5 Okt 2016

Muhyiddin (PPBM) & PKR Dah Kena Main Dengan PAS....

Akar umbi PAS tak setuju serah kerusi kepada PPBM oleh Zulkifli Sulong

Cadangan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya PAS beri laluan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk bertanding di kerusi yang dimenangi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu tidak diterima baik pimpinan bawahan PAS.

Bagi mereka, masuk pilihan raya adalah sesuatu yang serius, dan tidak boleh diambil mudah kerana ia memerlukan jentera dan petugas.

Malah, seorang bekas calon PAS di Terengganu mempersoalkan Muhyiddin kerana membuat cadangan demikian walaupun PPBM pimpinannya masih baharu.


“Jangan ingat parti lain yang tak ada cawangan, tak ada ahli, tak ada jentera serta tak pernah nampak muka pun berkhidmat kepada rakyat, boleh mudah-mudah buat teori, (dengan berkata) ‘PAS tak menang bagilah parti lain pula cuba’,” kata Dr Azman Ibrahim, memetik ucapan Muhyiddin di Kemaman Sabtu lalu.

Dr Azman yang pernah bertanding di kerusi negeri Jabi, berkata PAS sudah luas pengalamannya dalam berdepan dengan Umno dan BN.

“Ada cawangan, ada markas, ada jentera dan ada program yang berterusan sepanjang masa. Tapi tak menang lagi di sesetengah kawasan termasuklah (di kawasan) saya)!” doktor pergigian itu menulis dalam Facebook baru-baru ini.

Berucap julung kali di atas pentas PAS, Muhyiddin dalam ucapannya di Kemaman berkata PPBM sedia bekerjasama dan berunding dengan parti Islam itu termasuk pembahagian kerusi pilihan raya.

“Bukan kita nak ambil kerusi yang sudah dimenangi PAS tetapi kerusi yang Umno menang itu, bagilah kepada kami untuk kami kalahkan Umno.

“Kita akan pastikan Umno tewas dan kini menang dan membentuk kerajaan bersama,” kata Muhyiddin.

Muhyiddin baru-baru ini mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dalam usaha meyakinkan parti itu mengadakan perjanjian dengan parti pembangkang lain bagi memastikan pertandingan satu-lawan-satu menentang BN pada PRU akan datang.

Amanah Terengganu bersedia

Berbeza dengan PAS, Amanah Terengganu sedia berunding dengan PPBM di negeri yang menjadi kubu kepimpinan PAS itu.

“Kami sedia berunding dengan PPBM dan PAS dalam mencari formula satu lawan satu dengan BN tetapi ia satu jalan yang sukar,” kata Mohd Zubir Mohamad, Pengerusi Biro Pilihan Raya Amanah Terengganu kepada FMT.

Menurut beliau, sikap PAS yang sedia bekerjasama dengan PPBM dan PKR tetapi tidak dengan Amanah dan DAP satu perkara yang sukar untuk dicerakinkan.

Pemerhati berpendapat kerajaan BN Terengganu boleh dijatuhkan sekiranya PAS bersedia bekerjasama dengan pihak lain kerana beza antara kerusi BN dan pembangkang di Terengganu hanya 2, iaitu 17 BN dan 15 pembangkang.

PAS kini mempunyai 14 kerusi DUN di Terengganu manakala PKR mempunyai satu dan selebihnya (17) adalah milik Umno.

PAS juga mempunyai 3 daripada 8 ahli Parlimen di Terengganu iaitu Marang, Dungun dan Kuala Nerus. Bekas menteri besar Terengganu, yang juga Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said, yang pernah membuat usul tidak percaya kepada MB Terengganu, dikatakan pernah membuat tawaran itu kepada PAS namun ditolak oleh pucuk pimpinannya.

PAS memberikan alasan lebih bersedia untuk menyertai pilihan raya negeri daripada bekerjasama dengan pihak lain membentuk kerajaan baru di Terengganu. -FMT

ULASAN GB

GB sudah menyatakan berkali-kali bahawa samada PKR atau PPBM (Bersatu) tidak seharusnya mempercayai PAS. PAS sudah ada rekod menikam rakan dari belakang sehingga Pakatan Rakyat berkubur.

PAS hanya mementingkan diri sendiri. Mereka tidak boleh bekerja di dalam satu pasukan. Mereka mendakwa mereka tak pentingkan kuasa, tetapi sebenarnya merekalah kumpulan yang tamak dengan kerusi... mereka tidak akan mahu untuk menyerahkan mana-mana kerusi yang pernah ditandinginya sebelum ini.

