27 Mac 2016

[BERGAMBAR] Rakyat Sarawak Berpusu-pusu Isi Borang Sertai AMANAH

Sekalipun Parti Amanah Negara (AMANAH) baru sahaja ditubuhkan beberapa bulan yang lalu, namun dengan usaha gigih petugas AMANAH di Sarawak telah berjaya menarik minat rakyat Sarawak untuk mengenali dan sekaligus menjadi ahli AMANAH.

Sarawak dijangka akan mengadakan pilihanraya negerinya sekitar bulan April/Mei nanti dan AMANAH telah mengesahkan akan bertanding di dalam pilihanraya berkenaan.


Para petugas AMANAH dari Semenanjung seperti Angkatan Wanita AMANAH (AWAN), AMANAH Pusat, negeri dan kawasan-kawasan telah secara bergilir-gilir terbang ke Sarawak untuk memperkenalkan AMANAH kepada rakyat Sarawak.

Di bawah ini dipaparkan sambutan menggalakkan masyarakat Sarawak terhadap AMANAH.




















23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Subhanallah alhamdulillah Allahuakbar

Tanpa Nama berkata...

Warna kamu itu jika tak silap adalah warna yàng di sukai Rasul Allah SWT Muhammad SAW. Semak hadith semula.

Tanpa Nama berkata...

Semoga tuhan memberi kemenangan kepada yg berjuang dgn iklas

Tanpa Nama berkata...

Patut lah Mat Sabu di larang masuk dengan alasan tidak mahu masyarakat berpecah belah.

Kena tanya Hj Hadi, kalau macam ini agak-agak berapa lama AMANAH boleh bertahan?

benartetapbenar berkata...

Lagi 2 tahun ajiadi bagi tempoh.... semua ahli.pas masuk AMANAH ..... kot?

Joe Leman berkata...

InshaAllah, mudah2an Islam dapat dikembangkan dgn penoh berhikmah. Contoh tauladan dgn akhlak yang mulia akan memperlihatkan keindahan islam. Bukan politik semata2

Tanpa Nama berkata...

Plslah wahai pemimpin politik BN cawangan Sarawak, janganlah timbulkan isu parti dari Semenanjung, parti asal Sarawak ka.

Kita orang Malaysia.

Tanpa Nama berkata...




Siratol MUSTAQIM... LURUS Ber CAHAYA
DASAR yg Utuh... AMANAH di Dada
Puncak AMANAH... Rakyat Ter BELA
Kaseh Mem-BERI... Agenda UTAMA nya
Kaseh Mem-BERI... Yg Subur di JIWA
Mnjd PENAWAR... Pengobat LUKA


Jiwa AMANAH... Jiwa yg LURUS
Shbt AMANAH... LURUS Budiman
Kaseh Mem-BERI... Kaseh Yg KUDUS
Tak Minta GANJARAN... Budi SANJUNGAN
Kehujung NYAWA... Mnjd KENANGAN
Oh! Alangkah INDAH nya... Kaseh-MU-TUHAN..



Wahai Sahabat... AMANAH Budiman
Sahabat AMANAH... Mnjd SANDARAN
Mnjd Sandaran... Mnjd HARAPAN
Kaseh Mem-BERI... Jadikan lah IMPIAN
Kaseh Mem-BERI... Jadikan lah DAMBAAN
Puncak AMANAH Itu... Mahligai KEINDAHAN
Anugrah-"Mulia"-NYA... Ddlm "PERASAAN"
Yg TAK Perlukan NOBAT... "GLAMOUR" Sanjungan



Tanpa Nama berkata...

Bang Mat sangat dihormati di bumi kenyalang. Mereka sentiasa menantikan kedatangan Bang Mat ke sana. Kalau tak dapat jumpa Bang Mat, dapat jumpa adek beradik dia pun sudah hilang rindu mereka. Oleh itu silalah berangkatkan ahli2 AMANAH ke Sarawak. Walau sedikit, biar bertali arus.

Sarawak. Bumi indah, rakyat peramah. Tiada kebencian antara kaum dan kepercayaan. Sangat menghormati tamu. Walaupun sudah puluhan kali ke sana, daku selalu merindui mereka. Selalu tidak puas dengan keindahan budi orang Seqawak..

Tanpa Nama berkata...

Abang Mat
Tolong kasi 'Ngap Sayot' sama Hj Hadi.

Hj Hadi tak boleh berbangga dengan jentera PAS. Ramai yang dah tahu permainan Hj Hadi. Mereka sekarang lebih rela berkhidmat dengan AMANAH.

Tanpa Nama berkata...

Susah juga jadinya bila org yg bijak bicara terus berbicara... mmg presiden tu terkenal dgn bijak bicaranya sejak zaman amanat lagi.

Walaupun tindakkan nya celaru dan hasilnya hampas, tapi dek bijak bicaranya, pasti pengikutnya terlena dibuai bicara... susahlah nak dptkan sedikit undi drp baki pengikutnya.

Rasanya PH perlu elakkan menyentuhnya walau secuit, utk pastikan agar dia
tiada modal utk bicara berkait2 /berbait2 / berumpama2an...

Terus fokus telanjangkan BN shj. Jgn di layan langsung, dia dan pengikutnya... Biar egonya naik sendiri dan biar dia rasa PH tak berani menyentuhnya atau menyindirnya.

