Nahas Helikopter: Hasrat Aidana Tak Kesampaian
Selepas hari keempat tragedi nahas helikopter pada Sabtu lalu yang mengorbankan enam orang termasuk Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis, mayat mangsa keenam sehingga kini masih belum dituntut oleh pihak keluarga di Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur.
Mangsa yang merupakan seorang wanita yang dikenali sebagai Aidana Baizieva dikatakan kenalan kepada juruterbang Clifford William Fournier, yang turut maut dalam kejadian itu.
Aidana dikatakan berminat untuk menjadi seorang juruterbang namun hasratnya tidak kesampaian apabila terkorban dalam nahas di Kampung Sungai Pening, Semenyih, Sabtu lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, polis tidak menolak kemungkinan wanita itu adalah Aidana, seperti dalam daftar penerbangan helikopter itu yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan, tetapi ujian DNA perlu dijalankan sebelum dapat disahkan.
Katanya, hasil ujian yang dibuat ke atas mangsa wanita dalam kejadian itu, ia merupakan mayat wanita berusia 25 tahun.
"Polis berpuas hati dengan keputusan siasatan yang dijalankan. Bagaimanapun identiti sebenar mangsa masih belum dikenal pasti dan memerlukan masa," katanya dalam sidang media berhampiran lokasi nahas pada Selasa. Abdul Samah berkata, polis telah pergi ke rumah Aidana iaitu sebuah pangsapuri di Pantai Dalam, Kuala Lumpur untuk mengambil beberapa barang, dokumen dan spesimen milik mangsa untuk ujian DNA bagi mengesahkan identiti mangsa keenam nahas helikopter itu. "Polis menemui bukti tiket penerbangan mangsa (Aidana) ke Langkawi pada 21 Mac lalu semasa LIMA (Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi) sedang berlangsung tertera namanya dan juruterbang terbabit (Fournier). Juruterbang itu mempunyai akses masuk ke kediaman wanita itu," katanya. Abdul Samah berkata, siasatan polis mendapati Aidana merupakan pelajar jurusan diploma pelancongan di tiga buah kolej iaitu Sunway University, Lim Kok Weng Universiti dan Segi College. "Dia belajar di tiga kolej itu pada tahun 2010 hingga 2014 dan mendapat diploma dari Segi College pada 10 Oktober lalu," katanya.
Berikutan itu, polis mengambil keterangan daripada rakan-rakan wanita itu.
"Wanita itu amat berminat untuk menjadi seorang juruterbang, selain itu, ada saksi yang pernah melihat mereka (Aidana dan Fournier) terbang menaiki helikopter bersama beberapa kali sebelum insiden," katanya yang meminta orang ramai tidak membuat spekulasi mengenai wanita itu.
Sekiranya identiti mangsa tidak dikenal pasti lagi, polis akan mengambil langkah terakhir iaitu menghubungi ayah Aidana yang berumur 75 tahun di Kyrgyzstan untuk membuat ujian DNA dan mengenal pasti mangsa.
Sementara itu, Duta Kyrgyzstan ke Malaysia, Kylychbek Sultanov berkata, pihaknya sedang berusaha untuk mengesahkan identiti penumpang keenam melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan keputusannya akan diketahui dalam tempoh beberapa hari lagi.
Katanya, bapa Aidana Baizieva telah dimaklumkan mengenai perkara itu dan proses untuk membawa beliau ke sini bagi urusan tuntutan mayat sebaik sahaja identiti itu disahkan sebagai anaknya sedang dilakukan.
"Dia tidak percaya bahawa mayat itu adalah milik anaknya," katanya.
Sultanov berkata, Baizieva tidak mendaftar dengan pihak kedutaan, jadi maklumat mengenai dirinya tidak lengkap buat masa ini.
Bagaimanapun, beliau berkata Baizieva telah menamatkan pengajian dari Universiti Segi pada tahun lalu dan bekerja sebagai pengurus restoran di negara ini.
Ketika ditanya sama ada Baizieva adalah sahabat kepada juruterbang helikopter malang itu, beliau berkata pihak kedutaan sedang menyiasat mengapa wanita tersebut turut berada di dalam helikopter tersebut.
Siasatan tragedi nahas helikopter yang mengorbankan enam orang termasuk anggota Parlimen Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan masuk hari keempat hari ini.
Dalam kejadian Sabtu lepas, helikopter AS365N2 Dauphin (9M-1GB) yang membawa enam orang terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada 4.55 petang.
Tiga lagi yang maut dalam kejadian itu adalah Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias, pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan Seran dan ahli perniagaan, Datuk Tan Huat Seang. -mstar
Terlalu sukar untuk bapa Aidana Baizieva hadapi 2 tragedi
Ketika tersebar berita mengatakan anak perempuannya mungkin salah seorang penumpang dalam nahas helikopter di Semenyih, pada Sabtu, bapa mangsa, Aidana Baizieva sukar mempercayainya.
Itu adalah tragedi kedua menimpa keluarganya, selepas isterinya, ibu kepada Baizieva meninggal dunia dalam kemalangan keretapi pada 1998. Baizieva berusia 8 tahun ketika itu.
