak beli velfire ke nak beli alphard

Tanpa Nama berkata...

PAS hanya mengambil kira pandangan akar umbi. Mahfuz seorang pemimpin bukan akar umbi. Pandangan Mahfuz tidak boleh di ambil kira kerana itu pandangan peribadi beliau sendiri.

Adakah Idris Ahmad berani melawan arus untuk menyanggah kenyataan Zuhdi dan ketua dewan ulama ini ?

Mahfuz berani. Yang lain-lain ?

Tanpa Nama berkata...

LEASSON KALAU PERJUANGAN DAH HANYA NAK PERJUANGAN AGAMA ISLAM BANGSA MELAYU SHJ WHICH MENGANGAP BANGSA LAIN YG AGAMA ISLAM MCM HARAM JADAH BUAT TAK TAHULAH MAKA INI JADINYA. SBB TU U PAS U TAK LAYAK NAK CKP PERBETULKAN AKIDAH SBB SAUDARA BARU PUN U TAK NAK AMBIL TAHU APATAH U NAK AJAR ISLAM SYIAH STYLE SINCE MR HADI SGT BERMINAT NAK BEKERJASAMA DGN DIAORG.

Pemuda parit kings/segamat berkata...

Letaklah siapapun dalam PAS, diorang tiada pendirian...

Unknown berkata...

Patutlah si mamat ni dipanggil Mr Bean.

Unknown berkata...

Alhamdullilah akhirnya Pas semakin mantap. Kalau lemah tiada siapa akan mempedulikanya. Insya Allah kalau keadaan ini berterusan kejayaan besar akan berpihak kepada Pas

Tanpa Nama berkata...

Sah Parti All Sapu!