17 Okt 2013

Buat Kenyataan Perkauman: Ali Rustam Disiasat Polis

Calon Naib Presiden Umno, Senator Datuk Seri Mohd Ali Rustam (gambar) disiasat polis kerana dituduh membuat kenyataan menghasut terhadap komuniti Cina dalam satu majlis di Kuala Lumpur.

Polis Kuala Lumpur sudah memulakan siasatan mereka selepas laporan polis dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Laksamana dari DAP, Lai Kuen Ban di Balai Polis Tengkera pada 9 Oktober.

Pada satu majlis anjuran Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) 8 Oktober lalu, Mohd Ali yang juga Pengerusi PUNB mengecam kaum Cina kerana terlibat dengan “perniagaan haram” di negara ini.

"Kita umat Islam tidak boleh membuka kasino, 4D, Toto, perjudian, rumah urut dan syarikat pinjaman wang haram. Ini semua haram. Kaum Cina sahaja yang terlibat dengan semua perniagaan haram ini," katanya pada majlis itu.

Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong yang menemani Lai untuk membuat laporan polis berkata, dalam laporan berkenaan, Lai mendakwa kenyataan Mohd Ali merupakan satu hasutan dan mahu polis menyiasat perkara itu.

Lai kini berada di luar negara.

“Polis merakamkan kenyataan Lai pada hari sama,” kata Khoo.

Polis Brickfields menyiasat kes itu berikutan kenyataan Mohd Ali itu dibuat di sebuah hotel di ibu kota.

Ketua Polis Brickfields, ACP Muhammad Azlee Abdullah mengesahkan laporan sudah dibuat dan penyiasatan akan dilakukan tetapi enggan memberikan kenyataan lanjut.

Bagaimanapun, The Malaysian Insider difahamkan bahawa polis sudah mula merakamkan kenyataan beberapa orang yang berada di majlis itu termasuk wartawan.

Dalam majlis itu, Mohd Ali juga bercakap mengenai soal keperluan mengekalkan orang Melayu di agensi kerajaan, termasuk polis dan tentera.

Untuk memenangi undi golongan konservatif Umno, bekas Ketua Menteri Melaka itu turut berkata: "Kaum Cina mahukan segalanya. Orang Melayu telah layan mereka dengan baik.

"Apabila kaum Cina mahukan pertolongan membina sekolah dan biasiswa, kerajaan berikan kepada mereka. Tetapi pada hari pilihan raya, mereka lupa semua ini. Apa yang penting bagi mereka mengambil alih kuasa orang Melayu dan menjadikan mereka 'pendatang’,” katanya.

Kenyataan Mohd Ali itu mengganggu emosi 100 hadirin di majlis itu sambil sesetengahnya menjerit, “suruh Cina balik kampung.”

Mohd Ali adalah salah seorang daripada enam calon yang mahu mengisi tiga kekosongan jawatan naib presiden dalam pemilihan Umno Sabtu ini.

Calon lain ialah penyandang Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Shafie Apdal and Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selam Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menang tanpa dicabar oleh sesiapa.

Dalam pemilihan Umno 2009, Mohd Ali bertanding jawatan Timbalan Presiden tetapi dibatalkan pencalonannya kerana didapati terlibat dengan politik wang. -TMI

ULASAN GB

Soalsiasat Ali?

Biasanya di dalam kes melibatkan pemimpin UMNO, tiada sebarang tindakan diambil berbanding dengan kes yang melibatkan pemimpin Pakatan.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah bingai tetap bingai....
Harap harap dan penuh harapan polis bersikap telus dan ikhlas......
Diharap hasil siasatantah dihanyur banjir atau jatuh kesungai klang untuk dihanyur kelaut......

nordin omor berkata...

Jika siasatan berjaya dilaku sehingga terheret ke dalam penjara,sedunia orang Melayu mengadakan kenduri arwah untuk UMNO.Doakan untuk menjadi reality.

Rangga berkata...

Polis Raja Di Malaysi siasat pmimpin Umat Melayu Naif Otaknya?
Sia2 je laaa..... Krna para pnyiasat tu pun geng U Mampos No Objection!

Tanpa Nama berkata...

Siasat aje.Tak ada apa-apa.Takkan baru lantik jadi Senator polis nak lawan towkey.Yg bunuh orang pun boleh lepas takkan yg sekelumit salah ni nak bawa kemahkamah.Yg ditangkap merompak pun dah lepas - tak ada apa yg akan berlaku pd Ali Rustam.Ribut dalam cawan kopi aje.

Muhammad Saifuddin berkata...

Apa nak jadi lah dgn PUNB bila Pak Ali jd org besar. Makin rosak lah dibuatnya. Semoga dijauhkan dari malapetaka.

Tanpa Nama berkata...

Semakin kuat hentam kaum lain, semakin cerah peluang untuk mnenang, kerana yang akan mengundi adalah mereka yang politik perkaumannya cukup tinggi. Bila menang nanti, boleh sub-kan projek kepada kaum yang dihentamnya.