16 Nov 2015

PAS Dah Tak Ada Wakil Di Pulau Pinang....

PAS Permatang Pauh putus hubungan dengan Salleh Man

PAS Kawasan Permatang Pauh semalam mengumumkan keputusan memutus hubungan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Permatang Pasir Datuk Mohd Salleh Man.

Yang dipertuanya, Omar Hassan berkata PAS kawasan itu membuat keputusan tersebut pada mesyuaratnya pada Isnin lepas.



"Keputusan ini dibuat berikutan kenyataan Salleh dengan jelas menyatakan sokongan terhadap kerajaan Pakatan Harapan yang diterajui DAP dan bertentangan dengan pendirian PAS pusat," katanya kepada pemberita di Dewan Yusof ar-Rawa di Permatang Pauh, semalam.

Katanya, pendirian PAS pusat tidak mengiktiraf kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang.

Dalam kenyataan pada 2 November, Salleh mengumumkan pendirian menyokong kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang yang dipimpin Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Omar yang juga timbalan yang dipertua 2 PAS Pulau Pinang berkata, keputusan itu yang mendapat persetujuan PAS negeri, akan dimaklumkan kepada PAS pusat. – Bernama

ULASAN GB

Entah apa yang ada di dalam benak pemimpin PAS Permatang Pauh sehingga mengambil tindakan memutuskan hubungan dengan ADUN PAS sendiri iaitu ADUN Permatang Pasir, Datuk Mohd Salleh Man.

Sekarang, apabila PAS sudah memutuskan hubungan dengan ADUN Permatang Pasir bererti PAS sudah tidak ada kerusi di DUN Pulau Pinang.

Dan susulan itu, sepatutnya semua ahli-ahli PAS yang menjadi kakitangan kerajaan Pulau Pinang di atas lantikan politik perlu meletakkan jawatannya.

Selepas ini juga, rasanya elok juga PAS umumkan mahu bertanding di semua kerusi DUN dan Parlimen di Pulau Pinang jika merasakan dirinya telah kuat jika bersendirian.

Nampaknya PAS Pulau Pinang sudah seperti berpatah arang berkerat rotan dengan Pakatan Harapan.

PAS Permatang Pauh tidak ambil iktibar kekalahan Yusni Mat Piah yang bertanding di Sungai Acheh pada pilihanraya ke 13 yang lalu di mana Yusni hanya memperolehi 600 undi dan hilang depositnya.

Bebeza pula pendirian PAS di Selangor.

Exco-exco PAS Selangor masih mengekalkan jawatannya malah PAS Selangor beriya-iya mempertahankan kedudukannya di dalam kerajaan negeri Selangor walaupun DAP masih ada di dalam kerajaan negeri.

Rakyat sedang memperhati dan menilai gerak-geri dan tindakan PAS yang kini berjuang dengan nafus dan emosi, bukan dengan ilmu dan strategi.......

19 ulasan:

nick berkata...

Jangan tak tau nanti sibuk puak2 ni berdolak-dalik cakap keputusan tu tak muktamad sebab majlis syura' belum bagi persetujuan..alah..macam apa yang diorang lakonkan masa muktamar dulu.Biasalah mamat2 serta minah2 yang perasan diaorang ni pejuang2 suci yang langsung takdak silap apatah lagi buat dosa. Mereka semua fikir bila taat dan walak tanpa soal, maka Allah akan memandu segala tindakan dan akhlak mereka menjadi sempurna serta dirahmati.

Ni lah yang ada dalam benak puak2 akal kurang, ilmu secoet tapi berangan2 dialah muslim sebenar yang setanding dengan sahabat2 Rasullullah SAW. Islam tu sendiri pun tak faham apatah lagi nak faham politik dalam islam. Semuanya ingat asalkan nampak macam islam, nama pun islam serta berhabuk2 "speaking arab", mereka dah lengkap amal dan syariat sebagai muslim. Diri sendiri pun belum kenal tapi dah berlagak macam "wali2 dan mujahid2 terbilang"! Rosak Islam dek kerenah puak2 perasan ni!

Nick.
Cape Tiger.

Tanpa Nama berkata...

