5 Apr 2016

PAS Yang Perasan Kuat, Hidung Tak Mancung, Pipi Tersorong-sorong...

'Kehadiran rendah di demo anti-GST bukti PAS kuat'

Kehadiran kurang memberansangkan di himpunan anti-GST semalam adalah bukti kekuatan PAS, kata Timbalan Presiden parti Islam itu Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Dalam konteks dari jumlah kehadiran mungkin gagal, sebab PAS tak menyertai. Kalau PAS sertai (himpunan itu) jumlahnya lebih besar," katanya di Putrajaya hari ini.

Lebih 2,000 berkumpul di pusat bandar Kuala Lumpur semalam bagi menghadiri protes itu.

Jumlah itu jauh lebih rendah berbanding himpunan terakhir anjuran PAS bagi menentang Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) yang menarik kehadiran kira-kira 4,500 peserta.


Tuan Ibrahim bagaimanapun berkata perhimpunan anti-GST semalam tidak bermaksud ia gagal.

"Tengok pada jumlah tak berjaya tapi tengok pada isu, ia satu kejayaan. Sebab isu itu walaupun rakyat tak demo, bukan bermakna rakyat tak sokong," katanya.

Tuan Ibrahim berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat tahunan PAS Putrajaya hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya, pemimpin nombor dua PAS itu berkata kurangnya peserta Melayu pada Perhimpunan Bersih 4 turut membuktikan keupayaan parti itu dalam menggerakkan peserta.

Katanya, beliau sendiri mahu parti itu menggerakkan protes Bersih selama dua hari, tetapi presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memutuskan sebaliknya.

"Kurang 10 peratus yang turun. Tanpa PAS himpunan akan gagal.

"Masalahnya kita tak sedar kita kuat. Kita tak sedar kita kuat. Kita rasa kita lemah," katanya. -mk

ULASAN GB

Sungguh betul-betul hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.

Kononnya tanpa PAS, jumlah kehadiran tak ramai, kononnya juga ia menunjukkan bukti PAS kuat.

Kita katakan kepada TITM, kami lebih suka jumlah yang rendah tanpa PAS daripada jumlah yang ramai dengan PAS!

Kita lihat pada perhimpunan TPPA yang lepas bagaimana PAS dengan sifat anarkis dan biadabnya menggunakan platform demo berkenaan bukan bertujuan untuk menentang TPPA, tetapi digunakan untuk memaki hamun dan mengeboo parti AMANAH.


Petikan:

Sementara itu protes semalam juga menunjukkan bersatu atas perjuangan sama bukan alasan memadai untuk mengetepikan persaingan.

Ketika Naib Presiden PKR Tian Chua menyebut Parti Amanah Negara (AMANAH) dalam ucapannya di Padang Merbok dia dikutuk penyokong PAS yang melaungkan "Hancur AMANAH".

Malah sebelum ini pun PAS telah acapkali "mengkhianati rakyat dan Pakatan Rakyat" sehingga Pakatan Rakyat terkubur lantarannya.

Kononnya di atas nama "politik matang" PAS enggan untuk menyertai apa-apa perhimpunan, tetapi anehnya mereka sendiri gian untuk berdemo apabila melihat rakyat beramai-ramai keluar berdemo bersama Pakatan Harapan.

Itulah sikap PAS yang berkluk-klek. Sikap PAS sentiasa berpusing-pusing membuat keputusan. Serba tak kena, serba mereng dan serba cacamarba.

GB pernah ulas mengenai isu pemboikotan PAS di dalam BERSIH 4.0 sebelum ini. Petikan.

Alasan Presiden PAS kali ini:

"Kita akan adakan himpunan yang lain yang dikepalai PAS dan kita akan ajak orang lain datang,"

Kita tak tahu siapa yang dimaksudkan "ajak orang lain datang" sedangkan DAP, PKR, GHB dan NGO-NGO lain sudah memutruskan untuk bersama di dalam BERSIH 4.0.

PAS tidak mahu sertai BERSIH 4.0 kononnya kerana ia dianjurkan "orang lain" bukan PAS. PAS mahu biar dia jadi kepala, bukan orang lain.

