20 Feb 2014

Lempar Babi Di Masjid Kerja Siapa Sebenarnya?


Laman Facebook dakwa DAP di belakang kejadian daging babi di masjid

Sebuah laman Facebook 'Boikot Barangan Cina DAP' seolah-olah mendakwa ahli parlimen DAP, Steven Sim yang terlibat melontar sekeping daging dipercayai daging babi ke pintu masuk Masjid Cheruk Tok Kun Atas, Ahad lalu.

Posting yang bertajuk 'Cina Lontar Daging Babi Depan Pintu Masjid' itu seolah-olah mendakwa Sim terlibat dengan kejadian itu.

Ekoran itu, ahli parlimen penggal pertama itu membuat laporan di ibu pejabat polis Seberang Prai Tengah bersama anggota parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan exco kerajaan negeri Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin.

"Kejadian terkini dengan laman Facebook ini satu fitnah dan provokasi," kata Sim dalam kenyataan bersamanya dengan Zairil dan Dr Afif.


Ketiga mereka yang merupakan wakil rakyat untuk penggal pertama ini melihat pelbagai kejadian kontroversi yang disifatkan mereka sebagai usaha untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Mereka mendesak polis menyekat kejadian sebegitu daripada berulang, atau Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bertanggungjawab, atau meletakkan jawatan sahaja.

"Semua ini mahu menimbulkan kekacauan untuk menjatuhkan kerajaan yang ada. Jelas musuh kerajaan negeri tidak mahu melihat kemajuan di bawah pentadbiran Pakatan, yang selama ini cuba menjaga kebajikan rakyat.

"Di bawah Pakatan, peruntukan untuk hal ehwal Islam dan pembangunan meningkat. Oleh kerana mereka sudah kehabisan modal, mereka bertindak dan berkonspirasi untuk menimbulkan kekacauan," kata mereka.

Mereka berkata, kejadian ini bertujuan untuk menimbulkan permusuhan antara kaum dan agama di Pulau Pinang. Tetapi mereka yakin rakyat lebih tahu.

Sejak pertengahan Januari lalu, dua perhimpunan haram dianjurkan oleh sekumpulan orang Melayu bagi membantah Adun Machang Bubuk, Lee Khai Loon yang menganjurkan program "Saya suka kangkung" yang didakwa cuba menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sejak itu, setiap minggu akan ada saja kejadian kontroversi yang berlaku di Pulau Pinang.

Pada 26 Januari, lima gereja menerima kain rentang misteri yang bertulis "Allah maha besar, Jesus anak Allah" yang digantung di perkarangan gereja mereka.

Keesokan harinya, gereja Catholic Assumption dilempar dengan bom api.

Para MP juga mendakwa penyembelihan ayam dan ganjaran kepada yang sanggup menampar Teresa Kok oleh sekumpulan NGO Melayu di Kuala Lumpur ekoran klip video "Onederful", dan blog "Negara Pakatan Rakyat" yang mendakwa kerajaan Pulau Pinang mempertimbangkan mengharamkan khutbah Jumaat sebagai contoh lain.

"Jika kejadian sebegini berterusan, ketegangan akan meningkat. Polis tidak lagi boleh memandang ringan kes ini.

"Kami menuntut Ketua Polis Negara memandang serius perkara ini dan menghentikan mereka daripada menganggu ketenteraman awam. Jika berterusan, KPN sendiri harus bertanggungjawab dan meletakkan jawatan," kata mereka.

Timbalan KPN, Datuk Mohd Bakri Zinin yang berada di Pulau Pinang hari ini, berkata polis masih menyiasat kejadian berkaitan dengan masjid dan gereja itu.

Katanya, polis akan berbincang dengan pihak pengurusan rumah ibadat untuk menyekat kejadian sebegitu dari berulang di samping meminta orang ramai tampil untuk memberikan maklumat.

"Kami sedang berusaha sebaik mungkin untuk memastikan ia tidak berulang. Kami memberikan amaran jangan mainkan sentimen perkauman dan agama ini," katanya. -TMI

ULASAN GB

GB bersetuju dengan ulasan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar sebelum ini yang menyatakan bahawa beliau tidak menolak kemungkinan perbuatan itu sengaja dicetuskan golongan selain daripada bukan Islam untuk menimbulkan ketegangan agama.

Katanya, tidak logik jika orang bukan Islam yang melakukannya memandangkan kes terdahulu juga menunjukkan babi dilapik dan dibungkus terlebih dahulu sebelum diletakkan di masjid seolah-olah ia haram dipegang golongan berkenaan.

“Saya dari dulu asyik berfikir, kenapa orang kafir perlu balut dulu masuk dalam plastik baru lempar.

“Kenapa mereka perlu buat begitu, mereka (bukan Islam) boleh pegang dan makan daging itu,”
katanya.

Ditanya adakah beliau menuduh perkara itu dilakukan oleh orang Islam sendiri, beliau bagaimanapun menyerahkan kepada polis membuat siasatan segera dan menghalang sentimen provokasi agama yang sempit ini berulang lagi.

“Saya tak kata begitu, kena tanya polis mereka buat siasatan.

“Tetapi apa yang memeningkan saya kenapa orang bukan Islam nak buat begitu, lebih baik mereka ambil buat (sup herba) Bah Kut Teh,” katanya.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Si bedebah itu akan tetap terdedah. Dia ingat Tuhan itu bodoh dan Tuhan itu buta.

Jelas bukan?