Duta Kyrgyzstan ke Malaysia, Kylychbek Sultanov hari ini berkata kepada The Malaysian Insider, bapa kepada penumpang malang itu kini masih cuba menerima hakikat tragedi berkenaan.
"Ya, kami maklumkan kepada keluarga di Kyrgyzstan... dia (bapanya) sudah dimaklumkan, tetapi sukar baginya menerima berita itu, sebaliknya percaya Baizieva masih hidup," katanya, yang enggan mendedahkan nama bapa mangsa itu.
Katanya, kedutaan bekerjasama dengan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengenal pasti 6 penumpang helikopter tersebut dan setakat ini berkeyakinan DNA yang diambil milik Baizieva.
"Apa yang kami tahu ibunya meninggal dunia ketika dia berusia 8 tahun dalam kemalangan keretapi di Kyrgyzstan. Sebab itu bapanya, tidak dapat menerima hakikat apa yang berlaku. Baizieva adalah anak tunggal," katanya.
Sultanov berkata, kali terakhir bapanya menemui anak perempuannya itu 3 bulan lalu ketika melawatnya di Kuala Lumpur.
Setakat ini, berdasarkan maklumat yang diperolehi, Baizieva dipercayai mengenali juruterbang helikopter tersebut dan sedang mengambil latihan penerbangan bersamanya.
Beliau turut mengesahkan polis pergi ke apartmen mangsa di Pantai Dalam dan mengambil sampel rambut dan kuku untuk membantu siasatan.
"Semalam, polis ketika menjalankan siasatan di apartmennya ada menemui rekod menunjukkan dia sedang belajar asas penerbangan dan berminat menjadi juruterbang helikopter," katanya.
Beliau turut mengesahkan, kakak tiri Baizieva datang ke rumah mayat Hospital Kuala Lumpur semalam bersama pegawai kedutaan untuk proses pengecaman.
"Polis kini mahu melakukan ujian DNA, untuk memadankan dengan sampel sedia ada," kata Sultanov, dan menambah, Baizieva pernah bekerja di sebuah restoran makanan Barat selepas menamatkan pengajian di SEGi Universiti tahun lalu.
Katanya, kedutaan juga menemui beberapa rakan wanita itu namun tidak dapat mengumpul maklumat lengkap kerana mereka masih bersedih atas insiden tersebut.
"Maklumat ini kami perolehi daripada rakan-rakannya semalam, namun mereka tidak mampu memberikan banyak maklumat," katanya.
Beliau berkata, kedutaan juga sedang berusaha mendapatkan kebenaran keluarga untuk menyiarkan gambar wanita itu bagi menjelaskan beberapa laporan di media.
Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata polis percaya penumpang wanita dalam helikopter malang yang terhempas itu adalah Baizieva, 25.
Beliau turut mengesahkan, sepasukan anggota polis dihantar ke kediaman wanita berkenaan bagi mengumpul sampel DNA.
"Kami turut menemui tiket penerbangan ke Langkawi pada 21 Mac sempena Lima atas nama mangsa dan juruterbang helikopter itu," katanya.
Laporan itu turut berkata, berdasarkan keterangan pihak pengurusan apartment tersebut, juruterbang helikopter yang turut terkorban itu pernah melawatnya di apartmen berkenaan beberapa kali.
Sementara itu, Abdul Samah mengesahkan, mayat juruterbang, Kapten Clifford William Fournier, sudah dituntut dan kini berada di Kedutaan Amerika Syarikat.
Mayat berkenaan dituntut pada 8.15 pagi, Isnin oleh kedutaan.
Fournier merupakan juruterbang helikopter Eurocopter AS365N2 Dauphin yang terhempas di Semenyih, dan mengorbankan 6 penumpangnya, termasuk Ahli Parlimen Rompin Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis.
Mangsa lain ialah ketua setiausaha sulit perdana menteri Datuk Seri Azlin Alias, ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang dan pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan Seran -TMI
3 ulasan:
Ini penerbangan sewa khas ke atau sewa suka suka ? Boleh pulak bawak teman wanita sekali Nasib baik kira lawa orang nya kalau tak memang kena suruh turun lah
Belajar dengan juruterbang Fournier tapi jumpa rekod penerbangan di apartment Aidana Go go!
Apa cukup setakat ada hubungan sebagai kenalan dah boleh jadi pengajar tak perlu permit DCA ke Pelajar pun mesti ada permit untuk belajar
Tak mustahil polis akan jumpa beberapa DNA selain DNA Aidana dan Fournier Macam kes sialfol ada air lima rasa hihi
Saya kerja sebagai pemandu kepada bos yang kaya raya. Tak pernah saya bawa "girl" atau "kawan" bersama semasa bertugas. Jika saya buat juga... pasti kena buang kerja. Ini etika kerja.
Tak cukup lagikah lu cari pssal dgn org mangolia yg bapanya skg sdg menuntut keadilan, dan skg lu cari pasal org entah apa dari mana susah betul mahu eja.?
JANGAN HANYA KERANA DIA BUKAN WARGANEGARA LU LAYAN MCM ANJING PULA NANTI RAKYAT KITA TERKORBAN DI SANA DIAORG AKN LAYAN MAYAT KITA MCM ANJING. ADAKAH LU NAK PERKARA NI BERLAKU?
Catat Ulasan