11 Nov 2014

SPRM Disaman RM8 juta Oleh Balu Ahmad Sarbaini


Balu Ahmad Sarbaini fail saman RM8 juta terhadap SPRM

KUALA LUMPUR: Keluarga Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbaini Mohamed, yang ditemui mati di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini, tiga tahun lepas, hari ini memfailkan tuntutan saman RM8 juta terhadap SPRM, kerajaan dan tujuh defendan lain.

Isterinya Masiah@Maziah Manap (gambar), 53, dan anaknya Shahril Ahmad Sarbani, 30, sebagai plaintif pertama dan kedua, memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui Tetuan Shasha Lyna.

Selain SPRM dan kerajaan, beliau turut menamakan Ketua Pesuruhjaya, Pengarah SPRM Mohamed Yussuf Akope dan lima pegawai lain iaitu Mohamad Fauzi Hussin, Sheikh Niza Khairy Sheikh Mohamed, L. Baskar, Mohd Rosly Mohd Saupi dan Kamal Awang Besar sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Masiah mendakwa kematian suaminya disebabkan dibunuh secara tidak sah oleh defendan-defendan sehingga menyebabkan simati mengalami kecederaan diri yang serius, seterusnya mengakibatkan kematiannya.

Beliau juga mendakwa defendan melakukan serangan mental dan serangan sentuh terhadap simati yang menyebabkan kematiannya.

Sehubungan itu, plaintif antaranya menuntut ganti rugi untuk 'misfeasance of public office', ganti rugi keterlaluan, ganti rugi teladan dan ganti rugi 'vindicatory' yang kesemuanya berjumlah RM8 juta.

Plaintif juga menuntut ganti rugi khas serta faedah, kos dan lain-lain relif yang difikirkan adil dan wajar oleh mahkamah.

Pada 26 Sept 2011, Mahkamah Koroner memutuskan bahawa tiada unsur jenayah atau penglibatan pihak ketiga dalam kematian Ahmad Sarbaini.

Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang, ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM di Jalan Cochrane di sini, 6 April 2011.

Beliau dilaporkan ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah membabitkan 62 pegawai Kastam. -BERNAMA/astroawani

Balu Sarbaini: Sampai hari ini SPRM tak minta maaf



Masiah @ Maziah Manap, balu kepada penolong pengarah kastam Sarbaini Mohamed, berkata sejak April 2011, tiada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tampil memohon maaf ekoran kematian suaminya di pejabat suruhanjaya itu.

Memberikan testimoni di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Maziah berkata, beliau memfailkan tindakan undang-undang bagi menuntut keadilan untuk suami, diri sendiri dan keluarganya.

Katanya, beliau ingin tahu bagaimana suaminya, yang sihat ketika keluar rumah pada 6 April 2011, pulang ke pangkuan mereka dengan tidak bernyawa.

Justeru, kata Masiah, SPRM harus bertanggungjawab terhadap kematian allahyarham di bangunan mereka.

Dalam tangisan di kandang saksi, beliau menyatakan rasa kecewanya kerana sejak insiden itu berlaku, tiada pegawai SPRM yang datang kepada mereka untuk meminta maaf.

Beliau berkata, suaminya seorang yang takutkan tuhan dan sering ke masjid untuk menunaikan solat secara berjemaah.

Allahyarham juga sepatutnya mengerjakan haji pada tahun itu.

Justeru, kata Masiah, suaminya tidak akan menerima sebarang pemberian atau terlibat dalam kegiatan rasuah.

Sarbaini ditemui mati selepas pergi ke SPRM Kuala Lumpur untuk membantu siasatan yang dibuat terhadap Jabatan Kastam.
-mk










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Arwah yg diyakini bukannya pengamal rasuah, sudah barang tentu dimusuhi oleh pengamal rasuah. SPRM yg sepatutnya melaksanakan fungsi pencegahan rasuah, telah bertindak secara tidak professional langsung malah terlibat pula dgn jenayah meragut nyawa. Adakah SPRM boleh dipercayai?

Tanpa Nama berkata...

Tak usah masuk mahkamah rakyat menasihatkan kerajaan bn membayar rm10 juta kepada balu arwah dan tutup citer tak ada sape pun marah.

