7 Okt 2013

[EDISI TERLAMPAU MENTERI] Zahid Panggil Waythamoorthy, Timb Menteri Cengkadak Buruk


Kita dapat bukti kita tembak dulu'

Kumpulan masyarakat sivil sering mendakwa polis menjalankan dasar tembak mati ke atas suspek penjenayah.

Dakwaan itu nampaknya terbukti apabila Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam satu ucapannya memberi gambaran bahawa lebih baik jika suspek tersebut ditembak terlebih dahulu, sebelum siasatan dijalankan.

Ahmad Zahid berucap dalam satu 'Majlis taklimat keselamatan bersama pemimpin masyarakat' pada hari Sabtu lalu, yang dilihat seperti satu acara kerajaan yang bertukar menjadi acara Umno.

Para wartawan dihalau keluar dengan penuh biadap ketika Zahid hampir menamatkan ucapannya, dan turut diugut oleh menteri tersebut agar tidak membuat laporan berhubung kandungan ucapannya.

Ahmad Zahid didakwa mengancam untuk menutup akhbar mereka sekiranya tidak berbuat demikian.

Ancaman itu berjaya menutup mulut kebanyakan dari media tersebut, namun akhbar Oriental Daily News melaporkan bahawa Ahmad Zahid memberi amaran selepas membuat “kenyataan sensitif”.

Akhbar itu bagaimanapun tidak memberi butiran lain berhubung kenyataan tersebut.

Malaysiakini berjaya mendapatkan rakaman audio sepanjang 20 minit bagi ucapan yang disampaikan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di Ayer Keroh, Melaka.

Berdasarkan rakaman tersebut, Ahmad Zahid berkata kira-kira 28,000 dari 40,000 anggota gengster terdiri dari masyarakat India dan tiada salahnya untuk menahan golongan itu.

“Bagaimana keadaan mangsa-mangsa rompakan, mangsa-mangsa bunuh masa tembakan ini, kebanyakannya adalah orang Melayu kita. Kebanyakannya ialah bangsa kita.

“Saya pikir, cara paling baik jangan ada kompromi dengan mereka. Jangan ada lagi amaran kepada mereka, kita dapat bukti kita tembak dulu.

Ahmad Zahid seterusnya membangkitkan mengenai kes tembakan maut ke atas lima orang suspek anggota kongsi gelap di Pulau Pinang pada Ogos lalu.

Beliau turut menegur Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorty – tanpa menyebut namanya – kerana mempersoalkan kejadian tersebut.

“Ada timbalan menteri cengkadak buruk, dia pertikaikan saya dan polis, kenapa tak beri tembakan amaran dulu. barulah tembak. Saya kata kalau kamu nak jadi ngo, letaklah jawatan timbalan menteri. tak layak jadi timbalan menteri,” katanya yang disambut sorakan dari hadirin.

Zahid juga menyifatkan pindaan ke atas Akta Pencegahan Jenayah 1959 (PCA) yang memperkenalkan penahanan tanpa bicara sebagai undang-undangnya.

“Kita siasat, kita bawa ke mahkamah, kalau tak ada bukti, kalau tak cukup bukti, sekurangnya dua tahun penahanan. Itu undang-undang baru saya, tiada kompromi,” katanya lagi.

Pindaaan ke atas PCA itu memberi kuasa untuk membuat penahanan tanpa perbicaraan dalam tempoh dua tahun bagi satu-satu masa. -mk

ULASAN GB

Pertama, panggilan "cengkadak buruk" terhadap seorang timbalan menteri kabinet oleh Ahmad Zahid Hamidi adalah sesuatu yang keterlaluan.

Jika Waythamoorthy digelar "cengkadak buruk", bagaimana pula PM yang melantik Waythamoorthy menjadi timbalan menteri itu? Bukankah panggilan "cengkadak buruk" itu terpalit kepada pemanggilnya sendiri dan kepada PM yang melantik Waythamoorty?

Zahid memaparkan wajah sebenar UMNO dan para pemimpinnya. Rasis, angkuh dan suka memaki hamun bangsa lain tetapi yang dituduhnya pihak lain.

Kedua, yang lebih penting, kandungan ucapan Zahid memang berat. Beliau dengan terus terang membuat pengakuan "cara paling baik jangan ada kompromi dengan mereka. Jangan ada lagi amaran kepada mereka, kita dapat bukti kita tembak dulu."

Ini menunjukkan dakwaan pelbagai pihak bahawa polis menjalankan dasar tembak mati ke atas suspek penjenayah itu adalah benar dan langkah ini amat bertentangan dengan undang-undang, malah kenyataan dan tindakan Ahmad Zahid Hamidi boleh diadukan ke peringkat mahkamah antarabangsa.

Beliau perlu dipertanggungjawabkan di atas tindakan polis yang menembak mati suspek-suspek kerana rupa-rupanya, (melalui pengakuannya) beliau yang memberikan lampu hijau kepada polis bertindak demikian.

Para peguam Pakatan Rakyat perlu lakukan sesuatu terhadap Ahmad Zahid Hamidi ini.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini yg dinamakan menteri "Dunia ini ana yang punya".Boleh buat apa sahaja, panggil orang apa sahaja, halau orang ikut suka hati.Inilah pemimpin kesayangan UMNO

Tanpa Nama berkata...

Licence to kill for the police...

Tanpa Nama berkata...

Sikap "SOMBONG & BONGKAK"...

BaDiN berkata...

Orang macam ni pun ada ka!! Boleh menang pulak itu orang,haiya ini melayu sudah layu ,maaa.ini orang malaikat pun mahu disergahnya.Malangnya tanahairku menteri dari filem tamil pun ada juga.

Tanpa Nama berkata...

Bodoh sombong pnya mangkuk.tak relevant jd menteri.layak jd tok empatje!

Tanpa Nama berkata...

Well kalau sudah beginilah cara maka ada baik PR sediakan peguam dah bawa dia ke mahkahmah Antarabangsa (mahkahmah Malaysia tak boleh pakai, boleh dimanipulasi macan kes aktantuya)

ISLAM TIDAK AJAR UMATNYA TETAPKAN KESALAHAN SESEOANG TANPA BUKTI DAN SAKSI YANG KUKUH. IF SENGAJA TETAPKAN, LU BERSEDIA KENA HUKUMAN KERANA UNDANG - UNDANG ISLAM ADA HUKUMAN KEPADA MEREKA YANG SENGAJA MENABUR FITNAH.

Tanpa Nama berkata...

Tu dia!!lagak dia melebih2 sgt.kalah PM.Kena strict,smart but humble like mahathir.baru org kagum!Jgn over sgt nanti org meluat!Kawal emosi and be professional.lu menteri bkn ketua kampong!tunjuk imej kita sebenar sbg pemimpin Umno yg dihormati.

Tanpa Nama berkata...

aku ingat malaysia dah jadi macam negeri cowboy macam cowboy and red indian cowboy asyik belasah red indian aje...

Tanpa Nama berkata...

Ish ish ish semua kutuk dia, dia budak sekolah agama takkan tak ada siit pujia untuk dia. Tapi cuma tengok gambar tu, dan banding perumpamaan ni:

" telunjuk lurus kelingking berkait...."

Macam kes ini macamana? Telunjuk bengkok kelingking tersimpul kot......

Allah maha adil kejadianNya