25 Jan 2014

Akhir Zaman: Peta Dunia Terbalik, NASA Tak Nafi Matahari Akan Terbit Dari Barat


Menyampaikan dalam bahasa termudah. Tidak perlu bermadah. Tidak perlu susah. AMARAN! BACA SAHAJA! Persoalan yang bermain di benak seketika anda membaca boleh diletakkan ke tepi dahulu. Perkara yang diberitahu ini adalah perkara yang tidak kita nampak. Masa depan. Masa depan dalam satu jangka waktu yang amat dekat TANPA disedari ramai. BACA dengan SABAR.

PERUBAHAN KUTUB BUMI (POLE SHIFT)

Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara kearah Siberia di Russia pada kadar 35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut. Anjakan kutub bumi ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar semakin ketara perbezaannya. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai. Ia semakin memberi kesan terhadap kegiatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. Lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup selama sebulan bagi kerja-kerja pengubahsuaian.


Pergerakan kutub utara ke arah Siberia berlaku kerana cepatnya perubahan magnet pada kerak bumi. Perubahan terkini adalah paling dramatik. Ia bergerak semakin pantas. Kutub bergerak ke timur laut 9 batu setahun pada tahun 1904. Kelajuannya kira-kira 35 batu setahun pada tahun 2007. Ia bergerak sepantas 26 batu sebulan pada tahun 2013. Terkini kepantasannya 1 batu setiap hari!!

Kelajuan pergerakan Kutub makin bertambah Dalam masa 2 tahun kutub ia akan sampai ke Siberia untuk berada di kedudukan 40 darjah. Pada titik ini ia akan meluru merentasi garis Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan. Ini boleh berlaku dalam jangka waktu yang sangat pantas samada beberapa hari atau beberapa jam. Jika ini berlaku, seluruh geografi akan berubah. Ada tempat yang timbul. Ada tempat yang tenggelam. Air akan mencari tempatnya. Ada tempat mengalami banjir. Ada tempat berubah menjadi padang pasir. Amerika selatan khususnya Brazil akan menjadi Kutub Utara manakala India akan menjadi Kutub Selatan. Malaysia dijangka berada sebaris dengan India. Tidak tenggelam tapi membeku. Khatulistiwa pula berada di Antartika.

Peralihan kutub yang semakin pantas membuatkan saintis mengagak keseluruhan medan magnet bumi akan flip di mana kompas yang dahulunya menunjuk ke utara akan beralih arah ke selatan.

Semasa pergerakan flip peralihan kutub dari 40 darjah utara ke 40 darjah selatan pergerakan besar air boleh mencetuskan mega tsunami yang menenggelamkan tempat-tempat sebagaimana yang berlaku kepada Atlantis. Antara negara yang dijangka tenggelam terus ialah India dan Australia Barat. Bandar-bandar ditepi laut akan ditenggelami air. Peta dunia akan berubah dalam masa dua tahun selepas peralihan kutub berlaku. India akan tenggelam terus. Begitu juga Australia barat.

Apabila berlaku flip pada kutub medan magnet bumi akan menjadi lemah. Medan magnet yang kuat melindungi bumi dari kerosakan oleh sinaran matahari. Kini bumi akan lebih terdedah kepada kesan dahsyat akibat gejolak api di matahari, angin solar, ribut surya dan sun spot. Manakala flip juga bakal mengakibatkan berlaku gempa bumi, letusan gunung berapi, banjir, tsunami dan taufan yang dahsyat yang belum pernah berlaku sedahsyat itu.

Pergerakan kutub memang sedang berlaku. Makin hari makin laju. Pergerakan kutub dapat dilihat dengan fenomena berbagai bencana alam yang kerap berlaku.

Bilakah peralihan sepenuhnya kutub akan berlaku? Mengikut anggaran para spekulator, ianya akan berlaku pada tahun 2015 kerana selepas pada itu, pergerakannya dijangka tidak sedrastik kini. Sumber 1. Sumber 2. Sumber 3. Ingat! Hanya Allah yang Maha Mengetahui kerana semuanya adalah perencanaan Ilahi.

sumber: abatasaii
kredit: bain

BINTANG BEREKOR

Kata Saidina Ali RA mengungkapkan dalam catatannya (Jufr Ahmar), “Kedatangan Al Mahdi akan didahului oleh kemunculan BINTANG yang ekornya menakjubkan, BUKAN seperti bintang yang kamu lihat muncul setiap dua pertiga pada satu dekad dan bukan juga bintang yang muncul pada dua pertiga abad dan bukan juga bintang yang muncul setiap abad. Tetapi ia adalah bintang berabad-abad. Yang diliputi api, udara, salju dan tanah. Ekornya memanjang, kelajuannya seperti kelajuan cahaya matahari ketika menyonsong fajar. Hujung depannya bertemu dengan hujung belakangnya seperti lingkaran raksasa memancarkan sinar terang dalam langit yang gelap seperti matahari yang terbit. Kemudian bintang itu akan kembali beredar pada orbitnya. SETELAH itu akan datang banyak MALAPETAKA dan KEMATIAN yang merupakan keuntungan bagi orang-orang yang baik dan ia merupakan kerugian bagi orang-orang yang jahat”.

