17 Okt 2015

PAS Selangor Tak Wala Dengan Presidennya?

Adakah tindakan PAS Selangor bawa maksud menentang Presiden? – Mohd Azhar Abd Rahman

“Rakyat Kelantan ramai menyanjungnya kerana beliau dikatakan ulamak dan digelar Tok Guru, walaupun beliau tidak banyak membangun kemajuan rakyat dan negeri kelantan. Malah kemajuan Islam di Kelantan tidak ke mana dan hukum hudud gagal dilaksanakan semasa hayatnya walaupun menjadi MB Kelantan lebih 20 tahun.” Ini adalah petikan tulisan Ibrahim Ali dalam statusnya di facebook selepas pemergian Almarhum Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat.



Berita Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi berpelukan dengan Ibrahim Ali bukan sesuatu yang sangat mengujakan dibincang kerana wajah PAS mutakhir ini menggambarkan mereka saling berpelukan cuma tidak dizahirkan seperti gambar yang menjadi viral sehari dua ini.

Pertemuan mereka pertemuan biasa. Perbincangan mencapai kata sepakat yang biasa. Cuma rentetan pertemuan itu hangat dibincangkan. Bagi setengan pihak, PAS mengambil keputusan itu sebagai provokasi halus kepada penentang dan boleh jadi sebagai bahan berita yang bakal menjadi polimik di kalangan lawan.

Jika disoroti rekod sebelum ini, banyak perkara memberi kesan langsung kepada PAS misalnya tahaluf siyasi semasa dalam Pakatan Rakyat, dan pelbagai perkara lain, PAS akan menggunakan Majlis Syura sebagai pemutus dan ahli-ahli di bawah perlu patuh sepenuhnya terhadap keputusan tersebut. Secara kebetulan juga setiap apa keputusan yang diambil Presidennya, Majlis Syura akhirnya akan bersetuju dengan tindakan itu.

Merujuk kepada isu terbaru, yang memberi maksud PAS sedia bekerjasama dengan Perkasa atas tiga perkara yang mungkin sebagai permulaan untuk bekerjasama atas perkara yang lain selepas ini, PAS dilihat sudah mengambil satu langkah yang membuka ruang kepada tahaluf bersama Perkasa.

Perkasa bagi pendangan umum dikenali sebagai pertubuhan bercorak perkauman dan tujuan penubuhan juga menjengkelkan kerana semua yang diperjuangkan telah termaktub dalam Perlembagaan negara.

Maka Perkasa sebenarnya adalah imaginasi Ibrahim Ali yang mahu mengekalkan dirinya sebagai ‘seseorang’ selepas banyak onar yang telah dibuat dalam parti politik yang dibaiahnya termasuk PAS.


PAS semestinya sedia maklum, melalui pengalamannya lebih 60 tahun dalam politik di Malaysia akan kesan dan persepsi yang bakal diterima, berdasarkan sejarah pendirian mereka terhadap parti politik, NGO atau sesiapa sahaja yang ingin bekerjasama dengan mereka.

Persoalannya kini, selepas pertemuan dan kenyataan pertemuan itu dikeluarkan, PAS Selangor tampil bertegas tidak bersetuju dengan tindakan bekerjasama dengan PERKASA. Ada beberapa perkara yang menjadi tanda tanya di kalangan ahli dan pihak luar PAS dalam tindakan tersebut.

Perkembangan ini memberi pengesahan bahawa banyak tindakan pemimpin tertinggi PAS tidak diketahui pemimpin lain dalam PAS.

Jika dilihat individu yang mengeluarkan kenyataan tidak bersetuju itu, ia dikeluarkan sendiri oleh Pesuruhjaya PAS Selangor merangkap Naib Presiden PAS. hasil kempen di kalangan ulama PAS dan tersenarai dalam ‘cai’ yang tersebar di kalangan perwakilan semasa Muktamar Jun lalu.