PAS akan lingkup perlahan-lahan. Tunģgu pru 14.

dol berkata...

program perpaduan ummah merentas ideologi pd 16-18 dis 2015... program pra UG Hj hadi dn najib ada.... ramai lg

termasuk dijemput ialah prof quraish shihab seorg syiah totok indon

nampak tk mcmana syiah nk masuk melalui org mcm hj hadi. najib bkn tau apa... syiah atau yahanana srmua dia kwn ..jnji jilat dia

jika hadi betkuasa syiah akn melebar dimlysia. ini sgt bahaya bkn main2.

dh kata hadi yg pro syiah... sedang takiyyah utk berbaik dgn hadi demi dpt kuasa sikit

bila ada kuasa sikit nnti dia akn nasihat najib berbaik2 dn buka pintu lbh luas utk syiah

tunggulah tragedi timur tgh sedang dirancang di negara ini

tk caya tunggullaaaaa

Tanpa Nama berkata...

Asyik putus hubungan dan silaturrahim saja kerja puak puak ni..ini bukan ajaran islam tetapi ajaran syiah..rakyat malaysia mesti berhati hati dgn kumpulan syiah ni.

Tanpa Nama berkata...

Hancorlah negara. Musnahlah kesejateraaan rakyat kalau syihab al syiah ni dibawa masuk ke negara kita. Tolonglah baca web2 berita islam di indonesia sekarang. Tolonglah ambik tahu apa sudah jadi di sana. Puak syiah betul2 dah bikin kacau bilau. Mereka maki hamun para sahabat secara terang2, mestilah marah kaum ahli sunnah.

Pemerintah sekular pulak tak ambil peduli. Maka meranalah saudara2 kita di sana. Sekarang hadi panggil pulak puak2 ini datang bawak ajaran syiah. Hadi. Hadi. Pendeknya ilmu dan akal kau.

Tanpa Nama berkata...

Pas akan bungkus lepas ni ..caya laaa

tanya sama itu hud hud berkata...

Aku dari dulu tak suka hadi awang sebab dia tolak pengajian sifat 20.
Kemudian dia kata wahbi termasuk dalam ahli sunnah wal jamaah.
Boleh cari video2 tersebut di youtube

yen uchop berkata...

Perkembangan terkini aku sokongan sekuat kuatnya pas bergabung ngan umno nanti pas jadi kuat. Bila mengundi nanti aku bagi betul pada pas lulus dengan tanda right dan aku takkan menolak pangkah palang pas atau umno, aku cakap betul ni.

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Pas tidak mendapat keuntungan dengan memutuskan hubungan DAP. Pas seterusnya mengalamai kerugian besar apabila memutuskan hubungan dengan YB Salleh Man. Salleh Man ialah Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang dan adun Permatang Pasir. Kini Pas tiada apa-apa kekuatan di Pulau Pinang selain daripada kekuatan "kokok berderai-derai, tetapi ekor bergelumang najis". Salleh Man terpaksa mengikut rendak kerajaan negeri kerana takut kehilangan jawatan YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang. Elaunnya tinggi, ada pemandu dan kereta kerajaan. bertindak Masyarakat masih tertanya-tanya bila pula Pas Selangor mahu memutuskan hubungan dengan Pesuruhjayanya. Baru-baru ini Iskandar Samad, selaku pesuruhjaya Pas Selangor telah membuat kenyataan yang bercanggah dengan Presiden TGHA mengenai kerjasama dengan PERKASA. Tiga exco Selangor dari Pas pasti tidak mahu melepaskan jawatan mereka kerana masing-masing mendapat elaun lumayan, kereta besar dan habuan-habuan yang lain. Manifesto Pas sudah jadi manipulasi Pas. Pas engkau ini bagaimana? Salleh Man kamu pula di mana?

Tanpa Nama berkata...

Biasa la.
Parti dah nak putus haid

Tanpa Nama berkata...

Syiah ke wahbi ke apa2 ah ke paling penting ekonomi malaysia makin melingkup.Ulamak2 semua mana tau bab2 ekonomi ni.dok melalak isu haid nifas je boleh lah bising2. Kene tang ekonomi tgk si ulamak pas sekor tu org kata kewangan asing tp dia dok melalut pekerja asing. Apa punya biut ulamak pas.kalo ekonomi merudum.Kehidupan makin susah,nk mkn pun susah mana ada pikiran utk shiah2 miah2 ni dah...Sedarlah ekonomi menuju kehancuran. Perlu bertindak segera sebelum tlambat...