Comet ISON (C/2012 S1) was discovered by V. Nevski and A. Novichonok on September 21 2012. The name ISON comes from “International Scientific Optical Network” which is the name of the observatory used to make the discovery. Komet ini memang jarang dijumpai. Teramatlah besar. Jarak dengan bumi pada waktu ini adalah Sun dist: 142,492,558 km [43.3 km/s] Earth dist: 64,977,671 km [47.5 km/s]. Fakta Komet Ison seperti berikut:

1. ISON digelar “ Komet abad ini”
2. ISON akan berada paling hampir dengan matahari pada 28 November 2013.
3. ISON akan berada paling hampir dengan bumi pada 26 Disember 2013
4. ISON dapat dilihat seperti matahari kedua di siang hari.
5. ISON boleh dilihat di waktu siang dan malam.
6. ISON memiliki ekor sepanjang 57,000 Km.
7. ISON adalah komet yang paling mudah dilihat oleh ramai orang.
8. ISON akan dilihat 15 kali ganda kecerahan cahaya bulan.
9. ISON akan menghasilkan ribut suria yang sempurna@perfect Solar Storm.
10. Bumi dijangka akan merempuh debu2 komet ISON dalam jangka waktu pada 12 atau hingga 14 Januari 2014.

Tolong klik sini untuk tahu jarak bumi dengan ISON pada waktu anda baca ini dan untuk dapatkan banyak lagi info mengenai komet tersebut. Saya percaya ia semakin menghampiri bumi setiap detik, setiap waktu dan setiap saat. Ison telah pun melalui lintasan matahari pada 28 November 2013 dan pada waktu ini Ison menuju ke arah bumi dalam bentuk V. NASA mengeluarkan kenyataan yang komet ini telah hancur atau tidak ada lagi di dalam orbit. NASA dikatakan sengaja mengeluarkan kenyataan ini bagi mengelakkan berlakunya huru-hara sebelum ianya berlaku dan mengharapkan kejadian tersebut tidak berlaku. Tetapi dari satu fakta yang lain, Observatory of Lisbon pula mengeluarkan kenyataan yang fragments ISON akan menghentam bumi.

They claim that fragments of Comet ison will hit earth in December, this based in emulations performed using supercomputer ‘Tiger 2′ and a propietary model. They claim that the when the comet enter the atmosphere of the sun the ice will change state abruptely, turning into a propellant, changing the trajectory of the comet. They claim that the fragments of the comet will spread in the shape of a cone with a base diameter of 300.000 kms , that is the distance of from the earth to the moon. They claim that the comet after crossing the sun will be higly fragmented, fragments ranging from a football to the size of a ship. They say that the propulsion of the ice will change the trajectory of the fragments, causing a shower of cometary fragments that will hit Earth in December.

Bila akan menghentam bumi? Dijangkakan akan berada paling dekat dengan bumi pada 26 Disember 2013. Wallahu’alam. Jika komet (atau apa yang tinggal setelah melalui matahari) tersebut masih tetap ada, maka dunia akan menyaksikan pertunjukan hujan meteor yang terhebat pernah disaksikan seumur hidup. Satu persatu negara akan dihentam komet tersebut. Hujan batu. Hujan batu yang dilemparkan ke atas bumi. Mengingatkan aku akan Surah Ar-Rahmaan.

Ali Adams, seorang yang begitu takjub dengan keajaiban nombor-nombor ganjil membuat kajian pada Surah Ar-Rahmaan di dalam Al-Quran. Kenapa Surah Ar-Rahmaan? Kerana padanya terdapat ungkapan yang disebut berulang-ulang kali sebanyak 31 kali. Apakah ayat itu? ”So which of the favors of your Lord would you deny?; Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?; Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?” - (Terjemahan Al-Quran:55;13 dalam Sahih Internation, Indonesia & Malay) Ingin tahu metodologi dan apa yang beliau jumpa? Sila klik Quran and 2012 Latest untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kajian yang dijalankan beliau.

Baca ayat ini. “Maka tatkala فَلَمَّا datang جَآءَ KEPUTUSAN Kami أَمْرُنَا, Kami jadikan جَعَلْنَا di ATASnya عٰلِيَهَا ke BAWAHnya سَافِلَهَا , dan Kami hujani وَأَمْطَرْنَا ATASnya عَلَيْهَا BATU حِجَارَةً dari مِّن sijjil (batu MASSIVE/TANAH yang DWARF/ mengkerut menjadi SANGAT PADAT/ dari BESAR menjadi kecil kerana sangat KERAS/massive) سِجِّيلٍ dengan bertubi-tubi مَّنضُودٍ” – Surah Huud; ayat 82. di atasnya ke bawahnya=POLE SHIFT=matahari terbit dari barat. Al-Quran menceritakan bagaimana umat-umat terdahulu telah seksa oleh Allah kerana berlaku fasiq terhadap Allah . Ayat ini mengingatkan kepada kita bahawa perkara yang sama mungkin boleh berulang lagi. Bukankah antara fungsi ayat-ayat Al-Quran adalah itu memperingatkan manusia seluruh alam?

Sila baca ayat ini pula. “Deem not that Allah is unaware of what the wicked do. He but giveth them a respite till a day when eyes will stare (in terror); Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku); Dan janganlah sekali-kali kamu (Muhammad) mengira, bahwa Allah lalai dari apa yang diperbuat oleh orang-orang yang zalim. Sesungguhnya Allah memberi tangguh kepada mereka sampai hari yang pada waktu itu mata (mereka) terbelalak.” [Diterjemahkan ke Sahih International, Malay & Indonesia; Surah Ibrahim - Ayat 42 (14:42)] Ingin melihat sendiri terjemahannya? Slik klik sini. Apa yang cuba disampaikan oleh Allah di dalam ayat ini? Allah mengingatkan kita bahawa akan tiba satu hari yang mana mata-mata mereka yang berlaku zalim akan terbeliak besar. Terbeliak besar kenapa? Akan satu KEJADIAN. Kejadian apa? MUNGKIN hujan meteor. Wallahu’alam.

