20 Mac 2016

Isu Rumah LGE: Tuduhan Tidak Berdasarkan Fakta, Hanya Cakap-cakap Orang

Segera siasat saya, Guan Eng beritahu SPRM

GEORGETOWN - "Saya gesa SPRM (Suruhanraya Pencegahan Rasuah) segera siasat saya," tegas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung pembelian rumah banglonya di Jalan Pinhorn, di sini, hari ini.

Guan Eng berkata, beliau akan memberi sepenuh kerjasama kepada SPRM dalam siasatan itu berikutan yakin tiada sebarang unsur amalan rasuah dalam isu pembelian rumahnya dengan penjualan tanah di Taman Manggis.

Menurutnya, isu pembelian rumahnya adalah satu fitnah jahat dan taktik politik kotor untuk menyerangnya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.


"Kali ini sungguh cepat maklum balas oleh SPRM terhadap kes saya. Saya tidak mempunyai masalah untuk membantu siasatan malah saya gesa segerakan siasatan ini kerana saya percaya, tiada unsur rasuah dalam kes ini. Namun apa yang menghairankan, SPRM negeri ada menyatakan pernah menjalankan siasatan sebelum ini berkaitan penyewaan rumah saya pada 2009.

"Sekiranya benar, mengapakah SPRM tidak membuat pengumuman kepada orang awam sejak 2009 bahawa ia tidak berasas? Saya tidak pernah disoalsiasat oleh SPRM berkaitan dengan penyewaan rumah saya sebanyak RM5,000 sebulan sebelum saya membelinya," katanya.

Terdahulu, Guan Eng mendakwa transaksi pembelian rumahnya di Jalan Pinhorn yang berharga RM2.8 juta itu dibuat secara rela hati antara pembeli dan penjual tanpa sebarang paksaan.

Guan Eng berkata, transaksi itu berasaskan kesanggupan secara bebas dan rela hati di antara beliau dan penjual yang membawa kepada rumah jenis banglo dua tingkat di Jalan Pinhorn yang berusia 30 tahun itu dibeli dengan harga berkenaan.


Pembelian rumah LGE meragukan? NGO lapor polis

KUALA LUMPUR: Kerana khuatir pembelian rumah yang dikatakan bernilai RM6.5 juta berkait dengan penjualan tanah untuk rumah kos rendah, Pasukan SEMUT (Sensible, Ethical, Malaysian United Team) Malaysia membuat laporan polis mendesak siasatan keatas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Pengerusinya, Zaparudin Abdul Rahim berkata pihaknya mendapati isu ini hampir sama dengan kontroversi membabitkan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo.

“Berdasarkan semakan rambang, dan disebut ramai orang, nilai semasa banglo berkenaan sekitar RM6.5 juta. Kemudian ia di beli Lim Guan Eng dengan hanya RM2.8 juta. Berapa juta beza tu?” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di IPD Dang Wangi, hari ini.

Pada 23 Dis 2011, Khir disabit kesalahan kerana menggunakan kedudukannya sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk memperoleh dua bidang tanah dan sebuah rumah di bawah harga pasaran pada 2007.

Dalam kontroversi kali ini, Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya semalam mendakwa rumah yang dibeli Guan Eng pada RM2.8 juta di Jalan Pinhorn, George Town adalah di bawah harga pasaran.

Beliau khuatir pembelian itu berkait dengan penjualan tanah seluas 1.1 ekar di Taman Manggis yang dimaksudkan untuk pembinaan rumah kos rendah.

“Alasan yang diberi, banglo tersebut adalah rumah biasa dan tiada ‘swimming pool’. Kelakar kan? Adakah kos bina kolam renang cecah hingga jutaan ringgit?” soal Zaparudin.

Menurut kronologi yang dibentangkan Shabudin di Parlimen, banglo itu disewa Guan Eng sebagai kediamannya sejak menang pilihan raya umum ke-12, setelah enggan mendiami rumah yang disediakan kerajaan negeri atas alasan anai-anai.

Kemudiannya, Guan Eng membeli rumah itu daripada pemilik, Phang Li Koon pada 21 Okt 2015 dengan harga RM2.8 juta – 12 peratus lebih tinggi daripada harga belian oleh Li Koon pada 2008.
-FMT


ULASAN GB

Cemburu, irihati dan dengki. Itu sebenarnya yang ada di hati mereka yang melemparkan tuduhan tidak berasas kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Cemburu kerana Pulau Piang telah dinyatakan sebagai negeri yang paling sedikit hutangnya dengan kerajaan pusat berbanding dengan negeri-negeri lain.