Sikap demikian ialah sikap kebudak-budakan dan tidak menampakkan kematangan berpolitik. Bagaimana anda hendak mengharapkan "orang lain" menyertai agenda anda seandainya anda sendiri tidak meraikan agenda orang lain?

Bagaimana anda hendak menjadi ketua sedangkan anda sendiri tidak boleh menjadi pengikut yang amanah dan setia seperti apa yang berlaku di dalam Pakatan Rakyat dulu?

Alangkan Rasululullah saw sendiri tidak pernah mungkir dan curang kepada janjinya walaupun kepada kumpulan kkafir dan musyrik di Mekah. Tidakkah kisah Perjanjian Hudaibiyah sekalipun ia tidak memihak kepada Islam tetapi Rasulullah amat bertoleransi dan bertolak ansur yang akhirnya memberi kemenangan kepada umat Islam?


Demikianlah, apabila PAS berjuang dengan nafsu dan emosi, bukan dengan ilmu dan strategi.

Hukum kebenaran dan keadilan sentiasa berjalan.

PAS akan tuai apa yang dia tanam.

Adalah terlebih baik PAS mencari jalan untuk meramaikan kehadiran orang-orang yang datang di program-program ceramahnya yang kini telah merudum hebat daripada sibuk hendak menganjur atau menyertai program demonstrasi rakyat. Kita mendapat makluman TITM buat ceramah di Jengka beberapa hari lepas sekitar 10-20 orang saja hadir. Jadi lihatlah kepada baju sendiri sebelum menunjukkan baju orang lain koyak.

36 ulasan:

air gunung berkata...

Biar je la dia jd mcm budak2 sekolah.
Lg pon tak de nilai ekonomi pon diaorg neh..
Kah kah kah
Buruk tgok org tua perangai mcm bdk2.go amanah go..
Bnyk kerja lagi kena buat..
Psl kepala hotak melayu neh mcm dah bantut..susah nak pulih.

Tanpa Nama berkata...

Malas nak ulaslah puak-puak mangkuk hayun ni bercakap, buang masa je.

Unknown berkata...

Agaknya betullah.. pepatah org tua... kalau kita berkwn dgn org angkat tahi... lama2 kita pun bau tahu.. dulu kenyataan2 TITM masih ok.. skg ni.. saling tak tumpah dah mcm tuang presiden... sian.. agaknya TITM tak pandang sekeliling dan tak membaca isu2 politik..

Tanpa Nama berkata...

sebijik macam kepala hotak Isma sebelum ni...contoh: Semua orang demo anti Israel di depan kedutaan US selepas solat Jumaat, tapi Isma buat di depan kedutaan turki sebeluk solat jumaat. Banyak.lagi contoh.

Isma buat perrhimpunan sejuta umat konon dihadiri beribu2 NGO...yang adaa semua dari agensi Isma shj, selain perkasa dan jati

Tanpa Nama berkata...

Nak buat deklarasi pun tak berani, ada hati nak buat demi #mansuhgst dan #undurnajib.

Setuju dengan GB, kami lebih suka jumlah yang rendah tanpa PAS daripada jumlah yang ramai dengan PAS!

Itu sebab PAS tak di ajak. Macam ajak ayam makan dedak pun tidak.

Tanpa Nama berkata...

Dah kuat apa lagi tunggu bertenggek di Selangor. Letak jawatan dan cepat-cepat bersendirian. Cakap tak serupa bikin. Ingat kami bodoh ke ostad. Tunggulah PRU14, tengok kuat mana. Tak bertenggek mampuslah PAS. Bertenggek katlah UMNO lah kalau nak hidup. Cepatlah bersama UMNO cepat semua rakyat tahu tembelang.

Tanpa Nama berkata...

PAS bukan sahaja gian berdemo tetapi juga gian dek sebab makan dedak.

PAS jangan cari pasal nanti buat malu sendiri. Kalau PAS buat juga demo dan berarak ... nak tunjuk PAS kuat lah konon, serupa berarak bawa mayat kekubur yang mati makan dedak.