When Ison (V-shaped object) will be above us (around late December 2013 or early January 2014) causes pole-shift in our planet that will last for three days of darkness – Nostradamus. Dapat difahamkan bahawa Nostradamus percaya bahawa pada tika dan waktunya berlaku pole-shift di planet bumi adalah apabila berlakunya planet alignment di antara planet-planet seperti berikut: i)Jupiter – Earth – Venus; ii)Mars – Moon – Earth dan; iii) Earth – Sun – Mercury. Bumi akan menjadi paksi kepada ketiga-tiga penjajaran tersebut. Maka atas fahaman inilah Nostradamus percaya akan berlakunya pole-shift di bumi. Bila anda tanya? Pada waktu dan sekarang ini, penjajaran antara planet-planet tersebut akan/sedang/telah pun berlaku – mengikut pada waktu anda membaca artikel ini. Boleh dilihat sendiri dengan jelas di sini. Subhanallah. Segalanya beredar atas paksi sendiri pada saat, minit dan jam yang anda saksikan di situ. Seperti yang telah diperjelaskan, keadaan ini sudah dan sedang terjadi cuma masih belum lengkap. Nostradamus mungkin meramalkan pada waktu lengkapnya pole shift berlaku pada bumi adalah pada waktu penjajaran tersebut. Wallahu’alam.

kredit: edy

NOSTRADAMUS DAN HADIS


When Ison (V-shaped object) will be above us (around late December 2013 or early January 2014) causes pole-shift in our planet that will last for THREE days of darkness – Nostradamus

Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah SWT dengan kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yang percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada orang yang bersekutu dengan Dajjal. Manakala penduduk yang tidak mahu bersukutu dengan Dajjal, mereka akan tetap berada dalam kebuluran dan kesusahan. Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan orang yang tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran. Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah SAW bertanya: ”Jadi apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu wahai Rasulullah?” Nabi SAW menjawab: “Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.” (Hadis Riwayat Ibnu Majjah)

Apakah persamaan antara keduanya? Ya. Nombor 3. KEBETULAN? Walau apa pun jua, kita sebagai umat Islam seharusnya wajib mempercayai akan kata-kata dari Baginda melebihi kata-kata Nostradamus meskipun beliau amat terkenal dengan ketepatan beliau meramal masa hadapan.

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah radliyallaahu ‘anhubahwasannya Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Tidaklah tegak hari kiamat hingga matahari terbit dari arah barat. Apabila ia telah terbit (dari arah barat) dan manusia melihatnya, maka berimanlah mereka semua. Pada hari itu tidaklah bermanfaat keimanan seseorang yang tidak beriman sebelum hari itu atau belum mengusahakan kebaikan di masa imannya”.[4] Shahih Al-Bukhariy, Kitaabur-Riqaaq (11/352 – bersama Al-Fath) dan Shahih Muslim,Kitaabul-Iimaan, Baab Az-Zamani Alladzii laa Yuqbalu fiihil-Iiman (2/194 – bersama Syarh An-Nawawiy).

*Penulis tiada niat untuk menakut-nakutkan pembaca tetapi penulis hanya sekadar ingin berkongsi dan mengingatkan diri dan pembaca bahawa hari kiamat itu sememangnya amat hampir. Setiap hari, setiap detik, setiap saat, setiap jam yang belalu membawa kita hampir ke sana. Mungkin ada yang salah faham yang menganggap tulisan ini adalah mengenai hari kiamat. Diperjelaskan, yang dikongsikan di sini bukanlah mengenai hari kiamat. Segala yang berkaitan dengan hari kiamat adalah rahsia Allah. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja; dan ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata.” (surah al-An’am, ayat 59).

“Bilakah masa datangnya?”, katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari Kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut.” Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari Kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (surah al-A’raf, ayat 187).

Yang cuba disampaikan oleh penulis adalah tanda-tanda besar kiamat yang semakin menghampiri kita melalui tanda-tanda yang telah diperjelaskan. Tidak perlu rasanya memperjelaskan tanda-tanda kecil kiamat kerana semuanya telah berlaku. Kenapa penulis berkata sedemikian? Tolong TUNJUKKAN SATU PERKARA YANG ALLAH HARAMKAN, MASIH KEKAL HARAM sehingga ke hari ini. TIDAK ADA. Tanda-tanda besar inilah secara kronologinya akan merungkai satu persatu-satu yang pernah disebutkan Baginda Rasulullah seperti munculnya matahari dari barat, Dajjal, binatang, asap, gempa bumi di barat dan lain-lain sebelum tibanya Hari Pembalasan.

Al-Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan dari ‘Abdullah bin ‘Amr radliyallaahu ‘anhuma, ia berkata: “Aku menghafal dari Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam sebuah hadits yang aku tidak lupa setelahnya. Aku pernah mendengar Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda : ‘Sesungguhnya tanda-tanda (besar hari kiamat) pertama yang akan muncul adalah terbitnya matahari dari arah barat”. Musnad Ahmad (11/110-111 no. 6881) tahqiq Ahmad Syaakir, dan Shahih Muslim, Kitaabul-Fitan, Baab Dzikrid-Dajjaal (18/77-78 – bersama Syarh An-Nawawiy).

Sekali pun tidak berlaku pada masa dan waktu yang diramalkan, setidak-tidaknya kita boleh jadikan ini sebagai tambahan ilmu pengetahuan bagi menjadikan diri lebih bersedia secara mental apabila bertemu dengan saat yang sukar kelak. Wallahu’alam.