Apa yang rakyat harapkan ialah siasatan polis yang telus dan tidak gentar untuk mendedahkan kebenaran. Integriti dan kredibiliti polis perlu dipertahankan dengan membawa pesalah ke muka pengadilan without fear or favour.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hanya orang yang tidak pandai berterima kasih kpd kerajaan Pulau Pinang sahaja yang melakukan provokasi, kepada semua mari lah kita berusaha memupuk perpaduan, jauhilah sifat dengki dan irihati, Lihatlah bagaimana kerajaan Lim Guan Eng menjaga kebajikan rakyat P. Pinang, dan sehingga hari ini rakyat Pulau Pinang mendapat hasil baik dan kerajaan Pakatan Rakyat telah menunjukkan komitmen menjaga semua kaum dan Agama. Hanya anasir2 yang sukakan kekacauan dan ketegangan kaum saja mencipta berbagai2 perkara bagi mencetuskan huru hara, Rakyat sudah celik dan faham dengan provoKasi yang di Lakukan olih pihak yang kalah. Selamat kan Pulau Pinang, dan maju jaya di bawah PR.

Anti Fitnah berkata...

Dasar perangai Babi, Sondol ikut dan saja. La ni daging babi mahal harganya. Kalau saya cina bukan Islam, lebih baik aku makan daging tu daripada membuatnya ke dalam masjid. Bodohlah aku kalau membuang makanan sedemikian rupa.
Kalaulah ikut logik akal, mana mungkin DAP nak berbuat sedemikian, Kan depa tu ialah kerajaan negeri Pulau Pinang. Sehingga hari ni yang aku nampak dan yakin iaitu yang dok buat khianat ni hanya Melayu UMNO dan BN sahaja. Bagi puak ini, kerja depa menghalalkan cara walaupun kerja tu haram. Cakap tak serupa bikin dan seiring dengan sifat munafikun.

Tanpa Nama berkata...

saya yakin kerja bodoh ini dilakukan oleh umno atau orang upahan umno, yang ingin melihat kekacauan berlaku di PP, umno memang sentiasa tak puas hati selepas PP terlepas dari pemerentahan BN. selepas ini saya yakin akan ada lagi kerja jahat yang akan menyusul. PDRM perlu bertindak cekap dan tegas.

Unknown berkata...

Kalau Saya polis yg terlatih sy dah tahu siapa yg buat sekilas lembu berjalan sy dah tahu jantan ke betina....kerja mudah je tu.

Amuraria berkata...

ini kerja dajjal dajjal yang kuat makan kangkung daa ! ABU !

Tanpa Nama berkata...

Cukuplah ulang kata-kata munifikin kpd umno/bn, dibimbangi jika diperkenan Tuhan doa kalian, mereka akan jadi betul2 munafikin, kesian..... PM kata nasihatlah dgn saluran yg betul.

BaDiN berkata...

Puak yg tak boleh terima kenyataan sanggup berbuat apa shj sebab pihak yg menjaga keamanan buta mata,buta hati dan buntu utk melawan umnoo.pihak pdrm takut untuk menahan org2 umnoo walaupun pihak yg lempar batu sembunyi tangan masih berleluasa mambuat onar.Melayu ummnoo masih tidak puas hati serta sakit hati apabila umnoo kalah PRU dan gagal memerintah negeri.Nescaya akan banyak lagi onar onar dilakukan demi memuaskan hati yg mati sebelum mati dtg menjemput.Atas perbuatan mereka ini yg ruginya adalah puak mereka sendiri dan untungnya pihak kerajaan negeri jika berjaya melaluinya dgn tenang.Perintahlah negeri dgn sebaik baiknya nescaya sampai masa BN/umnoo akan kecundang untuk selama lamanya.

Tanpa Nama berkata...

Apa kuasa lu nak terus tuduh orang buang daging babi ke dalam masjid? Mana buktinya? Mana saksinya? Atau Umat Melayu dan yang seperangai denganya terlampau perfect sangat sampaikan bukti dan saksi tak payah?

Kalau undang - undang Darwin kita pakai iaitu survival fitness iaitu orang yang kuat akn terus bertahan then i pun tak nak komen sebab sekarang UMNO memerintah, boleh ikut suka hati dia sebab dia kuat.

Tapi sekarang ni rakyat malaysia yg kuat bukan UMNO. So lu kena ikut law yang sudah ditetapkan bukan main cincai tuduh org ikut suka hati aku, melainkan lu nak test serangan laser peguam PR then go ahead.

Tanpa Nama berkata...

Pakatan Rakyat adalah parti pemerintah di Pulau Pinang dan tadak ada sebab PR melakukan perkara seperti ini untuk menjatuhkan diri. Ini bagaikan angkat batu dan hentak kepala sendiri.

Kesimpulannya ialah perbuatan ynag hina ini adalah perbuatan untuk sabotaj kerajaan negeri dan cuba bangkitkan kemarahan Melayu terhadap kerajaan negeri yang dipimpin DAP.

Siapa lagi di Pulau Pinang kalau bukan UMNO Haram Jadah, yang selama ini cuba memfitnah serta mengugut kerajaan Pakatan Rakyat ?

Tanpa Nama berkata...

Dulu masa BN printah pp,takadabpun insiden sebegini. Sejak PR printah pp, selngor,perak, bermcam2 isu trjadi... Kepala lembu la, pala babi la, kek tahi la, dll.. Cuba kita fikir mengapa trjadi? Sbb yg kalah tak boleh terima kekalahan...langsung dibuat berbagai cara utk mencetuskan huruhara...kita boleh tahu kerja puak mana ni...semuanya akan diadili oleh Allah nanti...ABU.

Tanpa Nama berkata...

Tepat!

Tanpa Nama berkata...

betul lagi tepat 100% anon 2.06, MEMANG SANGAT TEPAT, WA CAYA LU WA TABIK LU...UMNGOK SUDAH TAK BOLEH MENTEKEDARAH HARTA RAKYAT PP. sebab tu meroyan tak tentu pasal... dah lama dah...usus sudah buruk.