Pihak lain yang turut memberi respon terhadap perkara ini ialah Mahfuz Omar, ahli jawatankuasa PAS Pusat yang dilantik selepas muktamar yang lalu. Dipercayai ramai pimpinan lain tidak mengetahui perkara ini hingga kenyataan kerjasama itu dikeluarkan.

Persoalan lain yang menjadi tanda tanya, apakah tindakan PAS Selangor menentang kerjasama Perkasa turut diklasifikasikan menentang Presiden atau mungkin Majlis Syura?

Atau pertemuan ini dianggap sebagai perkara kecil oleh pimpinan tertinggi dan tidak perlu dibincangkan oleh Majlis Syura. Kalau begitu pendiriannya maka benarlah anggapan setengah pihak pertemuan itu hanyalah acahan Perkasa dan PAS kepada lawan politik mereka untuk melihat reaksi pihak lawan tetapi dianggap serius oleh PAS Selangor yang tidak dimaklumkan acahan tersebut lebih awal.

Apapun PAS dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dalam tindakan mereka supaya tidak memakan diri pada masa akan datang. Cukuplah dengan pergolakan besar yang berlaku sebelum ini walaupun dinafikan pimpinannya.

Jangan kerana hendak mencapai jumlah kehadiran yang tinggi dan menagih penyertaan Perkasa dalam perhimpunan yang bakal diadakan di Kota Bharu nanti, PAS sanggup mengenepikan prinsip dan mewujudkan pertembungan di kalangan pemimpin yang disahkan 100% pro ulama.

ULASAN GB

GB sudah ulas sebelum ini. Petikan...

Apabila telah dibelasah oleh netizen mengenai kerjasama PAS-PERKASA semalam, PAS menafikan berita-berita yang tersiar di dalam Berita Harian, Malaysiakini dan Malaysian Insider. Setpol Presiden PAS, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang memang dikenali sentiasa membuat penafian apabila Presiden PAS terjerat dengan sesuatu isu, menukarkan perkataan "bekerjasama" dengan "bersetuju" - sedangkan di dalam konteks isu PAS-PERKASA kedua-dua kata perbuatan (verb) itu tidak ada bezanya.

Wartawan malaysiakini juga kesal dengan "penafian" Samsuri itu.


Dan mengenai isu PAS Selangor tak bersetuju untuk bekerjasama dengan PERKASA, ia merupakan sesuatu yang agak lucu dan pelik. PAS Pusat bertindak lain, PAS Selangor bertindak lain.

PAS Selangor tahu bahawa jika ia melakukan kerjasasama dengan PERKASA, habislah impian PAS Selangor di dalam PRU14 nanti walaupun untuk memenangi satu kerusi.

Ini kerana PERKASA dikenali oleh rakyat di pantai barat sebagai sebuah NGO yang rasis dan ekstrem yang sudah pasti sebarang kerjasama dengannya akan meletakkan PAS Selangor di dalam keadaan tersepi dan kritikal serta ditolak oleh rakyat Selangor.

Hal yang sama juga berlaku di dalam isu hudud. Tatkala PAS Pusat berhempas pulas kononnya memperjuangkan hudud (sedangkan yang sebenarnya bukan hudud tetapi hanya pindaan EKJS Kelantan), PAS Selangor mengambil sikap "tidak menyokong hudud" di atas alasan Selangor bersedia semata-mata untuk menjaga hati pengundinya disamping mengekal jawatan dan kedudukan mereka di dalam kerajaan negeri Selangor.



Haru-biru PAS jadinya....

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Rakyat tidak dapat ditipu sepanjang masa walaupun PAS ada siku dan lutut, kerana rakyat pun ada siku dan lutut juga... Perjuangan assabiyah PAS-UMNO-PERKASA akan ditolak oleh rakyat di bumi dan di langit.