Era kepimpinan ulama di bawah presidennya yang ada kini amat jauh berbeza dari zaman Ustaz Fadzil Noor, dimana Ustaz Fadzil Noor telah sanggup berkompromi dengan parti-parti komponen Barisan Alternatif waktu itu dengan menyerahkan sebahagian besar kerusi PAS yang tidak mampu dimenanginya kepada PKR yang baharu ditubuhkan. Natijah daripada toleransi itu, Barisan Alternatif mendapat kemenangan yang besar di dalam pilihanraya Umum 1999. PAS paling beruntung di mana selain daripada mengekalkan negeri Kelantan, PAS juga telah mengambil alih kerajaan Trengganu daripada BN. Kekuatan PAS di Parlimen bertambah dari hanya 7 kerusi pada tahun 1995 sehingga 27 kerusi, iaitu satu lompatan hampir empat kali ganda.

PAS telah khianat dengan rakyat. Rakyat mengundi calon-calon PAS kerana PAS ketika itu adalah komponen PR.

Di dalam PRN Sarawak yang baru lalu, PKR juga sudah cuba untuk memujuk PAS dengan isu satu lawan satu, tetapi tidak diindahkan oleh PAS.

Akhirnya PH berantakan apabila parti-parti komponen PH bertempur di antara satu sama lain di dalam PRN Sarawak.

Hal yang sama berulang lagi di dalam PRK Sungai besar dan Kuala Kangsar.

Justeru itu, parti-parti pembangkang sudah tidak perlu hiraukan PAS lagi - sepertimana kata Subky Latif (aktivis veteran PAS) - bahawa PH tidak perlu tunggu PAS.

PAS ingin membawa jalannya sendiri. Jadi biarkanlah mereka. Biarkanlah Si Luncai terjun dengan labu-labunya.

Komponen PH dengan PPBM (Beratu) sepatutnya perkukuhkan hubungan bagi membentuk satu pasukan mantap menentang BN.

Biar berapa banyak penjuru sekalipun tetapi jika perpaduan di kalangan komponen PH mantap, insya Allah, BN bakal ditumbangkan tanpa perlu sokongan PIGS.




FEATURED ADS


42 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pas dgn anwar pon tk leh runding. Dgn muhyidin lg jauh ler. Pas sgt cinta kerusi nye wpon tk pernah menang. Pas tamak haloba wpon pakai jubah n serban gaya olarmak. Sbb tamak ini lah tk boleh tawan semula tganu. Perintah sepenggal lingkop mcm kedah. Kawan dianggap musuh. Umnok dianggap kawan. Pas suka pusing n pening. Hihihi

ikan berkata...

kalau bagi melepas la nak pakai vellfire nanti.

Tanpa Nama berkata...

Sebelum sebelum PAS menang dan bertambah kerusi pun.jentera dan petugas PAS bertungkus lumus semasa pilihanraya tetapi apabila bersama dan berpakat dengan parti lain iaitu PKR dan DAP baru lah jentera dan petugas dapat rasa nikmat menang. Kalau tak jangan harap lah..

Mudah. Rakyat mahu pembangkang bersatu. Bila pembangkang bersatu baru lah boleh lawan BN UMNO.

Keluar AMANAH diganti oleh PAS dengan mengambilkira DAP bertolak ansur menerima RUU, pun rakyat melihat pembangkang tidak bersatu.

Jika dulu PAS semasa Ustaz Fadzil Noor tidak bermuafakat, rakyat jadi binggung sebab semua parti nak lawan BN tetapi tidak bersepakat.

Ok lah. PAS tak payah sediakan jentera dan petugas, biarkan BERSATU dan PH yang selesaikan masalah tersebut.

Bagaimanapun sikap berterus-terang Dr Azman walaupun mengaku ada jentera yang hebat dan petugas yang ramai tetapi masih kalah, hendaklah di puji dan diterima dari di bantah selepas berunding.

AMANAH bertindak dengan bijak. Walaupun ramai yang kata biarkan PAS bersendirian tetapi tetap bersedia berunding untuk satu lawan satu. Biarkan rakyat menilai samada PAS sekarang masih sama dengan PAS yang dulu.

Tanpa Nama berkata...

Memang patut Dr Azman kalah. Bagi alasan ada jentera dan petugas menolak cadangan Muhyiddin. Bukan ambil kira, tolak campur pattern pengundi dan strategik untuk menang.