“Dan hampirlah datangnya janji hari kiamat yang benar, maka dengan serta-merta pandangan mata orang-orang yang kufur ingkar terbeliak (sambil berkata dengan cemas): “Aduhai celakanya Kami. Sesungguhnya kami telah tinggal dalam keadaan yang melalaikan kami daripada memikirkan perkara ini, bahkan kami telah menjadi orang-orang yang menganiaya diri sendiri”. “Dan telah dekatlah kedatangan janji yang benar (hari berbangkit), maka tiba-tiba terbelalaklah mata orang-orang yang kafir. (Mereka berkata): “Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian tentang ini, bahkan kami adalah orang-orang yang zalim”. “And [when] the true promise has approached; then suddenly the eyes of those who disbelieved will be staring [in horror, while they say], “O woe to us; we had been unmindful of this; rather, we were wrongdoers.” (Terjemahan Surah Al-’Anbya’; 97 dalam Melayu, Indonesia & Shahih International) Ayat ini mengingatkan kita supaya TIDAK MENJADI SEORANG YANG LALAI. Lalai daripada apa? Memikirkan PERKARA INI. Perkara apa? HARI KIAMAT YANG SEMAKIN HAMPIR. Jika lalai? Maka tergolonglah sebagai mereka yang MENGANIAYA dan MENZALIMI diri mereka sendiri. Wallahu’alam.

Ibnu Mas’ud RA meriwayatkan bahawa: “Kami mendatangi Rasulullah SAW dan baginda keluar dengan membawa berita gembira, dan kegembiraan itu terbayang pada wajahnya. Kami bertanya kepada baginda perkara yang menggembirakan itu dan kami tidak sabar untuk mendengarnya. Tiba-tiba datanglah sekumpulan anak-anak muda Bani Hasyim yang di antaranya adalah al-Hasan dan al-Husain RA. Apabila terpandangkan mereka, tiba-tiba kedua-dua mata baginda berlinangan lalu kami pun bertanya, “Wahai Rasulullah, kami melihat sesuatu yang kami tidak sukai pada wajahmu.” Baginda menjawab, “Kami Ahlulbait, telah Allah pilih akhirat kami lebih dari dunia kami. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehingga datanglah Panji-­panji Hitam dari Timur. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kejayaan. Sesiapa di antara kamu atau keturunan kamu yang hidup pada masa itu, datangilah Imam dari ahli keluargaku walau terpaksa merangkak di atas salji. Sungguh, mereka adalah pembawa Panji-panji yang mendapat hidayah. Mereka akan menyerahkannya kepada seorang lelaki dari ahli keluargaku yang namanya seperti namaku, dan nama bapanya seperti nama bapaku. Dia akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan dan kesaksamaan.” (Abu Daud, At-Tarmizi, Al-Hakim, Ibnu Hibban, Ibnu Majah, Abus Syeikh, Ibnu Adi, Abu Dhabi, Ibnu Asakir & Abu Nuaim) – Seorang pendakwah terkenal tanah air menceritakan sesuatu mengenai bani tamim. Siapa dan apa yang diceritakan? Ingin tahu klik sini.

Dari Abdullah bin Amr radhiyallahu ta’ala ‘anhu, bahwa Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda, بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً “Sampaikanlah dari ku walau hanya satu ayat” (HR Bukhari).

sumber: mohdzopfan


Kedudukan Malaysia Beralih Ke Kutub Selatan Pada 2015?

KEBANYAKAN media sosial dan blogger kini sibuk memperkatakan fenomena pelik yang berlaku di seluruh dunia dan didakwa sebagai tanda awal kiamat.

Negara beriklim tropika dan panas mula menerima kesan akibat perubahan cuaca mendadak pada tahun ini dan sebahagian kawasan seperti Mesir serta Vietnam turut dilitupi salji tebal.

Perubahan magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara bergerak dengan lebih cepat ke arah Siberia untuk berada pada kedudukan 40 darjah.

Beberapa kajian mendapati pergerakan itu berlaku semakin laju iaitu pada jarak 42 km sebulan dan dianggarkan berganjak sebanyak 2 km sehari pada 2013.

Ia merentasi garisan Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan.

Jika keadaan itu berlaku, seluruh permukaan bumi berkemungkinan akan berubah seperti dipaparkan dalam filem sains fiksyen berjudul '2012'.

Paling memeranjatkan, kawasan Amerika Selatan terutamanya Brazil didakwa akan menjadi Kutub Utara manakala India menjadi Kutub Selatan.

Bagaimana dengan nasib Malaysia? Ia dikatakan akan membeku dan berada sebaris dengan India, sekali gus meletakkan garisan Khatulistiwa berada di Antartika.

Bandar pesisir pantai bakal tenggelam dan Australia Barat dipercayai turut mengalami nasib sama serta setengah negara mengalami waktu siang atau malam lebih panjang.

Fenomena medan kutub bumi menyongsang dikhuatiri mengakibatkan bencana alam lebih dahsyat seperti taufan, gempa bumi dan letusan gunung berapi.

Selain itu, ia juga akan memberi kesan besar kepada ekosistem dan migrasi haiwan yang selama ini bergantung kepada perubahan musim dan iklim di sesuatu kawasan.

Medan magnet bumi juga akan menjadi lemah dan terdedah kepada fenomena ribut suria serta sinaran kosmik iaitu partikel bertenaga tinggi dan gelombang elektromagnet dari angkasa lepas.