Berita itu tidak disenangi oleh kelompok yang membenci DAP dan Pakatan Harapan.

Lantas dicipta fitnah untuk menjatuhkan Lim Guan Eng iaitu isu rumah banglo yang kononnya dibeli dengan harga yang lebih murah dari harga pasaran.

Namun tuduhan itu tidak bersandarkan kajian, tetapi hanya bersandarkan "cakap-cakap orang". Lihat petikan di bawah:

“Berdasarkan semakan rambang, dan disebut ramai orang, nilai semasa banglo berkenaan sekitar RM6.5 juta. Kemudian ia di beli Lim Guan Eng dengan hanya RM2.8 juta. Berapa juta beza tu?” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di IPD Dang Wangi, hari ini.

Hanya "bersandarkan kajian rambang dan disebut ramai orang," membuktikan TIADA fakta yang benar tatkala membuat tuduhan tersebut.

SPRM pula dengan sepantas kilat membuka keratas siasatan. Sedangkan skandal Najib dalam isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion tidak ada jawapan kecuali tertutup begitu sahaja.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pelik...ADUN PAS di Kelantan yg beli sebuah kereta mewah di bawah harga pasaran sebenar tak pulak diorg suruh siasat...

Unknown berkata...

Salam:

Di Malaysia ni,masih lagi 20thn ketingalan kebelakang,mengamalkan sistem FIEDAL,SESIAPA BERKUASA diperingkat FEDERAL,dikira SUCI,tiada melakukan kesalahan.Tak kiralah siapa mereka,itulah satu sebabnya bagi mereka2 yg mengaku ulamak islam pun terkesan dgn situasi ini.Kita tak berniat nak membela LGE,ada kes siasat, dan bawa mahkamah.Bersalah mesti dihukum.Tetapi hendaklah ADIL,Bagaimana kes balak kelantan yg dibuat beberapa bulan lalu senyap,sunyi-sepi.

Inilah sebabnya pak2 lebai nak menasihati Najib,sebab dia berkuasa mutlak dlm negara,hakim,polis,AG,MEDIA,ASKAR,Media perdana SeMUA DITANGANNYA.

maka inilah sebabnya semua perlakuan,hukuman,kesalahan,BERPILIH-PILIH jadinya, Jika geng2 yg berkuasa termasuk yg nak jadi penasihat pehak berkuasa melakukan kesalahan,mereka TERLEPAS,tiada kesalahan langsung,walaupun terang2 melakukannya.Tapi bagi mereka yg menentangnya,walaupun hanya dgn HEARSAY terus di wirid siang dan malam .

Malaysia sekarang ini bertambah teruk,kena REFORM DIDALAM SEMUA BIDANG.

Selagi keseluruhan rakyat semua tidak PEKA,keadaan ini akan berterusan selagi itu rakyat tertipu selama-lamanya.

Ayuh seluruh rakyat malaysia semua lakukanlah perubahan total dlm PR14 ,NEGARA KITA CUKUP KRITIKAL,ini bukan masaalah bangsa,agama ini adalah masaalah kita semua yg masih nak dududk dalam situasi FIUDAL,yg takut keluar dari dalam kotak.

go Amanah GO BEBASKAN RAKYAT MALAYSIA,SELAMATKAN MALAYSIA.

Sekian.

Tanpa Nama berkata...

Bukan nak menyokong tapi yg salah tetap salah yg benar tetap benar.
Kenapa siasat ikan bilis je sedangkan jaws makan habuan besar terlepas begitu saja? Kalau betul amanah dan jujur, tak kira kecik besar, semua kena sama rata disiasat. Adakah ini untuk alihkan perhatian?

Malaysiabaru berkata...

Undi pas mcm undi umno

Undi umno mcm undi pas

Ayoh Ping rasuah mb Darul ehsan dengan sokongan jika lantik menantu tokoh kaparat perangsang seks slgr dgn jawatang besar gaji besar... Tak di siasat..

Korban lembu guna dana negeri tapi sembelih di parlimen wp di agih boleh lepas

Woit Ape ke hal bank islam lepas kes 60juta mb?

Laknat mereka yg amal party ajaran sesat

Passs pissd pusss

Tanpa Nama berkata...

Bila berkuasa mcm 2 boleh jdi

Tanpa Nama berkata...

Bang 1233.. bukan 20 tahun ketinggalan.. ketinggalan dari siapa?? Kita telahpun ketinggalan 2000 tahun kebelakang. atau mungkin 4000 tahun.. sama dgn zaman firaun.. bersyukur pun kpd manusia ja.. sama mcm sembah lembu jugak..