Tak ada 'happening' kata orang.


Tanpa Nama berkata...

Parti amanat songsang

otaiblues.blogspot berkata...

pas semakin kuat.semakin gagah
pas semakin berwibawa dengan kemasukan ikatan yg punyai 79 orang ahli.
rasa nk gelak tp kesian..nk menangis tak sampai hati..
mengaku la ape saja..macam lelaki yg mati pucuk..keazaman nk berbini empat..
yg ada sorang tu pun dah minta pasakh..
macam tu la hakikat nya pas sekarang ini...
tak gitu?????

Tanpa Nama berkata...

Ini âdalah ântara contoh PEMIMPIN TANGKAP MUAT ... PAS

Tanpa Nama berkata...

Ulamak sombong..aku dan keluarga aku pangkah pas..tp itu dulu lah..sekarang jgn harap lah..simpanlah lah kau punya bongkak tu lebai..

Unknown berkata...

Puak PASIK fasik jgn dilayan , nnti kita turut mjadi gilaesim

mat yeh berkata...

kah kah kah
Sebagai penyokong dan ahli PAS, aku tertanya-tanya "adakah PAS untung bila tidak menyertai demo anti GST".
Namun sehari selepas berlangsung demo anti GST, Tuan Ibrahim selaku Tim. Presiden PAS menjawab persoalan aku "dengan tidak menyertai demo anti GST, PAS baru sedar bahawa PAS sebuah parti yang kuat".
Subhanallah!
Mungkin Tuan Ibrahim orang baru dalam perjuangan PAS, beliau tidak mengetahui kekuatan yang ada pada PAS.
Kalau PAS tidak kuat, mana mungkin PAS boleh menang di DUN Jengka dalam PRU 1999. Namun Tuan Ibrahim lupa, beliau sekarang bukan lagi YB, namun beliau adalah bekas YB. Beliau tidak pernah menang selepas menang PRU 1999. Walaupun beliau bertanding setiap kali PRU dalam DUN yang sama pada PRU 2004, 2008 dan 2013.
Kenyataaan beliau yang mendakwa PAS parti yang kuat, dan beliau tidak perlu keluar berada bersama rakyat menuntut supaya GST dimansuhkan adalah kenyataan yang baru bagi sebuah parti Islam.
Adakah dengan merasai parti PAS kuat, maka pimpinan PAS tidak perlu lagi bangkit bersama rakyat untuk memperjuang hak mereka dan membela mereka dari ditindas. Memang benar pimpinan PAS tetap istiqamah menentang kemungkaran, walaupun sambil duduk dan tidur. Namun pimpinan PAS mestilah ingat, bahawa sokongan dan simpati yang mereka tunjukkan boleh mengubat luka penderitaan rakyat. Amat terlalu takabur dan bongkak jenisnya, jika kesilapan kita lakukan cuba ditutup dengan kenyataan yang tidak bertanggungjawab.
Teori "kita kuat untuk kita" hanya layak diamalkan dalam politik belantara yang tidak bertamadun. Politik seperti inilah yang diamalkan oleh harimau dan gajah, dimana kekuatan yang dimiliki hanya untuk perut dan kepuasan mereka sahaja. Sedangkan binatang yang lemah dan kecil sedikitpun tidak memperolehi nikmat dari kekuatan yang dimiliki.
Setiap masa gajah dan harimau akan bertepik sekuat hati untuk memberi tahu penghuni belentara, bahawa merekalah binatang yang kuat. Namun mereka tidak mengetahui, bahawa penghuni rimba yang lemah sedang mencari jalan dan masa untuk menghilangkan ketakaburan gajah dan harimau.

Tanpa Nama berkata...

Amboi! Macam tu tuan Jebon tu membuat penilaian. Apalah punya bahalol dan bughok punya perangai.

Pencolekhangek berkata...

Tidak turun tidak bererti kita tidak menyokong. Hari-hari berjemaah dimasjid, seminggu 2 atau 3 kali dengar ceramah ustaz, itu tidak bererti saya akan undi Parti Haji Hadi. Sori bro.