Pergerakan kutub memang sedang berlaku dan ia boleh dilihat menerusi kejadian bencana alam yang didakwa berpunca daripada pemanasan global dan perubahan iklim secara mendadak sejak akhir-akhir ini.

Pelbagai teori didedahkan menyebabkan saintis menganggarkan medan magnet akan menyongsang dalam tempoh dua tahun lagi berdasarkan pergerakan kutub yang semakin laju.

Adakah keadaan itu akan berlaku atau ia hanya sebuah lagi spekulasi seperti ramalan kiamat 2012 yang digembar-gemburkan pada tahun lalu?

Kiamat menurut Islam

Beberapa hadis dan ayat al-Quran ada menjelaskan persoalan mengenai hari kiamat:

Ibnu Umar RA berkata, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan ALLAH iaitu:

1) Tiada mengetahui apa tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan ALLAH.

2) Tiada siapa mengetahui apa akan terjadi esok hari melainkan ALLAH.

3) Tiada seorang pun mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan ALLAH.

4) Tiada seorang pun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan ALLAH.

5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan ALLAH.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Adakah fenomena pelik melibatkan perubahan ekstrem cuaca dunia dan bencana alam dahsyat adalah satu peringatan atau petanda kepada manusia di akhir zaman?

Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda, ‘Tidak akan tiba hari kiamat sehingga ilmu pengetahuan (agama) dilenyapkan, banyak gempa bumi, masa saling berdekatan (semakin singkat), banyak timbul fitnah, banyak huru-hara iaitu pembunuhan, hingga harta benda melimpah ruah di antara kamu.'
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Sebagai orang Islam, kita wajib percaya bahawa hari kiamat merupakan Rukun Iman ke- 5 akan tiba seperti diterangkan dalam al-Quran.

ALLAH SWT berfirman :Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bilakah terjadinya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.” Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi ALLAH, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Surah Al-A’raf, Ayat 187)

Dan juga pada ayat:Manusia bertanya kepadamu tentang hari berbangkit. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang hari berbangkit itu hanya di sisi ALLAH.” Dan tahukah kamu (Muhammad), boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya. (Surah Al-Ahzab, Ayat 63)
-SH


ULASAN GB

Firmanullah di dalam Surah Ali Imran ayat 191

“orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka”.

29 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku pernah mimpi kiamat dtg, air laut naik bergelombang tinggi, aku jadi panik dan takut, bukan kerana takut nak mati, tp kerana setahu org beriman tidak ditunjuk kedahsyatan kiamat, mk aku takut kiranya aku mati tak beriman, na'uzubillah.

jurutera insan berkata...

Sesungguhnya Kiamat itu pasti datang. Semoga kita dimatikan sbg org2 yg beriman dn tselamat dr bahang api neraka..

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih kerana memberi penjelasan tanda kiamat secara saintifik dan dari segi faktor geografi dengan menggunakan terma yang boleh difahami semua peringkat . It makes more sense...

Tanpa Nama berkata...

InshaAllah semoga kita digolongkan diantara golongan orang-orang yang bermiman dan sentiasa menerima hidayahNya daripada siksa api neraka. Semoga kita dimatikan dalam keadaan beriman tanpa ditunjukkan peristiwa kiamat. InshaAllah

Tanpa Nama berkata...

Bila pun kiamat, bila saja malaikat maut dtg menjemput, tamatlah urusan kita di dunia dan bermulalah urusan di barzah, persinggahan sebelum ke Akhirat.

Tanpa Nama berkata...

Semoga dengan penerangan ini kita mkhluk Allah, yg dicipta oleh Allah, duduk dibumi milik Allah akan insaf dan kenal diri kita yg sebenarnya.Semoga Allah memberikan kita semua keampunan taufik dan hidayahNya.

Tanpa Nama berkata...

Apabila matahari benar benar terbit dari arah masoknya (barat) tidak berguna sedikitpun iman jika sebelumnya seseorang itu tidak beriman

Tanpa Nama berkata...

subhanallah.

Tanpa Nama berkata...

Bagi aku fakta yg dberi kn yg trbaik dan mudah dfhmi...moga2 kita dpt hidayah dan memohon dr allah agar kita trgolong dr org2 yg beriman...allahhuakbar..

Tanpa Nama berkata...

ALMAHDI & KIAMAT (AKHIR ZAMAN).... Tidak akan berlaku kiamat besar (kiamatul kubro) selagi belum bangkit yg dinanti Imam Mahdi. Namun kiamat kecil (kiamatul sugro) setiap saat setiap hari pasti terjadi, kerana setiap yg bernyawa cepat atau lambat dia akan mati....

Setelah terdiri kerajaan pemerintahan Khalifah Imam Mahdi, dunia semesta akan aman semula bagi tempoh jangka waktu yg hanya Allah jua Yg Maha Tahu. Setelah ketiadaan Imam Mahdi manusia kufur tidak beriman sesat larat semula, porak peranda hingga keperingkat yg paling kritikel....

Apakah selepas itu baru Allah datangkan kiamat besar (kiamatul kubro)..?? Wallahu'alam.....

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya dalam keasyikan kita berbicara tentang kiamat, kita seakan terlupa dengan perkara atau tanda lain.Kita terlalu sibuk dengan tanda fizikal seperti hentaman bintang, komet atau lain-lain.

Apakah kita terlupa bahawa ada Hadis yang mengatakan tidak akan terjadi kiamat selagi:
-agama Islam masih mendapat tempat di dunia ini.Tetapi hari ini Islam masih lagi diamalkan dengan baik, dan masih lagi berduyun-duyun orang bukan islam memeluk islam. terbukti kiamat masih jauh lagi, mungkin tidak akan terjadi dalam tempoh 100 tahun lagi.