Tanpa Nama berkata...

Konsep Rumah Terbuka semasa menyambut hari raya bermula di Sarawak. Mereka yang bertugas di sana terutama Tentera akan pergi beraya secara berkumpulan di mana-mana rumah walaupun tidak di kenali sangat.

Tentera kita yang balik ke sini pun membawa konsep tersebut dan diikuti oleh masyarakat di sini (Semenanjung) Tetapi lama-kelamaan rumah terbuka hanya diadakan untuk keluarga dan sanak-saudara.

Itu lah orang Sarawak yang terkenal dengan laksa Sarawak dan kek lapis Sarawak.

Malaysiabaru berkata...

Serawak negara komunis ker apa ?

Lepas ni kita larang presiden China melawat borneo kerana bawa fahaman komunis kepada ketua menteri adenan setan

Unknown berkata...

Dpt aku rasa ... kalau AMANAH dpt lebih 2 kerusi atau lebih.. pas 0 kerusi.. tekanan jawatan presiden parti pas..silap2 semua naib presiden suruh presiden letak jawatan...

SuJeng berkata...

Marilah kita bersama perkasakn parti amanah negara. Usah d sentuh/komen pasal PAS dan Hadi lagi. Biarkn luncai dgn labu labunya

Tanpa Nama berkata...

Nak harapkan lebai hadi dan walaunta2nya..
lagi org bukan islam lari la..
Tahniah Amanah.

Tanpa Nama berkata...

Di kuala kangsor
..ramei dah tawar hati ngan pas nie..
Semua kerana kata kata tuan.presideng yg semakin mereng kebelakangan ini...aduiiiii...

Din berkata...

Terbaik orang serawak..

Tanpa Nama berkata...

Ghase kan..deme tu ingke bebenor..macam le surge tu hokmilik parti dan presideng deme jer..la ni mau meroyan nengok Amanah jadi pilihan..bio deme ngelupor..haa..ghase kan!!

Tanpa Nama berkata...

Tuan 10.43. Kalau dah tawar hati, marilah menyertai AMANAH. Elok tuan menziarahi mereka. Sembang2 dengan mereka. Pujuk2 mereka. Dan bawak sekali borang AMANAH.

Eh. Borang AMANAH mane? Adui bang Kosim. Dok buat ape di pondok penaja AMANAH tu? Stanbylah borang banyak2. Cetak ke. Ambik kat pejabat negeri ke. Bagi2lah. Ini tugas paling asas bang oii.

Buat flyer banyak2. Nyatakan kebaikkan AMANAH. Sertakan no2 telefon dan orang2 yang boleh membantu. Edarkan kat tempat orang ramai seperti pasar malam atau acara2 keramaian. Jangan tabur ye. Kita bukan begitu low class sampai main tabur2. Beri salam dan hulur je dengan senyuman. Tak perlu cakap banyak pasal nak jumpa ramai orang lagi.

Adapun Tuan2 buat benda ni, niatkan kerana Allah Taala semata2. Kerana nak menangkan Pakatan Harapan sungguh2 kali ni. Nak betulkan minda orang bengap yang selalu memberi kemenangan kepada Bn selama ini. Tuan2 kena bangkit sekarang jugak. Buatlah sikit kerja. Insya Allah kita berjaya..

Tanpa Nama berkata...

Semua ahli pas di peringkat mana pun tak bolih nak cakap apa.terkejut .bingung .bangang ,bisu.pekak dengan perbuatan ,perkataan ,emosi ,gaya badan yang di lakukan oleh Hadi .semua perkara yang dilakukan Hadi adalah atas dasar dirinya sendiri.buka keputuasn JKKP /JKKP entah kemana.Hadi dan Haron berdua yang tahu apa pelan perncangan mereka ,mereka seolah2 nak hancurkan Pas.kemana suara TMTI.Mahfoz Johor.Idris Ahmad .senyap membisu.mungkin ini adalah hikmah Allah nak tunjukan bahawa Hadi dan haron adal;ah perosak Pas ,selagi ada mereka berdua dan macai2nya dalam Pas,pas akan lemah dan Umno akan terus menguasai pasaran .kita sama2 berdoa agar mereka berdua kan berhenti dan keluar Pas agar parti Pas akan kuat semula.

sunny berkata...

Moga AMANAH ada ruang dalam hati orang Sarawak

Tanpa Nama berkata...

Doa je lah pas kembali ke pangkal jalan .

Sebab pas sebenarnya mmg relevan utk mengatasi umno dgn syarat continue hala tuju dokong islam, bukannya dokong melayu yg dipandu pimpinan pas baru sejak kebelakangan ni, sepeninggalan TGNA.

Pas perlu tarik muslim cina, india, bagai utk masuk pas. Dlm masa sama pas harus galak kembangkan peranan dan tanggungjawab DHPP utk bukan muslim.


Kalau lebih ramai yang persoal hala tuju PAS yg celaru sekrg ni, sambil isytihar penentangan secara terbuka, inshaa Allah, nanti terbukalah pintu hati sang pimpinan yg ego tu utk kembalu ke pangkal jalan. Sebab arwah TNGA dulu pernah menyindir, orang baru dpt kuasa memang begitulah perilaku, dimana betapa gelojohnya masing2 nak membenarkan tindakkan bagi menutup egonya.

Wallahu a'lam