Rasulullulah SAW bersabda:

“Laisa minna man da’a ila ‘assobiyyah, walaisa minna man qotala ‘ala ‘assobiyyah, walaisa minna man mata ‘ala ‘assobiyyah” ‘Bukan dari kalangan kami (ummat Nabi SAW) mereka yang menyeru di atas dasar assabiyah (perkauman),
bukan dari kalangan kami mereka yangt berjuang di atas dasar assabiyah dan,
bukan dari kalangan kami orang yang mati di atas dasar assabiyah’
lalu para sahabat bertanya: “mal ‘assobiyatu ya Rasulallah?” – ‘Apakah dia assobiyah itu wahai Rasulullah?’ Nabi menjawab: “Al-‘assobiyatu an tu’ina qaumaka ‘ala zulmi” – ‘Assobiyah itu ialah kamu menolong kaum kamu di atas dasar kezaliman.’


Hadith Rawahul Bukhari & Muslim. (Mutttafaqun ‘alaih).

12 ulasan:

omar daud berkata...

Salam:

Tiada apa2 lagi yg nak di ulas,cuma nasihatkan pada saudara iskandar PAS bukanlah wadah yg sesuai baginya dan sahabat2 yg lain (bukan ulama/ustaz) untuk berjuang dalam politik/pas, sebabnya PAS sendiri self-claim dirinya Maksum,tiada cacat celanya,dalam tiap-tiap segala tindakkannya,para ulamaknya bebas nak buat sesuatu tanpa rujuk pada timbalan dan naib2 presidentnya,walaupun perbuatan mereka merugikan orginisasi PAS jangka panjang.iskandar adalah saorang jurutera,bukan ulama ataupun ustaz,sampai bila2pun takkan selari dgn geng-geng ulamak.Kecuali dr.zuhdi dan menantu Hadi.

Struktur orginisasi PAS itu sendiri,menunujukkan orng yg tak sebulu dgn geng2 ustaz/ulamak tiada tempat dlm PAS.kECUALI PEMBODEK-PEMBODEK ULAMA.

TERUSKAN USAHAMU amanah,TAHNIAH amanah malacca,Ketegasanmu di beri tabik SPRING.

WASSALAM.

Tanpa Nama berkata...


Suka hati sayalah nak kerjasama dgn perkasa atau tidak.

Suka hati sayalah nak wala ke tak nak wala'.

Apa kata n perasaan nik abduh DSAHA bersetuju (walau kata bukan berkerjasama) dgn orang yg memperlekehkan, merendahkan, mempertikaikan bapanya almarhum TGNA.

Takkan gumbira kot ?

Hentam sajalah labu.

Tanpa Nama berkata...

Pertemuan hadi dan brahem ali merupakan perbincangan ilmu mantik.hahahaha

Tanpa Nama berkata...

pertemuan untuk projek sotng dan membela katak di Terengganu.apa salahnya.ikut suka aku lah ,mu peduli apa.

GEBU berkata...

Apa makna ULAMAK? Orang yg ada ilmu tapi tak amal.....ulamak ke?

asri adnan berkata...

Tunggu je PRU 14 nanti....

Tanpa Nama berkata...




"Wa-SYARIK-hum-Fil-AMWAL...ALLAH Ber-FIRMAN
"HARTA" Lah Punca...SYIRIK dan MURTAD
"HARTA" Lah Penyebab...Mem Fitnah KAWAN
"HARTA" Lah 'Puncak'...Kesumat yg DAHSYAT


"Wa-SYARIK-hum-Fil-AMWAL"...Wahyu Yg"ESA
"HARTA" Ber TAKHTA...Ber Tuhan Di DADA
"HARTA" Pe Ngikat..."Walaq" & SETIA
Kerana "HARTA"..."Walaq" Di HINA





Apakah "Makna-ERTI".. Pen CURI
Apakah "Makna-ERTI.. Pe NYONGLAP
Pen CURI Pe Nyonglap...Me Nyamun SEMBUNYI
"KUASA-Me-Rembat"...Di Dalam GELAP


"KUASA-Me-Rembat"...Di Dalam GELAP
Projek...ESOS...Komisyen...& BALAK
Ibarat "MAFIA"...Ber Pakat Me NYONGLAP
Ber Million-BILLION...Tak "Siapa" yg NAMPAK?