Amuraria berkata...

kebalkah mereka ? atau memang dasar egois,angkuh & sombong/riak hingga tiada sesiapa boleh sentuh ? keadilan dicari untuk menegak kebenaran yang macam mahu disembunyi, ABU !

Tanpa Nama berkata...

Macam ni lah senang kata

Kita (rakyat) dengan Polis Bagi kita semua Polis sama jahat dan terlibat rasuah Polis yang baik pun kita kata sama jer Nampak jer Polis dah ada anggapan macam tu

Sekarang SPRM dengan Kastam Bagi Pegawai SPRM semua Pegawai Kastam sama saje Makan rasuah ! Belum bukak file dah bagi briefing betapa teruk nya rasuah didalam jabatan Kastam Benci nya pada Polis tak seteruk bencinya SPRM pada Kastam

Logiknya nak tangkap rasuah Pegawai Kastam dengan nak tangkap Polis yang makan rasuah susah lagi nak tangkap Pegawai Kastam So Kastam yang tak makan rasuah yang jadi mangsa Di tempat kerja macam kera sumbang di pejabat SPRM Penolong Pengarah pun macam peragut

Kalau dalam bangunan SPRM ada kamera cctv Arwah ni meninggal di tempat yang tak ada cctv Sekarang kes Beng Hock dah dibuka semula

Tanpa Nama berkata...

Bertambah kaya Safee

Persamaan kes
Sukarela
Gelanggang badminton (karpet)
dan dah tentu tentu dna dengan alel yang mengelirukan

Tanpa Nama berkata...

sembunyikan kes macam mana sekalipun akhirnya akan terdedah juga biarpun lu berhabis nak sembunyikan ia di dunia ni di akhirat kelak lu tak dapat nak sembunyikan. Ingat di akhirat tiada istilah akta rahsia Rasmia OSA tetapi yang ada adalah akta Allah SWT yang terkandung dalam kitab Al _ Quran yang mana buku perundangkan Malaysia tidak boleh nak challenge. Beringatlah

Tanpa Nama berkata...

semua orang orang Melayu nak kaya cepat. dah mati pun boleh buat duit jugak , terrer betuil orang orang melayu....

Tanpa Nama berkata...

Anon november 11, 4.30 pm, kalau anda berada di tempat keluarga arwah Sarbaini bolehkah anda berkata seperti itu? Kalau tak rasa jangan mengata.

-RSM-

Tanpa Nama berkata...

Anon 4:30pm satu masa nanti akan berlaku perkara yg hampir sama keatas keluarga terdekat kamu. Waktu tu baru kamu tahu betapa sedihnya waris menangung penderitaan peristiwa malang tu. Isteri dan anak2 arwah jika diberi pilihan antara Rm8 juta dengan Sarbaini yg hidup sudah tentu akan membuat pilihan kedua. Anon 4:30 jika kamu x dapat membantu jangan kamu menambah penderitaan keluarga Sarbaini
dengan kata2 penghinaan. Apa yg kamu fikirkan hanyalah duit tetapi ketahuilah tidak semestinya org lain berfikiran spt kamu.

Tanpa Nama berkata...

Anon 4:30 adalah contoh terbaik hati s3orang cai UMNO yang xguna!

Tanpa Nama berkata...

Anon 4:30 PM Mati memang anon 4:30 tak buat duit tapi mati sebab banyak hutang Orang baca terus simpati anon 4:30 baca terus ke duit duit duit


Ini kes kecuaian dan satu penderitaan pada famili sesiapa pun dalam situasi ini Apalagi arwah datang cara sukarela Setelah arwah terkorban berapa pegawai yang berhasil di kena kan hukuman berhubung siasatan kes rasuah ini yang membabitkan 62 orang pegawai kastam ? Eelek !

Saya akan tuntut keadilan di mahkamah jika kucing saya mati kerana di siksa dan di pukul


Tanpa Nama berkata...

anon 4:30 ingat semua org berfikiran mcm dia dan geng gerombolan celaka yg korup tu

Tanpa Nama berkata...

Anon 4:30 Jangan Cuba utk Menyedihkan Org Kalau Kita Tak Mengembirakan Org