Dikawasan yang PAS kalah belum tentu PAS dapat kekal jumlah undi apalagi untuk mengurangkan majoriti kerana ramai pengundi PAS sendiri yang lari. Yang lari ini mungkin akan memberi undi kepada parti lain seperti BERSATU atau AMANAH dan dalam pada itu dapat pula undi dari ahli UMNO.

Satu ketika dulu ada pimpin minta orang lain mengukur baju sendiri dan didapati pemimpin tersebut tertinggal ke belakang selepas Lim Kit Siang dalam satu kaji selidik dimana Anwar Ibrahim mendahului carta sebagai PM Malaysia. Minta PAS ukur lah jubah sendiri dan kemudian dengan iman, usahakan lah agar rakyat dan negara dapat diselamatkan.

Lebih besar pahala yang PAS dapat dari kalah dan membiarkan rakyat menderita.

Tanpa Nama berkata...


Masa PRU13 di tempat saya, orang-orang Pas kata sesama mereka tidak payah tolong calon PKR. Biar dia dan penyokongnya kerja dan kempen sendiri. Kita buat ala kadar sahaja. Buat apa susah-susah hendak menangkan dia.

Saya cuba perhatikan mereka ini betulkah orang Pas atau talibarut umno.

Pemimpin PKR atasan mana tahu.

Lelakidicermin berkata...

Kalau baca di blog2 pro pas.. sama je ayatnya..kami ada petugas PRU.. ada sukarelawan.. kalau calun ada petugas takde nak buat apa.. itulah dia pas. Apa2 keputusan PRU ialah.. memang atau kalah.. bg pimpinan pas sampai walaun2 nya.. begitu bangga dgn sukareĺawan.. jawapan menang kalah bukan jawapannya..agak kalau semua parti pembangkang ajar budak tadika memang bdk tadika cepat faham.. ni nak terangkan strategi kat parti islam tu. Seolah2 tak tahu memang kerusi dun dan perlimen jawapan PRU. DAP kurang sukarelawan.. tp byk menang MP pun bukannya pas faham..semua otak letak kat mana entah..rasa saman pas kat 90 juta tu jawapan utk parti pas ni. Yg pasti kalau parti pas masih nak bertanding 3 penjuru.. 90 juta tu akan berdendang seblm prù 14 nanti. Masa tu tahulah kesannya parti pakai serban.. tp makan dedak..

Tanpa Nama berkata...

Pakatan Harapan dan Besatu pérlu ambil iktibar mengenai "track record" PAS yang sentiasa mengkhianati kumpulan sendiri seperti yang terjadi di Perak dan Selangor. Ini bukan rekaan tetapi benar-benar kejadian. Saksi hidup masih ada. Selagi PAS di terajui oleh Hj Hadi perkara seumpama ini pasti terjadi. Dan sekiranya PAS bersetuju untuk satu lawan satu, apa jaminan pengundi PH akan memangkah PAS. Melihat kepada perangai pelik kepimpinan PAS, mereka lebih rela duduk di rumah dari keluar mengundi. Akhirnya BN juga yang menang. Tidak percaya ? Sila buat tinjauan dan penyelidikan.

Tanpa Nama berkata...

Kenapa lah pkr terhegeh2 dgn pas...pbm pun sama.cukup lah pas dh khianati pr dulu.mau ulang benda yg sama?bingung ke hapa pkr ni.akibat drp sikap pkr ni rakyat nampak dan menilai bhw pkr tiada prinsip.main sapu je.pas yg khianat pun nk sapu juga demi undi.hasilnya sokongan pd pkr skrg jatuh merudum.pemimpin2 pkr pun cabut lari krn pimpinan atasan pkr seolah2 tiada fungsi.kalau begini lah sikap pkr maka bersedia lah utk kalah dipilihanraya nt.jgn salahkan pengundi pula..

Unknown berkata...

Salam;

Sebenarnya PAS tak boleh berkawan dgn siapa-siapa,sebab 'NAWAITUNYA'mereka nak jadi ketua,selagi kepimpinan Hadi,Zuhdi dan beberapa orang pemimpin memegang tanpok PAS sekarang.Mereka menganggap PAS adala Agama dan agama adala PAS.Ini bermakna merekalah sahaja yg betol,sesiapa saaja nak berkawan dgn mereka hanya kena jadi pak turut sahajalah.'Bertepatan statement yg dinyatakan hadi,beberapa hari lalu.