-Selagi kaum yahudi tidak diperangi.Apakah kita lihat hari ini Yahudi yang menunjangi Israel sedang diperangi? Apakah kita rasakan Israel hari ini kian lemah? Tidak, mereka hari ini semakin kukuh,kuat dan berkuasa. Malah 50 tahun lagi pun Palestin tidak akan bebas dari cengkaman Israel, apatah lagi untuk melihat Israel musnah.

Justeru, relevankah untuk kita mengatakan kiamat akan berlaku dalam masa terdekat berdasarkan tanda-tanda objek luar angkasa?

Sekali lagi saya tegaskan tanda-tanda itu hanyalah tanda fizikal sahaja hakikatnya kiamat masih lagi jauh..

Hikmahnya tanda-tanda fizikal ini adalah untuk mengingatkan para Muslim agar sentiasa bertaubat kerana Allah tidak menyukai taubat di saat akhir.

Hanya satu sahaja tanda fizikal yang menunjukkan kiamat akan terjadi dalam masa terdekat selepas tanda itu iaitu terbitnya matahari dari barat, kerana Allah menyatakan saat itu pintu taubat sudah tertutup. Itu pun setelah semua tanda lain yang dinyatakan Nabi telah terjadi termasuk kemusnahan Yahudi/Israel.

Jadi hentikanlah memberi ramalan berdasarkan kejadian alam seperti komet ISON itu.

Unknown berkata...

menurut pembacaan dan pendedahan saya sebelum ini NASA adalah agen yahudi, oleh itu bagi pendapat saya ianya berkemungkinan 0.01% ada betulnya namun ditokok tambah supaya perkhabaran tentang 2015 menjadi hangat dan tujuan utama yang dapat dikesan adalah untuk menyesatkan aqidah umat islam kerana umat islam beraqidah hanya Allah azza wajalla sahaja yang mengetahui,ini akan menyebabkan kepercayaan berubah kepada mempercayai ramalan musyrikin, seingat saya telah bermacam-macam agenda tentang kiamat diuar-uarkan oleh NASA hakikatnya ianya tidaklah begitu namun masih tidak jelas apakah muslihat disebaliknya

Tanpa Nama berkata...

Fitnah dajjal. sekarang kita ni dah masuk ke zaman fitnah dajjal dah cuma ramai yang tidak perasan. siapa tak percaya fitnah dajjal,mereka akan binasa. tengok sajalah dunia sekarang,orang Islam beriman tidak mengikut ajaran dajjal (segala maksiat,lupa akan Allah dll),mereka dibunuh. tengok sajalah umat Islam di Mesir,Filifina,Angola,Palestin dll..mereka dibunuh kerana berpegang kuat pada Islam. Sekarang mari kita tengok mereka yg percaya fitnah dajjal ini,contohnya rakyat Islam di Malaysia. Aku rasa anda sedar dan faham apa yg berlaku di Negara kita Malaysia. maksiat,pembunuhan,penindasan, dll. ramai dah tak mengamalkan cara Islam yg betul. maka,kita yg Islam hendaklah membaca surah kahfi setiap hari agar berlindung daripada fitnah dajjal. InsyaAllah. maafkan aku jikalau aku silap,harap anda menegur dgn bijaksana..

HASLAN berkata...

Yang pasti Tanda2 besar kiamat teramatlah dekat. Pembunuhan umat islam seluruh dunia terutamanya di suriah dan lain2 tanda yg semakin banyak muncul. Cepatnya masa berlalu... nak tunggu sehingga matahari terbit dari barat (pintu taubat dah tertutup) sementara berpeluang marilah taubatan nasuha. Tak mungkin bumi akan bertahan 50 ke 100 tahun lgi malah digambarkan umur bumi sudah 'bongkok tua' itu gambaran lebih 1400tahun lalu.. saya yakin tanda2 besar spt munculnya imam Al Mahdi keluarnya Dajjal akan berlaku antara 3 ke 5tahun mendatang.. apa pun perlengkapkan diri kita dengan bekal amalan sebanyak mungkin sblm masing2 dibangkitkan di hari yang tiada manafaat bagi sesuatu apa pun (masyaar)

DrSabri berkata...

NASA confirms possibility..?
Tak betul tu, banyak dah discussion ttg hoax ni dalam website. Kalau nak semak kenyataan ini betul ke tidak daripada NASA hanya pergi ke laman web mereka di
www.nasa.gov
Retrograde adalah pergerakan jirim yang mengorbit pada arah berlawan dengan putaran jirim yang berada di pusat orbit. Retrograde mortion pada bumi berlaku bila matahari berputar pada arah berlainan pada kedudukannya. Jelas sekali istilah retrograde itu tidak boleh dikaitkan dengan fenomena matahari terbit sebelah Barat walau apa keadaan sekali pun.

Tanpa Nama berkata...

Semuanya hanya allah yg maha mngetahui..kita perlu segera bertaubat dan mempersiapkn diri mnghadapi akhir zaman..bair apapun ramalan dn maklumat yg dikeluarkn kita perlu fikir dgn akal yg waras bahawa semua itu membantu kita mempersiapkan diri..x kan bila matahari dh terbit dari barat bru kita nak bertaubat/beriman..pada ketika itu telah trlambat..klau brsandarkn kpd hadis yg mngatakn umat rasulullah akan brtahan selama 1500 tahun..sekarang dah 1435..sedikit je masa lgi..wallahualam..

Unknown berkata...

sy pernah bermimpi suatu suara berkata "kiamat makin hampir"..dan sy terjaga..sy pernah tanya bapa sy, bapa sy ckp mmg kiamat semakin hampir..tp mungkin ada dua maksud.. mati juga kiamat iaitu kiamat kecil..

Unknown berkata...

Kiamat mmg kita xtau bila. Hanya Allah S.W.T. yg Maha Mengetahui.
Cuma skg ni kita d penghujung fasa 4… dah hampir sgt nak masuk fasa 5 (zaman kbangkitan Islam)
Mksud hadis nabi...fasa 4&5 ni xlama/pendek xmcm fasa 1~3. Sahabat btnya kpd Rasulullah S.A.W. apa slps fasa 5 ni..baginda diam. Ulama sepakat mengatakan baginda diam bmaksud kiamat. Xde lg fasa slps fasa 5. Dunia berakhir.
Fasa 5 ni sgt mcabar sbb mula2 kita dpimpin Al Mahdi lawan kafir dgn senjata manual. Xde teknologi lg. Dajjal akan kluar..Nabi Isa turun dr langit..kluar yakjuj makjuj..masa2 aman..kluar binatang besar dr bumi...matahari terbit dr barat..kabut yg mematikan org beriman...tenggelam bumi sblh timur n barat..n api besar dr yaman mghalau semua kafir ke suatu tempa d timur tgh gak..lupa nama tmpt tu. So hanya org2 kafir saja yg akan merasa kiamat. Tp kita kena bykkn ibadat..kuatkan iman sbb masa dajjal dtg klau kita jmpa dia kita akan jd pngikut dia n jd kafir. Kena hafal ayat surah al kahfi elak jmpa dajjal. semua org kristian plak akn masuk Islam masa lps Nabi Isa bunuh dajjal.

Unknown berkata...

Keratan akbar tersebut dikeluarkan d kerachi pada 9 April 2010, jika tuan2 puan2 sekalian cari d website NASA tiada kenyataan NASA seperti pada akbar tersebut.

Unknown berkata...

Assalamualaikum,tolong jgn abaikan maklumat ni sebab ni adalah masalah seluruh ummat.
''Kami dimaklumkan oleh Syeikh Farouq al Hammad yang baru pulang dr mengerjakan umrah.Semasa jemaah umrah Syeikh dibawok ke kilang percetakan al Quran King Abdullah di Madinah.Salah seorang syeikh yg bertugas memantau penyusunan al Quran beritahu satu rahsia yang amat mengejutkan.Syeikh tu beritahu setiap kali mesin mahu mencetak surah al Kahfi,pasti ada surah yg terpotong dan hilang sedangkan surah yg lain kemas dicetak.Bila diimbas melalui komputer,tak berlaku kes lupa taip surah al Kahfi.Tp bila mesin mahu cetak,seolah olah mesin pandai potong sendiri.Persoalannya kenapa surah al Kahfi..?Dan ayat yg hilang tersebut adalah ayat ke 100-110,ayat pelindung dr fitnah Dajjal!!..AllahuAkbar,adakah ini pesanan penting dr Allah SWT..? atau sekadar kesalahan mesin cetak..?.Sudah tentu tidak berlaku dgn sengaja sedangkan kilang percetakan al Quran King Abdullah adalah kilang al Quran yg terbaik didunia.Mereka yg rasa mesej ini penting dr Allah SWT maka fikir2kan bersama.
Mulai la ni InsyaAllah setiap hari,pagi atau malam MESTI baca surah al kahfi ayat 1-10 dan 100-110. InsyaAllah, Allah bantu orang yang mengamalkannya. InsyaAllah, lama lama (setelah diamal baca) kita boleh nenghafaznya.
Ingat mengingat je. Tolong jaga solat dan juga sikap sbagai seorg muslim yg beriman kerana mulai skrg dajjal sdg berusaha naik ke bumi.. Peringatan !! Ini bukti asli...Sebelah negara kita,iaitu Indonesia telah mendengar suara dari paras laut seperti seekor anjing menyalak.Itu tanda dajjal dah semakin menghampiri. Jangan biar mesej ini terbiar..Sesame laa kita sebarkan utk kebaikan kita juga, #DapatPahala #MALAIKAT SEDANG MENCATAT :-) TOLONG BACA...Tv3 punya.. Assalamualaikum,maaf mengganggu,Saya baru dpt info.Tolong baca.. Sory kalau lmbt sebar.. Sekitar pukul 5.30 ba'da maghrib mendapati gempa & gerhana..Suatu bunyi ganjil seperti ngauman raksasa yg kedua kalinya di bawah dasar dari lautan pasifik.. Menurut para ulama,itu suara dajjal yg berusaha naik ke dunia. Oleh sbb itu,kita sentiasa tidak berhenti azan dan solat..Siapa yg membaca nie tolog sebarkn. Jgn dipermainkan.. Lillahita'ala. Demi Allah. ini amanah.Tak susah pun forward je..Senang kan,, Qur'an akn musnah - ka'abah akn rata dgn tanah - sangkakala akn ditiup 2 kali.. Nabi Muhammad SAW telah bersabda " brg siapa mengingatkan ini kpd org lain, akan Ku buatkan tmpt di syurga bgi'a pd hari penghakiman kelak," kita boleh kirim ribuan mesej mesra,tpi bila kirim yg berkaitan dgn ibadah mesti ade rasa malas nak forward kan. kirim text ini kpd orang ramai #saya sebar kerana Allah. bukan kerna kata2 yg tak benar... Tapi kebenaran yg terselit..INSYAALLAH. Allah lbih mengetahui" #sharebanyak2 #berubah la menjadi muslim yg beriman

Tanpa Nama berkata...