Tanpa Nama berkata...

Ce cite sikit asal usul sifat 20 ni. Mai mana? Zaman sahabat, tabien, abie tabien tak dak. Kenapa yg wahabi ni bukan ahli sunnah wal jamaah. Mohon pencerahan

Tanpa Nama berkata...

haji hadi bukan syiah,,namun antara ahli pas yang bodo dan meroyan melawan syiah tak tentu hala dia yang paling bijak kerana dia banyak kali pergi iran--tapi dia bukan syiah. penentang syiah sudah kalah di syria dan raq mereka cuba bertaqiyah qardawi sudah member fatwa namun ramai ragu ragu takut mati sia

Tanpa Nama berkata...

Pas pulau pinang ini pemimpin mereka sok sendiri,bagi mereka "menang sorak biar kampong tergdai" lebeh baik dari membuat kerja-kerja yang berfadeh.Bila dah perintah pun tak ada apa-apa yang boleh dibangga dibuat,hanya berceramah menfitnah saja lebeh banyak.

Tanpa Nama berkata...

Aku kan yg dipertua, kenapa tak pilih aku masa pru lepas.... why! why! why!
Ni yg aku nak balas dendam ni......

Tanpa Nama berkata...



1. Pemarah.
2. Pakar U-turn
3. Tukang Label
4. Penipu.
5. Penakut (desak orang bersumpah tapi sendiri pun tidak berani)
6. Pembodek
7. Penfitnah
8. Kaki Ponteng
9. Pakar berdolak-dalih
10. Tidak bertanggung-jawab.

Antara 10 sifat untuk mengenali si Hadi. Tanpa bertemu si Hadi orang dah boleh kenal siapa si Hadi ini.

Tanpa Nama berkata...



Bukan semua apa yang DAP buat semuanya tidak baik. Jika ada tidak baik, berikan lah nasihat , pandangan dan jika perlu bantahan.

Kalau Pemimpin negeri yang beragama Islam perlu ada penasihat apa lagi LGE sudah semestinya perlukan nasihat dari orang Islam dalam hal ehwal Islam.

Apa bezanya dengan orang yang menyokong PH dengan orang yang mengaku dirinya ibarat harumanis.

Tanpa Nama berkata...

Buat dol..
prof quraish shihab adalah seorang tokoh sunni. Beliau dicop syiah apabila sikapnya yang kontra dengan orang-orang seperti anda. Di Indonesia sikap sebahagian besar ulama terutamanya seperti NU terhadap syiah adalah berbeda dan toleran. Beliau tidak menyertai ANNAS dan sepertinya yang berdegar-degar diperjuangkan oleh golongan faham salafist(Islam Arab Saudi). Di Indonesia, mula kedengaran doktrin Islam Nusantara bagi mengimbangi faham salafy yang berjuang atas nama orang Sunni kebanyakan.
Diharap perjuangan AMANAH adalah bebas daripada bersendi faham sektretarian yang akan berakhir dengan tindakan tidak rasional dan terjebak dalam fahaman melampau di dalam agama. Golongan pelampau (extremist) tetap ada sama ada dikalangan Sunni, Syiah hatta kini fenomena di dalam PAS.
Perjuangan murni tidak sewajarnya bertongkat dengan isu-isu Syiah, sepertimana sebahagian pihak bertongkat dengan isu Melayu, Islam, Raja. Berpaksilah dengan nilai-nilai murni, moderat, berimbang, progresif tetapi bukan agresif, hikmah dan bijaksanan.

Tanpa Nama berkata...

seharusnya multaqa menjemput cendikiawan lain yg lebih jelas fikrah dn tidak menimbulkan kontroversi agama dlm masyarakat.

org seeprti quraish shihab yg mengatakan tidak ada jaminan Nabi saw masuk syurga patut tidak dijemput.

syiah memang terkenal dgn takiyyah. luarannya blh saja sgt sunni tp bila mengeluarkan pandangan kita tahu otaknya sudah dijangkiti syiah yg sesat.

QURASIH SHIHAB MEMANG PATUT DIBANTAH KEHADIRANNYA.