Permainan politik PAS,terlalu mudah,bila aku membawa agama islam,aku sahajalah yg betol,orang lain semuanya salah.Walaupun amalan mereka bercanggah dgn ajaran agama islam.Bagaimana/ parti2 lain nak bersama PAS,kecuali ikatan yg ikut sahaja PAS.

pADA PARTI 'bersatu',banyaK2 belajar2 dari PR11,12,13,Bayangkan,sahabat2 mereka yg lama berjuang diterajang keluar dgn cara yg cukup hina secara CAI/MENIPU.Mereka digelar pengkhianat dan difatwakan wajib dibunuh.
Cuba anda2 semua bayangkan,jika pas dan bersatu menang semua parlimmen,siapa jadi PM agaknya.dan kerusI2 MB di semenanjung.Huru-hara malaysia jadikanLah.PENGAJARAN 16 September 2014,adalah 'PENGAJARAN YG CUKUP BESAR'Pada mana2 parti poltik yg hendak bersama dgn PAS.

KESIMPULANNYA,jangan membuang masa yg agak lama,kerja2 parti kena digerakkan,jangan harap tenaga kerja PAS lagi.Mereka akan ungkit sampai ka lubang cacing.

sekian.

Tanpa Nama berkata...

Sapa undi pas lagi..mmg bodoh.

Tanpa Nama berkata...

Teori dia gini..
Kalau berlaku 3 penjuru antara PAS+BN vs PH + BERSATU

1. Kawasan yg PAS menang...AMANAH bertanding.

2. Kawasan PAS kalah tipis PKR/ AMANAH bertanding.

3. Kawasan PAS kalah teruk kpd amnno bagi pada BERSATU bertanding.

Andaian ini berdasarkan peranan masing2 parti.

1. AMANAH ganti PAS
2. BERSATU ganti AMNNO
3. Kawasan seimbang sesuai utk PKR

PASTIKAN manisfesto sama PH+BERSATU. Peranan kesesuaian dan populariti calon bagi setiap kawasan pilihanraya sangat penting.

Jgn bergasak sesama sendiri. Lagi bagus jika gunakan lambang yg sama.

Tanpa Nama berkata...

Pas
Presiden amanat sesat
Parti amalan syirik
Anggap pas sebagai agama
Kan syirik tu bro...

Tanpa Nama berkata...

Jangan pedulikan PAS lagi, Buat satu perancangan yang terbaik. PAS umpama seoarang munafik, bila bercakap isinya bohong dan ditambah lagi amalan berpura-pura seperti orang syiah

Nampak sangatlah masih bergantung pada PAS yang hakikatnya hanya syok sendiri.

Jangan peduli dan membuang masa nak pujuk PAS. Teruskan usaha untuk satu matlamat yang jelas dan terang.

Din berkata...

Pas parti pembohong bersiri..

Tanpa Nama berkata...

Asyik sebok nak kerjasama dengan pas pada PRU14 nanti, bertambah bagak dan besarlah kepala pemimpin pas. Tak cukup kuatkah AMANAH, DAP, PKR dan PPBM tanpa pas? Tak serik2 kena kencing dengan pas. Biarlah pas dengan umngok nya, pas ni harap jubah dan serban je tapi hati umno. Maksudnya biar pas kalah asal bukan PH yang menang, asalkan umno menang.

Tanpa Nama berkata...

Kalau tak buat satu lawan satu, undi Melayu akan berpecah dan semua pembangkang termasuk PAS akan gagal. Jadi duduklah PAS dan pembangkang yang lain di takuk lama juga untuk sepenggal lagi.

Tanpa Nama berkata...

Aku rasa hj hadi pernah cakap pas tak mahu ambikalih putrajaya...hanya nak jadi penasihat kerajaan aje...tu pun pengikut pas tak boleh faham ke?...

Tun Perak berkata...

So forget about PAS. Jangan takut 3 penjuru. Just keep moving....buat lah solat istikharah..samada PAS ke melePAS

Tanpa Nama berkata...

Sbb pas masuk pru pun bukan nak menang. Saja2 nak berpesta ngan pacak bendera. Kalah pun tak apa.

Tanpa Nama berkata...

Pas dah tak sama mcm dulu.
Skang Parti Melepas Sem'sia

Tanpa Nama berkata...

Pru 14 ni ialah pru untuk hukum pas. Kita bagi 3 penjuru kat pas. Baru padan muka dia. Bior kelantan jatuh terlungkup...

Tanpa Nama berkata...

Yup, setuju dgn tuan.
Pas nak masuk bertanding sbb nak menangkan umno

Tanpa Nama berkata...