Tanpa Nama berkata...

Ramainya ahli pas hadir sebab ikut arahan Hadi.Hadi kata duduk semua duduk.hadi kata berdiri semua berdiri hhadi kata kentut semua kentut.sebab otak dah biul, kebanyakanya menghidu kentut hadi .sekarang terkena pula pada TMTI.malulah pada diri sendiri.Pas telah kuat dan kukuh setelah bersama Iakatan ,kah,kah,kah,bingnug punya peminpin.

Tanpa Nama berkata...

Sekarang rakyat sudah tahu bahawa Pas tidak berjuang untuk membela rakyat.secara mantiknya Pas kini (peminpin ulamk) menyokong peminpin zalim .Apa hukum ulamak menyokong peminpin zalim? malun punya ulamak.

Tanpa Nama berkata...

Jebon tu titm ker? Aku tk paham. Pls jelaskan. Hihihi

Unknown berkata...

TITM,
Walaupun suara masih serak-serak...
In Shaa Allah di takdirkan waktu terdekat ni.. ada lagi....perhimpunan untuk negara dan rakyat. aku akan turun lagi dan lagi... lawan tetap lawan! walaupun tanpa kelibat PAS!



Tanpa Nama berkata...

bapak segala hipokritt...dari ayaq sejuk sampai kunci syurga...semua bole...

Tanpa Nama berkata...

Isma Perkasa & Pekida akan jadi rakan terbaru PasIk.. "inilah kebijaksanaan luar batasan presiden pas sbg peneraju politik matangnya.." ujar pemakan dedak yg istiqomah..

Tanpa Nama berkata...

Dalam segala tindakan dan tutur-kata PAS, sudah tidak ada nilai-nilai dakwah.

Masa hadapan negara se olah-olah bukan terletak pada parti PAS tetapi pada PH dan BN.

Kenyataan pemimpin PAS seperti Tuan Ibrahim dan Hj Hadi langsung tidak memberi apa-apa kebaikkan pada rakyat jelata.

Tuan Ibrahim sendiri mahu parti itu menggerakkan protes Bersih selama dua hari, tetapi presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memutuskan sebaliknya.

Apa punya Presiden menolak hajat Tuan Ibrahim yang ingin menunjukkan kekuatan PAS? Atau PAS tidak berminat lagi mereformasikan sistem yang dah tunggang terbalik.

Tanpa Nama berkata...

Betul kata Tuan Ibrahim yang PAS tak sedar ...

TAK SEDAR DIRI LAH

Zali M berkata...

Pergerakan PAS adalah dalam kelompok ahli2 partinya sahaja, orang luar atau rakyat sudah tidak ambil peduli apa pun nak cakap dan buat.
Jadi biarkan mereka meroyan....

Tanpa Nama berkata...

Apapun mai kita sama2 mendoakan kesihatan Yb Hanipa Maidin..

Tanpa Nama berkata...

Cubalah pula pas pulak yg buat anjuran...kita nak tengok berapa kerat yg datang...dulu aku cukup hormati TITM ni...tapi sekarang dgn dia2 sekali dah jadi cakap mengarut mengabang sekali... apalah nak jadi dgn pas skrg ni...aduhaiii...

Tanpa Nama berkata...

Omakkau dan PakKaramu ramai geng pasik. Meluat aku, mereka dah jadi pro umngok dan semakin berselera memakan dedak.

Tanpa Nama berkata...

Anon 12 09

Ramai yang turut-serta jika PAS yang anjur. UMNO kalau anjur program pun kan ramai ? Yang turut-serta bukannya datang tapi di angkut.

Satu lagi kata lah ramai sepanjang TAR hingga ke Dataran Merdeka, suasana dan feel nya tak macam dulu dan tak sama dengan yang di anjurkan oleh AMANAH.

PAS cuma berani angkat plakad dalam dewan dan untuk bergambar sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Mereka tidak sedar perubahan pendirian mereka demi kebenaran ke berpolitik.