Islam pun nama ja.. tapi sama malah lebih teruk dari zaman jahiliyah 1500 tahun dulu.. bayi arab pompuan ja dibunuh.. kita laki pompuan dibunuhnya.. abu lahab bukan Islam memusuhi Islam.. tapi kini UMNO yg Islam memusuhi Islam sendiri.. malah PAS yg berjubah berjubow lebih memilih sokong dan bela Najib dari bela rakyat.. Haji Hadi berelaun bergaji 100k sebulan.. bermenantu si jutawan ayam.. menjadi kaya dan senang lenang kerana politik.. sedangkan nabi dan sahabat juga kaya rayakah sbb politik??

Tolong buat sikit kajian bang.. 20 tahun kebelakang tu..kira maju lagi la.. tak malu sangat 20 tahun terkebelakang..

Raja2 kita ni.. berasal dari muntah lembu dan bernasab dgn nabi saw.. kahkahkah.. nak ketawa terbahak2 juga rasanya..

Tanpa Nama berkata...

Isu ini akan menjadi berat sekiranya rundingan jual-beli melibatkan orang tengah . Apalagi orang tengah adalah penjawat awam yang ada kepentingan kepada.penjual.

Kes Khir Toyo adalah teladan kepada semua ahli politik supaya tidak melakukan kesalahan yang sama.

LGE mungkin hanya membeli dengan harga RM 2.8 juta tidak termasuk rumah yang berusia 30 tahun. Dimana bangunan tersebut akan di runtuhan. Harga tanah bukan sahaja ditentukan oleh beberapa sebab sekiranya penjual dimestikan membuka tender. Sekiranya ramai pembeli yang berminat ini akan mendorong harga lebih dari harga pasaran. Malah boleh lebih dari RM 6.5 juta kerana pembeli mempunyai berbagai citarasa dan tujuan. TH telah membeli tanah lebih dari harga pasaran dengan alasan harga tersebut akan naik dalam beberapa tahun sahaja.

Tujuan LGE akan di ketahui sekiranya dia menjual tanah tersebut dalam 3 atau 5 tahun dengan harga RM 8 juta.

Bagaimana pula kerajaan yang telah menjual tanah kepada pemimpin UMNO dengan harga murah seperti di Selangor dimana tanah tersebut sepatutnya milik pasukan keselamatan untuk dibina bangunan?

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya kekalkan Badan Pencegahan Rasuah atau BPR.
Kerja BPR ialah hanya untuk menangkap Polis yang terima rasuah atau makan rasuah sahaja. Masa itu mana ada siasatan berkaitan tender dan guna kuasa mempengaruhi keputusan jawatankuasa tender. Tun Mahathir dan Anwar telah mengeluarkan arahan nama mereka tidak ada kaitan dengan apa-apa permohonan sekalipun termasuk ke syarikat-syarikat swasta untuk temuduga jawatan kosong. Disinilah bermula kerja-kerja secara berpasukan yang melibatkan Ketua-Ketua di Jabatan Kerajaan. Jika tidak kerja-kerja menukar ketua tersebut akan di uruskan.

Oleh kerana penglibatan orang poltik tersebut di bimbangi tidak terkawal maka di naik-taraf BPR ke SURUHANJAYA PENCEGAH RASUAH MALAYSIA atau SPRM. Belum pun bermula sebarang siasatan keatas pemimpin politik, timbul lah isu Anwar Ibrahim yang menjadikan UMNO lemah. Akhirnya budaya 'campurtangan orang politik' dibiarkan berterusan demi meneruskan kuasa orang-orang UMNO.

Hari ini SPRM pantas apabila melibatkan pemimpin pembangkang sedangkan perbuatan pemimpin UMNO lebih banyak yang perlu di berteraskan.

Jika Badan hanya menyiasat dan tangkap Polis, SPRM pula hanya di suruh menyiasat pemimpin pembangkang.

Tanpa Nama berkata...

Bila Pakatan Harapan, laju betul nak siasat pembelian rumah Lim Guan Eng, bukanskita nak membela LGE tapi, pelik sebab tiba tiba nak cari pasal, baru sekarang, heboh pasal harga rumah LGE....menteri menteri ada rumah berbuah buah, kereta berbuah buah lagi mahal., anak, cucu bagai kaya raya di usia muda, tak pula nak siasat macamana dapat duit beli harta? Pelik.. !

Tanpa Nama berkata...

Ah ha ye..patut tangkap je polis atau JPJ yg berasuah....lagi betul..