Mana2 parti yg tidak menyertai pakatan pembangkang ialah rakan umno bn

zali M berkata...

Akar umbi kepimpinan PAS tak mahu serah kerusi yg dimenangi oleh UMNO kepada PPBM.Maknanya PAS akan bertanding lawan UMNO.Itu walaun yg bercakap tetapi Hadi Awang berkata yg PAS tak akan lawan UMNO,takut bangsa lain yg menang..Tak lain tak bukan ialah Cina DAPlah..
Ni apa cerita cakap auta dan berbelit2, yg bawah tak suka UMNO dan yg Hadi suka UMNO. Satu lagi kalau kawasan tu dah majoriti 80% pengundi Melayu, mistilah parti yg dipimpin oleh orang Melayu yg menang...
Apa ker hal dgn si Hadi Awang ni!!.

Tanpa Nama berkata...







Tuan-tuan..Puan-puan, jika ada,.. selepas ini semua petugas dan jentera PAS akan menunjukkan lebih 'Islam' nya. Mereka akan menunjukkan semangat kerja yang luar biasa kerana nak mempertahankan 'Islam'nya mengikut ajaran Hj Hadi.

Tersilap tegur.. lain jadinya.

Mana mungkin parti mereka bergabung dengan parti lain kerana Hj Hadi kata hanya parti yang memperkasakan Islam sahaja yang boleh di terima. Islam menurut Hj Hadi.

Rupanya Hj Hadi mencadang pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355 semata-mata untuk menguji kerjasama antara PAS dengan rakan-rakan tahaluf. Bukan untuk memperkasakan mahkamah syariah. Terserlah niat sebenar Hj Hadi akhirnya. Apa tak ada cara lain nak uji hubungan PAS dengan rakan-rakan tahaluf ?

Ada ke rakan-rakan tahaluf letak calun mereka di kerusi yang di tandingi PAS? Ada ke rakan-rakan tahaluf yang berpakat dengan UMNO untuk rampas Selangor ? Yang menguji Hj Hadi bukan rakan-rakan tahaluf .. tetapi Allah ! Kerana ia nya bukan dibuat-buat macam Hj Hadi sengaja bentang RUU.


Tanpa Nama berkata...

Kenapalah bodoh sangat si Muhiyuddin ni. Satu dunia tau PAS adalah pengkhianat lebih2 lagi bila terima "derma" RM90juta. Betul ke 30juta masuk akaun rasmi PAS dan 60juta masuk akaun menantu Presideng? Ingat tak masa bik mama bawa banyak beg masuk kapalterbang ke Turkey dulu, betul ke masa tu Presideng dan menantu sedang menunggu di Turkey untuk terima habuan?Kata nak saman SR dan cakap berdegar-degar tapi dah 2 bulan tak ada apa2 pun.Atau tunggu hari Rabu ke sebab Selasa Najib belum sampai lagi?

Tanpa Nama berkata...

Adakah Islam yang betul menurut Hj Hadi ia lah UMNO kerana tokoh Maal Hijrah kali ini telah di berikan kepada pemimpin mereka baru-baru ini ?

Ini mengenai Islam menurut Tuan Presiden, bukan memgenai yang telah pergi.

Ir Anonymous berkata...

Aku setuju 3 penjuru.. Kita tgk siapa yg sebenarnya akan jatuh terlungkup..

Tanpa Nama berkata...

Dah pasti Pas yg akan terlungkup. Silap2 tuang presideng pun jd mantan lps pru14.Kantoi mkn dedak haram ditabur ketua penyamun najib.

Tanpa Nama berkata...

ni kalau YDP Padang Serai baca posting ni.....

......... mati dah bukan tanam kat jirat, terus bakar la..........




Tanpa Nama berkata...

Kalau lawan tiga penjuru, peluang PAS untuk kalah lagi besar dari untuk menang. Petugas PAS tahu peratus kalah lebih tinggi tetapi kerana mereka terasa hebatnya Islam PAS, mereka beriya-iya buat kerja yang sia-sia. Dengan mengharap nasib menyebelahi mereka.

Sedangkan peluang untuk menang ialah pasti sekiranya PAS bersetuju satu lawan satu.

Ada jalan untuk menang tetapi memilih yang kalah. Dah buat pilihan, dah buat keputusan.. bila kalah .. Allah belum memberi kemenangan pada PAS, .. ahli hendaklah terus beristiqamah kerana ini lah ujian untuk pejuang kebenaran.

Ada jalan selamat, ikut jalan yang bahaya, mohon Allah selamatkan dari bahaya.. Tang mana cerdik nya .. entah lah.