Mereka kena tenguk bagaimana dan siapa mereka 5 tahun dulu dan bagaimana dan siapa mereka sekarang?

Sebab sudah tentu mereka ingat apa yang mereka siarkan dan mesti ada yang masih dalam simpanan mereka.

Tapi kalau mereka memang ber'tuan' dari dulu, apa nak buat sebab tak ada tuan baru yang nak kan mereka.

Jass berkata...

Mcmana dgn geng amanah yg bwk lari kerusi pas tu? Agak2 la nk komen tu...

Hidup Najib! berkata...

Ahli2 pas tak terjejas ngan GST...maklumlah ostad2 pun dah pakai kete mewah..

Tanpa Nama berkata...

Untuk makluman Tuan Ibrahim Yang Bangang dan Bahalul lagi Bengong.

Lebih dahulu, saya katakan bahawa kenyataan-kenyataan kau, menggambarkan betapa bangang dan bahalulnya engkau dalam arena politik di negara kita sekarang ini.

Woi bangang! Kau tau tak? Bahawa soal GST itu adalah masalah rakyat, bukan masalah politik peribadi kau dan Hadi n The UG yang bahalul itu. Apa yang ingin ditonjolkan adalah perasaan rakyat secara umumnya tak kiralah daripada politik mana sekali pun.

Apa yang kau kemukakan itu, jelas menunjukkan tindakan kau dan puak kau atas nama PAS memang tidak boleh diyakini. Ini mengesahkan lagi betapa wajarnya parti Amanah ditubuhkan secepat mungkin agar ahli-ahli yang mahukan gerakan Islam bergerak secara aktif mempunyai jemaah yang tidak fasik.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...
Jebon tu titm ker? Aku tk paham. Pls jelaskan. Hihihi
4 April 2016 6:45 PTG

Jawapan;

Yang mengata itulah yang Jebon. Kata-kata itu keluar daripada mulut ulamaknya. Maka layaklah Hadi dipanggil Ulamak Jebon. Tuan Ibrahim layak juga dipanggil Tuan Jebon.

Tanpa Nama berkata...

Eloklah bawak lari drp kekal menunggu hari utk dibungkus...poodaahh pas...

Tanpa Nama berkata...

Cuba perhatikan betul2 muka Ibrahim bin Man ni. Nak senyum pun susah. Ketat betul pipi dia. Air muka macam ni nak pimpin negara? Baru dipilih jadi orang no 2 PAS habis terbelah dua, berpecah habis PAS.

Tuan ibrahim ni kalau betul berjiwa Islam patutnya buang gelar Tuan dipangkal nama nya tu. Itu gelaran feudal yg tak sesuai dipakai oleh seorang yg cuba menggambarkan dirinya sebagai ulamak. Cukup sekadar memakai nama Haji Ibrahim bin Hj Man. Zaman bertuan-tuan ni dah ketinggalan zaman. Ini bukan lagi zaman Tuk Nadur berkajang kain.

Haji ibrahim Man ni dulu aku ingat bijak tapi ternyata tongong tahap gaban. Kalau dia cerdik, patutnya dia amik peluang waktu pemilihan parti PAS yg lalu dgn mencabar Hadi Awang kejawatan Presiden. Golongan professional PAS diperingkat awal dah sedia bagi laluan utk menyokong Haji Ibrahim.

Malangnya faham feudal & jiwa hamba di kepala Haji Ibrahim ini tersangat tebal & sukar dikikis. Belum apa2 baru dapat satu pencalonan dari bahagian Kota Baharu utk bertanding jawatan Presiden PAS, Ibrahim Man ni dah menggelupur merafak sembah taat setia kepada Haji Hadi.

Sekarang tengok apa dah jadi pada PAS.

Pemuda parit kings berkata...

Buat jasni Abu bakar..mudah shj wahai saudara...klu dibagi KT pas semula...agak2 kamulah..boleh menang ke pas???semua org boleh politik. bukan semua org tahu akan selokbelok politik...klu no dicerita panjang bebenor....carikah org yg terdekat utk dpt penerangan yg jelas...