Ibarat "MAFIA"...Ber Pakat Me ROMPAK
Pantang Di TEGUR...Pantang Di LARANG
Sanggup Mem-FITNAH..U-turn...Me-NYALAK
Semakin Ter DESAK...Ter Gamak Ber "PERANG"?


Semakin Ter DESAK...Ter Gamak Ber "PERANG"?
Se Tiap Pe-NYULOH...Di Anggap Peng KHIANAT??
Pem-FITNAH Pe Nyonglap..."Mafia" yg CURANG
MUSUH Ter-JAHAT...Kepada UMMAT


Tak Se SIAPA Suka...Dengan "MAFIA"
Pem FITNAH Pe Nyamun...Songlap Men-CURI
"MAFIA" pon Tak SUKA...Kalau Di AUTA?
Pen-CURI pon Meng Gila...Kalau Di KHIANATI??



Jangan Me NUDUH...Tanpa Ber BUKTI?
VellFIRE Range ROVER...Bukan nya "MAHAL"??
ESOS dan Balak...London Dan TURKI???
Mudah nya "MAFIA"...Men Curi Me NYUNDAL????


Di Pasar MALAM...Menjual AYAM
Kapcai BURUK pon...Susah nak BELI
Dengan BMW...Handsome Me LARAM
Alangkah "MAGIK" nya..."Mafia" Men CURI







Wahai Sahabat...Sahabat yg AMANAH
Insafi lah NAFAS Mu...Di Beri"NYA PERCUMA
Jangan lah Mem-FITNAH...Me Nyundal RASUAH
Nanti Ter BAKAR...Panas Ter SIKSA


Wahai Sahabat...Sahabat BUDIMAN
Jadi lah Hamba"NYA...Yg Suka Mem-BERI
Mem-BERI itu...Sifat"Nya-TUHAN
Semakin Mem-BERI...Ber Ganda2 Di LIMPAHI...

Tanpa Nama berkata...

Ulamak biasa nye dsegani.Tp ni ulamak yg dmaki setiap hari kerana kebodohan sendiri

Tanpa Nama berkata...

Pru 14 ada masallah ke.. 8.15 pg

Tanpa Nama berkata...



Pemimpin Parti mesti ambil tanggung-jawab atas apa juga tindakan nya. Jangan apabila tindakan yang di ambil mendapat tentangan maka keluarlah kata-kata penafian begitu sahaja atau sengaja nak acah-acah sekadar nak melihat reaksi penentang atau musuh.

PAS bukan seperti orang muda bercinta yang ingin mengenali gadis yang di lihat nya yang berkenan dihati. Lalu mengacah-gacah atau mengusik gadis tersebut samada gadis tersebut mempunyai keinginan yang sama.

Jika tujuan Hadi untuk mengacah-acah penentang nya atau musuh nya, bermakna Hadi telah hilang keyakinan diri.

Dan bagi penentang atau musuh Hadi, mereka tidak peduli dan bagi mereka perkara ini serious. Tidak salah PAS Selangor menyatakan bantahan kerana sekiranya PAS Selangor senyap, Hadi dan Brahim akan ambil kesempatan.

Hadi sepatutnya mengacah-gacah Brahim tapi sebaliknya Brahim begitu seronok dan tidak memperdulikan niat Hadi sebenarnya.

Macam ini punya Presiden pun ada !

Tanpa Nama berkata...

Al walak depend wal fulus...ada paham? Itulah alnasikandar...hahahaaa...azmin pun sama daa...

Tanpa Nama berkata...

TANDA-TANDA KEJATUHAN PAS SUDAHPUN BERMULA. MAKA SIA-SIA DUA BEKAS PEMIMPIN PAS TGNA DAN USTAZ FADLI NOOR DLM MEMBANGUNKAN PAS YG KINI DIROBOHKAN OLH TGHA YG KINI BEBAS BERKUASA SETELAH SEKIAN DIKAWAL TINDAKAN OLEH ALLAHYARHAM TGNA.