Allah menguji kita atau kita yang menguji Allah ..

Jadi kalau lawan 3 penjuru, tak perlu lah berkerja keras. Yang PAS nak tunjuk pada AMANAH. Yang AMANAH nak tunjuk pada PAS.

Yang menang UMNO !
Yang tolol PAS !

Tanpa Nama berkata...

Apasai semua org gelabah ni...relaks la..buat kerja masing2, berusaha, berdoa...selebihnya ketentuan Allah...jgn kita tambah dosa dok maki hamun org lain.

Tanpa Nama berkata...

Kalau lawan tiga penjuru, peluang PAS untuk kalah lagi besar dari untuk menang. Petugas PAS tahu peratus kalah lebih tinggi tetapi kerana mereka terasa hebatnya Islam PAS, mereka beriya-iya buat kerja yang sia-sia. Dengan mengharap nasib menyebelahi mereka.

Sedangkan peluang untuk menang ialah pasti sekiranya PAS bersetuju satu lawan satu.

Ada jalan untuk menang tetapi memilih jalan yang kalah. Dah buat pilihan, dah buat keputusan.. bila kalah .. Allah belum memberi kemenangan pada PAS, .. ahli hendaklah terus beristiqamah kerana ini lah ujian untuk pejuang kebenaran.

Ada jalan selamat, ikut jalan yang bahaya, mohon Allah selamatkan dari bahaya.. Tang mana cerdik nya .. entah lah.

Allah menguji kita atau kita yang memperlekehkan Allah ..

Jadi kalau lawan 3 penjuru, tak perlu lah berkerja keras. Yang PAS nak tunjuk pada AMANAH. Yang AMANAH nak tunjuk pada PAS.

Yang menang UMNO !
Yang tolol PAS ..

Pencolekhangek berkata...

Memanglah bab ugama tu hadi hebat. Namun bab politik dah nampak bangang bertingkek-tingkek. Negeri sendiri pun tak reti nak tadbir. Kalau jadi pm, habih sume dijual macam rete bapak dia!!

Tanpa Nama berkata...

Sudah sampai masanya pemimpin pas perlu berfikir. Selagi pas berdegil, selagi itulah BN akan tetap memerintah. Kecuali pas tidak memikirkan kebajikan rakyat dan rela BN terus berkuasa serta menekan rakyat

Tanpa Nama berkata...

Sejujurnya saya katakan, kepimpinan pas sekarang tidak faham apa itu politik. Tidak seperti pemikiran almarhum Nik Aziz yang cukup bijak berpolitik.

PAS sekarang hanya syok sendiri. Menyangkakan ia boleh menang jika bersendirian. UMNO sendiri takkan menang pulihanraya jika bertanding atas lambang sendiri. Sebab itu umno bergabung dalam perikatan dan seterusnya BN.
Jika beginilah pendirian pas, sampai kiamatlah,BN akan terus memerintah. Kecuali jika memang pas yang berkehendakkan begitu tanpa memikirkan rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Memang kepimpinan pas sekarang tidak faham apa itu politik. Kerjasama politik pun dikatakan telah diperalat. Siapa diperalat kan, PAS atau Ikatan ? Adakah Ikatan parti yang memperkasakan Islam ? Ikatan pun tolak hudud.

Pemimpin PAS yang memperalatkan ahli dengan memperalatkan Islam..

Tanpa Nama berkata...

Nama pun blog untuk politik. Kat sini nak tunjuk usaha yang macamana? Buat video berdoa?

Mudah-mudahan dengan beberapa pandangan yang diberi, dapat menyelamatkan ahli-ahli PAS dari hanya beranggapan hanya PAS yang berusaha untuk Islam.

Apa pemimpin cakap terima bulat-bulat..

Tanpa Nama berkata...

Tahaluf siyasi dedak 90juta jual agama.

Tanpa Nama berkata...

DULU MEMANG ADA JENTERA.
SEKARANG BELUM TENTU.
CERAMAH PUN TAK ADA ORANG..
PK PK PK KANLAH.

I-CLIC SOLUTIONS berkata...

Mcm ni susah nak baca nawaitu, ingat kan bila dah perjuangan unt islam ada niat lain etc ...anggaplah PAS sama je parti pas ikut nafsu bukan perjuangan islam tulin

Unknown berkata...

Si Hadi tu dah nak kojol tu. BarU2 ni masuk IJN.
Tk payah hiraukan sibodoh berkopiah ni.