2 Ogo 2013

Kes Tembak Lagi: Peniaga Emas Cedera Ditembak Di Pandan Indah


Seorang peniaga emas cedera terkena tembakan yang dilepaskan ke arahnya ketika kenderaan beliau berhenti di lampu isyarat Jalan Makmur, Pandan Indah, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata dua lelaki yang menaiki motosikal Yamaha berwarna biru menghampiri kereta Toyota Camry yang dipandu peniaga itu pada pukul 8.45 pagi.

“Seorang daripada lelaki terbabit melepaskan tiga das tembakan ke arah peniaga emas itu menyebabkan Wong Foo Yui, 34, cedera di bahu,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.


Beliau berkata dalam keadaan cedera, Wong memandu keretanya ke Balai Polis Pandan Indah, yang terletak kira-kira 500 meter dari tempat kejadian, untuk mendapatkan bantuan.

Amiruddin berkata Wong, yang berasal dari Jalan Klang Lama, kini dirawat di Hospital Ampang dan keadaannya dilapor stabil. Kes tembak hari ini adalah yang keempat dalam tempoh lima hari minggu ini.

Isnin lepas, Pengasas Arab Malaysian Bank Hussain Ahmad Najadi, 75, maut manakala isterinya, Chong Mei Kuen, 49, cedera parah ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, di sini.

Pada 29 Julai juga seorang lelaki cedera parah di paha kanan selepas ditembak ketika berhenti di lampu isyarat simpang empat Jalan Mengkuang, Bukit Mertajam di sini.

Rabu lepas pula, pemandu van kilang N. Jeevandran, 26, ditemui mati dengan dua kesan tembakan di atas kiri perut dan bahagian kanan bawah pinggang di persimpangan Jalan Permai Utama, Parit Buntar, Perak. -Bernama

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apabila penjenayah berleluasa dan tak takut polis dan undang2 yg ada inipah jadinha. Rakyat rasa tidak selamat. PERGI JAHANAM DENGAN INDEKS2 KPI DAN KRA PDRM JUGA LAPORAN PERSEPSI DLL. !!!!!!! Semua tidak betul, bohong dan hanya untuk naikkan gaji mereka shja. Walhal rakyat setiap detik dalam keadaan risiko di bunoh, di rompak, samun, rogol , pukul dan macam2 lain termasuk keganasan polis sendiri. Apa jawapan Ketua polis!!???- Jangan percaya laporan x betul. Kalu macam ni punya ketua2 polis yang ade kat negara kita memang x selamatlah Malaysia. Politik je lebih dan kuat amfusana dan amfusini. Nak jaga perut sendiri semata2 dan mengabaikan tanggongjawab sebenar kepada rakyat. Mananya prinsip "melindungi dan bekhidmat pada rakyat". Amat beza standard dn kualiti kalu di bandingkan zan dulu. Polis dulu betul2cbuat kerja Rasuah dan Politik amat sedikit. Skrg ni amat melampau dan meloyakan rakyat. Di manakah boleh rakyat dapat perlindungan skrg ni!!!!!??????!!!

Unknown berkata...

Hoi kenapa ni? Orang Malaysia baru dapat pistol ka? Excited tembak menembak skang ni..dah jadi trend tak puas ahti tembak tak puas ahti tembak

Tanpa Nama berkata...

Kerja polis tembak orang tanpa sebab.. tembak kelajuan had laju nak collect duit.. tu je laa..

Tanpa Nama berkata...

Harapkan pagar,-pagar makan padi
Harapkan sokong,-sokong membawa rebah

8 penyangak dicekup ketika ambil ‘duit raya’
2013/08/02 | 00:25:01 AM

Kelompo: Tindakan dua penjawat awam termasuk saurang ANGGAOTA PULEH bersama enam lagi rakan mereka untuk mendapat ‘duit raya’ dengan menculik seorang pengurus pasar raya mengundang padah apabila mereka dicekup awal pagi semalam.

Alhamdulillah kita berada dalam sebuah negara yang amandamey, bukan saperti di .............

Berkokok memang nyaring, ekor KOHONG

Oh Tanah Ayerku

Tanpa Nama berkata...

Agaknya bila polis atau vvip amno kena tembak baru KDN ambik seyes kot