Pelajar 14 Tahun Mengaku Pernah Dirogol Lebih 20 Lelaki

Kulim - Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun bersama rakannya ditahan berikutan penyalahgunaan dadah di sebuah rumah di sini, jam 2 pagi baru-baru ini.

Dia yang hanya mahu dikenali dengan nama Ima mula terlibat dalam penyalahgunaan dadah jenis methamphetamine ketika berusia 13 tahun.

Dari siasatan awal, Ima membuat pengakuan pernah dirogol lebih 20 remaja lelaki dan lima daripadanya merupakan murid sekolah berusia di antara 14 hingga 17 tahun.

Mangsa turut memberikan kerjasama dengan mencatat nama suspek yang pernah merogolnya.

Ima berkata, lebih malang, ada dalam kalangan mereka yang pernah cuba meliwatnya.

“Saya berkawan dengan mat rempit. Mereka membawa saya ke sebuah rumah dan saya dirogol beramai-ramai. Lama kelamaan perlakuan itu berlanjutan,” katanya.

Menurutnya, kejadian terkini berlaku dua minggu lalu apabila dia dirogol lima remaja di sebuah rumah di jalan Kilang Lama. Suspek mengugut untuk mencederakannya sekiranya enggan melayani nafsu mereka.

“Selain rumah tinggal dan bengkel, saya pernah dirogol bergilir-gilir oleh beberapa remaja di tengah padang permainan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, polis akan menyiasat aduan dibuat oleh mangsa dan mencadangkan supaya mangsa dapat diletakkan di bawah penyeliaan rumah perlindungan.

“Melakukan hubungan seks dengan mana-mana remaja perempuan bawah umur diklasifikasikan sebagai rogol walaupun mangsa merelakan perlakuan itu dilakukan terhadap dirinya.

"Mangsa juga memaklumkan bahawa dia mengenali kesemua suspek yang merogolnya. Dengan senarai nama suspek yang ditulis oleh mangsa sendiri ini memudahkan polis mengesan kesemua suspek terlibat,” katanya. -SH

10 comments:

View Comments/Post a Comment

10 comments:

Anonymous said...

Masya'Allah

Apa nak jadi dengan anak anak Melayu, yang pompuan bergaul dengan mat rempit yang otaknya sudah lah sempit malah mak bapak bangga anak jadi mat rempit pulak tu.

Mak Bapak sudahlah bahalol, bangga nak anak jadi benggap macam mereka juga. Ini lah keluarga orang orang Melayu masa kini. Memang hebat!

Anonymous said...

Kalau sekali mungkin benar dia dirogol, tapi kalau dah 20 lelaki yg rogol...pengakuan kena rogol oleh budak perempuan itu perlu dikaji semula.

Blog Sensasi said...

perilaku remaja skrg amat membimbangkan..siapa yg patut dipersalahkan?

Anonymous said...

yg patut dipersalahkan ialah amenolah. ...renu.gkan dengan mendalam...dapatlah jawapan.

warung KL said...

Anon 0647: Benar kata anda itu dan saya amat menyokongnya. kalau kali pertama bolehlah dikatakan rogol tetapi kalau dah berulang kali maka kita kena sebut RODAP ( Gabungan rogol tetapi _ _ dap )

Anonymous said...

ni lagi satu budak gila, bukan rogol dah tu, dah suka sama suka, sapa suruh. maklumlah dah ketagih

Anonymous said...

bongok... kalau dah semua yang katanya 'rogol' dia tu budak bawah umur jugak, tak jadik statutory rape kalau dah sesama nak, dan tak de unsur paksaan keras atau lembut... kalau dah umor 13 dah main pil nih... harusnya, suka nak buat...

Anonymous said...

Jenis-jenis mak bapak diorang ni la yg biasa bila PRU pangkah bn dacing..siap jadi samseng umngok lagi..

Anonymous said...

melakukan hubungan seks dengan gadis di bawah umur dikategorikan sebagai rogol wp suka sama suka. Gadis kecil ini dipercayai melakukannya atas dasar suka sama suka (sebab itu banyak kali serta dgn banyak lelaki)kerana si genit ini juga mengambil dadah yg menghayalkannya...Dia mementingkan kenikmatan semata-mata dengan menolak tepi ajaran agama...andai dia tidak tertangkap atas pemilikan dadah, episod ngeri berlarutan dlm diari hidupnya yg entak bila kesudahannya...

Anonymous said...

Rogol atau suka sama suka, Islam tak larang kahwin muda, wanita UMNO yang tentang..

Kembali ke Laman Utama




Tajuk-tajuk Terbaru di Kelab GB: