Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digesa menaiki penerbangan kelas pertama Malaysia Airlines System (MAS) bagi tujuan lawatan rasminya ke luar negara.
Ahli Parlimen Taiping (DAP), Nga Kor Ming berkata, Perdana Menteri seharusnya mencontohi rakan sejawatnya, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong yang menaiki penerbangan Singapore Airlines bagi menjimatkan jutaan ringgit wang rakyat untuk membuat lawatan kerja ke luar negara.
"Kerajaan membelanjakan RM28.8 juta sebagai kos sewa tahunan pesawat Perdana Menteri dan RM5.5 juta untuk menyelenggara pesawat jet VVIP tersebut.
"Selain kos pesawat Perdana Menteri, kerajaan juga menanggung kos RM44.02 juta untuk membiayai kos lawatan luar negara Perdana Menteri sejak 2008," dakwanya kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Beliau berkata, demikian ketika mengulas lanjut jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim terhadap soalan bertulis beliau meminta Perdana Menteri menyatakan jumlah kos perbelanjaan yang terlibat untuk pembelian atau penyewaan, penyelenggaraan dan pembaikan kapal terbang jet rasmi Perdana Menteri dalam tempoh 2000 hingga tahun ini.
Menurut Shahidan, dalam tempoh tiga tahun dari 2010, kerajaan telah membelanjakan RM86.4 juta untuk kos sewa pesawat, RM16.515 juta untuk penyelenggaraan dan kos pembaikan jet pula sebanyak RM3.32 juta.
"Dengan kata lain, kerajaan menanggung RM100.47 juta untuk pesawat peribadi PM dalam tempoh tiga tahun sahaja," katanya. -SH
7 ulasan:
Paling pelik sekali kata sewa tetapi ada kos baiki pesawat pula. Dah sewa kenapa nak baiki pula? Adakah bila kita sewa kereta kita juga kena baiki kereta bukan tuan punya kereta? Atau rosmah king kong nak letak bath tub dlm kapalterbang utk berendam macam badak?
Biasa le. Kalau tak mahal, Ros mana mungkin mahu. Not my taste, kata Kak Ros. Jadi untuk menepati taste Abang Jib dan Kak Ros, sudah tentu wang kerajaan @ rakyat perlu digunakan. Kalau tidak, mana mungkin depa mampu. Sebagai rakyat, kita harus "bangga" dan rasa "berterima kasih" dengan tindakan "boros" dan "penyalahgunaan kuasa" mereka. Kalau tidak, sampai bila pun kita tidak akan tahu bahawa negara kita, Malaysia mempunyai PEMIMPIN-PEMIMPIN yang begitu perihatin dan berhemah tinggi dalam pengurusan kewangan negara. Dengan ini, kita boleh "menyangkal" dakwa dan tuduhan dari pihak pembangkang, walaupun disertai dengan statistik dan fakta yang benar.
Lihat saja laporan audit negara sejak dari 2008, apa tindakan kerajaan terhadap penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dalam pembelian harta kerajaan? Dalam PDRM pun, kenderaan boleh "hilang", ini baru sewa kapal terbang, NO HAL le.
Sedarlah wahai rakyat, kita harus "menyokong" pemimpin yang "berbelanja boros", "tidak berhemah", "tiada integriti", ... Yang telus, berintegriti, berhemah, berwawasan, ... kita "tolak" bulat-bulat. Dengan ini, MalaysiaKu baru boleh menjana kemakmuran yang boleh membawa ke arah kemuflisan.
1.22 TRILION duit negara "lesap" entah ke mana? 732 bilion dari Petronas + 534 bilion hutang negara = 1.266 TRILION (JUTA JUTA). Kalau guna pendapatan dari Petronas untuk bayar hutang pun, kita masih berbaki 198 bilion. Sudah sampai masanya, kita berterima kasih kepada bangsa BN yang telah menjana "kemakmuran" negara dengan memperbanyakkan hutang negara. Terima kasih BN. JasaMu dikenang umpama Harimau mati meninggalkan belang.
HIDUP MALAYSIA. HIDUP MALAYSIA. HIDUP MALAYSIA.
HIDUP BN. HIDUP BN. HIDUP BN.
HARAMJADAH. HARAMJADAH. HARAMJADAH.
Biasalah jenis dulu kata orang haram jadah.... Sekarang di adalah BAPA HARAMJADAH & BAPA BOROS MALAYSIA
Semoga balasan Allah disegerakan keatas orang yang menzalimi rakyat.
jangan marah, dunia bergaya akhirat merana. Bagi PM rasuah ada lah halal, sebab itu report audit banyak terjadi penipuan dalam kerajaan tapi bagi penipu rakyat tak berasa salah. Bagi makan anakbini duit rasuah mana boleh dapat takwa.Balasannya tak sholat 5 waktu, belanja macam setan, jadi suami dayus kerna bini dan anak tak tutup aurat dan tak sholat. Mengapa melayu jadi buta pilih pemimpin begini.
Terasa yang aku ni rakyat yang diperbodohkn dan aku tak tau saluran halal mana yg boleh aku gunakn untuk mencegah semua ini. Saluran pilihan raya dah...tp x berjaya....so aku buntu...
jangan.kutuk sangat dewa dan dewi pujaan cai cai karat biru nanti hangin satu badan pulak depa.. cai cai ini tahap kesetiaan depa memang tak pernah terfikir langsung, tahap gaban mengalahkan hang tuah. sampai otak pun sanggup letak kat lutut..
Najib oh Najib kalau kau beli jet guna duit lu sendiri serta bukan pegang jawatan PM,tak ada orang nak komen dengan syarat lu tak terlibat dengan rasuah. Sekarang lu pegang jawatan PM memang ramai orang bising. Kau jangan anggap rakyat malaysia macam spesis orang beragama Melayu yang meredakan perkara yang salah.
ORANG MALAYSIA BUKAN SEMUANYA SENANG LU NAK BODOHKAN MACAM LU KASIH BODOH ORANG YANG BERAGAMA MELAYU OII. WE BERAGAMA ISLAM, WE TAHU MANA YANG BETUL DAN MANA YANG SALAH. ISLAM TIDAK MEREDAKAN PERKARA YANG SALAH SEBAGAIMANA SPESIS MUNAFIK BERAGAMA MELAYU MEREDAKANNYA.
Catat Ulasan