Hebat dan terperinci hujah dan fakta mengani perubahan paksi bumi.....kita dh tahu yang jita akan mengalami kejadian tersebut yang pernah dijangka oleh manudia selama ini...itu maknanya hari kiamat sudah hampir tiba di muka bumi ini....umat islam mestilah bersiap siaga bertemu Allah kelak nanti....bumi dijangka akan mengalami perubahan geografi yang sangat banyak...banyak perubahan yang akan berlaku.....Ya Allah,takut getar hati umat islam mengetahui fenomena itu....tpi hari kiamat tidak menjadi masalah kepada orang yang sudah bersiap siaga...mahu tak mahu,semua manusia kena melalui fenomena atau hari kiamat yang akan berlaku tak lama lagi...hujah itu sangat menarik untuk menyedar umat islam tentang fenomena itu....saya bgi 5 star

Tanpa Nama berkata...

Hebat dan terperinci hujah dan fakta mengani perubahan paksi bumi.....kita dh tahu yang jita akan mengalami kejadian tersebut yang pernah dijangka oleh manudia selama ini...itu maknanya hari kiamat sudah hampir tiba di muka bumi ini....umat islam mestilah bersiap siaga bertemu Allah kelak nanti....bumi dijangka akan mengalami perubahan geografi yang sangat banyak...banyak perubahan yang akan berlaku.....Ya Allah,takut getar hati umat islam mengetahui fenomena itu....tpi hari kiamat tidak menjadi masalah kepada orang yang sudah bersiap siaga...mahu tak mahu,semua manusia kena melalui fenomena atau hari kiamat yang akan berlaku tak lama lagi...hujah itu sangat menarik untuk menyedar umat islam tentang fenomena itu....saya bgi 5 star

Tanpa Nama berkata...

Saya yang baca pun gerun. Tapi ini sudah dinyatakan dalam al-Quran. Maaf tapi saya beragama kristian. Saya perhatikan, bahawa bezanya al-Quran dah alkitab tidak jauh bezanya. Perkara sama dinyatakan tentang hari kiamat. Bahawa Tuhan saya akan muncul pada hari terakhir. Bagi yang islam, ianya Nabi Isa A.s. tapi bagi saya, ianya Yesus. Apa kah perbezaan antara mereka berdua ini saya tak tahu. Tapi apa pun, saya suka penerangan yang di sampaikan oleh pemilik blog. Terpeinci dan senang difahami. Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Kita sibuk dgn kiamat besar spi terlupa dgn kiamat kecil yg mungkin berlaku bila2 masa. Sudahkah kita bersedia dgn kiamat kecil itu? Kiamat kecil itu ialah kematian kita..

Unknown berkata...

Kalau matahari Dari barat tu sebelum dajjal dtg me? Atau selepas datangnya dajjal?

Unknown berkata...

Kita asyik bergaduh kiamat thn apa.. kan dah jelas dlm alquran kiamat dtg mengejut.. kita x tahu bila.... hya Allah yg tentukan. Cuma kita perlu kuatkan iman n amal soleh... harta kita d akhirat adalah amal d dunia n sedekah jariah... jgn lupa bykkan bersedekah ya...

Tanpa Nama berkata...

bumi dok berganjak dia blh kata lambat lagi,100tahun lagi....nabi saw dh kata di akhir zaman banyak umat nya yg cinta dunia...tanda kecil pun dah habis semua...

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya, dunia kita ini memang sudah dikuasai oleh yahudiseperti srjak duli lagi. Malah watak kartun sepertilagi superman itu pun ciptaan adik-beradik yahudi. Pemegang bank setiap negara juga yahudi. Bekalan barangan juga banyak dari sekutu yahudi. Kata je islam, satu lagi, org yg tidak beragama telah pandai berkata-kata tentang agama. Islam semakin lemah, negarahebat-negara islam negara dunia hanya tunggu tamparan hebat baru akan menentang habis-habisan. Semoga kita menemui hidayah Allah. Amin.

Md Hasif Md Yassin berkata...

وَإِن مِّنْ أَهْلِ ٱلْكِتَٰبِ إِلَّا لَيُؤْمِنَنَّ بِهِۦ قَبْلَ مَوْتِهِۦ ۖ وَيَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِ يَكُونُ عَلَيْهِمْ شَهِيدًا
Dan tidak ada seorang pun dari kalangan ahli Kitab melainkan ia akan beriman kepada Nabi Isa sebelum matinya dan pada hari kiamat kelak Nabi Isa akan menjadi saksi terhadap mereka.(An-Nisa' - 159)

quran-terjemah.org (Android)
Nabi Isa as turun kebumi utk menyeru ahli kitab bersyahada Allah swt Tuhan yg Maha Asa yg patut disembah dan Nabi Isa hanyalah Rasul Allah swt. Org yg tidak mau bersyahada jgn rapat dgn Nabi Isa as kerana nafas nya bole membunuh org kafir dari jarak jauh. Nabi Isa as akan mematahkan salib membunuh dajjal memerintah dunia dgn adil ... bila selesai baru Nabi Isa as wafat ... beberapa tahun kemudian org zalim muncul balik ...org beriman akan meninggal satu persatu terkena bayu asap lembut ... Bumi akan slip off... Org tidak beriman akan menikmati detuman hari kiamat...wallahualam